Monday, January 9, 2012

pesanan hari isnin.

salam alaik.

post pendek hari isnin.

aman untuk semua.

buat apa mencaci dan mencela?sedangkan hormat menghormati budaya kita?.lain orang lain muka , lain orang lain ragamnya , begitu juga lain orang lain pendapatnya. asalkan kau menghormati pandangan orang lain dan berfikir secara matang sebelum memuntahkan pendapat , maka lontarkan pendapat kita. dan penting untuk kita tidak mencantas pendapat orang lain sebaliknya terima pendapat itu sebagai satu buah fikiran.dunia ini ada berbilion orang. logik lah kan untuk ada berjuta pendapat yang berbeza kan?

kemonlah. Allah ciptakan kita berbeza-beza. dan oleh itu mungkin pendapat kita berbeza-beza.tapi hujungnya cuma satu.dan satu yang sama.iaitu kita hamba tuhan yang hina. jadi berhujahlah dengan hormat ,matang dan cermat dan jangan melontar provokasi murahan. ayat-ayat murahan yang kadang-kala sampai orang boleh cop kita ini kurang pendidikan bahasa melayu.

perbezaan pendapat sebenarnya takkan henti sampai ke mati , dan selagi kita tak ambil cara yang mudah dan matang untuk tangani. sampai bila pun manusia hina ini asyik berbalah. berperangkan kata dan dosa.

aku juga sedar ,dalam aku memberi pendapat , kadang-kala mungkin dan selalu mengganggu gugat ketenteraman orang lain bukan? aku minta maaf.yang sangat2.kadang-kadang aku tak peka orang sekeliling kan?dan seharusnya aku harus mula belajar untuk menerima pendapat orang lain juga.

sebenarnya tuhan ciptakan perbezaan untuk kita saling mengenali , bukan saling memerangi.

hidup ceria. chow. : )

1 comment: