gambar tutup mata.
salam semua , aku hanyalah seorang penulis picisan. aku menulis kerana suka-suka , aku menulis cukup sekadar meng-ekspresikan apa yang terbenak dalam dada. kadang-kadang , aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman , berkongsi juga apa-apa cerita yang tak berapa nak kelakar , cerita syok sendiri mahupun cerita dongeng rakyat.antaranya pengalaman habis minyak kereta , pengalaman duduk bawah ketiak bangla dan pengalaman-pengalaman rare yang lain . yang tidak akan di ajar di sekolah-sekolah vokasional apatah lagi terbit di Utusan Malaysia.
aku gemar menulis mengenai film photography , atau pun apa-apa saja yang berkaitan dengan kamera film mahupun antik. kerana itulah minat yang mendasar ketika ini. tak kisah la polaroid ke , lomo ke , toycamera ke , slr antik tahun 60 ke , semua akan buat aku terkinja-kinja.
* * *
sebenarnya , aku takut nak tulis panjang-panjang bahagian about me ni. takut terlebih power dari buku autobiografi Datin Rosmah Mansur yang berharga rm150 untuk kira-kira 160 muka surat.
* * *
walaupun aku tak se-power Datin Rosmah yang berjaya menerbitkan autobiografi peribadi , aku berharap about me picisan ini cukuplah memberikan sedikit informasi bahawa blog ini ada penulis dan bukan tiba-tiba hari-hari google tolong auto update.
ok. bunyi macam lame. byee!
p/s : nak kenal lebih-lebih kenalah bertegur sapa ye dak?