Showing posts with label saser. Show all posts
Showing posts with label saser. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

bila di sekolah dulu part #7

salam alaik.

gua seorang bekas pelajar sekolah menengah sains seremban batch yang ke-tujuh. dan tentunya , gua sayang sekolah gua. bila dah keluar sekolah dan jadi budak2 kolej dengan misai dan kumis ni , memang jarang sangat la kan dapat gathering batch ramai2. jadi , beberapa bulan lepas batch gua adakan friendly match bola dengan bebudak form 5 .

memang.memang batch gua menang.menanggung kekalahan.haha..memang lauk lah haritu. semua dah stok buncit dan boroi , gemuk dan gedempol tapi tu tak penting.yang paling penting. semua nampak bahagia.dan lepas dua tahun tinggalkan sekolah itu , perasaan bila jumpa muka2 yang pernah belajar sekali . memang epik. semua dah mcm muka bapak orang.

jadi biasalah , gua guna kamera film.gambar sebulan atau dua bulan dari tarikh kejadian baru ada bajet nak pergi cuci. kih3. jadi enjoy2 la muka hensem2 ex saser tahun 2009 ni.

enjoy la gambar2 bawah ni.semuanya calon penghias wajah majalah mangga bagi bulan june 2012. kalau mana2 yang rasa nak kenal sila kontek gua di fb. kih3




                           















semoga kalian berjaya di mana saja kalian berada. 
SASER NAMAMU TERATAS.
takkan saser hilang takhta.

eyh. mana gambar gua?

hah amik kau. calon rejected utk jadi cover majalah mangga.dah macam budak juvana mana dah.kih3

ini gambar masa form 5.ternyata sekarang lebih hensem.

camera : kamera film zenit E tahun 1980
film : kodak colourplus 200.


Thursday, December 29, 2011

post tiba-tiba #1

salam alaik


tiba-tiba aku rindu Sains Seremban.rindu saat-saat di sana.betul kata-kata senior sewaktu aku masih lagi berbaju seragam.

"kau sekarang ni memang la benci sekolah.benci duduk asrama.benci tidur lambat.benci mandi takda air.benci warden.benci sterika baju pagi buta,benci rollcall.benci itu.benci ini.tapi nanti bila kau dah keluar.hah time tu baru ko rasa sayang kat semua benda.baru kau rasa yang kebencian itu sebenarnya ialah perkara yang kau akan ingat.sampai bila-bila"

dan selepas terlucutnya baju putih berlencana dan seluar slack hitam.memang benar kata-kata dia.

* * *
kita tidak akan menghargai apa yang kita ada sewaktu ia masih ada. tapi bila perkara itu sudah berlalu dan pergi, waktu itu kita meronta-ronta rindukan dia.dasar seorang manusia

yep.its true.so true.
and now.i miss all moment i had in SASER.
please , dont get away from my head.
please stay.
forever.

Sunday, October 9, 2011

bila di sekolah dulu part #5

salam alaik.

satu ketika dahulu.sewaktu zaman menghadapi peperiksaan yang mengubah arah hidup iaitu SPM.batch aku RAKSASER bertindak secara bersepadu dan jitu dengan arahan pembotakan kepala secara menyeluruh sebagai salah satu simbol penginsafan diri dari kemalasan dan kelalaian.

walaupun tidak semua yang menyahut seruan.tapi majoritinya berani bertindak.membotakkan kepala kawan.dan merelakan kepala sendiri di botakkan.








see? unite tak unite batch gua.rambut botak paling gempak mestila milik gua.dah macam castello dah kan?dan esok,gua akan membotakkan sekali lagi rambut gua.tanda penginsafan dan kembali nya gua ke jalan yang benar.haha.macam gua dah tersimpang jauh pulak.

enjoy la pic2 di atas ni.dan gua dah kata.zaman sekolah lelaki ialah zaman paling indah.








hasil unity ini.batch gua berjaya dengan cemerlangnya.apa da hal?
* * *
"botak ialah sebenarnya fashion rambut untuk seseorang yang boleh berdiri sendiri.tidak perlu bantuan untuk dirinya konfiden.dan boleh mengharung apa saja tanpa perlu rasa malu.sebaliknya percaya dengan diri"

im proud saserian
Omegan 0809
Tuah A202.

bila di sekolah dulu part #4

salam alaik.

tiga gambaran biasa di asrama .ni dekat asrama gua sains seremban.gua tak tahu budaya ni adakah sama saja di setiap sekolah ataupun cuma di sekolah gua sahaja.kikiki.

1) countdown balik rumah.

 

2) selipar tak pernah sama.



3) conteng-conteng kenangan.



will be going back to SASER next sunday for some batch reunion.gua sangat merindui zaman asrama lelaki.dimana pakai selipar lain2 kiri dan kanan bukannya satu masalah.malah satu perkara biasa.dimana buat kiraan countddown balik raya memang satu perkara yang dinanti-nanti dan menconteng meja dan bawah katil sebagai diari memang perkara rutin.

* * *

Sunday, September 25, 2011

tribute to a best friend.

salam alaik.

menghantar kawan fly ke luar negara memang satu motivasi.lagi-lagi untuk budak macam aku yang dah tak tentu arah.kuat main.kuat tido.dan kuat tak buat kerja.yang ada harapan untuk ditaja ke luar negara tapi kalau aku kekal jadi apa yang aku jadi harini.selamat tinggal je la.

kali terakhir aku menghantar seseorang ke luar negara ialah kira-kira 7 tahun lepas.waktu aku tidak berjanggut lagi.waktu jerawat sepicit pon takda.waktu aku darjah enam.aku hantar abang aku pergi rusia.menangis macam haram aku malam tu.hahaha.tapi sekarang tidak lagi. : D

dan aku tak sangka.selepas tujuh tahun.aku dapat hantar seorang sahabat baik pula dan tidak lagi.dengan izin Allah giliran aku pula.

hensem.
paling hensem.

abang ketot dekat atas ni namanya afiq sallehudin.dikenali sebagai apek.dia classmate aku di sains seremban.dan lebih rapat teman sebelah meja aku.setiap hari kitorang berkongsi karipap yang sama.pen dan pemadam yang sama.dan tak lupa dengkuran bersama.yang penting bukan di atas katil yang sama.apek ni dulu selekeh.dia kuat bersin lepastu tak lap.kalau dia lap pon dia lap kat baju dia.dengan meleleh-leleh.jika ada one word you can describe about apek.perkataan itu ialah.

selekeh.

walaupun dia selekeh.dia brilliant.ada dua ranking je dia pegang dekat sekolah.nombor satu.dengan bukan nombor satu.hahaha.jadi memang terang terangan la budak pandai kan.yang selekeh.ok.haha.sebagai teman sebelah meja gua.apek ni memang penyimpan rahsia aku yang agung.dia tahu banyak rahsia aku.dan dia simpan di sebalik lelehan hingus dia.hahaha.

first time aku kenal dia.aku paling benci dia.seriously.dengan gaya-gaya brilliant yang annoying.dan kadang kala gelak tak bertempat.nak kena pelankung budak apek ni. but a wise man once said , 

"the person you hate the most is likely to be your perfect partner."

ok dalam kes ni.apek bukan "partner" aku.hahaha.dia kawan baik aku yang tumpang gelak ketawa dekah-dekah setiap hari.eww.dia pernah dapat peluang wakil malaysia untuk debate sekolah-sekolah seluruh dunia tapi sebab dia tak cukup tinggi.dia disingkirkan.haha.oke.jk.dia tak pergi sebab malaysia confirm kalah.haha.oke jk.faktor sebenar tidak diketahui.

dia dah selamat terbang dan harapnya selamat sampai. : ) goodluck apek. bangga ada kawan macam kau.apek di taja oleh bank negara malaysia dalam jurusan perundangan.gamaknya jadi peguam bank negara saman-saman orang la kerja dia nanti.kih3.

dont judge lawyer by his face! haha.
peguam paling gempak lagi empat tahun.saman menyaman panggil dia.

p/s : bila masa aku pula?
p/s : semalam aku drive macam orang gila nak bagi sempat jgak sampai KLIA.nasib baik tak accident.

Tuesday, July 26, 2011

bila di sekolah dulu part #3


.tengok locker budak sekolah lelaki.mantap kan?

salam alaik.

dulu waktu aku di sekolah lelaki lelaki maskulin jantan bersuara besar , aku makan sebanyak enam kali sehari.kalau termasuk kantin dan projek maggie malam buta.aku rasa lebih kurang lapan kali sehari.memang kuat rutin makan aku setiap hari.

tapi apalah sangat di expectkan dengan makanan asrama.lagi-lagi kalau hari tu dewan makan serve ikan.ohhhh.melankolik.dengan kecukaan muka makcik dewan makan yang langsung tak mesra.dan bajet cun tenyeh lipstik dekat bibir dan sangat kedekut bila budak mintak tambah padahal lagi lima minit je dewan nak tutup.memang sayu.

ini port tetap karipap sardin kantin di kelas gua.gua rindu karipap along!

dan hari hari yang dewan makan serve ikan tongkol dan ikan paus barangkali.lebih keras dari bola kriket sampai kucing pon tak lalu nak makan.oh.sayuu.tapi apalah sangat nak demand lebih2.bila lapar sumbat saja.waktu bulan puasa pon best juga.sekolah aku lain sikit dari sekolah2 lain.biasanya orang makan lepas tu baru sembahyang maghrib.dekat saser , waktu azan ,telan la dua tiga kurma lepastu terus semayang maghrib.dan lepastu wirid pendek dan lepastu sambung solat hajat.lepastu baru boleh makan.

waktu aku form 4.brader form 5 akan buat announcement,"form 5 boleh keluar , form 4 tunggu dulu! " dan sebaliknya jadi bila aku form 5.lari macam haram.sebab nak dapat spot terbaik dan bahagian ayam terbaik.makan dekat saser style lima orang kongsi satu tray.bila dah lapar.perut pon jadi dajal.ambik bahagian  orang.lagi2 form 4.kih3.lepastu form 4 datang dgn muka sayu.kuyu.makanlah apa yang ada.bekas2 senior.kih3.tapi takdalah senior kejam sangat.

dalam banyak2 makanan yang dewan makan serve.aku paling enjoy makan sarapan waktu2 menjelangnya spm.time tu sekolah sponsor telur separuh masak dua biji sorang dengan roti.operasi memecahkan telur memang macam main cabutan bertuah.ada luck dapat la telur separuh masak.kalau luck kurang sikit dahlah telur rebus.kalau dah takda luck langsung dapat lah telur mentah.lepastu show off depan form 4 sebab form 5 je yang dapat speciality telur ni.almaklumlah senior. : D

telur separuh masak paling sedap di makan di dalam kelas.  (tengok alas meja sekolah lelaki.lagi cantik dari sekolah perempuan. kih3)

bila dah masuk kms.rasa lah sikit kenikmatan makan sedap.tapi sesungguhnya pengalaman yang paling diingati dalam hidup seseorang ialah pengalaman pahit.tapi kena keracunan makanan selama seminggu memang over pahit! kih3

SASER STILL IN MY HEART.

p/s  : aritu waktu amik sijil spm kat sekolah , terasa macam dah lama sangat zaman sekolah berlalu.ingat macam baru smalam mendaftar form 4. kih3


klik untuk baca bila di sekolah dulu part 1
klik untuk baca bila di sekolah dulu part 2 

Wednesday, March 23, 2011

saser.


gamba gua hensem memang dalam keadaan botak.keh3.

salam alaik.

ada sesetengah yang mungkin berpendapat spirit of the school aku tinggi.atau mungkin terlampau tinggi.sampai dua tahun meninggalkan sekolah.hati aku masih membara semangat apabila cerita soal nama sekolah.sekolah menengah sains seremban.kini sekolah menengah sains tuanku munawir.saser tetap saser.saser masih saser.

usahlah dipersoalkan.sekolah itu sungguh berjasa bagi aku.sangat2 berjasa.oke.post ini hanya untuk mengucapkan tahniah kepada batch 8 (valedictory ) kerana dah mewarisi kejayaan zaman berzaman SASER sejak di buka pada tahun 2002. tahniah cuz masih mengekalkan takhta no 1 SBP , no 1 Negeri Sembilan dan tentunya no 1 Malaysia .gempak.gempak.

sejak enam tahun lepas.saser mengungguli carta. tapi namanya tidak sepopular dan se-gah sekolah premier dan cluster.sekolah buruk itu bukanlahh ada gelaran apa-apa.sekolah berprestasi tinggi?jauh sekali.sekolah kluster?belum lagi.sekolah premier?manakan mungkin.percayalah.tukarlah nama sekolah itu kepada apa juga nama.pelajar silih berganti.tetapi kalau guru-gurunya masih kekal disana sehingga 100 tahun lagi.dengan izin tuhan kejayaan ini akan berulang.

cikgu-cikgu saser.tahniah kerana membanting tulang.bermandi peluh dan keringat.oleh sebab andalah.kami dapat apa yang kami impikan.tanpa kalian.tiada lah segala ilmu kami.kepada semua yang dapat straight A SPM kali ni.tahniah weh.tahniah.jangan bangga diri.kejayaan SPM ni tak kemana pon kalau korang hanyut.meneguk arak.mendiskokan diri.dan merosakkan diri di malam hari.

kepada yang kurang bernasib baik.ingat.dunia belum berakhir.tak berjaya SPM bukan dah jalan mati hidup korang.SPM hanya kunci.kalau korang terlepas kunci tu.boleh cari yang baru dengan jalan yang baru.

ape-apepon. RAKSASER 7 batch sm sains seremban still the best di hati aku.masih ada dalam hati aku.


* * *
muka happy habis lah time ni.
penghias muka depan mangga.omegan!
ni belok asrama gua.mantap habis lah.
a part of rucksaser.
gambo masuk paper.kah3.

terima kasih cikgu.
maafkan kami cikgu.
halalkan ilmu kami cikgu.
doakan kami cikgu.
spm semua A+! cikgu.

miss all those moments! serius tahi.zaman sekolah sudah berlalu.zaman misai dan janggut bermula.

saser namamu teratas.
your name will never die,
your name will never die,
we will keep the school flag flying high.
because we are saserian.and we are proud.

* * *
sains tuanku munawir atau sains seremban.saser tetap saser.