"ya Allah , jika mati itu lebih baik baginya , maka kau tariklah nyawanya dengan keadaan beriman dan janganlah kau tarik nyawa ibu dalam keadaan serba sakit ya Allah"
jarang sekali air mata turun ketika berdoa , jarang sekali hati ini bercucuran dengan rasa yang tidak dapat diceritakan ketika menadah tangan ,berdoa kepada Allah.sehari-hari selepas solat fardhu , hanya doa ini yang aku ungkapkan.hanya kata-kata ini yang mampu dilafaz kerana hati ini sudah tidak dapat lagi bertahan melihat seksanya ibu meronta tanpa suara , gelisah tanpa daya , dan tidur yang tanpa lelap.jika yang melihat ini sudah tidak mampu bertahan , apatah lagi si ibu yang memikul rasa-rasa sakit itu.
* * *
satu pagi yang suram , abah mengejutkan aku dari tidur yang jarang sekali lena .
"anas , abah harap awak dah besar dan dewasa , terima hal ini elok-elok ya? mak dah tak lama dah tu"-abah
abah mohon aku untuk kuat ketika itu, tapi dalam sedar , air mata dia yang aku nampak keluar ,teresak-esak menahan sedih. sebagai seorang bapa yang tidak bekerja dua tahun untuk menjaga ibu sepenuh masa ,pagi dan petang , siang dan malam , aku faham erti air mata itu terbit dipipi tua abah.aku usap-usap belakang abah , sambil aku kawal pula emosi diri sendiri.
aku segera mandi , mengambil surah yasin dan membaca ditepi ibu , mengharapkan Allah akan memudahkan urusan.rumah makin dipenuhi , setiap saat bertambah-tambah orangnya.keadaan jadi sayu sambil ibu tidak henti-henti memanggil nama , tapi tidak ada sesiapa yang memahami. doktor mengesahkan kanser itu sudah makin ganas menyerang sel otaknya ,sehingga kebolehannya bertutur , sudah hilang. hanya suara yang memecah kesunyian , tapi tiada satu pun yang dapat difahami.pun begitu , aku faham benar apa yang ditutur ibu , bahasa kesakitan dan penderitaan.
* * *
"Alhamdulillah,terima kasih ya Allah , kerana kau tamatkan derita ibu,"
itu lafaz pertama yang terungkap di bibir ketika melihat dengan mata sendiri ibu yang disayangi menghembuskan nafas terakhir disisi aku dan adik beradik lain.
tepat jam 3.40 petang, 21 Jun 2012 ,akhirnya tiba juga saat untuk ibu pergi menghadap Ilahi. pergi juga seorang ibu yang bagi setiap orang dalam dunia ini , hanya ada satu yang mengandungkan mereka sembilan bulan.yang ketika kecil menjaga dan menyusu.yang ketika kecil membelai dan menjaga, menyuap makan dan minum , mendidik dan memberi sepenuh kasih sayang.yang tidak henti-henti memberi sokongan.yang memberi nasihat.yang paling istimewa . bagi setiap orang yang melihat dunia, hanya ada satu ibu sejati bagi mereka.
terima kasih ya Allah , kerana kau tamatkan juga derita ibu yang lama.pergi juga seorang pejuang kanser yang tidak pernah mengalah untuk meneruskan hidup.
* * *
potret ibu waktu aku mula-mula menggunakan kamera film analog.pedulikan kecacatannya , senyuman itu tidak ternilai harganya.
air mata memang sudah jadi kawan baik aku selama menenami ibu.kerana dengan air mata saja hati ini boleh bertahan dan terus bertahan , menjaga ibu , sehingga tiba saat Allah mengambilnya kembali.
aku bukanlah anak yang senang melafazkan "anas sayang mak" , "anas rindu mak" dan "selamat hari lahir mak" macam anak-anak lain .bukan bermaksud aku tidak menyayangi , aku lebih selesa melafazkannya dalam hati dan doa.aku bukanlah seorang anak yang senang melafazkan dengan zahir perkara-perkara itu.
tapi pada hari itu , aku lafaz juga . dan aku sangat berharap waktu itu , ibu masih sedar akan apa yang aku lafaz.walaupun sudah tidak suara yang terkeluar ,walaupun sudah tidak ada respon yang mampu diberinya , aku berharap ibu mendengar .
aku genggam tangan ibu erat-erat dan aku lafaz perlahan-lahan pada telinganya , sedang dia hanya terbaring kaku , tanpa sedar.
"mak ,anas sayang mak , anas minta maaf pada mak ,atas dosa-dosa anas.mak , anas akan buat mak bangga , anas akan buat mak gembira , anas sayang mak".
air mata yang turun itu aku tidak hiraukan lagi , tidak aku pedulikan lagi.
* * *
begitu cantiknya rancangan Allah terhadap aku .selepas sebulan meninggalkan ibu sendiri di rumah kerana aku harus menghadapi peperiksaan Alevel yang menentukan masa depan ,Allah memberi aku peluang dua minggu untuk menjaga ibu selepas selesai saja aku menghabiskan Alevel . dia memberi aku peluang untuk membelai ibu , untuk menyuapnya , untuk tidur disisinya , untuk memberi dia semangat dan untuk memohon maaf , atas dosa-dosa yang lalu. peluang untuk aku menjaganya , walaupun tidak sesempurna ibu menjaga aku waktu aku masih lagi kecil.
Allah memberi aku peluang untuk membisikkan syahadah di telinga ibu , sedang ibu bertahan dalam sakit yang amat sangat,sehingga tercungap-cungap mulutnya ,melontarkan suara yang tidak mampu didengar oleh sesiapa. aku tahu ibu sedar , aku tahu ibu mendengar , tentang apa yang aku katakan .
Allah memberi peluang kepada aku bersama adik-beradik lain dan juga abah , untuk berada disisinya ketika waktu itu ibu sudah hampir pergi.satu anugerah yang bukan semua orang didunia ini miliki.ibu sudah tidak terdaya lagi melawan kansernya yang sudah meratah otak , tulang dan paru-parunya ,tiga serentak pada satu masa.Allah memberi peluang untuk aku mencium dahinya , pipinya sebelum akhirnya ibu pergi , buat selama-lamanya.
Allah memberi aku peluang untuk mengangkat jenazahnya , meletaknya kedalam kamar liang lahad yang sempit itu , Allah memberi aku peluang untuk menutup sendiri pusara ibu dengan tanah , mencangkul kembali tanah-tanah ketempat asal , kedalam lubang kubur yang terbuka.
terima kasih ya Allah.
* * *
kesedihan yang paling besar terungkap pada diri aku mungkin kerana aku satu-satunya anaknya yang masih belum berjaya , belum melangkah ke universiti apatah lagi bekerjaya dan bekeluarga.ada juga rasa ralat di hati memikirkan keadaan di lapangan terbang ketika aku akan berlepas ke Australia,menyambung pelajaran di luar negara ,impian sejak kecil,tetapi tanpa ibu.
kalau dulu aku selalu terbayang yang aku akan memeluk abah , ibu , mencium dan meminta restu sebelum aku akan melambainya, meninggalkan Malaysia.tetapi takdir tidak seperti yang kita impi.
* * *
"setiap yang berlaku ada hikmahnya"
disebalik ujian ini , aku harus bersyukur. kerana aku yakin , tatkala aku diuji begini ,ada lagi di luar sana yang diuji lebih maha dahsyatnya daripada aku. yang kehilangan ibu bapa sejak kecil , yang tidak pernah merasa pun belai kasih seorang ibu. Allah memberikan aku masa untuk bersedia bertahun untuk menghadapi kehilangan ibu , sedangkan orang lain ada yang ibubapanya ditarik nyawanya serta merta , tanpa apa-apa pun persediaan.
jadi aku bersyukur ya Allah.
* * *
menjadi seorang yang baru kehilangan ibu , baru kini aku faham apa yang dirasai rakan-rakan yang senasib.sejak seminggu , aku amat tersentuh bila pergi kemana-mana , atau buat apa saja yang ada kaitan dengan ibu.dadih yang dia suka makan , perkara yang dia suka nasihatkan ataupun senyumannya. bila pejam mata terbayangkan wajahnya.memang lumrah alam , sesuatu yang pergi akan dikenang.dan perkara itu yang aku tempuhi.
aku bersyukur dikurniakan rakan-rakan yang sangat prihatin , yang tidak henti-henti memberi sokongan dan juga menghulur doa , hari demi hari sehingga saat ibu meninggal dunia.terima kasih kawan-kawan ,rasa sebak dalam hati bila mengingatkan nasihat-nasihat kalian.tetapi tidak aku zahirkan.
ramai yang mengatakan bahawa aku kuat. aku tahan ujian-ujian begini , tapi jika kalian tahu berapa baldi air mata yang sudah keluar , kalian mungkin akan menarik balik pujian itu.kerana aku sangat lemah sebenarnya.
* * *
selamat tinggal ibu , pergimu bukanlah satu kekurangan dalam diri .pergimu memberikan aku kekuatan. yang tidak pernah aku ada sebelum ini.
selamat tinggal mak , nanti jumpa anas dalam syurga ya? : )berehatlah dengan tenang , mak dah lama sangat melawan kesakitan kan? kini masa untuk mak berehat. anas nak tengok mak senyum nanti .anas nak peluk mak sekali lagi.
berpisahnya kekasih ini hanya di muka bumi , tidakkan terpisah didalam hati.
hari ini 27 JUN 2012 .
genap 20 tahun usia diri ini. dan genap seminggu ibu pergi bertemu Allah.
alfatihah kepada arwah ibu. : ) kepada rakan-rakan yang masih punya kedua ibu dan bapa. jangan lepaskan masa yang masih Allah beri ini , jangan bazirkan walau sesaat pun ,gunakanlah dan jagalah dengan sebaiknya harta yang tiada tolok nilainya kurniaan Ilahi , yang digelar ibu dan bapa. kita tidak tahu bila kita akan kehilangan mereka , mungkin dalam sedar , dan mungkin juga ketika kita sedang lunak tidur.jadi , muhasabah lah diri kita semua , menghargai apa yang tuhan beri , yang pada satu masa dia akan pinta kembali.
alfatihah kepada arwah ibu. : ) kepada rakan-rakan yang masih punya kedua ibu dan bapa. jangan lepaskan masa yang masih Allah beri ini , jangan bazirkan walau sesaat pun ,gunakanlah dan jagalah dengan sebaiknya harta yang tiada tolok nilainya kurniaan Ilahi , yang digelar ibu dan bapa. kita tidak tahu bila kita akan kehilangan mereka , mungkin dalam sedar , dan mungkin juga ketika kita sedang lunak tidur.jadi , muhasabah lah diri kita semua , menghargai apa yang tuhan beri , yang pada satu masa dia akan pinta kembali.
* * *
melihat betapa peritnya ibu aku melawan kanser , menyebabkan aku tidak akan berhenti dari memberitahu dunia , bahawasanya kanser ini bukan penyakit biasa , kanser memerlukan sesuatu yang luar biasa dari segi fizikal dan mental untuk bertahan dan terus bertahan.
ibu aku disahkan penghidap kanser paru-paru pada awal 2011 , sebelum merebak ke bahagian tulang dan akhirnya otak.dan menyebabkan benak hati ini tidak mampu lagi melihat hisapan rokok di tempat awam.kenapa harus membuat orang lain derita kerana diri kita?
ini permohonan aku pada perokok.
http://kumbangterbang.blogspot.com/2012/01/permohonan-pada-perokok.html
satu pesanan yang ikhlas termuntah dari dalam hati,
"jika kamu sayangkan ibu bapa kamu , adik beradik kamu , dan kawan-kawan kamu , jangan merokok".
* * *
p/s : kawan-kawan , jangan takut untuk tanya aku pasal ibu , jangan takut untuk bertanyakan pengalaman aku. jangan takut bertanya tentang apa-apa.aku okey dan aku sangat suka bila orang bertanya.bahkan aku lebih rela untuk berkongsi , aku suka untuk berborak dan bercerita , kerana Allah beri aku ujian ini untuk peringatan bersama.
p/s : perjuangan aku memberi kesedaran tentang bahana rokok? sampai mati pun tidak akan terhenti.sampai nafas terakhir pun aku akan berjuang , kerana aku tidak mahu seorang lagi kawan aku menderita kerana rokok!
anas, aku dengat berita ni dari ros haritu. aku harap kau kuat dan aku tahu kau memang kuat pun selama ni. takziah dari aku. jangan berhenti berdoa ye anas :)
ReplyDeleteFor every great sorrow will be greater blessing anas.
ReplyDeleteMy condolences.
Innalillahi,wainnalillahirajiun. To Allah we belong and unto Him is our return.
takziah.. semoga tabah, dan semoga arwah Allahyarhamah ditempatkan dlm kalangan org yg beriman.. dari Dia kita datang, kepada Dia kita pulang..
ReplyDeleteInnalillah. Takziah anas.Moga kau kuat. Moga arwah mak kau dalam keadaan tenang dan ditempatkan dalam glongan beriman. Amin. Al-Fatihah.
ReplyDeleteInalillahiwainailaihiroji'un.. Salam takziah anas.. mak dgn ayah aku pernah bagitahu mak kau sakit.. teringat aku malu2 je jumpe mak dgn ayah kau mase kenduri kawen kakak aku.. :'(
ReplyDeletehuhu.. siapa sangka..
Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin...
semoga ibumu ditempatkan di kalangan para orang beriman.Allah lebih menyayanginya.Sabar ya anas :'(
ReplyDeletestay strong anas!!!!!!!
ReplyDeletetabah ye ? :)
ReplyDeleteI'm just your loyal reader, and we'll never met. I found out your blog because we share the same passion towards lomo. As I read your post, i understand how your feelings right now, as my father passed away 2 months ago. It may be sounds very cliche, but be strong :')
ReplyDeletetakziah aku ucapkan...semoga kuat anas...semoga semua dugaan ini menjadikan kau lebih kuat untuk meneruskan kehidupan...ibu adalah anugerah Allah yang paling bernilai di dunia ini...namun kita hanyalah meminjamnya kerana Allah yang memiliki segala-galanya...Terima kasih atas penulisan kau yang membuatkan aku lebih menyedari tentang kasih sayang seorang ibu...Yang penting, kau mesti berdoa banyak-banyak kerana doa anak yang soleh amat diperlukan ibumu sebagai bekalan menghadapi alam yang seterusnya...semoga rohnya dicucuri rahmat...hidup mesti diteruskan walau apa pun yang terjadi...memang jasadnya sudah tiada tapi nasihat dan jasanya tetap dalam ingatan sehingga ke akhir hayat.
ReplyDeleteTakziah sahabat
ReplyDeleteanas, takziah. Aku doakan kau berjaya dengan cita-cita kau walaupun tanpa ibu. Aku tau kau kuat. Sama-sama doakan kesejahteraan ibu kau di sana ya? :') all the best anas, aku kagum sebab kau antara insan bertuah untuk diuji. Kau kuat. Sungguh. Mungkin aku tak berhak nak suruh kau bersabar/beri apa-apa kata sebab aku tak pernah rasai apa erti kehilangan ibu bapa. Cuma aku nak kau tau aku kagum dengan kau. Semoga kau terus tabah menghadapi lumrah dunia, anas. Aku doakan kau, sentiasa :)
ReplyDeleteTakziah.Ingat,doa dari anak yang soleh amat mustajab.
ReplyDeleteAl fatihah. As a stranger, all I can say is be strong. Allah is always with your mother. And you :) this touched me, really. Thank you :')
ReplyDeleteSalam Anas.. innalillah,, semoga arwah sentiasa diberkati Allah, semoga arwah mak ko ditempatkan ke dalam jannatul firdaus.. Amin!!..
ReplyDeleteTakziah. Semoga kau kuat :')
ReplyDeletetakziah anas. semoga arwah skrg bahagia dlm rahmat Ilahi, insyaAllah. make her proud anas :')
ReplyDeleteawk seorang yg hebat.allah mengajar sy sesuatu apabila baca cerita awk.iallah,allah akan gantikan sesuatu yg akan bawa kebahagiaan walaupun tak sama dgn kebahagiaan miliki seorang ibu.semoga arwah ibu awk tenang di sana & allah kurniakan kekuatan dan ketabahan utk awk dan seluruh ahli keluarga awk.iallah.amin.
ReplyDeleteSalam Takziah, semoga terus tabah,Your mom will be so proud of u, believe me. thanks for sharing this =)
ReplyDeletesalam takziah senior. smoga ibu anda sentiasa dirahmati., InsyaAllah :)
ReplyDeleteTakziah senior. Btw, baru tahu mak abang ni kawan mak saya :0 tgk gambar. Hmmm. Stay strong :)
ReplyDeletetakziah anas, Al-Fatihah.
ReplyDeleteTakziah anas. be strong :)
ReplyDeletetakziah..kuat kan hati
ReplyDeleteterima kasih semuaa.terima kasih.terima kasih dan terima kasih. : ) tersentuh hati membaca komen2 semua yang menyokong dibelakang dan depan. sama2 ambil pengajaran.dan iktibar. : )
ReplyDeleteanas, aku baru je tau yg mak kau dah takde. aku terharu gler bace penulisan kau, maca dekat kat hati aku. selalu lah doakn arwah mak kau,semoga kau kuat sahabat. nie semua ujian.
ReplyDeletetakziah.
ReplyDeletesalam wbt saudara anas. tersentuh hati ini. mengalir mutiara mata membaca entry ini dengan alunan muzik yang meruntun.
ReplyDeletebila bicara tentang ibu, memang naluri fitrah manusia akan sayang
dan ujian kehilangan ibu sungguh besar buatmu,
kerana disitulah terhenti doa hamba Allah yang di telapak kakinya syurga Allah.
Teruskan berjuang Anas, dunia ini sungguh sementara 23:113,
Mati itu bukan satu pengakhiran, bahkan satu permulaan kepada satu kehidupan yang abadi, kekal selamanya,
ibumu telah pergi dulu, dan kita di dunia ini akan pasti menyusul...
Anas, sementara kita diberi nafas hela, mari teruskan berjuang melaksanakan tujuan hidup kita dicipta. 2:30, 51:56,
Teruskan melangkah, teruskan berjuang,teruskan berbakti kepada bapa, teruskan berdoa dan menjadi anak yang soleh, itu bakal menjadi saham buat ibumu tercinta di alam sana.
sy menangis tanpa henti. x dapat terbayang bagaimana utk menghadapi saat begini. takziah dr sy. moga kuat :')
ReplyDeleteassalamualaikum, anas, apa khabar?
ReplyDeleteSebelum itu takziah diucapkan ke atas ibu anas. saya percaya di dunia ini, golongan ibu ialah golongan yang paling tabah di dunia, kerana dalam persekitaran saya juga, ada seorang wanita yang bergelar ibu menderita kanser.
padanya, dia cuba bersabar dengan ketumbuhannya kerana tidak mahu membimbangkan anak2nya. diluar nampak tabah dan seperti tiada apa2 yg sakit, tetapi hanya kebelakangan ini kesakitan itu semakin menular dan pada saat itu apa yg disimpannya diketahui semua.
saya kagum pada seorang ibu kerana tabah menghadapi kanser. bersyukur kerana diberi peluang untuk memahami erti sebenar kasih. kerana kasih, banyak pengorbanan yg dilakukan.
rahimallaha faqidakum.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.
takziah
ReplyDeletemorango : terima kasih kerana memberikan nasihat yg sungguh lembut didengar. insyaAllah saya akan mengambil apa yang saudara sebut. : )
ReplyDeleteanon : tak payah bayangkan. just ready to face it. cuz kita tak tahu bila nyawa ditarik kan? : )
faizah : saya sihat sahaja.mmg betul apa yg saudari sebut , ibu sangat2 menyimpan deritanya dgn sangat lama cuma akhir2 sebelum dia pergi , derita itu sudah tidak tertanggung lagi untuk disimpan.huhu.
musafir : wasalam. berbesar hati kerana saudara membaca.terima kasih.
teyhah : terima kasih.kirimkan alfatihah ya?
Allahu Akbar. semoga kuat dalam menumpuh ujian yang telah Allah SWT bgi kepada awak. setiap ujian yang diberi diharap awak makin kuat. makin tabah. doakan Ibu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Allah memberi ujian kerana dia tahu setiap susuk hambaNya. tulisan dari hati tak pernah mengecewakan. semoga kuat Anas ! :)
ReplyDeleteAnas...ak nangis bace citer ni. :/ Ya Allah, semoga kau tabah. Kau anak lelaki...Kau kene kuat okay. InsyaAllah,hadapilah hidup ini dgn kesabaran... Sesungguhnya ujian itu daripada Allah S.W.T.
ReplyDeletesemoga pengalaman anas dapat memberi pengajaran kpd yg lain.tabahlah selalu :)
ReplyDeleteElly : betul kata awak , setiap dugaan yang Allah beri buatkan kita lebih tabah.terima kasih Elly.
ReplyDeleteTania : :( kau pun tabah.sama2 beringat. dan sama2 bersedia k.
FTNNBH : itu yg saya harapkan mudah-mudahan.
Al-fatihah. semoga awk kuat semangat.
ReplyDeleteTakziah..Semoga arwah tenang di sana , insyaAllah..
ReplyDeleteTakziah diucapkan dr junior kms.
ReplyDeletesabar la dengan dugaan yang mendatang..
semua akan mengalami perkara yang sama,
ditinggalkan dan meninggalkan.
saya juga pernah merasai kehilangan.
aggplah semua ini utk kita sentiasa berpaling kepadaNya.
kuatkan semangat in continuing your life. Amin~
Be strong mg allah menmpatkan mereka diklgn org2 yg dikasihi amin
ReplyDeleteTakziah, .satu kebetulan hari ini dapat membaca luahan hati Anas. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Sedih hati membacanya sebak dan tidak terucap lagi diri yang mengalami dan melaluinya.
ReplyDeleteSetiap apa yang berlaku itu, ada hikmahnya. Jadikanlah keperitan dan ujian ini sebagai pemangkin semangat untuk meneruskan kehidupan di hari esok.Bila dan bagaimana? Hanya kita yang akan menemuinya dalam setiap hidayah yg diberikanNya. Seorang ibu tidak ingin bayangan kesusahan menghampiri diri anaknya. Begitu juga kasihnya seorang bapa. Mereka rela bersusah demi anak - anak.Segala kedukaan pasti akan cuba disembunyikan demi melihat anak - anaknya ceria dan gembira.
Saya percaya Anas cukup kuat dan tabah untuk melewati hari - hari depan.Jangan mudah melatah akan dugaan ini. Masih rmai yang memerlukan Anas. Tahniah kejayaan pertama Anas melanjutkan pelajaran. Ini langkah pertama untuk mematangkan Anas dan membentuk jati diri Anas dgn ketabahan. Ambil peluang ini, arwah dan bapa Anas cukup bertuah mempunyai seorang anak seperti Anas ..jadilah anak yang soleh ..INSYALLAH..AMIN.
Stay strong Anas.
ReplyDeleteGod bless you. =)
sedih.. sy juga telah kehilangan ibu tersyg pd 28 disember lalu.. AL-FATIHAH......
ReplyDeleteAl fatihah..
ReplyDelete