Tuesday, August 14, 2012

the result.

salam alaik.

kepada kawan-kawan yang membaca sehingga habis , terima kasih diucapkan.

"abah terima result ni ,abah tahu anas dah usaha sungguh-sungguh.abah tahu anas banyak tertekan.kalau abah jadi anas pun, tak mungkin dapat result camni jawab exam .memikirkan keadaan mak sakit tenat lagi waktu tu.takpa.abah terima"- abah

seperti manusia yang lain , aku juga mahu membuat ibu bapa tersenyum bangga dan gembira. apatah lagi bila ada peluang di depan mata , sangat rugi jika disiakan.apatah lagi bila harapan itu dibina segunung tinggi,apatah lagi bila harapan yang dibina itu dari orang yang paling kita sayang.

* * *

tetapi aku juga harus sedar tentang satu perkara.tak semua impian kita menjadi kenyataan.tak semua yang kita mimpi dengan indah itu boleh jadi realiti.dan tak semua harapan untuk membuat ibu bapa tersenyum bangga dan gembira , tercapai.

im proud to show mine.it's not a failure for me.because I know , I put my best effort to get this.

Alhamdulillah. aku berjaya mendapat 12 points secara keseluruhannya untuk peperiksaan Alevel yang lepas.syukur itu wajib.bukan bila keputusan yang cemerlang saja syukur itu perlu terungkap.dan untuk meneruskan biasiswa MARA di Australia , aku harus mendapatkan sekurang-kurangnya 13 points.jadi secara mudahnya , aku gagal secara merit ke Australia dengan biasiswa.aku tidak menganggap diri aku sebagai satu kegagalan yang mutlak.kerana sebenarnya, 12 points sudah melayakkan aku untuk berada di salah sebuah universiti terbaik dunia ,cuma nasib yang tidak baik ,tanpa biasiswa.haha.

jadi tidaklah perlu sebenarnya untuk aku terlalu kecewa , seolah-olah aku gagal terus dalam peperiksaan.sejak dari awal masuk ke kolej , aku sedar aku bukanlah high scorer , aku di bahagian middle yang agak terkebelakang.tapi , aku sangat bertuah kerana dikurniakan rakan-rakan yang sangat supportive , rakan-rakan yang sangat membantu aku yang lemah.aku yang selalu tanya banyak kali soalan yang simple.aku yang selalu buat korang garu kepala.mohon maaf semuanya.nak sebut sorang sorang kat sini takut ada yang tertinggal nama pula nanti.tidak dilupakan guru-guru yang sanggup meminjamkan masa, yang mengajar dua tahun,penuh lelah dan jerih, untuk memastikan tiket flight itu dapat digenggam.

terharu bila ramai pula rakan-rakan yang memohon maaf , kerana mereka merasakan mereka tidak cukup membantu aku .mereka tidak sedar yang permohonan maaf mereka hanya membuatkan aku sebak , teriak dalam diam. kerana sebenarnya bantuan mereka sudah lebih , dari apa yang aku harapkan.ada juga yang berjaya fly , tapi langsung tidak menunjukkan riak gembira.yang langsung tiada mood untuk berjenaka.tiada mood untuk bersuka-suka , kerana teringatkan golongan seperti aku , yang nanti hanya mampu melambai mereka di lapangan terbang. tetapi malangnya tidak dapat ikut bersama.

saat manis muncul bila kita berjaya. lebih manis lagi jika kita merasai perasaan yang tidak senasib dengan kita.terima kasih kawan-kawan.kerana sanggup layan kerenah kawan korang yang hyper sorang ni. lagi2 kawan kelas 11.1 . maaf kerana aku hanya mampu menghantar korang sahaja di lapangan terbang dan tolong jadi jurugambar amatur dengan gambar yang tidak seberapa lawa.

result korang gempak-gempak. aku bangga sangat. *gambar amin jabar.

* * *

12 points. dan aku sebenarnya hanya memerlukan dua markah saja lagi dari kertas fizik untuk membolehkan aku ke Australia.seperti kata-kata Abdul Adl ,

so close but yet , so far.

siapa tidak sedih bila impian dari kecil akhirnya tidak menjadi hanya kerana perbezaan dua markah.tapi aku sangat-sangat bersyukur , kerana aku tahu, keputusan ini membuatkan aku dekat dengan tuhan.betul kata Syaza Amira , dua markah sudah cukup untuk aku fly , tapi mungkin 2 markah itu akan buat aku riak , takbur dan bangga diri sehingga lupa, kejayaan yang aku dapat,semua kerana izin Allah. aku yakin Allah ada jalan yang lebih baik untuk aku.aku bersyukur Allah memberikan aku peluang untuk 100% berharap kepada-Nya. bukan hanya yakin dengan usaha sendiri .aku sangat bersyukur Allah menguji aku sekali lagi tahun ini , ujian yang tidak kurang beratnya seperti ketika Allah menjemput ibu dari aku.

* * *

"kegembiraan paling manis ialah apabila diri sendiri dan rakan-rakan kita berjaya.kesedihan paling pahit ialah apabila kita gagal , tetapi rakan-rakan lain berjaya."

its the end of KMS life, two years of KMS life. kepada rakan-rakan yang berjaya fly , tahniah! kalian memang berhak dengan usaha yang padu pagi petang siang dan malam.sangat gembira melihat kalian gembira. kepada yang senasib dengan aku , korang jangan terlalu rasa down dan merendah diri se-olah-olah kalian gagal segagal gagalnya.bangun dan bangkitlah selepas ini.kalian harus berasa gembira.kalian tidak gagal pun.kerana kita hanya dipisahkan beberapa markah sahaja dengan kegembiraan mereka yang berjaya.jangan sedih terlalu lama.senyum dan bersyukur kerana kita terpilih untuk diuji Allah , apatah lagi dibulan ramadhan yang mulia.

"true warrior never quit" - Kung Fu Panda.

tepuk dada dan sebut , Alhamdulillah , Allah always be with us and All is well , All is well.

"Everything will be fine at the end, If it's not fine , It's not the end". goodluck for our future. all the best and lastly , sayonara.

p/s : terasa segan yang amat sangat bila cikgu-cikgu kena bersusah payah buat rayuan.terasa sangat bersalah.maaf cikgu-cikgu ,saya sudah cuba yang termampu boleh .terima kasih diatas semua jasa dan pengorbanan.
p/s : korang jgn biarkan kawan2 korang yang tak lepas ni terkontang kanting camtu je.tahu korang semua tengah happy,give a moral support k?dan doakan rayuan kami diterima.unless korang taknak kitorang fly sekali.haha.

12 comments:

  1. salam anas, aku tetap nak ucapkan tahniah dekat kau. tabik spring dekat kau. =)

    All is well hehh...mcm cerita 3 idiots.hehe.
    Ak doakan semoga ko terus tabah.aaminnnn~~! insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Teringat hari-hari aku yang lalu. Situasi dan mungkin perasaan yang lebih kurang sama..

    Tak ramai yang tahu aku pernah fail dan repeat satu paper sebelum diterima masuk ke universiti. Apa yang bermain di fikiran masa tu tak lain tak bukan harapan orang pada aku. Orang di sekeliling pulak ada yang supportive ada juga yang tak. Mungkin sebab tu aku ambil keputusan berdiam diri dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

    Sepanjang 20 tahun aku hidup ni, aku rasa itulah the lowest point of life. Dan di situ juga aku dapat kekuatan baru, perubahan pandangan terhadap setiap perkara..dan paling penting aku boleh nampak dunia ini jauh perjalanannya, singkat waktunya, penuh ujian tak terduga yang mungkin aku perlu hadapi sendiri tanpa bergantung pada sesiapa. Apa yang aku perlu, percaya dan terus percaya dengan Tuhan.

    Aku ni dikira bertuah kerana masih ada peluang untuk meneruskan langkah. Ada kawan-kawan terpaksa mencari jalan lain.

    Bila tengok apa yg aku dapat harini dan ingat apa yg aku dapat sebelum ni, aku rasa lebih memahami erti menghargai. Ternyata kejayaan lebih manis dan bermakna apabila kita melalui kegagalan.

    Moga rayuan ko diterima insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. Salam encik Anas,
    Semoga ujian yg diterima mnjadikan kita lebih mengenali diri sendiri di samping lebih dekat dgn Allah.Tidak semua impian yg kita mahukan akan tercapai,mungkin ada hikmah di sebalik semua itu,Have faith in yourself.Whatever it is,u still doing it ur best.2 points is worthy in ur eyes but mahbe Allah has a better plan for u.
    Semoga rayuan diterima.Yakinlah pada Allah.

    ReplyDelete
  4. Orang yang berjaya adalah mereka yang tidak berputus asa.

    Selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  5. anas, bila baca blog ko slalu aku rasa sebak :') Anas aku tabik dgn ko, sentiasa positive.. smemangnya perancangan Allah itu sungguh hebat. :) smoga rayuan diteriman Amin:D

    ReplyDelete
  6. anas..ko blh lps nas..don't worry..kita fly sama2..x best r ada yg tgl..truskn doa nas,,insyllh

    ReplyDelete
  7. chill, kau ilek je. rayuan mara ni biasa dia terima. kau chill. botak cenggitu jugak. chill bradaaahhh

    ReplyDelete
  8. All the best anas, insyaAllah, aku doakan kau yang terbaik =)

    ReplyDelete

  9. Anas, x worry Tcr dah dpt news 12 pointers dpt rayuan this morn, Tcr Rudi dah confirm, so u ll be able to go OZ, COnGRADS!
    Tcr Niryati

    ReplyDelete
  10. Salam Anas. Post ini betul-betul terkesan pada saya. Terima kasih :)

    Btw, congrats sebab dapat fly. Allah heard your prayers :)

    ReplyDelete