Saturday, January 7, 2012

tribute to mum and dad.

abah.terima kasih atas semuanya.abah ayah terbaik.

buka sem baru , abah ada nasihat aku . hentikan kejap benda-benda yang tidak perlu dan fokus pada peperiksaan bulan lima ini.fokus pada belajar.dia nasihatkan aku belajar rajin-rajin dan pastikan aku lepas point untuk ke Australia.

sedar tak sedar , sebenarnya setiap ibu dan bapa kat dunia mahukan anak-anak berjaya.tidak kiralah sebagai apa , belajar di mana dan bekerja di mana , cukuplah anak-anak mereka  hidup selesa dan bahagia dan mereka tahu , tanggungjawab mereka sebagai ibu dan bapa selesai melihatkan anak-anak mereka hidup senang dan tenang.

dulu , abah pernah bagitahu aku.dia dapat tawaran belajar di Amerika Syarikat.tapi atas sebab kesuntukan wang , dia tak dapat ke sana.dia menyambung pengajiannya di USM dan kemudian di UPM .dan bila aku dapat peluang sebegini rupa , dia cakap.

"dulu abah dapat jugak nas peluang belajar oversea , tapi abah tak pergi .takpelah abah tak dapat nak pergi dulu.abah nak anak abah yang dapat peluang ni guna betul-betul,abah nak anas fly untuk abah."

sejak emak aku ditimpa penyakit kanser paru-paru tahap 4 , abah tidak lagi berulang-alik ke Bandung ,Indonesia. Sebelum ini tempat itulah yang menjadi sumber rezeki bagi dia.menguruskan projek kecil-kecil.bunyi kerja di luar negara serupa projek besar.tapi tidak sebenarnya.sebelum tu , abah selalu cuba membuka bisnes dengan rakan-rakan tapi dia sering saja ditipu.ditikam dari belakang oleh rakan bisnes.takpalah lupakan tentang itu.

abah pernah menyebut.

"kalau abah mati , abah takda harta nak ditinggalkan kepada anak-anak macam keluarga orang lain ada.abah bukan ada duit banyak.bukan ada harta simpanan . tapi cukuplah abah tolong anak-anak berjaya dalam pelajaran,itu sahaja yang abah dapat tinggalkan."

apa yang menyebakkan hati aku bila mengetahui abah tidak lagi bekerja dan menguruskan projeknya di Bandung.sebenarnya dia dah melabur berpuluh ribu ringgit kat projek di situ dan belum pun sempat menuai hasilnya , emak pula diserang penyakit.waktu cuti haritu emak ada bagitahu , abah dah tak ke sana lagi.rezekinya tiada disana . dan bila aku persoalkan tentang laburan ribu ringgit yang belum sempat dituai hasilnya , mak hanya menjawab.

kita terima saja nas.rezeki abah bukan kat situ.ada la tu kat tempat lain.

* * * 

mungkin ada hikmahnya juga semua ini berlaku.emak kini yang sedang melawan barah tidaklah sunyi lagi di rumah tatkala abah di Bandung. kini 24 jam emak ada teman di rumah. abah dapat jaga mak setiap masa. kalau dulu aku dapat baca raut wajah sunyi emak bila abah di oustation. kadang kala outstation bukannya sehari dua.ada sampai dua tiga minggu.kini , abah dapat teman emak setiap masa.emak tidaklah sunyi sepi lagi di rumah bersama kucing-kucing .

kekasih.

baru-baru ini , abah ada bagitahu aku satu perkara. sejak emak diserang kanser , abah ada pergi berguru ilmu perubatan alternatif.dan abah ada bagitahu , dia ada kurniaan yang orang lain tiada..dan alhamdulillah .rezeki dari Allah , kini abah boleh menggunakan kurniaan itu pada sesiapa yang memerlukan. rumah aku kini setiap hari dikunjungi pesakit.pagi petang dan malam.macam2 pesakit datang untuk berubat dengan abah.yang hyper aktif , yang ada darah beku , yang lumpuh dan macam2 lagi.aku pernah bertanya pada mak , abah ada cas ke pada orang2 yang datang , mak menjawab.


"takda nas , abah tak boleh ambil untung .tapi kita terima saja berapa org nak bagi , abah tu ikhlas nak tolong orang"

aku tumpang gembira. mungkin ini hikmah yang tuhan beri selepas dari kesusahan. dan kini abah sendiri yang merawat emak.emak dah habiskan semua sesi kimoterapinya dan sebenarnya dari segi perubatan moden.lepas semua sesi kimoterapi dilalui , tidak ada lagi ubat untuk kanser paru-paru lebih2 lagi di tahap bahaya macam emak.dengan kata lain sudah tidak ada penawar jika selepas sesi kimoterapi , barah masih tidak reda.tapi abah selalu menyebut,


"takpa nas.tak boleh cara moden , kita cuba cara alternatif pula.kita ikhtiar.penawar ni bukan di hospital je."


 alhamdulillah ,emak makin pulih dan kembali tersenyum.terima kasih abah.dan terima kasih kepada yang selalu mendoakan emak.Allah saja yang dapat membalas budi kalian.


kini,urat-urat tua kedua mereka makin menerka.rambut mula memutih dan langkah demi langkah semakin perlahan.saat demi saat yang berlalu , usia makin jauh meninggalkan.keuzuran akan tiba dan kedut muka mula menjelma.bukan sahaja mereka , tetapi juga aku.


* * * 

aku sedar.20 tahun aku bernafas di muka bumi ini , aku terhutang jasa yang tak ternilai harganya pada kedua mak dan abah. tidak tersebut di ruang ini akan apa yang mereka berikan.

aku ada satu peluang.sekurang-kurangnya mengukir senyuman di bibir mereka.iaitu keputusan yang cemerlang dan bila mereka tahu aku telah lulus peperiksaan untuk ke luar negara mungkin itu boleh menjadi penawar kepada kanser emak dan kesusahan abah.itu peluang terbesar aku.dan aku harus gunakan.


* * * 

kita semua ada ibu dan bapa .dibesarkan oleh ibu dan bapa dan jika tidak kerana mereka berdua , kita tidak mungkin dapat kecap nikmat untuk hidup.dan ingatlah, selagi mereka bernyawa , sayangilah mereka dan hormatilah mereka. jadi anak yang baik dan balas jasa mereka.

satu hari nanti jika ditakdirkan mereka pergi sebelum kita , tika itu kita tiada lagi peluang untuk membalas jasa mereka. hanya doa saja yang akan diiringkan.

"mak , abah . anas tahu anas ni bukan jenis anak yang selalu borak-borak dengan mak dan abah.selalu ada bahan untuk dibualkan macam anak-anak lain.tapi anas nak mak dan abah tahu. setiap kali solat , anas berdoa pd Allah .moga mak dan abah sentiasa sihat dan panjang umur ,murah rezeki"

semoga satu hari nanti , mak dan abah dapat tengok anas pegang ijazah di Australia dan anas akan pastikan mak abah gembira bila tengok anas berjaya.anas janji.

anas sayang mak dan abah.


p/s : tidak pernah air mata aku mengalir ketika menulis di blog ,tapi hari ini entah kenapa , ia turun juga.

9 comments:

  1. tukang baca pon boleh mengalirkan air mata. Moga kita semua jadi anak yg soleh dan solehah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. I've been there, I mean in your shoes. My mom got cancer jugak, and ayah kena ambil cuti without gaji banyak kali sangat that he earns less every month. But Alhamdulillah, we got through it. Now that I'm far from Malaysia, studying oversea, InsyaAllah just like you one day, this post reminds me so much of my story back then. But InsyaAllah, everything will slowly fall into its place. I wish and pray for your success, and your happiness. Okay? :) One thing I learnt, is that masa susah macam ni, memang takda siapa boleh comfort kita, selain Allah. Pray. Keep on praying. Take care :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih rusyda. sama2 kita berusaha menjadi anak yg soleh dan solehah.

    faa : thanks for the advices. now is my turn to face hardness. i believe , Allah will help me. may Allah bless you and your family too.

    ReplyDelete
  4. kerana ibu bapa,benda paling baik kita akan ada.

    aku doakan mak hang nas,ayah hang.and blajaq leklok sampai aussie men kanggaroo jangan lupa taman ehsan uh :)

    gud luck ma freng!

    ReplyDelete
  5. terima kasih sam. aku tahu kau pun menempuh dugaan yang sama kan? insya Allah semuanya akan ok.

    ReplyDelete
  6. belajar betul2 anas, guna peluang depan mata ni sebaik-baiknya. just nak share, aku time aku kecik lg (8 bulan) dah hilang ayah, time 2003 plk abg aku pergi sbb leukimia, sepanjang aku 20 thn hidup ni *hehe tiru ayt kau, aku dah tgk penat lelah mak aku besarkan aku 6 beradik. dulu before aku fly bukan main gembira mak aku citer kat sedara2 yg anak dia nk blaja luar, saat tu aku tau mak aku rasa titik peluh dia dulu suma berbaloi. sampai hari ni aku xleh lupa riak muka mak aku XD
    wish u all the best brothaa! :D

    ReplyDelete
  7. cik anonymous .takpayah la guna anonimos .kan lagi best rasanya kalau dapat kenal siapa penulis komen.terima kasih.

    setiap kesusahan yang allah berikan sudah tentu ada kesenangan yang bakal dia tebarkan.

    percaya dan terus percaya. : )

    ReplyDelete
  8. awak buat saya terfikir balik dosa dosa saya pada parents saya. terima kasih sbb sedarkan saya.

    ReplyDelete
  9. terima kasih kerana membaca. i appreciate it.

    ReplyDelete