Sunday, January 15, 2012

capture the memory.

salam alaik.


ini roll pertama aku menggunakan kamera film.

gambar2 diatas aku tangkap sewaktu aku di zaman form 5. zaman hingusan menghadap biologi dan kimia setiap hari.dan zaman duduk asrama yang meletihkan.ketika gambar ini ditangkap ,sebenarnya mak ayah aku datang melawat aku di asrama.bawak bekal makanan dari rumah. makan sama-sama tepi padang sekolah. oh . kenangan.

bila dengar pengumuman nama aku dari bilik pengumuman. aku terus turun bawah. harap2 mak ayah aku datang dan bawak makanan sedap-sedap. haha. makanan asrama. apalah yang nak diharapkan sangat kan? jadi bila mak ayah datang. yang paling dinanti sekali mestilah masakan ibu. duduk tepi padang. dengar bebelan dan leteran ayah yang suruh aku berjaya. dan nasihat ibu supaya aku jgn tinggal solat.

ya.gambar di atas memang tak seberapa.memang tak boleh kemana pun.tapi.yang paling penting ,memang tak tergambar nilainya. memang sangat tinggi nilai estetiknya pada aku dan buat aku sayang gambar2 ni sampai bila-bila.

apa yang aku cuba sampaikan ialah , 

"dont just shoot for a good photo, just for an award winning photo. just for competition or for fame. It will not last forever.but shoot for memories. as long as your eyes can see and your heart beats , it will remain strong .forever. "

memori yang aku simpan bersama gambar2 di atas. aku bawa hingga hidup aku di kolej. aku tampal gambar2 ini  di dinding bilik aku. dan aku bawa dalam beg aku.



kerana aku tahu.

bila aku lihat gambar itu ,aku sedar yang aku ada impian nak belajar tinggi-tinggi sampai luar negara kerana mereka berdua.aku tekadkan balik niat aku hanya kerana mereka berdua.aku rasa aku kena bangkit hanya kerana mereka berdua.dansesungguhnya. mereka . inspirasi aku.

so guys. get a camera. no matter what type. digital. film .2mega pixel. 12mega pixel or what so ever. the most  important part is ,shoot for memories!

camera : zenit TTL
sejarah  : ini first roll aku main kamera analogue.
film : superia.

4 comments: