Friday, December 16, 2011

LOMOGRAPHY : getting start. #1

salam alaik.

the future is analogue! (camera : zenit E , film : lomography fine color iso100 )

-------------------------------------------------------------------

*post ini agak panjang.tapi jika anda betul2 berminat untuk menceburi lomography,anda tidak akan berhenti membaca hingga akhirnya.

baca perlahan-lahan. jangan tergopoh-gopoh. kalau dapat keropok super ring satu pek sebagai bahan mengunyah pun dah kira cantik. hihi

 * * *

hello semua. untuk harini , aku akan menjawab soalan yang kerap ditanya oleh insan-insan yang mahu berjinak dalam dunia lomography atau analogue photography,dimana mereka keliru nak pilih kamera pertama mereka dan sangat teruja untuk membeli. aku yakin ramai di luar sana yang nak tahu langkah-langkah untuk bermula dan excited melompat-lompat nak ada toy camera atau film camera sendiri.minat terhadap lomography juga sudah semakin bercambah.apa yang aku harapkan ialah minat terhadap lomography ini tidaklah terbawa-bawa menjadi trend yang sebahagian muda-mudi ingat cool bila join.cool bila ada kamera lomo comel ditangan mereka.labur duit beratus-ratus nak ada sebiji.tapi lepas se-roll dua film.mulalah merungut.terus bungkus camera dan campak entah ke mana.dan kamera itu hanya dibuat hiasan untuk jadi profile picture facebook. lol.

* * *

jadi , aku cuba menjawab persoalan ini mengikut pendapat serta pandangan peribadi aku . kalau korang rasa membantu , ikut dan sebarkan.kalau rasa tidak.lupakan saja post entah apa2 ini.haha.

oh ya.jika anda yang masih tidak kenal apa itu lomography ,boleh baca entri tidak seberapa ini dulu.
http://kumbangterbang.blogspot.com/2011/02/lomography-apa-itu.html ( sila tekan right click lalu membuka new tab untuk keselesaan . kah )

* * *

macammana nak bermula?
semestinya bermula dengan bismillah .haha. sesudah itu , sediakan sebatang pen dan sehelai kertas.

lomo camera dan analogue camera apa yang best?yang bagi gambar lawa dan gempak?
soalan ini paling lazim ditanya oleh sesiapa yang baru nak join lomography.soalan ini sangat subjektif untuk dijawab.sebenarnya semua camera ada keistimewaan sendiri. dan semua camera boleh bagi gambar yang lawa dan cantik lagi gempak. tidak kira harga dan kualiti kamera tersebut. cuma bergantung kepada si pemilik yang menggunakan saja.tidak semestinya kamera yang murah membataskan kualiti gambar yang anda akan dapat , dan tidak semestinya dengan melabur beratus untuk sebuah kamera yang mahal,boleh menjamin gambar-gambar yang lawa.setiap toy camera ada fungsi uniknya dan beraneka harga.jadi tanya diri anda sendiri.kamera jenis apa yang anda mahu?tanya diri anda , berapa bajet yang anda miliki?

kamera film boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian.tapi harini aku nak specifickan untuk toycamera. Untuk brand , ada banyak brand2 toycam yang tengah popular seperti Holga , Diana , Lomography dan Superheadz. dan setiap brand2 camera ini ada jenis2 camera mereka tersendiri.contohnya :

Holga : holga 135bc , holga 120CFN , holga 120GN ,
Diana : diana F+ , diana mini
Lomography : Sprocket Rocket , La sardina , Fish eye , lca+ , action sampler , supersampler
Superheadz : Ultra Wide Slim , Golden Half

*nak gambar? boleh search pakcik google.tekan saja nama kamera2 di atas , nanti akan keluarlah gambar2 kamera itu. hihi.

* * *

camera-camera di atas ini ada keistimewaan mereka yang tersendiri . ada effect yang berbeza-beza. contohnya camera Sprocket Rocket akan bagi effect sprocket holes (lubang) untuk setiap gambar yang dihasilkan. manakala Superheadz Ultra Wide Slim pula terkenal dengan kamera ringan dengan wide angle 22mm nya ,manakala Lomography Fsh Eye 2 pula memberikan effect seperti lens fish eye .dan kamera seperti Holga 135bc akan memberikan effect vignetting yang lebih pada hujung gambar.Camera seperti Superheadz Golden Half pula membolehkan anda tangkap dua imej berbeza dalam satu frame gambar.tidak cukup dengan satu lens? cuba Lomography Action Sampler yang memberikan anda 4 gambar dalam interval dua saat.

sebenarnya pilihan toycamera memang sangat banyak ! tak cukup untuk aku jelaskan satu-satu.

sila perhatikan contoh2 gambar di bawah.

camera : LOMO Compact Automat ( LC-A )


camera : Lomography Action Sampler.


camera : Superheadz Golden Half



camera : Superheadz Ultra Wide Slim (UWS)


camera : LOMO smena 8m (toycamera Soviet tahun 1980 )

camera : HOLGA 120CFN

camera: Lomography La Sardina

camera : BELOMO villia


* * *

jadi bila anda dah tahu brand dan fungsi2 khusus setiap camera.anda tanya diri anda .kamera macammana yang anda minat. yang menjadi idaman hati.jangan tanya kamera mana yang boleh hasilkan gambar lawa.kerana semua camera boleh bagi gambar yang awesome jika kita tahu menggunanya dengan betul.jadi kita pergi kepada point seterusnya iaitu minat dan citarasa.

tanya saja perempuan yang baru ingin berkecimpung dalam dunia lomography ,camera apa yang mereka minat.Ramai yang akan menjawab Diana f+ kerana katanya camera itu comel.dah la comel.cool pulak tu. ada juga yang inginkan Holga 135bc warna pink kerana nampak feminin dan ranggi. jadi sebenarnya akak-akak semua beli kamera tu nak buat hiasan bawak berjalan atau nak diguna untuk tangkap gambar? haha.tapi terpulanglah pada minat korang.kalau korang rasa nak beli.terpulanglah. duit korang.bukan duit aku kan? kalau bajet cukup go on je la.

tapi ini pesanan aku ,make sure kamera tu diguna dan bukan di gantung dan hanya di tangkap gambar untuk dibuat profile picture facebook semata-mata tapi hasil dari kamera? habuk pun takda.

 * * *
diana F+ (ehsan google )

Point seterusnya yang korang boleh consider ketika nak beli kamera ialah jenis camera.maksud aku di sini ialah pilih kamera berformat film yg anda inginkan.yang menggunakan film 135mm atau 120mm. sebenarnya terdapat byk lg format film tapi byknya format2 ini sudah kian pupus dan sangat rare untuk ditemui,yang masih popular ialah 120mm dan 135mm.jadi apa beza kedua-dua film ini?

ini film 135mm.
ehsan google.

ini pula film 120mm.

ehsan google.
* * *
nampak tak perbezaan dua2 film?tentunya berbeza dari segi saiz dan format film.secara mudahnya,film 135mm ialah film biasa yang korang kenal dan boleh jumpa di kedai2 kamera biasa dan senang nak dapat stokknya lagi.Still banyak kedai yang boleh cuci dan proses film jenis ini .harga satu roll filmnya tidak lah mahal mana dan dapat hasilkan 36 gambar.anda harus awas dengan sesetengah kedai yang letak harga melampau sewaktu develop film.berbeza dengan film 120mm , pada pendapat aku secara generalnya film jenis 120mm ini agak susah nak dicari dan dibeli.kita kena pergi kedai2 spesifik untuk mencari dan bukan semua kedai boleh proses dan cuci film 120mm.hanya kedai2 tertentu sahaja.harga film 120mm juga secara generalnya lebih mahal dan pada masa yang sama hanya dapat menghasilnya 16 gambar maksimum!. jadi secara kesimpulannya , kos menggunakan camera yang pakai 120mm lebih mahal!

tetapi kalau korang ada bajet yang besar , terpulanglah kalau nak go for 120mm film camera or ikut macam aku yang lebih mengutamakan 35mm film camera.

* * *
ni hasil dari kamera HOLGA 120GFN . film yang digunakan ialah film 120mm. nampak format gambarnya? segi empat sama. saiz film lebih besar dari film yang biasa korang jumpa kat kedai-kedai gambar. lebih mahal.


jadi jika anda berkira-kira untuk membeli toy cam atau lomo camera, selidik dahulu jenis film yang dipakai oleh kamera itu. sebagai contoh ,diana F+ yang ramai tergila-gilakan tu pakai 120mm film dan semua siri camera Holga bersiri 120 pakai film 120mm(macam di atas ). jika anda tidak kisah untuk berbelanja dan mempunyai modal yang banyak , teruskan. tapi jika anda orang kebanyakan, mahu jimat duit dan pada masa yang sama ingin dapatkan film dgn senang , nak cuci pun senang ,murah dan dapat hasilkan gambar yang lebih banyak. cari camera2 yang guna film 135mm!

senang cerita point yang aku cuba maksudkan disini tentunya bajet. korang kena tahu bajet korang.toy camera boleh jadi semurah rm30 dan boleh juga menjadi ratus ringgit.jadi apa yang membezakan harga sesebuah kamera? tentu sekali banyak faktor .faktor kualiti , brand itu sendiri dan juga kelebihan fungsi sesebuah kamera.

* * *
aku beri analogi mudah.anggap diri korang tengah nak beli sebuah kereta. kereta juga banyak pilihan harga dan model. ada yang murah , dan ada yang mahal , kereta yang mahal mungkin lebih dari segi kualiti pembuatan , dan juga fungsi2 dalaman serta spesifikasi lebih pada kereta tersebut ,manakala kereta yang lebih murah mungkin kurang dari beberapa aspek.

murah atau mahal , pilihan terletak di tangan pembeli , ikut juga citarasa masing-masing, begitu juga dalam memilih toycamera atau lomo camera.

hasil dari kamera rm30 made in China.not bad kan?

beli camera yang sesuai dengan bajet anda.dan pastikan anda menepati semua ciri-ciri yang telah aku sebutkan awal-awal tadi untuk mendapatkan sebuah toy camera pertama yang best dan akan di guna lama dan bukan hanya se-roll dua.cari kamera yang dekat di hati dan bukan cantik di mata sahaja.

di mana nak beli toy camera , lomo camera atau analogue film camera?

kedai yang menjual toy camera sudah tumbuh dengan pesatnya.kebanyakan mereka beroperasi melalui internet dan ada juga yang sudah memilik kedai sendiri . di bawah ini senarai kedai2 yang boleh dipercayai untuk membeli toy camera. kalau boleh compare dulu harga antara satu kedai dengan kedai yang lain kerana ada sesetengah kedai yang cekik darah dan menipu pembeli dengan harga keterlaluan.anda nak kamera yang harga rm30 tu? walk in SnJ pasar seni.tak pun tekan saja "aquapix camera" di mudah.my pastikan dapat harga sekitar rm40 kebawah baru beli. yang lebih rm50 semua menipu.

nak selidik harga2 toycamera? boleh pergi ke link bawah sesudah habis membaca post ini.

--------------------------------------------------------------------------

di facebook pula , boleh search page-page ini ,

1) Kamerami Lovefilms
2) ROFLCAM
3) LOMO-CREWZ
4) FilmwareAnalogueStore
5) Photo crafts
6) Badger Malaysia

di Kuala Lumpur , anda boleh ke ,

1) The Click Shop (cawangan di Pavilion , One Utama , dan SS2 Petaling Jaya )
2) Photocraft ( Sunway Pyramid )

aku lebih membeli di kedai-kedai online berbanding di kedai-kedai biasa kerana , aku lebih banyak peluang untuk nego harga , dan juga aku boleh santai-santai di rumah sambil survey kamera-kamera pilihan hati.

-------------------------------------------------------------------------------
bagaimana pula dengan camera lomo digital?

secara peribadinya , aku beranggapan sepatutnya tidak ada istilah lomo camera digital. kalau nak guna camera dengan hasil lomo ,baik download apps di Play Store.beribu-ribu apps camera ada. .haha.jadi alang-alang nak cari kamera yang menghasilkan effect lomo secara asli,go for film toy camera and not digital lomo camera.Lomography tidak pernah mengeluarkan lomo camera digital kerana mahu kekal unik dalam dunia film dan analog. tapi aku tidak menafikan yang apps2 camera terkini pun lawa juga.kih3.

* * *

jadi , anda sekarang dah boleh survey dengan teliti kamera apa yang anda bakal beli untuk berkecimpung dalam dunia toycamera dan lomography.kamera apa yang menjadi idaman hati.dan yang penting sekali untuk anda pakai dengan lama dan menjadi kawan baik.mungkin ada yang keliru mengenai effect gambar yang dihasilkan sesebuah camera.antara faktor yang menjurus kepada effect berbeza tentunya penggunaan film yang berbeza .tapi aku taknak sentuh isu itu lagi hari ini.

jadi jangan tanya kamera apa yang boleh bagi gambar lawa kerana kamera hanya mediumnya saja.si pengguna yang menentukannya.kamera kalau harga beribu tapi tak reti pakai pun.akhirnya nanti hasil tak seberapa juga kan?

harus diingat pemilihan kamera tidak semestinya menggambarkan hasil sesuatu gambar. ada individu yang terkeliru dengan efek warna yang memukau dan tanya camera apa yang menghasilkannya.sebenarnya effect warna samada striking , terlebih merah , terlebih pudar , terlebih hijau atau soft bukan dari effect kamera semata-mata ,tetapi effect film. jadi anda juga harus memikirkan film apa yang sesuai diguna. (post akan dtg akan membincangkannya )

harap maaf.gambar-gambar di atas ialah semuanya koleksi peribadi aku. yang tidaklah selawa mana.sila pinjam pakcik google dan taip saja nama2 camera di atas untuk dapat hasil yang lebih memukau.atau boleh pergi ke lomography.com dan boleh lihat hasil-lasil lomographer seluruh dunia.

lomo on! hail analogue!

* * *

bagi aku? aku lebih meminati kamera-kamera vintage lama. tahun 60an ,70an , 80an , kadang-kadang kos yang diperlukan untuk membeli sebuah kamera lama lebih kurang sama saja , bahkan kadang-kala lebih murah dari kamera-kamera baru.aku beri 3 alasan kenapa aku lebih meminati kamera-kamera lama untuk digunakan sebagai medium fotografi berbanding toycamera yang menjadi sebutan sekarang :

1) kamera lama lebih berkualiti , baik dari luarannya ,dan mekanismenya ,pakai dah berpuluh tahun pun masih lagi berfungsi ( toycamera baru kadang kala rapuh , kena dijaga dengan rapi )

2) kosnya lebih murah (bagi kamera yang aku minati )dan nilai estetiknya tinggi.

3) memberikan aku lebih banyak fungsi dan keupayaan (majoriti  toycamera baru tidak memberikan pengguna lebih ruang untuk menetapkan sendiri setting apperture dan shutter speed sendiri )


hasil kamera , zenit E era 80an.

apa-apapun , sebagai seorang yang mempunyai bajet yang rendah tetapi tamak untuk mendapat hasil yang menarik , aku undi kamera dibawah ini sebagai toycamera paling berbaloi untuk dimiliki !

iaitu , Superheadz UWS. boleh selidik kamera ini di site bawah.


tekan link ini dan open new tab untuk membaca ulasan saya mengenai camera lomo Fish Eye 2 :
target="_blank"http://kumbangterbang.blogspot.com/2012/01/this-is-why-i-love-analogue-8.html

tekan link bawah ini dan open new tab untuk artikel mengenai apa itu expired film? :
http://kumbangterbang.blogspot.com/2012/01/this-is-why-i-love-analogue-9_08.html

*kalau ada salah silap harap dimaafkan.
*kalau ada soalan boleh diajukan di facebook saya.

12 comments:

  1. sempat lagi kan nak gath. nanti angkut semua anak2 ko ye. hehe.

    ReplyDelete
  2. murah kot..kt msia memang harge bawah rm50 eh??

    ReplyDelete
  3. bawah rm50 setakat dpt unbrand toycam aquapix tu boleh la.but kalau yg proper like UWS or holga or other brand.bajet dlm rm100 ke atas.

    ReplyDelete
  4. Nak cuci film 120mm berapa henget eh?

    ReplyDelete
  5. cik anonimos , nak cuci film 120mm depend on kedai.stakat ni yg biasa sy jumpa termasuk scan dlm range 14 ke atas. saya jarang juga guna 120mm film.

    kosnya lebih besar baik dari segi film dan juga process.

    ReplyDelete
  6. Saya nak cuci negatif 110mm, poket camera, gambar kenangan manis, ada cadangan kt mana masih ada,

    ReplyDelete
  7. Saya nak cuci negatif 110mm, poket camera, gambar kenangan manis, ada cadangan kt mana masih ada,

    ReplyDelete
  8. Berapa ringgit harga nak cuci satu film 35mm tu ye ?and dekat kedai mana murah

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Kat mne ek nak cuci film 120mm area KL?

    ReplyDelete
  11. Kalau film 35mm murah and senang tak nak jumpa sekarang ni?? Kos cuci gambar dia pulak murah tak??

    ReplyDelete