salam alaik.
terima kasih Puisi Jadi Senjata kerana menerima karya saya untuk diterbitkan dalam siri dua Puisi Jadi Senjata II : Demokrasi Terdera. saya anggap ini sebagai titik tolak dan tapak untuk saya bergiat lebih aktif dalam penulisan bebas.
saya tidak mampu untuk berarak di jalanan , menjerit dan bersama-sama turun kerana pelbagai keterbatasan.tapi saya tidak pernah lekang menyokong keadilan.
terima kasih!
siri baru Puisi Jadi Senjata ,
Pak A Samad Said melancarkan buku ini pada 25 Mei 2012 di program Rock The Youth.
apa itu Puisi Jadi Senjata? sila buka sini , http://puisijadisenjata.blogspot.com/
My Polaroid Experience.
Facebook Badge
Showing posts with label karya anas.. Show all posts
Showing posts with label karya anas.. Show all posts
Friday, May 25, 2012
Friday, January 20, 2012
puisi untuk penguasa.
salam alaik.
ini sepuisi untuk penguasa. penguasa komuter.jika kau lupa.aku tolong sedarkan.
sudah aku muak dengan kerut raut warga sendiri , di bumi sendiri .
mengenang apakan dayanya kudrat ini mampu bertahan,
menahan lautan kepanasan hawa yang tidak langsung berudara.
menahan kedinginan mampatan bahu ke dagu ,
menghayati indahnya asakan tren besi pucat lesi, bergelar komuter.
kau suka dan makin murka dengan wang picisan yang masuk ke dalam kocek ,
hari demi hari , kocek bergantung , kantung dibelek . duit dirobek .
tapi apalah nasib kami ini , sang penumpang sehari-hari.
yang bertahan dalam mampatan. yang bermampat sambil bertahan.
menahan asakan , menahan lemahnya masa untuk berlalu.
menahan pedihnya kau buat kami macam dungu yang bisu.
menghayati indahnya asakan tren besi pucat lesi , bergelar komuter.
sudah kau laungkan pembangunan ,sudah kau gemburkan perubahan ,
kami telan janji pahit itu ibarat telanan panadol menahan sakit.
dan kami tunggu berita itu,adakah palsu seribu kelu ,
adakah sekadar retorik macam selalu.
oh.sungguh terkedu hati melihat seorang ibu mengondong bayi dalam perutnya.
berkerut hati , dan bermuram matanya.menekap muka tanda kecewa.
teriak hati melihat pakcik tua , bertongkat tinggi ,
tersentak dengan teriakan berjuta dalam satu kamar.
menghayati indahnya asakan tren besi pucat lesi , bergelar komuter.
ingat , duit itu hak kami . kami tebarkan untuk kualiti.
dan bukan kami tebarkan untuk kau goyang kaki.
ingat , tidakkan redha wang yang kami beri.
jika ini yang kau bagi!
jika janji tidak terbagi.ludah pasti disusuli!
kau memang bahagia.kerana kau mungkin tidak merasa.
panasnya , kotornya , mampatnya , habanya,
akan bisnes yang penuhkan kocek kau sehari-hari.
cuba bersama kami pukul lima sampai lapan malam.
dari isnin sampai kau kelam.kelam dalam kesedaran.
betapa teruknya kau mengambil hak-hak kami.
tapi keji yang kau bagi.
terima kasih komuter,kerana hantarkan aku pulang.
terima kasih komuter,kerana tidak pernah lekang.
membuat aku bengang!
10.48 pm
20 januari 2012
p/s : dah sangat fed up dari dulu kini dan selamanya dengan perkhidmatan komuter. kalau bukan lembab dan mampat .bukan ktm namanya.

Labels:
karya anas.
Sunday, December 25, 2011
tabung uji milo panas.
TABUNG UJI.
ada solid berwarna merah jambu ,yang pejalnya ia tidak rapuh.
tapi bila di campak ke tabung uji.dan dituang bersama larutan ekstrim penghakis sakti.
solid kental pejal tadi akan cair ibarat cairnya ketul ais didalam milo panas.
dan kadang-kala dalam tabung uji , merah jambu jadi kelabu .diam dan kelu.
tabung uji.sebuah lagi eksperimentasi analogi dunia.
dimana kau ialah solid merah jambu , yang kata kau pejalnya takkan rapuh.
tapi bila di campak dalam satu ekstrim musibah dan cabaran penghakis .
kau akan tahu berapa rapuhnya kau sebenarnya .
dan wajah bongkak warna merah jambu .akan kelu kelabu.
itulah tabung uji.itulah yang sebenarnya kuasa pencipta.
dan bongkak manusia kau tidak akan kemana.hanya akan cair.
ibarat cairnya ais.dalam milo panas.

a reminder.,
karya anas.
Tuesday, December 6, 2011
cemburu.
salam alaik
kalau boleh , aku nak buang semua rasa keladak cemburu yang berhabuk dalam dada. tapi ketika aku ingin amik vacuum dan nyahkan cemburu yang berkelana , baru aku sedar , cemburu itu tandanya sayang. dan kalau aku sapu semua cemburu yang ada , maka hilanglah juga sayang.
cemburu sebenarnya ibarat parasit . jauh sekali disamakan dengan paracetamol. cemburu tidak boleh dibuang. tapi boleh dikawal. jadi kenapa perlu buang kalau hadirnya ia itu tandanya sayang? jadi daripada aku membeban diri menyapu dan menyahvacuumkan semua cemburu yang ada , apa kata aku makan pil penenang. dan biarkan ia pergi dengan sendiri ibarat air pasang dan surut.
Labels:
karya anas.
Thursday, February 3, 2011
dari paint ke adobe.
tulisan kucing penulis.
salam alaik.
once upon a time.seorang budak lelaki sungguh jeles melihat bertebaran header2 belog yang sungguh mantap dan wow wow bila dia memulakan operasi stalking kira-kira dua tahun yang lepas.pada ketika itu.dia berumur enam belas tahun.masih hingusan.adobe photoshop? apa itu.katanya dengan suara sudah garau.lalu dia meminta seorang kawan maya nya untuk menolong beliau membuat header agar bertambah seri dan berlemak manis belog ini.lalu hasilnyaa.

header pertama belog ini direka oleh illy.illy.sila baca pos ini.terima kasih buat header yang sungguh montel ini.selepas sekian lama header tidak ditukar.pemilik belog setart bosan.tapi dia tiada bakat dalam editing-editing ini.

mengedari pentingnya software paint dalam laptop selain digunakan untuk main-main crayon.header pertama yang beliau buat just guna paint.almaklumlah.tak pandai lagi guna2 ardorbe phortorshorp time zaman muda-muda dulu.hehehe.kerana terlalu dull.dia telah mengerah segala punat-punat yang boleh ditekan di adobe.lalu terciptalah header di bawah ini.
ha.gambar ini ditangkap oleh amin jabar dan mendapat kelulusan beliau untuk dijadikan header belog.penulis menutup muka tanda muka bertambah jambu.batu.ketika ini belog si penulis bertemakan robot dan manusia.ceh.bajet.penulisan entah hapa-hapa.header lebih-lebih.ekeke.ada hal apa?
header ini pula gambar ditangkap menggunakan camera zenit TTL.tidak diubah warna serta tona.cuma ditambah caption diatasnya.penulis rasa header ni antara yang paling dia suka.kerana simple tetapi unik.itu bagi dia.bagi sesetengah orang pula mengatakan header ini meniru freemason.haihhh.
header ditukar lagi.gambar ini dari amin jabar.diedit menggunakan software poladroid dan ardobe phortoshorp.penulis suka header ini kerana gambar ini real dan bersahaja.penulis sedang berkain sarong.dia pakai boxer.hihihi.
merasakan header beliau terlalu besar.beliau menggunakan gambar hasil kamera tiga perpuluhan dua mega piksel nokia 5530 ini untuk dijadikan header.ditambah caption dan diedit serba serbi menggunakan photoshop.kembali kepada header simple sahaja.hihi
dan.
dan.
dan.
dan.
beliau rasa.beliau nak tuka header lagi.
dan.
dan.
dan.
TADA!
*bom bom bom bom.bunyi mercun tander kelap.bom.bom.bom*
menggunakan kamera lomo mata ikan dan seperti biasa di edit menggunakan photoshop.hihihi.penulis suka kedua-dua subjek ini.kakinya gebu dan berotot serta berteknologi nano.bagi penulis.tiada salahnya kita menghias belog ini.setidaknya sejuk mata lensa memandang walaupon penulisannya tidaklah sejejari runcing mana. : D
p/s : ada header yang tidak sempat di save. sob3. kenangan dalam berblogging terletak pada headernya. falsampah si penulis. tak boleh pakai. hihi.
Labels:
karya anas.
Sunday, January 2, 2011
aku budak sekolah.

kolej antik mara seremban*using lomo smena 8m.
salam alaik.yahh.aku masih lagi budak sekolah lagi.dan aku happy.form 7 keenjinan tahun ini.bangun pagi-pagi lepas subuh tido lagi.pukul tujuh bangun lagi pergi mandi gosok gigi.sarung baju kemeja tuck in setiap sisi. , slack hitam dan kasut hitam setiap hari. rambut sikat tepi berbeg galas dari pagi. pergi dewan makan nasi ,rezeki baik ayam kari. masa ikan semua lari. makan sepinggan dua. tak cukup kenit mata lagi. kat makcik D.M mintak simpati.
tak cukup makan pergi koperasi .tibai roti dan coki-coki. ha.jangan lupa dobi. masuk kolej mana guna tangan lagi. tak 19 lah gini.pergi kelas gelak-gelak hi hi hi hi. tido separa mati. cekgu datang kaver sendiri. dapat homework hari-hari . kata nak terbang tinggi . homework mahu kasi lengkap .baru berprestasi tinggi. petang-petang layan futsal kalo kalah duduk tepi. tunggu giliran macam nak mati. last-last terbenam lagi matahari. takpe. esok ada lagi. malam ada usrah ramai nak lari. lahoma sekala skali gelak gelak hi hi hi hi. cukup masa pegi wispi . bajet study .depan buku laptop mp3 . memanglah masuk apa nak study.
hoyeahhh.sekolah lagi.sekolah lagi.best jugak bila diamati. hidup cuma sekali .sekolah berkali-kali.
Labels:
karya anas.,
KMS.,
lomography
Tuesday, December 7, 2010
gua nak kurangkan membebel.

lets make it together.
salam alaik.post ini hendaklah dibaca dengan nada pantun gunung daik bercabang empat belas untuk penghayatan dan penjiwaan serta pencahayaan.dan post ini tidak menyerang sesiapa.cuma beberapa. : D
satu malaysia sini.
satu malaysia sana.
harga minyak naik lagi.
gula gelak tumpang sama.
satu malaysia sana.
satu malaysia sini.
kelas bawah tengah menderita.
korporat keparat goyang kaki.
ketuanan melayu sini.
ketuanan melayu sana.
yang rompak harta bangsa sendiri.
senyap sunyi tak keluar berita.
perhimpunan aman katanya rusuhan.
disembur gas pedihkan mata.
sampai bila pon takkan ada jawapan.
lawaknya tarif air naik juga.
oh malaysia tanah tumpah.
aku harap kau tabah.
telan segala musibah.
yang tak malu singgah.
mungkin satu hari nanti kau akan berubah.
mungkin satu hari nanti kau akan tambah parah.
mungkin satu hari nanti semuanya cerah.
mungkin satu hari nanti semuanya barah.
aku bukan mahu menyuntik politik.
belum 21 dijadikan taktik.
menutup mulut jangan mengherdik.
duduk diam dan ikut polemik.
masing-masing punya akal
masing-masing punya otak
yang mana mahu disangkal
yang mana mahu ditegak
tepuk dada tanya selera.
tepuk tangan tiada guna.
pilihlah kalian yang mana suka.
asalkan islam ditegak jua.
bukan nak sisihkan bangsa.
tidak sama sekali.tidak seseduakali.
tapi kinabalukan bangsa tidak kemana.
islam jadi sepi dan sunyi.
tengoklah kiri kanan atas tepi.
apa sudah jadi?
apa sudah jadi?
yeay.merdeka.merdeka.merdeka.
yang merdeka luar.yang dalaman penjara.
oh.bukan niat nak jadi oposisi.
hihi.
: )

orang kata mereka perusuh.
aku kata mereka pejuang.
orang kata mereka calarkan imej negara.
calarkan apa yang patut dicalar.
apa ada hal?
gamba dari blog ini > klik.
Labels:
bila gua jadi pengkritik,
karya anas.
Thursday, October 7, 2010
worst start never stay too long.happy ending last forever.
salam alaik.
pilih satu jalan.jangan ragu-ragu.jangan segan.langkah je.jangan henti.

pilih satu jalan.jangan ragu-ragu.jangan segan.langkah je.jangan henti.

*ehsan google.
"worst start never stay too long.happy ending last forever."
"worst start never stay too long.happy ending last forever."
"worst start never stay too long.happy ending last forever."
"worst start never stay too long.happy ending last forever."
kepada yang tengah patah hati dan tulang dapat result periksa tu.relaks.esok belum AS. :D aku lagi teruk rasanya tuk exam kali ini.apa ada hal?rilekksss
-anas saifuddin.
Labels:
a reminder.,
karya anas.
Saturday, September 4, 2010
gelandangan.

zenit ttl.
kucing ini sudah darjah dua.dia bukan gelandangan.dia ada rumah.
salam alaik.
bukan aku pinta untuk aku jadi gelandangan.
di caci maki . di beri kaki tanda amaran.
di pandang macam sembunyian pelarian.
aku juga ada hati dan seketul perasaan.
bukan untuk aku dan kau mainkan.
tercampak aku ke gelandangan.
tanpa ada sesiapa untuk aku rayukan.
kadang2 aku tak minta untuk kau simpatikan.
cukup mulut busuk kau itu kelu dari kutuk kutukan.
kerana esok lusa tidak mustahil.kau juga di gelandangan.
aku tahu.mungkin aku ini caca hina.
atap berlangit bintang.alas konkrit tepi longkang.
orang kata gelandangan seperti aku tidak berusaha.
mengharap simpati sebungkus nasi saja.
masakan aku hendak berusaha?
kau . kau dan kau tidak luput dengan menghina.
tak siapa mahu terima.orang busuk lusuh macam hamba.
masing-masing tarik muka.
ego dengan apa yang ada.
jalan tegak dabik daba.
hidung tinggi lubang terbuka.
sudahlah.sedarlah.
sedarlah.sudahlah.
dunia ini tak pernah henti berputar.
jaga-jaga.jangan satu hari nanti kau makan hinaan sendiri.
tersentuh pulak rasa tengok majalah tiga pasal gelandangan or homeless community di Kuala Lumpur.merdekakah? merdekakah? tiba2 aku teranalogikan golongan gelandangan ini dengan kehidupan kucing.kucing memang banyak yang homeless.cari makanan kat pasar.kedai makan.dewan makan KMS.mioww sana.mioww sini.nak teruskan hidup hari2.tapi walaupon kucing tersebut homeless.die bebas bergerak sana sini sana.banding dengan kucing bertuan dan berumah.tak payah sibuk pasal simpati.whiskas mesti tuan bagi.tapi ada yang terperuk dalam sangkar dari kecik sampai mati.manusia jijikkan gelandangan.kita ini berumah .tapi mungkin hati kita ini tersangkar dengan masalah.dan tak pernah bebas.jadi?dalam dunia takda yang sempurna.Allah jadikan semua sama sahaja.renungkanlah.
p/s : from homeless to harvard!
Labels:
karya anas.
Sunday, August 15, 2010
transform.

bakal muncul dalam transformers 3 nanti.
salam alaik.ubah2 layout and header sket derrr.
baru ada gayaa.
hahaha. :D
dulu pinky.minky.tak maskulin la derr.
kini garanggirang balek. :D
nak baca baca.taknak baca.baca.cerita sedih ni.
hidup ni wajb ada transformasi.barulah ada isi.kalau constant sampai mati.gila kelabu hidup kau jadi.kau tak bosan ke sikat rambut fashion sama dari tadika sampai universiti.tak bosan ke jadi orang yang sama petang,siang,malam,pagi.baik jadi robot besi.follow benda sama setiap hari.sekarang robot pon dah ada transformasi.manusia bila lagi.bukan aku suruh kau ubah personaliti.nehi.nehi.nehi.dari kau bangun 8 pagi naik ke 7.59 pagi.dari rambut belah tengah ke belah tepi.itu pon transformasi.tak payah ubah mendadak tinggi.cukup kau rasa happy.tak gundah hati.boring pon pergi.hidup kau tak rugi.
mari mari mari.transformasi.lagi2 bulan puasa ni.muhasabahsarawak lah diri.sembahyang kasi kaver lima kali sehari.carut karut hentikan dari beroperasi.jangan babi dan babi.aku bukanlah alim dan ada link dengan wali.bukan dr fadzillah kamsah pakar motivasi.bukan jetli mahupon mawi.sekadar nak berkongsi.apa yg termajalah di hati.kita ni mudah lupa diri.dapat rumah besar dah bongkak dan hidung tinggi.lupa siapa pencipta siapa Ilahi.apa lah sangat rumah besar mcm istana menanti.kalau hati dah basi.riak dan iri hati.suka sangat tengok orang menderita sampai mati.disko sampai pagi.subuh mana pergi.zuhur pon tak pasti.asar apetah lagi.maghrib reti pulak makan nasi.bukak puasa bajet ikut sunnah nabi.yang wajib dibiar sepi.
capati,nasi beriani,masak lomak cili api.makan sampai berapi.perut boroi lagi.tambah boroi di aidilfitri.sumbat lemang tak sedar diri.perut kecik kau ingat peti besi.boleh campak itu ini.ingatlah yang kais pagi makan pagi.kais tengahari makan tengahari.kata puasa.nafsu mesti mau kunci.kalau pergi bazar jangan lupa duit MARA bagi.beli punya beli sampai hutang keliling gigi.aku pesan pon kat diri sendiri.keje boros beli kat lahoma hari-hari.transformasi.transformasi.
hai kawan kat mana pon kau kini.ingat makbapak yang jauh di sisi.aku tahu aku balik kerap kali.mak aku seorang diri.rasa sedih hari2.yang jauh-jauh di felda terachi , kota tinggi tak pon sungai petani.tabahkan diri.esok lusa kau akan kembali.girang riang makbapak kau nanti.lenguh-lenguh urat sendi.akhirnya anak pulang bercuti.itujelah kot apa yang aku nak bagi.omwork tak sudah2 lagi.menggunung macam klcc.tipu lagi.hihi.
p/s : megan fox tu lelaki? hahaha
optimus perdana versi 2.0 KMS.
ehsan gambar amin jabar.
Labels:
karya anas.
Saturday, June 19, 2010
siapa rasa dia pompuan.

salam alaik.
siapa rasa dia pompuan??
siapa rasa dia pompuan??
siapa rasa dia pompuan??
bukan,bukan tutup aurat.itu wajib.takyah cerita.
siapa rasa dia pompuan?
siapa rasa dia pompuan?
masuklah koc wanita.biar jantan and org yg ada family je kat sini.
kata abang KTM.
buat apa nak sesak2 dalam koc awam.
koc khas tuk awak dah ada.
yang awk nak menyesakkan koc lain buat apa?
nak menggatal? (itu aku tambah )
siapa rasa dia pompuan?
masuk koc wanita tu.byk kosong lg.
nak menghimpit kat lelaki buat apa.
kesian lelaki takdak koc khas.
da berhimpit2 da ni ha.
siapa rasa dia pompuan?
awak rasa awk pompuan masuk koc wanita.
cepat.cepat.cepat.byk lagi lelaki tak masuk ni.
koc awak sana tu kosong lg.cepat masuk sana.
siapa rasa dia pompuan?
masuk koc merah jambu.
*credit to abg KTM.kesian maskulin.harap feminin faham.anda sudah ada koc khas.hargai. :)
*hope KTM buat koc lelaki plak lepas ni.baru adil. :D
p/s : thanks to Nur Amira Syazwani for today moment. :)
Labels:
karya anas.
Thursday, June 3, 2010
kisah pakcik tua dan tuah.

salam alaik.
kerja aku sebagai penjaga kedai buku.aku bukan kaki buku pun.aku kaki tiru.dulu aku tiru pon dengan budak bodoh.jadi tak salah kot aku meniru.nak tunggu keputusan SPM lama lagi.arhh.buat apa.tunggu tak tunggu sama saja.aku bukan kemana.aku tahu.aku bodoh.kelas terakhir.aku sudah tahu takdir aku.tak payahlah aku cuba jadi pandai.sebab aku memang bodoh.dari kecil aku bodoh.jadi aku memang takkan pandai.aku memang tak bertuah.tuah ada dekat melaka.bermesra denang puteri.biarkan aku.aku pon bukan sembahyang punya orang.hidup aku dah memang macamni.jadi baik juga aku bekerja.keluarga aku bukan kaya mana.jadi setiap hari,aku bekerja disitu.
pelanggan kedai buku bukannya sikit.sudah namapun kedai buku aku FAMOUS,lagi lah berbondong orang datang.nak pula waktu hari minggu.budak2 bukan betul sangat.main cuba-cuba pen.bukak-bukak kotak krayon.main sorok-sorok,kejar-kejar..lepas tu pengumuman budak hilang.bukan budak je hilang.segala benda dia bawak lari.kalau lah kedai buku aku boleh buat pengumuman kehilangan barang.aku rasa.sampai malam pon tak abes.yang ibu bapak pon bukan betul sangat.dalam kedai buku aku jugaklah tempat dorang nak berjejak kasih.kawan lama tak jumpa.tgk2 dua duduk seblah tgk buku GALAXIE.lepastu bergosip tak sudah.GALAXIE ditinggal.aku bertambah sial.tapi bukan itu yang aku mahu ceritakan.ini cerita aku,
kerja aku taklah penat sangat,aku jaga bahagian buku sekolah rendah dan menengah.mahu juga menyumpah sampah jampi serampah.letaklah aku bahagian buku rumah tangga ke.boleh aku selak2 halaman menarik untuk hari tua.eyh.aku bodoh.siapa nak aku.setiap hari kerja aku kemaslah buku2 soalan objektif yang bulat2 tu.dan setiap hari,akan datang seorang pakcik tua cina ke kedai aku.tidak lah tua mana.dewasalah.agk lusuh bajunya.dia tidak kemana.dia ke tempat aku.dan boleh kata setiap 2 hari.dia akan beli satu buku soalan objektif dikedai aku.dia bukan pilih2.dia datang , amik dan terus pergi.kadang-kadang aku jadi hairan,takkan lelaki yang lagi dua jumaat je tinggal ini mahu repeat SPM? gila.sedangkan aku yang bodoh ni pon takkan mahu repeat SPM.kadang2 buku ERT yang diambilnya.haha.mungkin untuk anaknya.tapi jika untuk anaknya.takkan sampai 2 hari skali.boleh gila anaknya kerja membulat sahaja.
aku biarkan sahaja.kerja aku kemas buku,kerja keselamatan dah dipikul abang guard didepan yang sibuk mesej aweknya yang bekerja sebagai guard jugak dibank.suatu hari,seperti biasa.pacik itu kembali.lepas dia ambil satu buku soalan objektif,dia hanya senyum dekat aku.aku takut.haha.tipu.mestilah aku senyum balik.pelanggan tetap.rupanya,hari itu,dia bilang dia tak bawa duit.jadi faham-fahamlah,kata orang senyum itu ada makna.nasib baik dia pilih buku bulat2 darjah lima.jadi murahlah sikit.aku tolong bayarkan.jauh dalam sudut hati aku betapa misteri nya lelaki tua ini.aku mahu tahu kisahnya.
aku tegur dia.aku tanya dia.tapi dia hanya pandai menggeleng.dia cuma kata,aku akan kembali ke sini.dengan kejayaan.terima kasih.aku jadi makin bingung.kejayaan apakah?selang beberapa hari selepas itu.seorang lelaki bertuksedo hitam kilat datang ke kedai buku aku.terus ke tempatku.aku kenal dia.dialah pakcik tua yang selalu membeli buku soalan objektif tu.aku gosokkan mata aku.betulkah dia?dulu bajunya lusuh tanpa tulisan.kini gaya ala2 dato jalaludin hassan.dia senyum pada aku.dia bagi aku rm50 note.dia masukkan ke kocek aku.tapi seperti biasa.dia masih ambil buku soalan objektif sambil tersengih dan berlalu pergi.dia masih membeli buku soalan objektif.boleh kata kerap.
lagi bertambah hairan dan raihan aku.selang lagi berapa hari.dia kembali.kembali dengan imej lusuhnya dan seribu kesedihan.tiada kejayaan.kegagalan katanya.aku tidak dapat menahan kemisterian.lalu aku bertanya padanya apa yang terjadi.
aku ini sudah miskin katanya.dulu aku anak orang kaya.aku ini cuma warisi harta bapak aku lah.kerja aku duduk ofis sahaja.semua dah ada.aku tukang sign saja.buat apa kerja penat2.usaha lebih2.tak kemana jugak kau.mudah.kereta besar.rumah besar.bini pon besar.tapi bisnes ayah aku bankrap.rumah aku kena jual.bini aku pergi.kereta aku lari.aku sudah tidak percaya tuhan.tuhan itu penipu.kalau betul dia ada.dia takkan bagi aku mcam ini.katanya keras.aku pelik.jadi apa kaitan buku soalan objektif dengan dirinya.aku percaya tuah aku.tuah aku aku yang tentukan.tuhan tidak ada.duit aku yang masih ada ini.aku cuba takdir aku.kau tahu kenapa aku beli buku itu semua?
setiap hari aku tandakan jawapan aku pada set2 soalan tu.aku tak tengok soalan.aku tanda sahaja.dan setiap hari.aku cuba nasib aku.aku semak jawapan aku.dan hari tu.aku dapat 50/50 betul.aku tahu.itu hari bertuah aku.aku pegi main judi.dan aku menang.aku tahu itu hari aku.hari bertuah aku.katanya sambil ketawa.kau bodoh mahu kerja macam ini.gaji tak seberapa.kuli orang pulak tuh.hahahaha.gelaknya lagi.kau tgk aku.usaha sikit saja dari dulu lagi.kaya jugak aku.
jadi kenapa pacik jadi macamni?tanya aku.buku itu penipu!berapa kali aku cuba.aku sudah tanda 50/50 betul.hari bertuah aku.hari bertuah aku.aku main judi.tapi! aku kalah.aku hilang semuanya!.buku penipu!buku penipu! aku mahu koyak buku itu! mana buku itu! jahanam! cilaka?chulalongkorn! habis duit aku! penipu! seakan niang rapik mula masuk ke rongga hidungnya.aku panggil abg guard yg hampir tertidur dihadapan.dan dia dibawa keluar.pada aku.hari itu.hari pertama dia gila.aku harap tidaklah sebab aku.
ouh.dia tak mahu berusaha tapi mahu semua.dari kecik dibesarkan keluarga kaya.bila susah.tidak pula cuba usaha.mengharap tuah saja.sekali mungkin tuhan bagi.tapi untuk bagi kau sedar.aku ini pula salahkan tuhan jadikan aku bodoh.tapi aku tidak berusaha.aku tiru.aku ponteng.sembahyang tinggal.tapi berangan jadi pandai.terima kasih pakcik yang baru gila.kau telah sedarkan aku.tuhan takkan bagi kau rezeki berjemba-jemba jika kau sendiri duduk termenung mengharap akal albert enstein jatuh dari langit.tuhan juga tidak akan biarkan kau menangis tragis kalau kau tak dpt tapi kau dah usaha kerana tuhan dah tetapkan yang terbaik utk kau.
TERIMA KASIH PAKCIK TUA GILA.
by,

Labels:
karya anas.,
pakcik misteri.
Tuesday, May 18, 2010
aku mahu terbang,kata burung.

burung-burung ke stadium bukit jalil tgk piala thomas*
salam alaik.-post ini bukan ditujukan kepada boyfriend ayu-
aku mahu terbang.aku mahu terbang.kata burung-burung tekukur dan juga murai di Kedai Burung Lin Dan ( bukan nama kedai sebenar ) . bercakaran mereka didalam kamar besi ciptaan manusia yang sesungguhnya berlaku kejam. mengapa kejam? kerana mereka melarikan burung-burung tersebut dari fitrahnya. nak terbang tak boleh. nak gerak sempit sangat. nak tidur bising . nak berak pon takda privacy.
aku ada sayap dan aku mahu terbang. tuhan berikan aku sepasang sayap untuk aku melayang bebas. bukan duduk lenguh kaki aku dalam sangkar besi karat jadah manusia hari ini. aku di jual .mereka untung .aku rugi . tapi mereka rugi jua. kerana guna air basuh tahi di sangkar aku . kau manusia! bayangkan fitrahmu dicabut dari haknya . sungguh cilaka! kata burung murai kepada manusia jika murai pandai berkata-kata.memang murai pandai pun.
biarkan mereka! lepaskan mereka menjajah awan hitam hari ini. kenapa kau kurung dan jual? kenapa kau ikat kaki mereka? apa kau dapat? tahi burung yang kau dapat. lepaskan.lepaskan semuanya. sudah nama terbang itu lambangnya bebas. kalau terkurung tidak bebas . jika tidak bebas dimana demokrasi?
tidak perlu rasanya meminta bantuan wonderpet untuk datang membantu bebaskan mereka.kepada penjual-penjual burung diluar sana.sudahlah.jualla ikan emas mahupun ikan guppy pula.kerana sudah fitrah ikan itu berenang dan dipelihara. kepada empunya burung-burung.lepaskanlah burung anda.maksud saya burung peliharaan anda.tiada guna dibiar dalam sangkar karat kau.lagi bahagia rasanya kau lihat mereka terbang. janji tak kena ngap ngan kucing. kucing aku pandai tangkap burung .tension aku.
post ini luahan hati aku sebagai pencinta flora dan fauna.ahaha.sedih weh tgk burung dalam sangkar masa pegi kedai haiwan tadi.hadoihhh.tak berperikebinatangan betul penjual burung itu. nak sgt jual burung jual la burung unta ka. abis cerita.last word babeyh!
FREE FOR THE BIRD!
p/s :aku tak lupa pengalaman kena taik burung masa balik sekolah.terima kasih.
p/s : kenapa burung dalam wonderpet tak terbang? naik kapal terbang.ahahaha
Labels:
karya anas.
Monday, March 22, 2010
kepada katil aku.
salam alaik.
this post is tribute to katil aku kat sains seremban.ahaha.nak baca.baca.tak nak baca.baca.tak boleh baca.baca.dah baca.baca.
A202-07

aku amat2 merindukanmu.bantal.selimut busuk aku.cadar.gambar acha.dan juga conteng-contenganku.baru kini aku sedar.bagaimana aku harus menyayangimu.walaupun kini aku tido empuk dikatil rumah.kau tetap aku igt.sebab kaula aku kantoi hp ngan cekgu shahrul.ahaha.kaulah tempat aku bergayut malam2.dengan.dengan.sesape jelah!.kau jugak tempat aku mengintai budak2 kampung belakang yang tak abis2 baling mercun dalam sekolah.sakai tol.nasib baik mercun tak masuk dalam dorm.kalau tidak.abis kau.kau jugak saksi kepada pertelingkahan rumah tangga yang berlaku belakang sekolah yang membabitkan suami curang dengan isterinya memalam buta.sampai dak saser sume tak tido nak dgr.tp.tp.aku tido.maaf.maaf.
oh ye.aku takkan lupa saat2 study didadamu.walaupun mesej lg byk dari study.tapi sebab kat blog aku tulis la study.tp.da kantoi.takpa.aku takkan lupa setiap hari sabtu.ada spotcheck dorm.tp.tp.takda spotcek pon.sebab mad yg jage dorm aku.kekadang je cuak uncle(HEM) check.yela.selimut tak penah pasang.pakai selimut busuk dari rumah je.ahaha.oh ye.mereka tak tahan ngan selimut aku.mereka kata busuk.tapi aku kebal nyamuk memakai selimut itu.tp.tp.last2 siput tido jugak ngan selimut aku.mungkin sebab dia tak tahan kena gigit nyamuk kot.
ahahaha.oh katilku.baru kini aku mengingatimu.kini.kau dah dengan org laen.tp.tp.tp.aku bangga pernah tido didadamu.wakaka.kerana kau katil keramat.siapa penghuni semua stret A.oh.lupakan.kau jugak tempat aku menconteng-conteng.dah macam diari dah kau.macam2 aku conteng kau kan?tp.tp.tp.kau tetap sabar.mmg la.kau katil.bukan ada perasaan.
oh katil.kau nak tahu tak masa malam last aku tido disisimu.aku menangis.oh.tipu.hampir.sebab esoknya paper kimia.mengingatkan dua tahun kita bersama.aku sedih.aku sedih.oh katil.aku tahu.aku tidak lagi boleh tido diatasmu.tp.tp.tp.aku nak kau tahu.kau katil terhebat.8 tahun kau berjasa.aku bangga.aku bangga pernah tido diatasmu.sumpah.sumpah aku bangga.
kini.aku harap kau bahagia.walaupun kau tidak lagi bersama aku.
terima kasih.
semoga kau kebal tak kena makan anai2.
oh ya.kau besi.lupa.
yang benar,
ANAS.
A202.TUAH.saser.
Labels:
karya anas.,
kenangan.,
saser
Friday, February 19, 2010
jika.

salam alaik.
jika anda ternampak objek diatas.
ingat.kami bukan mahu menakutkan anda tau.
jangan la lari.usah jauhkan diri.
kami bukannya mintak sedekah.
atau atau.mintak couple.
kami tak paksa pon anda sign up.
atau atau.anda beli.
kami consult orang yg mahu.
tak mahu tak mengapa.
atleast jangan buat muka.
kami hanya mencari rezeki.
usah pandang buruk tau.
bukan haram pun kerja kami.
kami senyum.anda senyum.
ok? ok?
tak perlu muka ketat.
tak bernilai pon keketatan tu.
hehe.
jadi.jika jumpa objek ini.
anggap ia hanya orang yang mencari rezeki.
ok?ok?haha.
ubah tanggapan.baru otak segar.
sekian.
:D :D :D
p/s : aku tahu korang kalo nampak booth mcm ni korang mesti jauhkan diri.especially girl2 yg bajet cun.ops.maaf.aku pon camtu gak dulu.tapi sekarang tidak lg.aku phm perasaan mereka.
Labels:
karya anas.,
kerja.
Thursday, February 11, 2010
nafas.

salam alaik.
NAFAS.
tuhan ku.
tolong berikan nafas.sepanjang-panjangnya.
tuk aku hilangkan lemas.rimas.
puas.
syukur tuhan.
nafas masih ada.
masih boleh dihela.
dimana-mana
esok lusa bagaimana?
siapa yg tahu?
doa-doa lah selalu.
=)
HALO.dunia.
ramai jugak teman2 yg mengtag aku walopon saat ini blogging bukan lagi mainan aku.
thank you sam,adam.aku bukan gay.
kindly rindu nak berbloga.
tiada masa.nak cerita apa.
baru2 ni aku gi international rally kat PICC putrajaya.
perjumpaan antarabangsa company aku.
dpt jugak la jumpa awek2 indonesia,filipina,thailand n singapore.
hahaha.sumpah havoc gile r rally tu.
gila cam clubbing aku rasa atas pentas tu masa persembahan.
freestyle jep sume.termasuk aku.
maaf.haritu saja.haha.
tapi sumpah lapar gak aritu.
aku dapat award.
sales achievement award.
hahaha.
lawak siot.
consistency in 2 weeks.
best gak dpt medal tu.
gambar?kemudian.
aku da berhenti nanti pon.
aku rindu company aku.
sumpah best!.
:D ;D
p/s : baru abes tgk liverpool arsenal.=.=.tension tol.
Labels:
karya anas.
Thursday, February 4, 2010
sodomy.
salam alaik.
bukak akhbar.kua berita
.sodomy sana.sodomy sini.
aku bukan mahu berpolitik.
nanti kena cop.
payah.
payah.
kepada kawan2 di luar sana.
kalau anda masih muda dan bertenaga.
gunalah akal tuk menepis cubaan sodomy.
tangan dah kuat nak menumbuk.
kaki dah kuat nak menendang.
gunakan kekuatan maskulin.
pasti dpt menepis cubaan sodomy.
berita sana berita sini.
kena sodomy eyh ngan lelaki berumur lebih separuh abad?
lawak.lebih lawak dari raja lawak kot.
kesian beliau.
ops.politik.
maaf.
aku belum 18.
sekadar kemukakan persoalan.
ada otak pikir2.
ada mata jeling2.
ada telinga dgr2.
ada hati kasi jaga!
p/s : sodomy2.teringat sodorm = solat dalam dorm.hahahaha.rindu saser kali kedua!
Labels:
bila gua jadi pengkritik,
karya anas.
Wednesday, September 23, 2009
rainbow will continue to shine
salam alaik.
thanks my friend. ;) now i realise the meaning of friendship
"Make yourself a rainbow. Even though its presence is temporary, it cheers every word." I first met Anas Saifuddin when both of us joined a forum named Malakat92. We were in Form Three and we were going to take Penilaian Menengah Rendah (PMR) examination on that October. Anas got a not-so-bad result in his UPSR examination, thus, he continued his studies at SMK Taman Ehsan, Kepong, Selangor.
Anas was a happy-go-lucky person. We became the best of friends and were the members of 7 United. Afterall, he struggled his best for his PMR examination. At last, he got his result with flying colours. Doesn't it like rainbow colours? He waited for the offer from Science Schools and Technical Schools. He got an offer from Kuala Lumpur Technical School in General Engineering. He was in dilemma for a while, whether to transfer to that Technical School or to remain staying at Taman Ehsan.
Second of February was the date which he was informed about the offer from the Science School. He was so lucky because he got an offer from Seremban Science School which is the best Boarding School in Malaysia. That Science School had done well in SPM 2007.
Then, the change came. Anas's grades started falling. He was often absent from school. He looked pale and unhealthy. I always asked him whether he was sick or not. He grumbled for all my questions. No amount of cajoling would make him talk about his problem. The hostility robbed Anas of his self-esteem.
Meanwhile, I passed my SPM exam and went to further study at University of Malaya. One evening, I received a call. It was from my long-last friend, Anas. I rushed to the place where he said he wanted to meet me. I found him sitting dejectedly on a bench by a roadside, near the Selayang Hospital.
He greeted me and I was so curious to know his story. Actually, he has a brain tumour and he was sent to the Selayang Hospital. The doctors confirmed him that he had brain cancer but it was not too serious.
Meanwhile, 7 United that consists of myself, Awin, Yus, Airin, Anas, Chong and Akeem, organised a gathering on 25 November 2017. The root manager of this site, Najmi, contributed some money to hold this activity. This reunion was set at the McDonald Restaurant at Kuala Lumpur City Centre. Many of us were excited and we were planned to join this reunion activity. It was so exciting.
One night, I received a call from Anas's sister. It seemed an urgent call and I rushed to the venue given, that is at Selayang Hospital. His sister told us that he was in a critical situation. "Anas, do not leave us!!". I responded to his sister. Later, he was transferred to the Intensive Care Unit as she told doctors checked on him, we were all informed that our friend had passed away. Goodbye, Anas. I will always miss you. I will always remember your RAINBOW.
No one can replace Anas from my heart. He was my best buddy forever. Suddenly, the rain stopped and I saw the rainbow there as I stood at the verandah looking at the sky. It was quite cool and transquil. 25th November 2017 will always be in my mind and I really hope that you are peaceful at the next world. I can just pray for you and let you go. I am regretted because I did not reply your letter previously.
----------------------------------------------------------------------------------------------

JADIKANLAH DIRIMU IBARAT PELANGI, WALAU HADIRNYA SEMENTARA , IA MENCERIAKAN SETIAP KATA
25 november 2017? hope so..
25 november 2017? hope so..
p/s : ini bukan karya aku .
Labels:
essay,
karya anas.
Friday, June 5, 2009
saya.anas.saya.ceria.saya.gembira.oh.indahnya :)
assalamualaikum.
hye, saya anas , saya ceria , saya gembira , oh indahnya :)
saya amat happy hari ini , tidak tahu mengapa ..
mungkin sebab saya dah wat seseorang itu sesak nafas kot?
hye, saya anas , saya ceria , saya gembira , oh indahnya :)
saya tak tahu nak post apa untuk hari ini..
mungkin sebab saya da kekeringan idea kot?
hye, saya anas , saya ceria , saya gembira , oh indahnya :)
saya rasa malas gegile nak wat omwork..
mungkin sebab saya baru abis exam kot?
hye, saya anas , saya ceria , saya gembira , oh indahnya :)
saya da kekeringan duit tok enjoy ngan kengkawan..
mungkin sebab saya da gune dengan boros kot?
hye, saya anas , saya ceria , saya gembira , oh indahnya :)
saya adalah saya,bukan dia dan bukan mereka..
mungkin sebab saya adalah saya kot?
hye, saya anas , saya ceria , saya gembira , oh indahnya :)
saya sayang family n kawan2 saya..
mungkin sebab dorang segalanya untuk saya kot?
hye, saya anas , saya ceria , saya gembira , oh indahnya :)
saya selalu cuak fikirkan spm..
mungkin sebab saya tak sedia lagi kot?
hye, saya anas , saya ceria , saya gembira , oh indahnya :)
p/s : asyik memikirnya.. :)
Labels:
karya anas.
Thursday, January 1, 2009
videos hancuros~
assalamualaikum w.b.t
heylow all...samat tahun baru...waa...da 2009 plak skang..neway...hav a look at this hancur2 video..wakaka...x de ape nak post kat entry ni..letak je la video x seberapa ni...enjoy k...sebarang komen..sile2...untuk diperbaiki..lagu ni bertajuk penipu dari piring hitam...menampilkan anaz si kumbang sebagai penghancur lagu pertama diiringi zul the kecik sebagai penghancur irama kedua..lagu ni kitorang rakam maen2 je..kalo x sedap tu..arap maaf la..suara garau gile..wakaka..ape2 pon..semoga tahun baru menjanjikan kegembiraan kepada kita semua..insya Allah...

gitar.,
karya anas.
Subscribe to:
Posts (Atom)