Showing posts with label KMS.. Show all posts
Showing posts with label KMS.. Show all posts

Saturday, June 2, 2012

the end.

salam alaik.

end of KMS life. and at the end of the day , i feel sad. sad to leave the memories behind. sad to leave this antique college.and of course , start a new chapter.  I still have one paper to go, in two weeks. and its not actually the end yet. but for all the hardworks for the past few month , i deserve rest for a week. and then here we go. marching in the hall for the last time. and kick physics paper 1 out of mind.

the ending was fun. the last night with the bros was fantastic. having a BBQ in heavy rain. laugh together , eat together , for probably last time in our entire life. some of us will be heading to Australia , not to forget New Zealand , Manipal and UK. ya. feel proud to send and waving them at the airport.

and I hope , they will be able to send and wave at me too.Insya Allah.

the Alevel exam was hard. some paper were totally disaster for me. mathematic to be precised. physics and chemistry were quiet tricky , and at the end , i can only pray and tawakkal. May Allah gives the best result for me.

and i hope. I can be at the airport. suit up. and finally leaving Malaysia. for a new chapter of life.


this is the last time i use this photo.may Borhan rest in peace.you are totally legendary cat in KMS.


Tuesday, January 3, 2012

awal dan akhir sem.

salam alaik.

awal sem , stokin mesti beli baru .ada la dua tiga pasang.tapi nanti bila akhir sem , tinggal tiga pasang juga. tapi lain2 partner.

awal sem , pen mesti beli baru .ada la dalam tiga empat batang.tapi nanti bila akhir sem , pen sendiri hilang , tapi pen budak mana pulak ada dalam pencil case.

awal sem , beli sepaket mee sedap .harapnya tahan untuk sebulan . tapi nanti tak sampai dua minggu , dah beli paket baru.

awal sem , meja punya kemas , setitik habuk pun takda , rapi kalah bilik perempuan . akhir sem , meja dah macam tongkang pecah ,tunggang terbalik . buku bertimbun dah malas nak amik kesah.

awal sem , berjimat bukan main , nak keluar duit rasa segan sebab dah janji taknak boros.akhir sem , berjimat bukan main jugak.tapi sebab duit dah takda. nak beli apa pun tak dapat.

awal sem , pencil case bukan main gemuk . ada macam2 .sedap je bila pergi kelas .akhir sem , pencil case kempis .ada la pen sebatang dua. itu pun entah siapa punya.

awal sem , berazam taknak tidur dalam kelas ,siapkan homework dan dapat result gempak .akhir sem.hanya satu perkataan yang keluar.penyesalan.

aku kini diawal sem.tapi di sem yang terakhir dalam pengajian Alevel aku.dan aku harap.aku tidak lagi menjadi apa yang aku jadi diatas sepanjang tiga sem yang sudah pergi dan mana mungkin kembali.

back to school.

salam alaik.

Borhan - menantikan kepulangan brader2 kesayangan ke KMS.

bercuti sebulan sudah tamat. dan hari ini , aku kembali ke Kolej Mara Seremban untuk sem yang terakhir sebelum peperiksaan maut tiba.dalam hati ini ada rasa excited.ada rasa happy.rasa takut.dan rasa sedih.

bila memikirkan yang aku ada lagi kira-kira lima bulan saja untuk menikmati kehidupan di KMS , membuatkan aku fikir yang sebenarnya aku takda masa lagi untuk main-main.kalau aku nak fly , kalau aku nak rasa hidup di Australia , kalau aku nak buat ibubapa aku menangis gembira. inilah masa paling sesuai untuk aku bangkit.

bangkit.bukan kuih bangkit.cakap memang senangkan?tapi aku harap 3 sem yang telah aku bazirkan begitu saja akan di tebus kembali di sem 4 ini.

ini sem terakhir.sem penentu masa depan aku.terbang atau terkandas di Malaysia!

Monday, September 26, 2011

fizik ialah kelas belajar melukis.

salam alaik.

*post suka-suka

hari ini gua belajar fleming rule.untuk faham fleming rule.cukuplah faham camna nak aplikasikan jari dengan sewajarnya.tapi bagi budak-budak art macam budak-budak kelas gua.belajar fleming rule pun jadi bahan dekah-dekah gelak-gelak.

 paling hensem mestilah gua punya.
lukisan hazran zul menyedarkan gua rupanya dahan kayu pon guna fleming rule.hahahaha
ini by shazwan salimin a.k.a alang.memang buruk.tak dapat dinafikan.kah3
kalau dah namanya amin jabar.semua benda pon master.

kepada cikgu fizik saya mintak maaf.saya tidak bermakna untuk mengatakan bahawasanya fizik ialah sekadar kelas belajar melukis.jika saya tak belajar fizik.tak lepas la saya fly.cuma untuk diletakkan sebagai tajuk post. mesti la bom bom sikit .macam utusan malaysia auta dan harian metro over selalu buat hari-hari untuk bodohkan rakyat malaysia.hihi.

kesimpulannya.satu apa pon tak masuk dalam otak gua tadi.bangang betol.yang masuk dalam otak gua cuma hazran zul punya lukisan.kah3.

a motivation.

Sunday, July 3, 2011

zaman sekolah ialah zaman paling best.

salam alaik.

mari kembali ke sekolah budak2 sekolah mara seremban. kih4

grup orientasi gua yang skema masa minggu first dekat KMS. kih3

sekarang dah jadi senior dah semua. kih3

Thursday, May 19, 2011

kepada yang dapat masuk KMS.

salam alaik.


borhan.otai KMS.

raksasa separa kucing separa harimau berdarah sejuk berketinggian lima kaki berat sekitar 240 pound dan mempunyai aura suara mengancam sedang menunggu habuan.maaf.kalian.

jika anda pelajar perempuan , jaga langkah dan jangan perasan comel.dia memerhati dari jauh. jika anda pelajar lelaki , jaga mata dan jangan perasan otai. dia mengawasi.

berotot kepal dan parut gagak hitam.borhan.otai kolej mara seremban.

oh terlupa.jika kalian idam2 kan kolej taylor kaya-kaya swasta dengan amoi hot dan skirt pendek.kalian silap.jika kalian idam2 kan kolej lawa yang mewah-mewah hidup sosial2 mabuk2 masuk pub hujung minggu dan habiskan duit biasiswa.kalian silap.jika kalian impikan sebuah kolej yang menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. ini lah kolejnya.

and this is KMS. 
kolej antik berhawa dingin. apa ada hal? :)

p/s : belum masuk belum tahu der.

Wednesday, May 18, 2011

AS exam.

salam alaik.

11.1 engineering.kelas budak jambu.rindulah.

empat dah berlalu. empat lagi untuk dilalu. baca dah banyak. yang keluar tak macam yang di duga jugak. lumrah. lumrah. takpa. ada hikmah. usaha dah usaha. tawakkal juga jalannya.

aku mulakan AS dengan kegelabahan melampau.jarang aku gelabah macamni bila masuk dewan eksaminasi. tapi entah kenapa. aku jadi begitu. paper first ialah paper yang budak2 lain anggap paper scorer. P1 pure mathematics. paper ni boleh kata yang paling mudah bila dicomparekan dengan paper2 killer lain macam kimia dan fizik. tapi bila dah gelabah. apa pon tak boleh!

tangan ketar-ketar.buku jawapan macam tulisan budak pra sekolah. conteng sana sini. cakar sana sini. siyes. kegelabahan membunuh aku. paper kedua. kimia paper 3 . eksperiment dengan benda alahan kimia . kimia memang bukan target aku. tapi siapa yang nak repeat exam kan? dua sem satu pembaziran. yah. aku ingat aku dapat bunuh kegelabahan aku masa paper ni. tapi aku gagal lagi. meja bersepah macam haram. precipitate entah jadi warna apa. ya. gagal. aku admit.

kimia paper 2. halangan yang aku boleh umpamakan ibarat mario lawan final monster sebelum selamatkan puteri raja. ( macam betol je ) .masa buat past year.jawapan macam air keluar dari otak.takdelah air sangat. tapi atleast mengalir lah jugak. masa exam sebenar. aku dibeban dengan tekanan untuk cover up balik paper 3 aku yang lebur hancur tu. jadi tekanan sekali lagi membunuh nerve2 aku.aku keluar dengan frustasi. tapi. aku puas. mungkin itu yang aku usaha.dan itu yang aku dapat.

paper 3 physic.waktu trial. fizik penyelamat aku. math dan kimia dua2 lebur dengan gred teruk. tapi fizik waktu tu penyelamat. dan aku dapat rasakan. fizik la harapan terakhir aku untuk exam AS ni. paper 3? bila tak nampak ada alat elektrik atas meja eksperimen dah cukup buat aku happy .tapi perasaan terlalu senang lenang sangat memakan aku.aku bazirkan banyak masa menikmati aktiviti memotong kertas sampai masa memecut macam watson nyambek.ya.tapi paper ni taklah seteruk yang sebelum2 nya.

ya.aku tahu. repeat exam menanti aku tahun depan.bukan lah aku menyerah kalah.tapi diri yang memikul dan merasa.mestilah lebih mengetahui.apa2 pon.

worst start never stay too long. happy ending last forever.


Thursday, January 13, 2011

otak gua padat dan mampat.

salam alaik.

sejak dua empat belas menjak ni, otak gua dah jadi padat dan mampat maksimum. gua dah setart rasa beban kerja dan tugas , antara belajar dan tanggungjawab.gua tak la sekaliber mana pon. tapi mereka dah bagi gua mandat jadi ketua .gua terima seadanya. gua ingat kata-kata kawan gua.

"amanah yang kita pikul , bukan cikgu or kawan2 yang bagi kat kau nas, Allah yang amanahkan"

ya.ayat dari teman gua bernama awie ni yang buat gua kental bertahan dan selagi gua mampu. gua harung perlahan-lahan. cakap soal kepimpinan . bagi gua. semua orang pon ketua. semua orang ada tanggungjawab . kita ketua diri kita. gua bukan tacing . tapi gua rasa macam nak bagi tumbukan separa padu bila ada mulut busuk yang kata gua bukan ada kerja pon .nama je ketua. tak pon ada la dua tiga yang mungkin sesemula jadinya membusuk dan mengata. bagi gua itu normal .

kita tak boleh bagi semua orang depan belakang atas bawah kita suka dan boleh terima kita. akan ada seorang dua yang ganjil. itu lumrah . gua tempuh . pengalaman gua jadi ketua setart masa gua darjah enam hingus meleleh.masa tu gua dapat jadi ketua pengawas. tapi sumpah gua cakap gua tak tahu apa gua buat masa jadi ketua. tahun first gua dilantik jadi pengawas. gua dipilih.tapi gua tahu. kepimpinan gua hancur gila masa tu. dah you pi ass ar gua hancur lebur.

manusia memang kena belajar dari kesilapan.kesilapan bagi gua ialah cikgu sejati.tak salah untuk kita buat silap. tapi jadi kesalahan kalau kita ulang kesilapan kita. antara kita ada yang masih jatuh. ada yang bangga di puncak , ada yang sedang balut luka lama dan ada yang menahan pedih. lepas gua menyepi tiga tahun meniti PMR, gua masuk asrama . dan gua dapat amanah lagi. gua jadi presiden PRS . masa ni gua cuba bangkit dan tak ulang silap masa gua darjah enam dulu bila tugas dan study digabung dan meletup .alhamdulillah . gua dapat imbangi . tapi gua still menyesal sebab gua rasa tugas gua .gua tak handle dengan baik. tapi gua dah cuba.

menyesal bukan ubat pelali kegagalan. bagi gua menyesal boleh bagi kita bukak mata dan hati untuk kita singkap salah.tapi untuk berada dalam kotak sesal lama-lama.gua rimas. masuk kolej , gua bosan tanpa aktiviti. jadi gua join PRS balik . gua tak sangka sangat-sangat gua dapat satu lagi amanah penting jadi presiden PRS buat kali kedua di alam lain . bagi gua , mungkin ini peluang Allah bagi untuk gua tebus kesalahan lalu.

berat. tugas mana yang tidak berat. tapi gua cuba . gua masih mencuba sampai hari ini. dan gua mulakan tugas gua tahun ini dengan senyuman .gua cuba habiskan dengan senyuman jugak. dalam otak kolej gua dah terpecah dua. antara study keenjinan dan tugas. gua cuba imbangi .harap-harap gua mampu.

gua hanya menulis.menulis cuma ekspresi sedapkan hati tenang diri. :)

Sunday, January 9, 2011

jalan-jalan buncitkan perut, #1




dari camera film antik, zenit TTL.
subjek : boss dan kuza.

salam alaik.

lokasi : tengah bandar seremban yang panas hot hot berdekatan piza domino.

macammana nak pergi? : dinasihatkan ada pengangkutan sendiri sebab teksi seremban tak berapa betul sangat dia caj.suka hati perot buncit dia je nak cas berapa!

nama port buncitkan perut : haji shariff cendol and corporation.

kepakaran : cendol lemak manis santan muda dan rojak mee kaww.

harga : tidak boleh dirunding.

kepuasan :
1) bila jalan dekat 1.5km dari kolej ke tempat kejadian dan cendol masih ada.
2) cendol cukup rasa dan lemak manis.dihidangkan dalam mangkuk besi.baru kaw.
3) bila minum masa musim panas sepanjang tahun dekat soromban

ketidakpuashatikan :
1)bila jalan dekat 1.5km dari kolej .kedai dah tutup.
2)perot kenyang penuh cendol. jalan patah balik kolej haus balik. last2 minum kat dewan makan.
3)tahun ketiga duduk seremban baru tahu ada kedai cendol yang sedap.

berapa bintang : bintang 386 tanda restoren mamak.

p/s : gua dah tolong promote.taknak bagi gua cendol jagung free ke abang sharif?

Tuesday, January 4, 2011

tiga belas.



holga 120 cfn plastik fanstastik wow wow. : )
salam alaik.

alhamdulillah. aku daki dan panjatkan kesyukuran kepadamu ya Allah.akhirnya kini aku dapat bangkit.bangkit untuk kali ini.tidak tahu peperiksaan esok lusa tulat bagaimana.cuma cukup rasa puas pada saat ini.kerana aku dapat bangkit.bangkit untuk kali ini saha.tidak tahu peperiksaan esok lusa tulat bagaimana.

dulu aku cuma lima. kini merasa aku tiga belas.tapi tidak tahu sampai bila.sampai kemana.cuma pada saat ini.aku puassss.tidak mahu riak.cuma rasa puas. dan mahu seperti ini sehingga akhir perlumbaan.
from 5 to 13.
one word.PUAS. :)
alhamdulillah syukur.

Sunday, January 2, 2011

aku budak sekolah.


kolej antik mara seremban*using lomo smena 8m.
salam alaik.

yahh.aku masih lagi budak sekolah lagi.dan aku happy.form 7 keenjinan tahun ini.bangun pagi-pagi lepas subuh tido lagi.pukul tujuh bangun lagi pergi mandi gosok gigi.sarung baju kemeja tuck in setiap sisi. , slack hitam dan kasut hitam setiap hari. rambut sikat tepi berbeg galas dari pagi. pergi dewan makan nasi ,rezeki baik ayam kari. masa ikan semua lari. makan sepinggan dua. tak cukup kenit mata lagi. kat makcik D.M mintak simpati.

tak cukup makan pergi koperasi .tibai roti dan coki-coki. ha.jangan lupa dobi. masuk kolej mana guna tangan lagi. tak 19 lah gini.pergi kelas gelak-gelak hi hi hi hi. tido separa mati. cekgu datang kaver sendiri. dapat homework hari-hari . kata nak terbang tinggi . homework mahu kasi lengkap .baru berprestasi tinggi. petang-petang layan futsal kalo kalah duduk tepi. tunggu giliran macam nak mati. last-last terbenam lagi matahari. takpe. esok ada lagi. malam ada usrah ramai nak lari. lahoma sekala skali gelak gelak hi hi hi hi. cukup masa pegi wispi . bajet study .depan buku laptop mp3 . memanglah masuk apa nak study.

hoyeahhh.sekolah lagi.sekolah lagi.best jugak bila diamati. hidup cuma sekali .sekolah berkali-kali.

Friday, December 3, 2010

aku masih budak sekolah.

zaman suci,hingus meleleh dan ketiak tanpa bulu.

zaman cinta kera dan suara pecah.
zaman maskulin otot ketul tanpa gay.

salam alaik.

aku pejam.aku celik.aku pejam dan aku celik.aku sedar.janggut aku makin garang memanjang.
aku pejam.aku celik.aku pejam.dan aku celik.aku sedar.rambut aku makin sakai serabai.
aku pejam.aku celik.aku pejam.dan aku celik.aku sedar.muka aku makin kerut tambah parut.
aku pejam.aku celik.aku pejam.dan aku celik.aku sedar.aku bukan lagi budak sekolah.

aku rasa.aku masih lagi budak sekolah.
hari-hari sarapan pagi minum kopi dengan roti dekat dewan makan.
hari-hari pakai formal kasut hitam rambut belah tepi .baju tuck in.
hari-hari masuk kelas.keluar kelas.tido dlm kelas.buat homework mmg malas.

aku rasa aku masih lagi budak sekolah.
mungkin aku rindu zaman sekolah sehingga
aku rasa aku masih lagi budak sekolah.

sebelas perpuluhan satu.

aku sudah 18 tahun 6 bulan.masih bergetah.dah masih bersekolej.ini kelas aku sekarang. sebelas perpuluhan satu. Alevel keenjinan kolej mara seremban. kelas yang bagi aku sangat-sangat sempoi dan boroi tahap hampir koma. aku bersyukur sangat di campakkan ke kelas ini . sebab mereka cool!

hari-hari budak2 laki kelas aku akan buat rekod pelajar terakhir yang akan meninggalkan dewan makan KMS tuk mintak rancangan makanan tambahan ngan makcik dewan selera . kadang-kadang misi rancangan makanan tambahan gagal dengan cemerlang dan sorang-sorang akan mengengsot turun dari tangga dewan makan tu dengan muka merah nyilu malu bajet macam budak-budak perempuan usha korang! haha

kelas aku juga pemegang rekod penyertaan paling hampeh dalam semua acara anjuran KMS.sumpah tak tipu.kadang2 kelas aku tak tahu pon ada pertandingan tu.tiba2 dah ada pemenang.keh3.

oh ya.tahun ini tahun pertama dalam masa 2 tahun dimana kelas aku ada perempuan.aku ulang.perempuan.girl.feminin.haha.lima feminin! ceh.taklah rasa ada perempuan sangat kelas aku sebab perangai dorang pon macam lelaki.dorang yang akan ponteng kelas dulu dan roger budak lelaki suruh follow plan dorang.tak lupa. dua orang wakil futsal kolej , sorang minah skuba , sorang minah motor besar , sorang lagi kuat jerit. mmg lengkap lah feminin terhebat.jangan ingat korang wondergirl. hahaha.

this is my present class. 11.1 .
we strive together-gether.
we gelak2 together-gether.
we bahan together-gether.
and we are togayther-gayther. :D
ostrorolia?. new zeazilent?
mari terbang.





:D gua dilantik jadi ketua Power Rangers Seremban (PRS) cawangan KMS sekarang.satu lagi cabaran untuk gua.huhuhuhu.

Tuesday, August 31, 2010

kerana kau.




kamera 3.2mp 5530nokia.
salam alaik.

semenjak empat tiga suku menjak ni , wabak selsema kucing menjajah bilik aku. ni semua kau punya pasal. kucing betina kiut montel comel.naseb baek kau betina. HAHAHA.aritu pukul 3 pagi beliau menerjah katil lalu mengigit jari jemari kaku aku. aku rasa dia kena pakai spek.mana aku ada susu. T.T

p/s : lomo on!

Friday, August 27, 2010

oh diana.oh lisa.


salam alaik.

DIANA MINI.
kenapa awk cute sangat??
you are my next destination cuttie.
rm230.before new year.
oyeahhh.terpaksa saya menghentikan nafsu makan yang menggelegak ini demi awk.
oh diana.
oh diana.
wait for me.
youll be mine !

ok.aku baru perasan bulan-bulan tahan lapar dan dahaga ini,disebabkan oesophagus makin kontang dengan air,small intestine kebosanan takda benda nak digest.synovial fluid makin layu , jadi dengan itu , cerebrum dan medulla oblongata pon kurang berfungsi menyebabkan aktiviti petang aku dihiasi kehitamputihan mimpi tidur petang.hadoihh.

aku perasan otak aku makin lembab.dalam kelas blur semacam.benda senang pon jadi its complicated macam status kat facebook.ini semua kes tidur petang.nasib baik lisa datang.kan lisa kan?oyeahhh.kini aku tidak lagi tidur petang.hari2 tenung lisa.haihhh.lisa.lisa.thanks for filling my time! hahaha.

pembetulan waktu tayangan.
isnin-ahad.6.30-bukak puasa.

hadoii.ADAMAYA.tak terlalu jiwang tuk aku cakap aku suka cerita ini.ahahaha.tarikan cerita ni mseti la terletak pada adik lisa surihani yang montel tuh.tapi siyeslah cerita ni best.aku pon tak tahu asal aku tgk skali lagi.cerita dia macam boleh terjadi dalam kehidupan kau, orang belakang kau dan orang depan kau.

aku ingat masa aku tgk cerita ni kat bilik,aku sorang yang layan.sekali pusing 315 darjah ke belakang.ada lebih kurang lima lelaki maskulin tengah berdiri.wakakaka.see.sapa kata laki tak layan cerita ni.bajet macho lah weh sapa yang kata dia anti cerita ini.just layan je lah.kau suka cerita bogel2 orang putih dan hitam.cerita melayu macam ni kau anggap sampah.tiba2 aku emosi.wakaka.

aku ada satu persoalan.kenapa takda orang buat kenduri kawin bulan2 puasa ni? jimat kos kot.kesian weh berader kompang dan berader DJ.berader katering pon kesian jugak.mak mak andam pon cuti lah sebulan.tak lupa berader silat yang hilang jap keje part time bulan2 puasa ni.haha.buatlah kenduri masa2 nak bukak puasa.elok terawih skali.lagi elok buat 20.geram je si pengantin tu nanti.wakaka.

baju ronyok tak apa,
asal pakai selesa.
berkilau tak bermakna,
jika hati tiada.
-fynn jamal-

p/s : diana? lisa? amira syazwani. :)

Wednesday, August 18, 2010

michael jordan cakap bahasa melayu.

salam alaik.
asal aku tak henti gelak ni?tolonggg.
tolonglah anak aku tak mcm ni. =.=
ini akibat makan GCB double 4 malam berturut-turut masa moreh.
salam alaik.

lokasi : aminudin.
pukul : tanye datuk harimau.
cuaca : -10 degree celcius(zero error -40 d.celcius.

sawadikap kepada firdauz faiz (aka pedos) kerana baik hati bg pinjam berukband maxis.
terima kasih kepada azrin abdul halim ( plasma , ca'in ) kerana sungguh hensem bg pinjam jugak.
macik DM kiut skali,esok lusa leh pnjam lagi.(tu cuma pembyg pantun.bkan realiti)

"weh,keje sekolah aku byk tak siap lagi beb."
kata amin arham.

hahaha.
hahahaha.
hahahahaha.

tiba2 aku terasa muda.tiba2 terasa janggut tiada di dagu.tiba2 rasa misai tak tumbuh segar.tiba2 aku rasa pakai kasut putih tak kapur.ape taknye.dah duduk kolej pon kita sume still lagi guna ayat keje sekolah.keje sekolah?.homework?asl tak dormwork.asal la tak tercipta istilah kerja kolej?apa ada kelas.assignment la beb.:P :P :P.

ok.ini assigment kolej.take note Alevel.test memanjang tu.study lah.update blog je keje.ops.terasa. :D.

aktiviti kolej selepas pukul 12.15.oeyahhh.bkan video biru atau merah ya.mereka budak baik jangan usha lama2 photo diatas.kurang pahala puasa anda.

*azrin abdul halim dan rafique musa 11.1 (bukan nama dan kelas sebenar)

p/s : kenapa DM asyik serve daging masa sahur.heee

Thursday, August 12, 2010

terbanglah kawan.terbang tinggi.


encik kalkulator yang parah terhempas*
salam alaik.

2 ramadhan.
A120 katil 1 aminuddin aras 2.
angin sepoi2.

hey ho kawan.melankolik hari ini.hadeeihh.kalkulator casio 570MS sudah pergi tak kembali selepas aksi hempasan yang agak kurang kuat ke lantai depan bengkel kimia.kurang antibiotik lah kau ni.jatuh sikit pon dah arwah.huarghh.no more kalkulator kuning striking untuk aku.camna nak buat kimia n fizik camni?hahaha.bapak bajet.okeyh.encik kalkulator.terima kaseh menemani SPM aku.

terbanglah kawan.terbang tinggi.hati mana tak rasa debar tahan sabar tengok sorang demi sorang kawan dah bukak sayap pegi negara orang.United kingdom.Mesir.Rusia.US.France.aku masih disini.SEREMBAN BUMI PANAS.tapi.tapi.tapi.aku harus bersyukur sebab atleast aku dapat grab satu sayap tu.sekarang masih belajar terbang.ostrolia.ostrolia.tunggu aku.2 tahun lagi.itu pon aku sampai kalau aku pass test terbang.hopefully lah.

puasa-puasa ni kena kurangkan bercakap.jadi secara separa otomatiknya tangan pon kena kurangkan menulis.haha.tapi sebab dah lama tak update.jari jemari menari tak henti.

ini dadih yang dijual depan koop KMS.satu ringgit malaysia sahaja.tapi aku tak tahu la bulan2 pose ni jual ke tak.(gambar ni pon dah berkurun da)kalau lekat kaler kuning2 kat gigi time kelas tu.kantoilah anda makan dadih di bulan puasa.sumpah aku miss dadih kat bazar ramadan area rumah aku.dah 2 kali ramadhan tak makan.hahaha.puasa kat KMS?hari pertama dah miss sahur.tengs kpd arif yg kejut dan aku yg tak bgn.bagi aku dah makin TUA ni.kurang exited sikit lah.dulu zaman muda sikit2 bazar.sikit2 bazar.satu hari mesti ada dadih,tepung pelita,rojak dan kebab.kebab untuk sahur.ape barang makan nasi.hahaha.

aku rindu puasa kat SASER.pagi pagi dah sembur2 orang bangun sahur.lepas semayang maghrib and semayang sunat hajat berlari-lari pegi DM nak rebut ayam paling besar.pastu gi bazar ampangan beli air katira dan ratah rangka ayam sama2.lepas isyak lepak KODAI ALONG order burger and ice blended.waktu berbuka mana makan nasi terus.bantai murtabak.semayang baru makan.aku rindu.aku rindu.lepas tu bantai makaroni yg mak azfar masak and open 20 hidangan berbuka kat dorm aku.sob3.miss tat moment lah!




hai omegan.walau kat mana korang berada.aku still ingat korang lah.korang kawan terbaekk.oh tokcing.kucing bunting yang selalu menemani kelas aku dan selalu tidur kat meja aku masa trial.aku pon rindu kau lagi.dah berapa la anak kau ternak kat SASER tu.kalaulah ada lagi.muahaha.

kurangkan karut dan carut,tambahlah dalam hati apa2 yang patut.

Friday, August 6, 2010

beraksi aksi.




salam alaik.

terima kasih diatas segala perlian dan anjingan.aku lebih kuat.ok teruskan. :D

akhirnya aku di rumah.dan akhirnya dapat jugak aku lap habuk blog ini.3 minggu lah tanpa updatan.laptop takda kat tangan.baru skang dapat guna balik.oyehh.ok.aku penat.seminggu yang lepas aku kat kolej MARA kulim.masuk kem remaja hebat tuk pertandingan lagu kesihatan.menukar lirik lagu wondergirl agak cool.having fun lah ngan team KMS.tania bajet isteri beckam.syidin masuk air.azmir yakuza.iqmal hotties dan general sarjan komander izzat.haha.walopon just no 3 dari 10.yg penting beat KMB.wakakaka.ok.tanak provok2 lg ok.gurauan semata.team yg menang team nasyid dari KPM inder mahkota yg menang naysid taun lepas.err. n n .team yg dpt 2nd.err. aku taknak komen.tak sanggup.haha..

satu ayat bila pulang dari kulim.bersyukur dapat KMS.bukan nak kata Kolej Mara Kulim tu byk kelemahan.blok nye besar.fasilitinya lengkap.padang sana sini.padang ragbi satu.padang bola satu.court bola tampar 2 ke 3.court basket.dewan sini sana.macam2 dewan ada.tp.tp.tp byk yg lebih baik di KMS walopon KMS padang pon takde.but.kehidupan lebih tenang.syukurrr.and balik je dari kulim.huha!.terus minggu beraksi-aksi.minggu aksi KMS.seminggu tu macam2 aksi ada.haha.ni antara yg aku sempat :

beraksi-aksi kapankan ali seterusnya mentalkinnya.
beraksi-aksi cabut bulu ayam.potong 12 bahagian lalu makan tapi hampa kerana saiz ayam yg dipotong lagi kecik dari yg macik DM biasa potong.haha.
beraksi-aksi boria yg agak sakai dengan alvin ngan ali main2 payung atas pentas.
beraksi-aksi buat lagu sains bersama budak 11.1 yang dibuat 5 minit sebelum pertandingan.
beraksi-aksi main ketuk2 tamborin tuk team nasyid J2 aminuddin.
beraksi-aksi masuk rumah hantu yang aku diraba oleh aswad.haha.
beraksi-aksi gelak masa en. shah kirit bagi talk pasal agama.
beraksi-aksi buat origami bunga lotus kat booth japan.
beraksi-aksi tidur kat bilik A120 sebab kekeringan aktiviti.
beraksi-aksi dengar konsert UNIC rm2. :D
beraksi-aksi makan pulut durian yg farah inggak agak rakus memakannya.

overall just enjoy la that action week.terus menerus lepas balik Kulim.naseb baek whole week without lecture.tapi gumpalan otak ini dah karat balik lah.hayooo.hayooo.kekal ceria kawan!

p/s : al fatihah kepada seorang pelajar senior KMS yg baru meninggal dunia secara mengejut dua hari lepas.sesungguhnya kematian itu buta umur.

Tuesday, July 20, 2010

3 kepala.


salam alaik.ok.KAMI pecahkan rekod basketball di jusco S2.ada berani?mari2 pecahkan.hahaha
(itu amin arham.nak kenal? )

hari ini hari selasa.esok hari rabu.khamis seterusnya.jumaat balik rumah.kan senang duk seremban.nak balek bila pon boleh.haha.disebabkan kebosanan gaban hari sabtu dan ahad.aku rasa encik lappy accer sudah boleh beraksi.oleh itu.aku akab balik rumah.oh yeahh.celcom.aku jual.tapi aku tak beli.maxis is better.hahaha.

ok.mula2 aku nak cakap aku enjoy gila duh duk kat sini.kolej ini taklah sebebas mana.tapi bagi aku.sudah sebebas yang aku perlukan.petang2 maen putsal dela mundo bersama capello and the geng.zenit ttl aku yang dulu berhabuk teruk kini dah ada fungsi.snap sana.snap sini.duit terbang lagi.hahaha.tapi puas hatilah.makan sedap.air laju(kadang2 je) oh yeahhh.

kelas pon fun.dengan budak otak gila je suma.aku rasa dah cukup kondusif lah untuk aku.haha.ok.tanpa melenguhkan jari jemari.aku copy paste jelah gambar untuk hari ini. :D

ini firdaus a.k.a pedos.
ex mrsm kuala kubu bharu.
penggegar bilik utama.
speaker beliau sumpah menawan.aku update ni pon pakai lappy die derr.tengs lah pedos

ini ariff.
ex mrsm kubang pasu.
penggerak subuh utama.pukul 5.50 da bangun.die cuba gerak aku yang mana mungkin bangun pukul 6.00. takpe arip. teruskan usaha anda.


ini katil anas.
:D :D



ini seremban.bukan australia lagi ok?


sapa kata seremban tak lawa?lawa ni bai.banting ada apa?hahaha.opss :D :D

p/s : tembikai susu is the best.haha