Showing posts with label Journey to Brisbane. Show all posts
Showing posts with label Journey to Brisbane. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

persediaan untuk fly #3

salam alaik.

aku sebenarnya dah berbulan-bulan berazam satu perkara. aku berazam nak jadi pelajar kejuruteraan dengan skill memasak paling power.waktu awal-awal aku berazam tu pulak scene MasterChef tengah top.tengok budak-budak yang masuk Masterchef bukan calang-calang.arkitek ada , pakar kecantikan ada , ustaz sekolah agama ada .yang menang pun doktor gigi dengan ahli geologi .tapi aku rasa ramai lagi di luar sana yang power-power memasak tapi tak lepas masuk MasterChef , aku syak dorang tak lepas kerana bidang profesional dorang tak boleh disiarkan untuk tontonan umum , kerana terlalu bahaya kepada masyarakat.contohnya ,

Ahmad , 30 tahun
Pakar Buat Bom.

ataupun ,

Tracy , 25 tahun
Penari Tiang.

ataupun ,

Haron Ali , 24 tahun
Macai dan Ahli Perkasa.

ataupun ,

Nurul  , 26 tahun
wartawan Utusan Malaysia.

ataupun ,

Melisa , 23 tahun
Model majalah Mangga.

jadi berbalik kepada azam aku tadi , selama berbulan-bulan aku berazam . tapi tanpa usaha , akhirnya azam aku hanya sia-sia. pernah la aku turun dapur perhati ayah aku masak kari. aku ada juga ingat-ingat dalam kepala perihal halia , bawang putih , serbuk kari berapa sudu ,dua tiga benda-benda lain ,di potong , blend  , tumis , masuk itu masuk ini,lepastu siap.

tapi lepas beberapa hari , yang aku ingat cuma perut aku kenyang.

* * *

itu la silapnya persediaan untuk fly aku kali ini.aku tidak membekalkan diri dengan ilmu memasak yang berwawasan. tapi kira ok lah kan boleh masak telur goreng sama udang celup tepung? kahkahkah.

Monday, February 4, 2013

persediaan untuk fly #2

salam alaik.

Taman tasik metropolitan ,Kepong.

kata senior ,

"beli sunblock banyak-banyak. kang kering kulit tu kang,Brisbane ni panas"

malangnya otak aku hanya memikirkan cuaca dingin bersalji.

lol.

Sunday, February 3, 2013

persediaan untuk fly.

salam alaik.

haritu aku ada tanya Alang satu soalan yang cukup serius.iaitu aku tanya Alang , benda-benda apa yang penting sangat dan sangat wajib di bawa ke Australia. aku kalau ikutkan malas nak beli banyak barang kat sini . aku ingat nak beli ala kadar , lepastu shopping kat sana.

lepastu Alang menjawab.dengan penuh keinsafan.

"kau beli boxer banyak-banyak wehhhh. kat sini boxer mahall, aku menyesal gila tak beli banyak. sekarang aku ada 4 boxer je"


woi beli boxer banyak-banyak woii.

kahkahkahkah.kat Banting takda kedai jual boxer ke Lang?

aku rasa boxer Aussie diperbuat dari bulu kangaroo.

p/s : Alang ialah pemuda Banting yang kini sedang menuntut di University of Southampton.dia bercita-cita menjadi ahli parlimen Banting.

a wish.

salam alaik.

khabarnya minuman dekat Aussie sedap-sedap. mahal-mahal. tapi aku tak rasa boleh challenge feeling lepak mamak sampai pukul dua pagi dan bercakap tentang perkara-perkara separa serius .

only in mamak.

segelas nescafe ais di bumi sendiri, mana kan sama dengan expresso coffee di bumi orang.

minggu terakhir di Malaysia. hati makin lama makin sedih.

Thursday, January 31, 2013

pre departure.

salam alaik.

pre departure dijadualkan pada 8 Februari. dimana pada hari yang bersejarah ini , MARA akan mengumumkan tarikh penerbangan , sedikit briefing-briefing bertenaga dan yang paling penting antara semua ,pemberian elaun secara cash .

kalau diikutkan hitungan hari , aku ada lebih kurang dua minggu saja lagi untuk dihabiskan di Malaysia . pheww .aku sebenarnya dilema sama ada perlu mencukur janggut atau tidak.kerananya di hari pelepasan itu nanti , aku nak nampak bergaya dengan janggut remaja. pergh.selepas bertahun-tahun menunggu saat ini semenjak keputusan SPM , mungkin ini ialah saat paling bersejarah dan cukup layak dimasukkan dalam syllabus sekolah rendah.

ceh.poyo tak bertempat.

* * *

dah . menunggu tarikh flight ni sebenarnya ibarat menunggu jerawat datang dan pergi.berdebar-debar. baik aku pergi order roti canai dengan teh tarik dulu sementara masih ada masa ni.

bye !

kat Aussie ada keropok lekor?

Thursday, January 3, 2013

it's time to get busy.

salam alaik.

hari ini hari yang cukup bersejarah. di mana hari ini , nescafe ais yang aku order di kedai mamak tadi tampak cukup sifat dan rasanya.sebati sungguh bancuhan serbuk nescafe dan kombinasi susu itu.Soal kicauan burung-burung aku tak mahu sentuh hari ni ,biasa-biasa aje aku tengok, cuma langit tadi ada la awan sikit-sikit.tak cukup bersejarah sangat untuk diceritakan.ahhh.dan satu lagi yang cukup bersejarah, hari ini aku mendapat dokumen rasmi dari MARA .sebagai perjanjian bertulis yang sah antara aku dan MARA , dimana MARA bersetuju membiayai pengajian dan kehidupan aku di bumi Australia.

cewah. gaya macam perjanjian jual beli saham syarikat. jadi ini bermakna , it's time to get busy !

gambar tiada motif .

berdebar juga bila pegawai MARA tadi bagi kami peluang nak pilih tarikh fly kami sendiri , based on bila kami akan memulakan pengajian.pergh.serius juga bunyinya. disebabkan University of Queensland mula ber-orientasi pada 18 Februari , jadi kawan-kawan gua sebulat suara memilih 9 Februari ( Sabtu ) sebagai tarikh yang paling power untuk seebuah pesawat terbang dengan jayanya.

amboi. borang sehelai pun tak isi lagi , sibuk pilih tarikh fly. kah3.

jadi , selamat mengisi borang kawan-kawan semua !byee!

p/s  : bila pegawai sebut tang duit , segar bugar semua budak.
-gambar dari myfacewhen.net-

Tuesday, December 25, 2012

countdown.

salam alaik.


hari ini sudah 25 Disember. lalu boleh la dihitungkan bahawasanya cuma tinggal kurang dari 7 hari kita akan meninggalkan tahun 2012.

bulan Januari 2013 pula ada 31 hari.

* * *
orientasi aku di University of Queensland bermula pada 18 February.bermakna seperti kata-kata senior ,InsyaAllah berangkatlah aku ke bumi Australia kira-kira seminggu atau dua minggu sebelum tarikh tersebut.

jadi kiraan mudahnya ialah , 7 hari bulan Disember + 31 hari bulan Januari + 8 hari bulan Februari = 46 hari.

* * * 

ya. lebih kurang 46 hari saja lagi untuk kaki aku bertapak di Malaysia. lebih kurang 46 hari saja lagi untuk merasa roti canai dengan kuah kari , nescafe ais , rojak , cendol , nasi lemak , dan apa-apa jua makanan Malaysia.

* * * 

lebih kurang 46 hari saja lagi.

-so close , but yet , so far-

                                                       perasaan? macam gambar di atas.

p/s : oh sedih pulak tiba-tiba.

Friday, November 23, 2012

the progress.

salam alaik.


dah boleh start buat countdown ke? aku pun tak tahu la aku dah ready ke belum nak jejak bumi orang ni. perasaan mesti campur baur. ada suka sikit. ada teruja sikit. sedih tu mesti banyak.

sebagai seorang yang tak pernah rasa beli tiket flight dan tak pernah merasa duduk atas seat kapal terbang , perjalanan jauh nanti mungkin akan membuatkan aku menjadi seorang yang batak. mata tak kelip , pandang ke kanan dan kekiri dan menghenjut-henjut kerusi pesawat.kah3aku harap aku tak over hari itu. haha.

buat masa ini , banyak lagi wish2 yang aku nak buat kat Malaysia ni yang tak menjadi nyata lagi. kalau boleh aku nak pusing setiap negeri , makan banyak-banyak makanan Malaysia yang memang terbukti sedap dan kalau boleh aku nak bersenam sedikit sebanyak.

cuti berbulan-bulan dengan pemakanan yang hampeh aku tak jaga akhirnya akan memberikan aku kesan , bukan sekarang , tapi berbulan-bulan akan datang.kah3.bunyinya serius.

* * * 

aku cuma berharap tiket flight aku nanti akan jatuh pada hari minggu. aku sangat-sangat mengharap orang yang sepatutnya ada di waktu pelepasan ada disitu. aku tak tahu nak rasa apa kalau aku tak nampak dia.

* * * 

perjalanan masih samar. yang penting sekarang lebih baik aku menambahkan ilmu didada. seperti ilmu main game PES dan game-game yang akan menampakkan seseorang itu boleh pergi jauh .kerana aku rasa itulah cara untuk aku bersosial didalam rumah kelak.

kah3.

Friday, August 17, 2012

a second chance.

salam alaik.

ini kisah benar. bukan dongengan kisah mastika. watak bukan nama sebenar.

* * *
pagi itu, tidur Mustakmal yang lena akhirnya terhenti akibat deringan bunyi dari henfonnya yang bergetar-getar mengejut bangun.mulanya liat benar Mustakmal nak bangun , tapi memikirkan yang memang sudah kelaut mimpinya , dia bangun juga dalam kemamaian pagi lalu mencapai henfon ditangannya. tidak lama untuk Mustakmal menekan butang hijau dan menyahut panggilan itu.

ditalian ialah kawan baiknya , Rusdi Al-Yahya yang tiada kena mengena dengan Scha Al-yahya.

"stark , bangun stark , kau tengah tidur ke?" - sahut Rusdi kepada Mustakmal.
"ada apa kau call pagi-pagi ni Rusdi? panggilan hangit ke apa." - balas Mustakmal penuh gaya.
"stark bangun stark , tahniah dow . tahniah , rayuan kita diterima. kita dapat fly Stark. Alhamdulillah. " - Rusdi menjawab.

Biji mata mustakmal yang kecil tiba-tiba bertukar besar mendengar ayat itu.dia yang masih mamai selepas mimpi dikejar zombie dengan tenang dan tenteram menyoal kembali Rusdi Al-Yahya.

"kau ni biar betul Rusdi? kau yakin ke berita ni?bukan utusan malaysia punya berita? - tanya Mustakmal.
"betul Stark ,dah confirm pagi tadi , Borhan Ajmain dah post kat grup facebook. katanya cikgu dah hantar mesej hari ini , rayuan kita dah diterima. bangun Stark , tahniah." - kata Rusdi dengan penuh intonasi.
"terima kasih la Rusdi. tak sia-sia aku mimpi kena kejar zombie tadi.nanti aku bangun aku cek facebook kejap" - penutup ringkas dari Mustakmal.

* * *

dan Mustakmal hanya tersenyum gembira.dengan air liur basi melekat di pipi.dia seraya menyebut syukur pada Ilahi.dia seolah tidak percaya nasib dirinya berubah dalam masa tiga hari.tiga hari sebelum merupakan hari yang cukup sedih untuk dirinya kerana gagal melepasi point ke luar negara.dia bingkas bangun dengan perasaan teruja dan lalu mendapati ada dua mesej yang belum dibaca.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Assalamualaikum . Dah Official. Alhamdulillah semua 12 pointers dapat fly . Sujud syukur ye. ^^" - mesej dari Puan Hairiah.

"Salam , Good News. 12 pointers will fly. Idp will contact you for placement purposes. Enjoy the Hari Raya! " - Puan Rodina.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
membaca kedua-dua mesej gurunya itu membuatkan Mustakmal terasa sebak seketika.dia hanya mampu terdiam.dia lantas teringat raut wajah arwah ibunya , yang baru pergi dua bulan sudah.

"mak , alhamdulillah . dapat jugak anak mak ni merasa belajar di negara orang mak. alhamdulillah" - bisik Stark dalam hati.

* * *
dengan pantas , Mustakmal yang tidak berbaju terus turun menemui ayahnya yang ketika itu juga sedang tidur lena keseorangan.

"bah , bah ,mustakmal dapat fly bah. rayuan dah diterima tadi.tsk.tsk." - ujar Stark .
"ye? alhamdulillah syukur "- balas abah lalu terus memeluk dan bermulalah perasaan sebak dan terharu.

lama juga scene sebak dan terharu.tetapi malu pulak penulis nak menulis di sini.

kini Mustakmal dan Rusdi Al-yahya dapat bersama-sama rakan-rakan mereka melanjutkan pelajaran di bumi Australia.kini , mereka mempunyai peluang kedua . untuk menebus kesilapan lalu.

* * *

begitulah peluang kedua yang Allah berikan kepada Mustakmal dan rakan-rakannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas rayuan yang dibuat pihak kolej diterima.syukur ya Allah.syukur ya Allah. syukur ya Allah.

Mustakmal di sebelah kiri . dan Rusdi al-yahya di sebelahnya.

sesungguhnya Allah akan memberi apabila kita meminta. berdoalah sejujurnya. berdoalah sekuatnya. Allah maha mendengar. : ) kadang-kadang Allah sengaja lewatkan kejayaan kerana Allah suka mendengar doa dari hambanya. Allah maha Adil. sesiapa yang berusaha pasti dibalas dengan hasil yang setimpal.

* * *

mak , abah , adik beradik , kawan-kawan , cikgu-cikgu dan semuanya ,terima kasih kerana menjadikan saya diri saya hari ini. mak , abah , anas fly untuk mak abah. untuk bagi mak abah bangga. terima kasih atas semuanya.

jangan lupa alfatihah kepada arwah ibu saya. : ) terima kasih.

p/s : nama sebenar Mustakmal ialah Anas Saifuddin manakala nama Rusdi al-yahya ialah Ahmad Ghazie.nama sebenar Borhan Ajmain ialah Azam Afidi.

p/s : University Of Queensland , insyaAllah.

Tuesday, August 14, 2012

the result.

salam alaik.

kepada kawan-kawan yang membaca sehingga habis , terima kasih diucapkan.

"abah terima result ni ,abah tahu anas dah usaha sungguh-sungguh.abah tahu anas banyak tertekan.kalau abah jadi anas pun, tak mungkin dapat result camni jawab exam .memikirkan keadaan mak sakit tenat lagi waktu tu.takpa.abah terima"- abah

seperti manusia yang lain , aku juga mahu membuat ibu bapa tersenyum bangga dan gembira. apatah lagi bila ada peluang di depan mata , sangat rugi jika disiakan.apatah lagi bila harapan itu dibina segunung tinggi,apatah lagi bila harapan yang dibina itu dari orang yang paling kita sayang.

* * *

tetapi aku juga harus sedar tentang satu perkara.tak semua impian kita menjadi kenyataan.tak semua yang kita mimpi dengan indah itu boleh jadi realiti.dan tak semua harapan untuk membuat ibu bapa tersenyum bangga dan gembira , tercapai.

im proud to show mine.it's not a failure for me.because I know , I put my best effort to get this.

Alhamdulillah. aku berjaya mendapat 12 points secara keseluruhannya untuk peperiksaan Alevel yang lepas.syukur itu wajib.bukan bila keputusan yang cemerlang saja syukur itu perlu terungkap.dan untuk meneruskan biasiswa MARA di Australia , aku harus mendapatkan sekurang-kurangnya 13 points.jadi secara mudahnya , aku gagal secara merit ke Australia dengan biasiswa.aku tidak menganggap diri aku sebagai satu kegagalan yang mutlak.kerana sebenarnya, 12 points sudah melayakkan aku untuk berada di salah sebuah universiti terbaik dunia ,cuma nasib yang tidak baik ,tanpa biasiswa.haha.

jadi tidaklah perlu sebenarnya untuk aku terlalu kecewa , seolah-olah aku gagal terus dalam peperiksaan.sejak dari awal masuk ke kolej , aku sedar aku bukanlah high scorer , aku di bahagian middle yang agak terkebelakang.tapi , aku sangat bertuah kerana dikurniakan rakan-rakan yang sangat supportive , rakan-rakan yang sangat membantu aku yang lemah.aku yang selalu tanya banyak kali soalan yang simple.aku yang selalu buat korang garu kepala.mohon maaf semuanya.nak sebut sorang sorang kat sini takut ada yang tertinggal nama pula nanti.tidak dilupakan guru-guru yang sanggup meminjamkan masa, yang mengajar dua tahun,penuh lelah dan jerih, untuk memastikan tiket flight itu dapat digenggam.

terharu bila ramai pula rakan-rakan yang memohon maaf , kerana mereka merasakan mereka tidak cukup membantu aku .mereka tidak sedar yang permohonan maaf mereka hanya membuatkan aku sebak , teriak dalam diam. kerana sebenarnya bantuan mereka sudah lebih , dari apa yang aku harapkan.ada juga yang berjaya fly , tapi langsung tidak menunjukkan riak gembira.yang langsung tiada mood untuk berjenaka.tiada mood untuk bersuka-suka , kerana teringatkan golongan seperti aku , yang nanti hanya mampu melambai mereka di lapangan terbang. tetapi malangnya tidak dapat ikut bersama.

saat manis muncul bila kita berjaya. lebih manis lagi jika kita merasai perasaan yang tidak senasib dengan kita.terima kasih kawan-kawan.kerana sanggup layan kerenah kawan korang yang hyper sorang ni. lagi2 kawan kelas 11.1 . maaf kerana aku hanya mampu menghantar korang sahaja di lapangan terbang dan tolong jadi jurugambar amatur dengan gambar yang tidak seberapa lawa.

result korang gempak-gempak. aku bangga sangat. *gambar amin jabar.

* * *

12 points. dan aku sebenarnya hanya memerlukan dua markah saja lagi dari kertas fizik untuk membolehkan aku ke Australia.seperti kata-kata Abdul Adl ,

so close but yet , so far.

siapa tidak sedih bila impian dari kecil akhirnya tidak menjadi hanya kerana perbezaan dua markah.tapi aku sangat-sangat bersyukur , kerana aku tahu, keputusan ini membuatkan aku dekat dengan tuhan.betul kata Syaza Amira , dua markah sudah cukup untuk aku fly , tapi mungkin 2 markah itu akan buat aku riak , takbur dan bangga diri sehingga lupa, kejayaan yang aku dapat,semua kerana izin Allah. aku yakin Allah ada jalan yang lebih baik untuk aku.aku bersyukur Allah memberikan aku peluang untuk 100% berharap kepada-Nya. bukan hanya yakin dengan usaha sendiri .aku sangat bersyukur Allah menguji aku sekali lagi tahun ini , ujian yang tidak kurang beratnya seperti ketika Allah menjemput ibu dari aku.

* * *

"kegembiraan paling manis ialah apabila diri sendiri dan rakan-rakan kita berjaya.kesedihan paling pahit ialah apabila kita gagal , tetapi rakan-rakan lain berjaya."

its the end of KMS life, two years of KMS life. kepada rakan-rakan yang berjaya fly , tahniah! kalian memang berhak dengan usaha yang padu pagi petang siang dan malam.sangat gembira melihat kalian gembira. kepada yang senasib dengan aku , korang jangan terlalu rasa down dan merendah diri se-olah-olah kalian gagal segagal gagalnya.bangun dan bangkitlah selepas ini.kalian harus berasa gembira.kalian tidak gagal pun.kerana kita hanya dipisahkan beberapa markah sahaja dengan kegembiraan mereka yang berjaya.jangan sedih terlalu lama.senyum dan bersyukur kerana kita terpilih untuk diuji Allah , apatah lagi dibulan ramadhan yang mulia.

"true warrior never quit" - Kung Fu Panda.

tepuk dada dan sebut , Alhamdulillah , Allah always be with us and All is well , All is well.

"Everything will be fine at the end, If it's not fine , It's not the end". goodluck for our future. all the best and lastly , sayonara.

p/s : terasa segan yang amat sangat bila cikgu-cikgu kena bersusah payah buat rayuan.terasa sangat bersalah.maaf cikgu-cikgu ,saya sudah cuba yang termampu boleh .terima kasih diatas semua jasa dan pengorbanan.
p/s : korang jgn biarkan kawan2 korang yang tak lepas ni terkontang kanting camtu je.tahu korang semua tengah happy,give a moral support k?dan doakan rayuan kami diterima.unless korang taknak kitorang fly sekali.haha.

Tuesday, July 3, 2012

surat cinta.

salam alaik.


surat dari universiti of queensland.


surat ini takkan ada maknanya pun kalau result Alevel yang keluar august nanti tidak menyebelahi aku.tapi sebagai seorang manusia yang tak pernah dapat tawaran U untuk pengajian ijazah (sebab UPU yang dapat dulu pun di peringkat asasi) ,boleh tahan eksaited jugaklah jadinya.

ya Allah , kau terbitkanlah sedikit kegembiraan di hati aku , dan di hati keluarga aku , setelah kau uji dengan beratnya ya Allah. amin. ya rabbal alamin.

p/s : goodluck kawan-kawan IB yang dapat result hari jumaat ini.