Thursday, January 5, 2012

roti telur jantan.

salam alaik.


ini kisah roti telur jantan.

satu pagi yang tak berasap , macam biasa aktiviti gua dan family gua memang sarapan di gerai roti canai abang Mizan di Jalan Kuching. gua bukan nak cakap apa tapi roti canai situ memang paling best dan paling sedap gua pernah rasa sepanjang gua hidup.tiada tandingan.keempukan roti, kegebuan , kepanasan , kemanisan dan rasa kuah sardin yang memang dah familiar terhadap pelanggan2 tetap gerai abang Mizan.

cakap saja warung roti canai berdekatan jalan kuching yang paling ramai orang datang sampai terpaksa berdiri tunggu tempat kosong.mesti orang kenal warung abang Mizan.

* * *

tapi gua bukan nak cerita pasal tu.menu kat warung brader Mizan ni simple.apa2 jenis roti , air standard gerai dan telur separuh masak.setel.memang hidangan biasa warung melayu ini. satu hari gua duk tinjau2 dekat dia punya menu list yang terpampang kat banner tu. bukan apa , hari2 gua makan roti dia dengan roti tampal , kot2 la ada menu lain.sekali gua terpandang satu menu.

Roti telur jantan.

huihh.sepanjang gua hidup.belum pernah gua jumpa menu roti telur jantan.dalam otak gua.gua ingat roti telur jantan ialah roti telur biasa tapi guna telur ayam jantan.tapi bila gua fikir balik.ayam jantan mana bertelur.haha.jadi gua tanya akak tu roti telur jantan ni apa sebenarnya.

"kak , roti telur jantan ni apa bezanya dengan roti telur biasa? "-gua

akak tu menjawab , " bezanya roti telur jantan ada dua telur".

HAHAHAHA.akak tu dah sipu-sipu pergi dan anggap gua memang tak berminat dengan roti telur jantan.gua gelak tak gelak lah kat situ.aisehh punya lah subliminal makna "jantan" kat situ.letak la roti telur double ke.roti telur berganda ke.roti telur power ke. ini roti telur jantan. gua pun bangang jugak tak faham awal.

* * * 

kesimpulannya , kalau tak cukup satu telur , cari jantan. maksud gua roti telur jantan.kih3

persoalannya adakah gua sorang je yang baru dengar pasal roti telur jantan ni?

4 comments:

  1. InsanTakTahuMaksudRotiTelurJantanJanuary 5, 2012 at 8:40 PM

    dekat tempat aku pun ada jugak roti telur jantan nie. tp bila ditanya dekat abg yg buat tu, dia kata tak tahu sambil tersengih kambing. sekarang baru aku tahu apa maksud tersirat sengihan beliau. thank u nas.

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHAHA omg seriousss tak pernah tau

    ReplyDelete
  3. hahaha. tak nak aku try roti tu. rasa lain macam xD

    ReplyDelete