"naluri anak kepada ibu yang sedang menderita. aku jadi geram dan kalau boleh aku nak cari siapa la yang keluarkan asap menyebabkan mak aku terkena penyakit ini dan aku akan cakap depan muka dia .hari ini hisapan dan hembusan asap dari mulut kau membuatkan mak aku terkena kanser dan kini sedang parah. terima kasih banyak2.jangan esok lusa hisapan ini akan terkena keluarga kau sendiri baru kau tahu betapa seksanya hidup aku."
*entri ini panjang.tapi jika kalian membacanya sehingga habis.terima kasih banyak-banyak.aku dedikasikan entri ini untuk ibu aku yang sedang melawan barah paru-paru.
post ini aku terbitkan bukanlah ertinya aku anti kepada perokok. bukanlah bererti aku tidak mahu berkawan dengan perokok. dan bukan menggambarkan aku benci pada perokok.post ini terbit kerana peristiwa yang menimpa keluarga aku.jadi aku rasa tidak tertahan dan aku rasa lebih elok aku muntahkan saja.jika ada yang mengambil iktibar.aku ucapkan terima kasih. terima kasih banyak2 kerana dengar permohonon aku.
* * *
rokok.
rokok bagi aku ialah hak individu. buatlah kempen. buatlah iklan dan letaklah gambar sengeri mana pada kotaknya.naikkanlah harganya setinggi mana. rokok tetap tidak akan mati dan pada aku , aku beranggapan bahawa rokok itu hak individu.
jika kau berduit , kau suka , kau nak hisap sepuluh batang sehari pun.hisaplah.tidak ada orang yang halang.bahkan aku juga berkawan baik dengan perokok walaupun aku tak menghisapnya.bererti aku tidak menghalang sesiapa untuk merokok.kalau benci tidaklah jadi kawan baik kan?.tapi ada satu bahagian pada rokok yang bagi aku bukan milik si perokok.
asap.
rokok mana yang tidak keluarkan asap.dan asap mana yang memilih hidung? oh.si A bukan perokok.jangan masuk dalam paru-paru dia.si B perokok.jadi asap2 yang keluar dari hisapan semuanya akan singgah di badannya. tidak. asap itu tidak akan memilih tuan bukan?asal dihembus ke ruang udara milik tuhan , sesiapa saja di sekitarnya akan menghirupnya kembali.
boleh jadi semua akan terkena.kalau tak hirup pun asap tu.cukuplah aroma nya melekat pada baju.asap ini bila tidak bertuan ,segala toksik moksik yang ada boleh menyerang sesiapa saja bukan?kau mungkin kuat dan imun pada asap tu. tapi bagaimana pula dengan orang kiri , kanan dan belakang kau yang mungkin tidak segagah mana? orang-orang tua dan ibu mengandung.makcik pakcik dan juga kanak-kanak.bahkan penghidap2 penyakit.pernah tak fikir sebelum korang bakar cigar tu?aku jamin jarang yang berfikir dahulu.korang bukan kenal kan siapa yang ada di depan .kiri dan kanan korang?bila-bila saja boleh terkena padah asapnya.
oh ya.ibu aku antara mangsanya.
ibu aku ialah seorang penghidap kanser paru-paru.bila aku terkenangkan betapa peritnya ibu aku menekap muka bila ada orang merokok di sekelilingnya dan betapa sakitnya mata dia menahan sel-sel yang kian merebak dalam paru-paru nya.aku jadi sedih.barah itu mula menular dan kini disahkan merebak pada bahagian tulangnya pula. aku rasa geram.aku rasa nak jerit pada orang-orang yang merokok tu.
keparat.
tapi apa hak aku?
yang merokok bukannya seorang.aku tidak ada hak pun untuk cakap begitu pada sesiapa saja. itu rokok mereka. suka hati mereka la nak hisap kan.tapi harus diingat bukan sesuka hati mereka untuk hisap dimana-mana mereka suka.kasihan ibu.dia juga menghirup udara yang sama.sudahlah dia sakit .dihirup pula kepul oksigen yang tercemar dan makin mencemar paru-parunya yang sudah parah. sungguh benar. penyakit itu takdir tuhan. kalau tuhan nak kita ada penyakit tu .bila-bila pun kita boleh kena.senang untuk kita cakap sebab kita takda dalam situasi tu.
kanser paru-paru boleh jadi sebab pencemaran , asap kereta dan juga asap rokok.dan asap rokok memang penyumbang besar pada kanser paru-paru kerana majoritinya pesakitnya juga ialah perokok.sudah Allah takdirkan ibu aku untuk menghidapnya. aku kena terima. tapi naluri anak kepada ibu yang sedang menderita. aku jadi geram dan kalau boleh aku nak cari siapa lah yang keluarkan asap yang menyebabkan mak aku terkena penyakit ini dan cakap depan muka dia . hari ini hisapan dan hembusan asap dari mulut kau membuatkan mak aku terkena kanser dan kini sedang parah. terima kasih banyak2.jangan esok lusa hisapan ini akan terkena keluarga kau sendiri baru kau tahu betapa seksanya hidup aku.
itu kerja gila.
tak mungkin aku akan buat begitu. tujuan aku tulis post ini hanya satu. bukan aku nak suruh korang stop merokok.apa gila aku mahu tulis begitu. dan sudah aku jelaskan pendirian aku di atas bahawa rokok itu hak individu. cuma satu sahaja .satu sahaja permintaan jujur yang keluar dari hati aku yang merupakan tujuan aku tulis post ini hari ini.
kalau nak merokok , boleh tak cari tempat yang sesuai dan bukan di tempat awam?
kalau nak merokok , boleh tak cari tempat yang asapnya itu kau sorang sahaja yang rasa?baru lah adil namanya.kalau nak merokok , boleh tak elakkan tempat2 yang ramai orang ?
bukan apa.takut silap hari bulan , asap dari hembusan kau itu boleh jadi pencetus dan penyebab orang lain mendapat penyakit.dan kalau ditakdirkan pesakit itu menemui maut kerana satu hirupan udara dari rokok kau.memang tidak adil bukan?.mungkin ada yang ketawa dan cakap tak masuk akal .tak masuk akal selagi kau tak merasa apa yang aku rasa sampai saat ni.tolonglah.tak susah pun kan? rokok tu duit kau, kau hisap.jadi tidak manis kalau orang2 lain yang tak bayar tu pun dapat sekali faedah asapnya.tolonglah.aku mewakili ibu aku yang sudah semakin tenat dari hari ke hari merayu sangat-sangat.
korang nak merokok.itu hak korang.tapi kalau boleh jagalah juga perasaan orang kiri kanan depan dan belakang kau , lagi2 di tempat awam dan terbuka. aku tidaklah kisah sangat. kalau lepak kedai mamak dan kawan bakar sebatang dua sebelah aku , tidak pernah pun aku kisahkan.tak pernah pun aku tarik muka. kerana aku sihat dan aku boleh terima.tapi bila aku terkenangkan ibu aku. aku terfikir bagaimana pula dengan orang sekeliling aku.aku tidak tahu kisah mereka.dan sejarah mereka.dan penting untuk aku hormat ruang udara mereka.
melawak pun kena bertempat. apatah lagi merokok ?
kalau korang tak takutkan penyakit yang dah memang dihebah-hebah akibat rokok.itu hak kalian.tidak ada sebab untuk aku menentang atau mengkritik.cuma aku rayukan juga hak untuk orang lain.yang tidak menghisap dan pada masa sama menghirup udara yang dicemar asap-asap itu.
aku tahu,bukan semua perokok suka merokok di khalayak orang ramai,ada juga yang sedar dan memikirkan keadaan orang sekeliling sebelum membakar.tapi ingatlah. walaupun sepuluh sahaja yang masih lagi bertabiat seperti ini , seratus lagi boleh kena bahananya.
benar.jika bukan kerana ibu aku yang terkena azabnya , mungkin tidak akan terbit post ini.
itu saja yang aku rayukan sebagai seorang anak yang tidak tahan melihat ibunya menekap , menutup mata dan menahan pedihnya asap hembusan dari perokok bila kami keluar makan dan sebagainya.aku memohon juga korang doakan ibu aku yang kian tenat.bukan aku memohon simpati.tapi aku tahu , aku bukanlah sekuat mana untuk menghadapi ujian ini.aku hamba Allah yang lemah. tolong doakan kesihatan ibu aku, moga dia panjang umur , moga dia dapat lihat anak bongsunya ini terbang ke luar negara untuk dia.aku tahu ibu masih kuat melawan.dan dia tidak akan berhenti melawan.
amin ya rabbal amin.
terima kasih kerana sudi membaca.jika rasa patut disebarkan.tolong sebarkan.beritahu pada rakan2 kita yang merokok bahawasanya kita bukan tidak menyukai mereka.jauh sekali membenci.cuma ingin mengubah sikit saja tabiat buruk yang membawa maut.
p/s : ibu saya kini sudah kembali ke rahmatullah .alhamdulillah.tamat juga derita dia.tidak perlu lah lagi dia menelan dan terus menelan asap-asap jahat yang menyeksa paru-paru.mohon kalian sedekahkan al-fatihah. terima kasih.
Pi cakap buat rilek. Kalau aku dairek ja, memang depa takleh nak lawan dah
ReplyDeletekalau kat jepun ada booth khas untuk perokok di kawasan awam.
ReplyDeleteanas, to love is to feel the pain that a person has. and u feel that, bro. aku cuma harap Allah permudahkan segala urusan mak kau dan berikan beliau apa yang terbaik. patience is solemnly for Allah and has no limit. semoga kau kuat anas. aku tau, kau kuat. May Allah bless u bro.
ReplyDeletesedeh dengau mak ko ade pnykit tu. aku doakan smge cepat smboh :)
ReplyDeleteakim : mungkin saya tidak cukup berani.mungkin penulisan ini ialah cara saya.
ReplyDeletemuiz : kat malaysia pun ada .tapi tak byk lg akurasa.
ezzati : insyaAllah aku kuat.aku harap doa2 korang juga.
zaharin : terima kasih.teruskan berdoa.terima kasih banyak2
Aku setuju, sebab apa, sebab aku tau asap tu pun akan masuk dalam paru2 kita even bukan kita yang merokok. Huhu nampaknya kes merokok Malaysia dan Mesir adalah sama. Tension aku.
ReplyDeleteps. kirim salam kat mak ko ehh. insyaALLAH kitorang selalu doakan untuk mak ko :)
Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh..
ReplyDeletesemoga ibu Anas diampunkan Allah segala dosa2nya, dan semoga beliau cepat sembuh dan kembali tersenyum semula, insyaAllah..
tabahlah dalam menghadapi ujian hidup.
-entry ini cool-
;)
smoge mak kamu kembali sembuh dgn izinNya =)
ReplyDeletebanyakkan bdoa oke.
zida : takpa.sama2 kita tolong ubah tabiat ni.terima kasih atas doa.terima kasih banyak2.
ReplyDeletecahaya mata abdullah : terima kasih.dia masih tersenyum sebenarnya.dalam sakit yang amat sangat.
akoo : harap dipermudahkanNya.amiinn.
Anas, again i cry while reading this. Be strong k Anas. about the smokers, aku dah start lama dah tegur dorang supaya stop smoking in public. whoever they are. i don't care. memang itu hak dorang tapi kita jugak ada hak dalam menghirup udara tulen. bukan asap racun. ada sesetengah yang marah, perli, pandang sinis, tapi aku kisah apa kan. yang utama paru aku and paru yang lain. somehow, i love this post.
ReplyDeleteaku nak mintak izin print boleh? nak bagi kat kawan aku yang baru nak berjinak dan dah ketagih rokok. sumpah aku tak suka. at least they knew there are people yang boleh buat dorang berfkir before dorang smoke.
izinkan ya. peace :)
terima kasih skali lg shaika.teruskan mengedar dan fotostat.tidak ada hak cipta dalam menasihat dan memberi peringatan. : )
ReplyDeletesekarang asal gua nampak perokok je gua ingat post nie.
ReplyDeletehaha nadia. terima kasih kerana sudi membaca : )
ReplyDeletekalu aku jadi mak kaw,, sure aku terharu
ReplyDeleteish. aku terharu sebab kau baca : )
ReplyDeleteKUATKN SEMANGAT BRO!!!.. INSYALLAH AQ AKN SLLU DOAKN KESEJAHTERAAN MAK KO..KUATKN SEMANGAT BRO!!
ReplyDeleteterima kasihhhh. itu saja yg mampu aku ungkap kan : )
ReplyDeleteTahniah..usaha murni pasti akan dibalas dengan kebaikan.Semoga keprihatinan akan di panjangkan. Kesedaran akan wujud tatkala mengalaminya, seperti ada pepatah mengatakan "SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN BURUK PADAHNYA"
ReplyDeleteInsyallah dengan adanya usaha seperti anas ini, dapat membuka mata dan menginsafkan segelintir perokok tegar ini.