Friday, January 20, 2012

puisi untuk penguasa.

salam alaik.






ini sepuisi untuk penguasa. penguasa komuter.jika kau lupa.aku tolong sedarkan.


sudah aku muak dengan kerut raut warga sendiri , di bumi sendiri .
mengenang apakan dayanya kudrat ini mampu bertahan,
menahan lautan kepanasan hawa yang tidak langsung berudara.
menahan kedinginan mampatan bahu ke dagu , 
menghayati indahnya asakan tren besi pucat lesi, bergelar komuter.


kau suka dan makin murka dengan wang picisan yang masuk ke dalam kocek , 
hari demi hari , kocek bergantung , kantung dibelek . duit dirobek .
tapi apalah nasib kami ini , sang penumpang sehari-hari.
yang bertahan dalam mampatan. yang bermampat sambil bertahan.
menahan asakan , menahan lemahnya masa untuk berlalu.
menahan pedihnya kau buat kami macam dungu yang bisu.
menghayati indahnya asakan tren besi pucat lesi , bergelar komuter.


sudah kau laungkan pembangunan ,sudah kau gemburkan perubahan ,
kami telan janji pahit itu ibarat telanan panadol menahan sakit.
dan kami tunggu berita itu,adakah palsu seribu kelu ,
adakah sekadar retorik macam selalu.
oh.sungguh terkedu hati melihat seorang ibu mengondong bayi dalam perutnya.
berkerut hati , dan bermuram matanya.menekap muka tanda kecewa.
teriak hati melihat pakcik tua , bertongkat tinggi ,
tersentak dengan teriakan berjuta dalam satu kamar.
menghayati indahnya asakan tren besi pucat lesi , bergelar komuter.



ingat , duit itu hak kami . kami tebarkan untuk kualiti.
dan bukan kami tebarkan untuk kau goyang kaki.
ingat , tidakkan redha wang yang kami beri.
jika ini yang kau bagi!
jika janji tidak terbagi.ludah pasti disusuli!



kau memang bahagia.kerana kau mungkin tidak merasa.
panasnya , kotornya , mampatnya , habanya,
akan bisnes yang penuhkan kocek kau sehari-hari.
cuba bersama kami pukul lima sampai lapan malam.
dari isnin sampai kau kelam.kelam dalam kesedaran.
betapa teruknya kau mengambil hak-hak kami.
tapi keji yang kau bagi.


terima kasih komuter,kerana hantarkan aku pulang.
terima kasih komuter,kerana tidak pernah lekang.
membuat aku bengang!


10.48 pm
20 januari 2012

p/s : dah sangat fed up dari dulu kini dan selamanya dengan perkhidmatan komuter. kalau bukan lembab dan mampat .bukan ktm namanya. 

2 comments:

  1. aku ke seremban tadi lepas exam. sangat amat sesak time nak balik. tambah2 pulak org cuti.

    ReplyDelete
  2. tulah..ajak balik naik bas x nak..haha.
    xderlah underground sngt style ko..ada gak ciri2 KeDBPian skit. pemilihan imej pn mantap. berbaur kehidupan suburbia, agak lain dri puisi2 yg citer lain yg asyik citer psl bahasa ngn desa.

    ReplyDelete