waktu period mentor-mentee haritu , cikgu Azmi suruh budak2 mentee dia ambil sehelai kertas.pada kertas itu dia suruh tulis pasal first impression and present impression aku kat setiap ahli mentee.dan diorang pun kena buat benda sama kat aku.kiranya semua orang akan dapat komen dari kawan masing2. dan waktu akhir sesi nanti , kiranya cikgu suruh kami muhasabah diri masing2. kih3.
ok mentor-mentee aku ada 10 orang.jadi aku akan dapat komen dari 9 orang yang lain. kalau tak malu aku boleh dapat 10 komen. kalau aku komen diri sendiri. kih3. tak pernah di buat orang.
* * *
ni first impression dorang waktu mula-mula kenal aku.waktu awal2 masuk kolej mara seremban dan waktu belum kenal dengan mendalam.
klik untuk tumbesaran
antara yang tarik perhatian aku ialah bila melihat tulisan mereka rata-rata lebih buruk dari aku! hahaha.im not alone.ok.apa yang tarik perhatian aku ialah bila dorang cakap aku banyak cakap , suka bergosip dan banyak mulut , banyak pendapat , banyak cakap politik dan semuanya boleh disimpulkan dengan satu ayat - AKU BANYAK CAKAP rupanya.haha.
ok. bawah ni pula current impression diorang dekat aku.sembilan orang yang hari-hari bersama aku dan dapat nilai diri aku yang sebenarnya.dapat tengok perangai baik buruk aku. ini kata mereka.
klik untuk tumbesaran.
komen paling siot datang dari shazwan salimin. dia cakap aku pelik. sangat pelik. cuba tengok diri balik. HAHA. makan dalam bai! dan ada yang masih komen aku banyak cakap , bak komen afiq rashid - banyak cakap gila. haha well afiq , even aku banyak cakap pun , dengan siapa lagi aku bergosip? kih3
* * *
aku tak ambil serius sangat sebenarnya tentang apa yang dorang kata. haha.mungkin dorang pun tak serius sangat. tulis dalam keadaan sempoi2 je pun
ada pepatah pernah menyebut ,
"kalau nak tengok diri kita yang sebenar , tanya pada orang sekeliling yang selalu bersama kita . mereka dapat lihat diri kita luar dari perspektif yang kita rasa "
Alevel engineering 11.1 - dinobatkan kelas paling awesome daerah seremban.bakal mewakili negeri dalam pertandingan kelas2 paling awesome seluruh malaysia.
No comments:
Post a Comment