Tuesday, January 17, 2012

this is why i love analogue #11

salam alaik.

smena 6.-smena ialah bahasa rusia.dalam bahasa inggerisnya bermaksud young generation.young generation dalam bahasa inggeris.dalam bahasa melayunya bermaksud generasi muda. kih3

post ini ialah untuk mengucapkan terima kasih kepada kawan ku yang jauh di bumi komunis soviet sana ,syafiq rumzi kerana menghadiahkan aku kamera smena 6 dari bumi maria sharapova. benar. rezeki aku tahun ini memang baik. awal2 tahun lagi seorang lagi teman ,adzwin jelani menghadiahkan lomo action samplernya pada aku. dan juga memberikan aku yashica MG-1 kepada aku utk dijaga.

dan kini. syafiq rumzi , dormate waktu zaman saser aku pula menghadiahkan sebutir kamera. ini baru true dormate bro! haha. terima kasih apeng. 

smena 6 bukanlah kamera lomo yang terkenal. tak seperti adik beradiknya yang lain seperti smena 8m , smena symbol dan smena 35 yang jauh lebih popular dan digemari.yang lebih "mainstream" dari smena 6 , smena 2  dan adik beradik smena yang lain. tapi takpa. bak kata orang , rezeki jangan ditolak. aku akan guna kamera itu elok2. terima kasih skali lagi apeng. you make my day!.

* * * 

dalam pada itu , 


fuyo. header baru.ini baru post this is why i love analogue. gambar di atas bukanlah diedit dari segi komposisi warna dan sebagainya kecuali letak caption blog kat atas tu je.aku hanya guna camera toycam.bukanlah nak memuji hasil yang aku dapat.cuma dapat dibuktikan toycam plastik juga mampu bagi hasil setanding atau lebih dari kamera2 digital. kamera yang aku guna? kamera UWS secondhand yang aku beli dengan harga rm50 berbaloi juga bukan? dengan dua keping voucher 1M , anda boleh dapat seketul UWS firsthand di kedai2 terpilih.kih3.

kamera UWS yang sedang ditacap rupanya gaya lelaki bujang.

jadi , this is the reason why i love analogue. bagi yang tidak mampu lagi untuk memiliki sebiji kamera film, apalah salahnya utk anda cuba2 kamera kawan dulu. rasakan dulu adrenalin dan degupan jantung bila guna kamera film dan lepastu , boleh cari kamera pertama anda!

hail analogue!

3 comments: