Showing posts with label bila gua jadi pengkritik. Show all posts
Showing posts with label bila gua jadi pengkritik. Show all posts

Friday, August 5, 2011

cerita komuter pukul lima part2

salam alaik.

aku harap pakcik tua ini tidak pengsan dalam timbunan rakyat didalam tin sardin cap KTM.

"tak muat dah! tak muat dah! tak payah nak tolak masuk lagi la! "
*
"boleh lagi! bolehhh.kami dah tunggu sejam setengah dah! tolong lah.tolonggg."
*
"nak tolong macammana lagii.kami pon dah macam tin sardin kat dalam nii"

tak larat gua nak tulis lagi tentang keluhpeluhan gua pasal servis key ti em.cukuplah gua compile2 seciput komplain2 mereka2 ini.rakyat biasa yang katanya didahulukan.tetapi hampeh dibelakangkan.kalau gua tulis complain lagi sekali pon.macamlah najib tun razak dan menteri pengangkutan nak baca rintihan budak mentah macam gua ni.cuma gua takkan dapat lupa hari ni.5 ramadhan.sebagai hari paling mampat gua dalam ktm.gua tidak dapat gerak kiri dan kanan.depan dan belakang.hanya mampu menegakkan kepala ke udara.menghela nafas bangla dan niger.train khabarnya delay sejam setengah.bukan sekali dua ktm buat hal macam ni.boleh kata setiap hari.

sebelum gua post komplain2 sebahagian orang ramai mengenai KTM.lagi-lagi golongan pekerja yang terhimpit dalam separuh kematian dan kepengsanan.akak ni menyokong penuh KTMB. fuck off katanya.dia cakap kalau nak selesa naiklah kereta.oleh kerana tak mampu lah orang2 macam aku ini naik tren yang lembab.


kepada kak emi jamal.untung kerajaan ada golongan macam akak ni.yang ada sebagai pemback up penuh tanpa perlu kerajaan hantar sesiapa untuk menjawab.komen akak sungguh ilmiah.sebab tak mampu la naik ktm kan?puihhh.try dulu la rasa naik komuter dari seremban balik kepong sentral waktu pukul lima sambil berdiri dihimpit niger di apit kanan dan kiri.di kekang bangla depan dan tepi.cer terai tengok kak emi jamal tahan ke tak.

ayah dan ibu kami penat membayar cukai.dan kami ini penat menabur wang perkhidmatan.dan kami sepatutnya wajar dapat kemudahan yang selesa.biarpun berbayar.tetapi selesa.nama pun kemudahan.bukan kesusahan awam.tapi komuter? puihhh.semakin hari.semakin ramai penumpang.dan ktm pula semakin bijak menambah stesen..tapi apalah dangkalnya menambah stesen tapi langsung tidak memperbaik sistem dan menambah tren lebih utk menampung jumlah penumpang yang ramai.puihhhh.

                                        







hari ini aku sungguh pilu.kerana di depan himpitan aku ialah seorang ibu mengandung.yang sudah tidak mampu bergerak lagi.apatah lagi menjerit meminta bangku.dia hanya memegang tisu menahan wap panas dan kemampatan yang luar biasa pada pukul lima.begitu juga seorang abang yang tidak henti2 menjerit kepada orang di luar supaya tidak lagi menghimpit dan terus menghimpit.sungguh pilu sekali.aku rasa luahan2 diatas ini hanya seciput dari luahan sebahagian besar lagi rakyat malaysia dari golongan pelajar , pekerja dan orang awam yang dahagakan kemudahan komuter yang selesa.bayar mahal takpa asalkan puas hati.ini seolah duit dibuang begitu sahaja.aku ini mungkin gagah lagi berdiri walaupun terpaksa menahan nafas mengharung keadaan wap panas dalam ktm.bagaimana dengan ibu mengandung? orang tua? kanak-kanak? tak lupa kepada orang kurang upaya.tidakkah kerajaan dan pihak KTMB sedar hal ni?aku rasa KTMB nak tunggu ada kes mati terhimpit dalam ktm tu baru nak buat penambaikan?kan?puihhhh.

dear KTMB yang ku kasihi.aku tahu.aku ini pelajar mentah.dan apalah sangat penulisan aku di blog ini.bukan dapat bagi kesan walaupun hanya seminit dua pon dekat keuntungan puak2 kalian.kalian makin membuncit dengan wang rakyat.makin panjang lorong keretapinya ke sungai gadut sana.tapi kalau serupa ini perkhidmatannya.lagi panjang.lagi hampeh!

dan dikhabarkan ringgit malaysia 1.9 billion telah terbang pergi utk membeli 38 ulat bulu baru yang akan berjalan pada bulan september ini.aku harap berjalan dan tidak merangkak lagi.janji makin sedap ditabur.kita tengok apa hasilnya tren teknologi china ini boleh bagi bulan september nanti.adakah merangkak dengan wap panas ataupun meluncur laju.

kepada pengurusan , anda sedap menikmati untung wang orang2 yang tidak redha dengan perkhidmatan anda.jadi bersedialah untuk menjawab peperiksaan di alam sana.

klik disini untuk luahan cerita komuter pukul lima part1

Sunday, May 8, 2011

dua puluh empat tujuh.

salam alaik.

bayangan dua puluh empat tujuh dalam suit power rangers.

kepada brader2 24/7 yang berdentum kena kutuk tu.
nak tisu tak?

Gula-Gula?
semurah harganya.tapi tak semanis isi.
YUCK.: )

Sunday, December 12, 2010

mari sokong seni tempatan.


salam alaik.

sebelum post ini bermula.aku nak cetuskan ketidak puashatihairanan dengan hati kotor busuk manusia.baik dimana-manalah.yang di sini terpekik pegi mati indonesia.yang di sana terlolong malaysia bodoh.yang di sini menjerit indon pendatang.yang di sana terpekik malaysia perampas.kelakar.haha.bagi aku cukup kelakar.dua2 pihak kelakar.yang mengutuk itu seorang islam.yang dikutuk pon seorang islam.dipisahkan dengan sempadan buatan barat keparat zaman penjajah.dan masing-masing mempertahankan hujah pasal tanah air masing-masing.

kononnya malaysia lagi maju.indonesia miskin dan kebelakang.di balik sana pulak tidak habis-habis mempertahankan budaya.kononnya malaysia merompak khazanah mereka.sedarkah?sedarkah?kamu semua mempertahankan sempadan buatan penjajah?yang tak patut ada pon atas muka bumi ni?yang sepatutnya dibawah khalifah.aku bercakap soal agama kerana dua2 ini negara majoriti islam. sedarkah kamu sudah buat golongan kafir gelak berdekah-dekah guling-guling tengok kamu sebagai boneka mereka mengutuk satu sama lain padahal kamu semua dibawah panji yang sama?panji islam atau setidaknya senusantara.sebangsa.

bukaklah mata yang tuhan bagi.buta lagikah?.dan berfikirlah.sampai bila kamu akan berhenti kutuk mengutuk yang diseberang sini dan sana padahal kamu semua menyembah kearah kiblat yang sama.jika tidak dipihak seagama pun.serokok nusantara gudang garam.golongan pendek akal saja yang masih meneruskan aktiviti paranormal ini.ya.atas normal.maaf.kasar.tapi aku tak dapat menahan kekelakaran pasal apa yang berlaku.

sedarlah malaysia indonesia.tidak ada satu peratus kebaikan pun yang kamu dapat dari mengapi antara kedua.dan kau.kiri kau.dan kanan kau.aku harap kalian zip mulut dari termasuk dgn golongan pendek akal ini.

ok.cukup sekadar tu.tgk banner di atas.aku mendapat seruan untuk mempromosikan rantai art event yang sungguh comel dan montel ini. event ni dah jadi acara tahunan aku sejak dua tahun yang lepas.event ni buat aku jatuh cinta dengan kamera film.buat aku minat dengan penulisan penulis bebas dan zine.buat aku gila dengan handmade art.dan buat aku rasa menghargai seni letupan orang2 tempatan.so tahun ni tahun ketiga aku akan attend this cool event~ siyes tahi cool.aku tak tipu.aku baik.

bukti gua support event seni ni dalam post berikut :


korang gemarkan art? support this event please!


Tuesday, December 7, 2010

gua nak kurangkan membebel.

lets make it together.
salam alaik.

post ini hendaklah dibaca dengan nada pantun gunung daik bercabang empat belas untuk penghayatan dan penjiwaan serta pencahayaan.dan post ini tidak menyerang sesiapa.cuma beberapa. : D

satu malaysia sini.
satu malaysia sana.
harga minyak naik lagi.
gula gelak tumpang sama.

satu malaysia sana.
satu malaysia sini.
kelas bawah tengah menderita.
korporat keparat goyang kaki.

ketuanan melayu sini.
ketuanan melayu sana.
yang rompak harta bangsa sendiri.
senyap sunyi tak keluar berita.

perhimpunan aman katanya rusuhan.
disembur gas pedihkan mata.
sampai bila pon takkan ada jawapan.
lawaknya tarif air naik juga.

oh malaysia tanah tumpah.
aku harap kau tabah.
telan segala musibah.
yang tak malu singgah.

mungkin satu hari nanti kau akan berubah.
mungkin satu hari nanti kau akan tambah parah.
mungkin satu hari nanti semuanya cerah.
mungkin satu hari nanti semuanya barah.

aku bukan mahu menyuntik politik.
belum 21 dijadikan taktik.
menutup mulut jangan mengherdik.
duduk diam dan ikut polemik.

masing-masing punya akal
masing-masing punya otak
yang mana mahu disangkal
yang mana mahu ditegak

tepuk dada tanya selera.
tepuk tangan tiada guna.
pilihlah kalian yang mana suka.
asalkan islam ditegak jua.

bukan nak sisihkan bangsa.
tidak sama sekali.tidak seseduakali.
tapi kinabalukan bangsa tidak kemana.
islam jadi sepi dan sunyi.

tengoklah kiri kanan atas tepi.
apa sudah jadi?
apa sudah jadi?
yeay.merdeka.merdeka.merdeka.
yang merdeka luar.yang dalaman penjara.

oh.bukan niat nak jadi oposisi.
hihi.
: )

orang kata mereka perusuh.
aku kata mereka pejuang.
orang kata mereka calarkan imej negara.
calarkan apa yang patut dicalar.
apa ada hal?

gamba dari blog ini > klik.

Thursday, November 18, 2010

taip ON.

salam alaik.

1)inginkan permainan video terkini di mobile phone 3310 terbaru anda?
taip AKU NAK GAME ALA2 PS3 TAPI TAKDA DUIT dan jangan hantar ke mana2 nombor.buat malu saja.

2)anda rasa sedih?mahukan lawak jenaka tak jadi yang gembirakan hati?
taip BODOHNYA AKU jarak YOUTUBE KAN BANYAK VIDEO LAWAK dan hantar ke 45222.
setiap lawak yang tidak jadi di cas rm2.55 sen.

3)jom tolong narutah? ingin tolong narutah? pengembaraan di alam maya versi gambar taraf PS1
taip JOM TOLONG jarak HABISKAN KREDIT SENDIRI dan hantar ke 32111.
*jaringan talian luar negara ( cas 3.00 lebih )

4)keseorangan? terasa handsome dan inginkan teman wanita hot?
taip SAYAHANDSOME , NAK KENAL BOLEH? dan hantar ke talian hotline majalah mangga.
*penghantar mesej ke seratus berpeluang menjadi poster tengah majalah.penghantar mesej berbulu ketiak lebat dan bermuka jambu diutamakan.

5)inginkan lagu2 terbaru menghiasai handphone anda?
taip BEBALNYA AKU jarak DOWNLOAD FREE INTERNET KAN BOLEH dan hantar ke nombor rakan sebelah.
*satu tumbukan padu dialu-alukan oleh rakan sebelah.tiada cas berlebihan mahupon insurans.

6)ingin set pelangsingan badan percuma?badan seperi nohra darnish? cepat.tawaran terhad.
taip AKU TAK BERSYUKUR jarak AKU NAK SLIM 20kali dan hantar ke Dokter Rosmey jusmate 5.
*5 pelanggan bertuah akan mendapat tawaran berlakon jadi hantu dalam filem Tiga Alam.

7)terasa ingin berak?
taip ON jarak SHIT dan hantar ke tandas berhampiran.
*cas 20sen tisu diperlukan.

gua rasa iklan iklan taip ON kat tv ni patut dihentikan untuk kemaslahatan panda-panda seluruh dunia.
chow.

Sunday, November 14, 2010

pengadil mabuk.

wanted : worst referee ever.
klik untuk tengok siapa dia ben william ikut wikipedia.
salam alaik.

aku cuba mencari mukanya di google.ternyata dia terlalu suck untuk diletakkan di google.tapi dapat jugak gambar hasil blog rizalhashim.

mr ben william , u are the worst referee in the world.i hope u read this. i meant it.it is not because i am malaysian than i said that.because of stupidity of your decision.yah.stupid.full stop.

aku nak menyaksikan game bola petang tadi.tengok bola golek2 dan kot2 ada harapan tengok malaysia main game cantik.kalah menang belakang rumah punya cerita.tapi tadi aku tak tengok game bola.aku tengok game berat sebelah 8 player lawan 11 campor satu bak kata zainal abidin rawop.aku dapat tengok macammana china ada player import dari aussie yang kerjanya layang kad merah dan kuning.hanya untuk player malaysia.dan kebodohon seorang referee.

aku cuma dapat tengok seorang pengadil yang sepatutnya adil tapi just termenung tengok player malaysia mengerang tanpa tiup wisel hentikan game.memang taik kerbau punye referee.

aku nak bagitahu apa ben william buat kot2 tadi korang terlepas tengok game td kes pegi surau or pasar malam beli char keuy teow.

minit pertama dah layang yellow card kat mahali jasuli,player malaysia yang buat tekel ringan.sepatutnya diberi amaran.tapi terus yellow card.

minit ke 27 dah halau mahali jasuli keluar padang lepas kena yellow card kedua.alasan? sepak bola keluar kes protes keputusan linesman.korang boleh tengok dengan jelas si mahali keluarkan bola sebab ball picker dah masukkan sejibik lg bola ke padang tuk throw in team china.damn punye referee.

minit yang sama , safiq rahim , kapten malaysia kena direct red card lepas bantah keputusan encik ben kok william yang kasi red card kat mahali jasuli.aku rase time tu ben william dah mabuk terlebih minum teh cina.

game time tu tak genting langsung.dua2 team main as normal.kenapa dia kena layangkan 2 kad merah dalam tak sampai 2 minit?effect? malaysia main 9 orang tuk 70 minit berikutnya.

tak cukup ngan tu.encik benkok william layangkan lagi entah berapa ratus kad kuning kat player malaysia.aku rasa 9 kot.termasuk red card ketiga tuk s kunalan time second half.total.3 red card dalam game yang langsung tak genting dan tak payah tegas sangat.player cina yang sepet terus terbukak mata.tapi bangang jugak.dah lawan 8 player pon 3 gol je.2 set pieces.satu penalti.what a shame.one sided punye game.and totally not fair play macam encik benkok william belajar time jadi referee.

ben william.u suck.u suck.u suck.seriously i meant it.u dont have to understand what i wrote in malay in case u accidentally enter this blog,maybe because u find out that ur name become famous suddenly.it is because u suck.HAHAHA.

kesimpulan.encik ben william patut letak jawatan dan jadi pemotong rumput kat australia sana.tu pon kalo lembu2 kat sana sanggup terima la k.

to team bola malaysia.gud luck di second round.dan doakan cik ben tak adili game korang.sekian.

Tuesday, October 26, 2010

ringgit malaysia tiga puluh.

salam alaik

hati aku bara-bara sekarang.liverpool akhirnya menang and kelantan masuk final lg.agak pelik tgk budak layan piala malaysia en?sekali setahun.apa ada hal? yang menimbulkan kekerutan di dahi bila baca paper bahasa orang putih pagi td bila FAM umumkan tiket piala malaysia tahun ni dah naik harga ke rm30.naik harga akan menyebabkan naik marah.ada ke patut? bagi aku tidak.

dalam usaha FAM nak tingkat jumlah penonton ke stadium2 bola,yang pergi naikkan harga apsal? adoii.hati aku dah berbelah bagi pulak nak pg.yelah.orang kata kalau die hard fan rm100 pon pergi.tapi poket aku ni belum bercambah lagi benih2 duitnya.Alevel pon tak lepas lagi.ringgit malaysia tiga puluh bagi aku 3 set mcd atau setidaknya ilmiah sikit boleh beli ubat pensil tekan dan pemadam selain pen merah dan foolscap paper.kenapa FAM naikkan harga?kenapa?aku rasa kelantan belum ikat kontrak dengan fernando torres lagi musim ni.alex ferguson pon tak jadi coach negeri lagi.

hadoii.kalo aku duduk rumah boleh baring2 sambil makan kekacang dan dengar abang hasbullah awang comment pasal geng2 tu.kurang la percentage nak kena baling ngan botol dan kuranglah percentage tak sembahyang maghrib kes nak rebut seat sedap2.tapi kalo aku pergi boleh tgk negeri sembilan kalah.ni yang menjadi perdebatan skang.haha.aku panas r macamni.kalo ringgit malaysia tiga puluh dia bagi jersi kelantan free or bagi popcorn ke berbaloi la jugak.haih.

nak pegi ke tak nak.nak pegi ke tak nak.taknak ke nak pegi.

ole ole ole ole ,
sumbat gol , sumbat gol ,
kito anok kelate ,
bako oghe berani ,
bilo masuk padey,
kito gomo seghoti.

Friday, October 22, 2010

wanita pertama.



salam alaik.

sebelum aku teruskan.aku gosok mata.dan aku tengok balik gambar diatas.aku rasa nak tergelak.dieja atas nama Islam?hoho.ok.teruskan.lepas semayang jumaat kat masjid negeri td.aku dengar bunyi pembesar suara.kelihatan seorang jemaah menyalakan hailer ke udara dan menjerit meminta perhatian.betul2 lepas imam menghabiskan doa.dakwaannya agak lantang.

"Islam pernah dihina dengan penyebaran karikatur nabi muhammad oleh media denmark dan belanda.tapi kali ini.islam dihina oleh penganutnya sendiri."

"baru-baru ini , isteri perdana menteri malaysia sebagai penganjur dan penaung telah merasmikan dan menyampaikan ucap tama di Festival Busana Muslim yang diadakan di Monaco Sporting Club ,Monte Carlo.dan ternyata festival itu lari dari islam!"

semakin keras suara beliau.flyer di edar kepada orang ramai.rupanya baru aku faham apa yang cuma di sampaikan.ya.ku kira dakwaan beliau berasas.sebagai seorang muslimah yang beragama islam dan wanita pertama dalam negara.beliau merasmikan Festival Busana Muslim yang langsung tidak ada etika pemakaian islam!

aku bukan alim ulamak islam.tapi setidaknya aku tahu apa yang salah apa yang betol.dia seorang muslim. dia sendiri tidak menutup aurat.dan dia menaungi festival mengenai pakaian atau busana seorang muslimah yang langsung tidak muslimah.terdedah sana sini.dibawah nama islam.apakah?tidakkah ini satu penghinaan? dimana letaknya hukum Allah.tidak adakah penasihat agama dalam kerajaan untuk menasihatkan?serangan yang halus terhadap islam.

sehingga ada satu baju yang dipakai terang-terangan nama nabi agung muhammad dalam keadaan terbalik di pakai! apakah? islamkah? bagi aku agak tidak manis pertunjukan fesyen ini diadakan ku kira seperti mencabar hukum Allah.nauzubillah.malaysia negara islam yang kononnya disegani di seluruh dunia.apakah?hahahaha.aku hanya mampu gelak dalam melankolik.

perkara paling basic dalam pemakaian cara islam ialah menutup aurat.jadi?ada otak tuhan bagi fikirlah releven tak relevan festival ni dibuat.

aku rasa bingung.rasanya dah byk kali aku sembahyang jumaat di masjid negeri.tidak pula masjid pasang ayat2 quran kuat2 lepas sembahyang jumaat.petang td berbeza.volume speakernya seolah-olah di pasang kuat2 sampai apa yang jamaah tadi sampaikan tidak didengari.hurmmm.

Patron Datin Paduka Seri Rosmah in her speech during the recently held media conference said, "Contrary to the common belief that fashion and Islam are incongruous, I would like to reiter ate that Islamic clothing, especially for women, can still be fashionable, con temporary and stylish whilst fulfilling the Islamic requirements for being con­servative and modest.

IFF
"In fact, Islamic fashion is now con sidered as a breath of fresh air in a global culture where the flesh can often eclipse the fabric on the runway

-ukur baju badan sendiri- :)

sila like dan untuk tahu perkembangan.

bekas mufti perlis , Dr Asri Zainul Abidin dan pertubuhan lepasan mahasiswa malaysia mesir ( ILMAM) dah bersuara.marilah. :)

Thursday, October 14, 2010

pahlawan merah.


salam alaik.

lagu profil ialah lagu puisi.tolong jangan mute.hayati.dan rasai. :P (pengaruh pertandingan lagu puisi)

aku mulakan post dengan kenyataan.aku kelantan celup.ok.bila orang tanya aku asal dari mana.aku blur.serius tahi aku blur.aku lahir di terengganu.menetap di kl sejak kecik tapi keluarga yang darahnya mengalir pure kelantan baik mak ayah sepupu sepat sepapat.oleh itu.aku kelantan celup.

ok.aku nak ckp yang aku tgh bergelora skang ni.ni kes piala malaysia.kah3.cukuplah aku membuktikan aku fan kelantan dengan pakai jersi red warrior sambil tgk kelantan belasah kl plus kat depan tv dewan makan yang tak seberapa.

ok.aku pon tgh panas.panas bila orang ckp kelantan bodoh.bagi aku ada unsur politik di situ.kenapa budak tu mesti kua dari mulut busuk dia ckp kelantan bodoh?aku tidak mahu bersifat kenegerian.cuma aku nak ckp.budak yang ckp kelantan bodoh mmg sangat bodoh dan tak layak amik Alevel.tanpa guna akal yang tuhan bagi sambil bagi auta tanpa fakta.

memang betul.kalau match kelantan.mesti gaduh.bertumbuk.sini sana.katanya orang kelantan panas baran.suka tumbuk menumbuk.aku tak kata tak.cuma bagi pendirian diri aku.kau takkan menumbuk tanpa alasan.kau tak makan kalau tak lapar.kau takkan berak kalau tak da tahi.kalau kau dihina dicaci maki diprovokasi miskin hina anak bini.melayang jugak tumbukan son goku.

kelantan bukan bodoh untuk kau canangkan.ok.esok game kelantan.tolonglah menang.aku tak kesah kalah menang.tp kepada orang melayu malaysia baik kelantan,jawa or minang.tolonglah matang sikit weh.pasal bola pon nak bernaruto luar stadium.tergelak puak2 yahudi amerika tgk kita.diorang tak yah pecahkan kita.kita pecahkan diri sendiri.

kurangkan nasionalisme.kurangkan kenegerian.itu cuba ideologi sumbangan barat untuk pecah perandakan kita.tergelak guling2 mereka tgk kita.kita? bodohkan diri sendiri.

ok.gomo kelate gomo.bye!

Sunday, October 3, 2010

antara hijau dan biru.

aku benci surat kabar yang suke berat sebelah ni-kata kucing blok aminuddin.
smena 8m(silap fokus) haha.

salam alaik.

"sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum , dia adalah sebahagian daripada mereka"-hadith nabi riwayat abu daud.

yang suke sangat bergambar buat lambang satu mata tiga segi freemason kat facebook tu apa faedahnya? renung2kan yee. :)

post ini bukan politik.*sikit je*HAHA
tak lama lagi akhbar-akhbar tempatan khususnya utussss malaysia dan berita hairan akan memulakan dentuman ledakan peluru-peluru abjad dekat surat kabar masing-masing dengan topik pilihanraya kecil yang bakal berlangsung akibat kematian ADUN PAS di Galas , Gua Musang.pilihlah biru! pilihlah satu malaysia! menjamin pembangunan! bla.bla.bla.

terpampanglah wajah "tokoh-tokoh" politik turun padang memberi sumbangan gula dan baju.basikal dan turapan jalan tar.biskut raya dan kuih raya dan nasib baik bukan hantu raya akan memenuhi halaman surat kabar masing-masing.ada juga berita untuk hijauputih.antaranya rusuhan.provokasi.kekacauan dan huru hara.rakyat membaca.lalu terbenak dalam hati.baiknyaa mereka-mereka ni.hijauputih ada buat macamni?hijauputih kan miskin. tak keluar surat kabar.dah la kurang ajar.booo.

segala cebisan kata-kata semanis gula di hambur.mengharap undi "simpati".aku bukannya seorang yang gila politik.aku cuma seorang pelajar yang memerhatikan perkara ini sejak dari dulu lagi.undi itu rahsia.semua orang berhak memilih siapa yang mereka suka.dan siapa yang mereka sokong.aku tidak menulis post ini untuk mengharapkan semua beralih ke hijauputih.tidak.kalau kalian sokong biru.terpulanglah.tetapi aku kadang2 berasa jelik dengan laporan akhbar dan media tv tempatan yang sgt2 berat sebelah.

kes ahli politik bukan islam masuk surau diperbesarkan walau terbukti tidak salah.kehadiran beliau memberi sumbangan ditukar kpd tazkirah ramadan.kes doa khutbah hari jumaat thadap pemimpin cina dipolitikkan.dan byk lagi laporan-laporan yang buat aku rasa pelik dan jelik.tapi rakyat sekarang sudah makin matang.dan aku harap sesiapa yang membacanya menggunakan akal dan otak tuhan beri untuk cari alternatif berikutnya bagi menyokong berita-berita tersebut.

tak lama lagi Galas akan jadi macam Manek Urai.berpesta janji dan harapan.rakyat kelantan sejak 1990 memilih hijauputih ku kira sudah tidak termakan lagi dakyah pembangunan yang dilemparkan.pembangunan zahir semata tanpa rohani dalam dada.kes royalti minyak milik kerajaan kelantan yang dinafikan haknya akan memainkan peranan.dan kehadiran Ku Li di pihak biru mungkin akan beri tentangan sengit kpd hijauputih.terpulanglah kali ini mereka memilih siapa.antara hijau dan biru.aku harap akhbar tidak terlalu kotor kali ini.kerana kekotoran itu lah rakyat semakin jelik dan meluat.

ku harap hijauputih terus berkibar!

p/s : skali skale post politik ape ade hal?

Saturday, September 25, 2010

pelangi.


salam alaik.

"jadikanlah dirimu seperti pelangi,walau hadirnya seketika.ia menceriakan setiap kata."
-anas saifuddin.
*wa pon nak ada quotation jugak.

michael jackson kena halau balik india utara.
ni cara wa hafal warna pelangi masa zaman wa sekolah rendah dulu amik yu pi ass ar.tapi wa rasa sejak ketiadaan jacko sifir ni dah takda.lagipon wa tak guna warna-warna pelangi masa Alevel keenjinan ni.jadi wa lupakan.wa tak sampai hati nak lupakan warna pelangi sebenarnye tapi encik matias kata penting untuk kita menyahkan perkara-perkara tak penting dari minda dan senaraikan di luar pemikiran.jadi wa separa lupakan.

wa cuma nak gunakan ruang kosong blog wa tuk ckp.mari sama-sama jadi macam pelangi.walau kehadiran lu dalam hidup seseorang tu kejap atau tak berapa nak lama.biar kasi effect mendalam atau separa dalam kat diri dia.biar dia rasa kehilangan kalau lu all takda.biar masa lu all dah takda dalam hidup dia.dia rasa macam kosong.susah kot nak buat macam ni.pelangi datang dan pergi.tapi kekejapan pelangi itu menarik perhatian sesiapa saja yang mengskodengnya.orang kecik besar boroi kurus keding pon kalo tgk pelangi reaksi dia macamni.eyhhh.pelangii.wow.pelangi.wow.macam terserempak dengan artis dalam disko teguk arak.ha.serupa itulah pandangan kalo ada pelangi.tapi tu lu all jangan ikut.itu wa tak suka.pelangi busuk namanya.bila wardina kata jangan jadikan artis idola.puak2 mereka bertempik-tempik marah.wa tak kata semua.jangan belitputarkan ayat wa macam akhbar utussss buat.ops.wa taknak masuk ISA.

bukan wa suh lu all capub ye.jgn manipulatebelitkan kenyataan wa lagi.wa cuma cakap alangkah montelnya hidup kita kalo kehadiran kita dirasai dan disenangi lagi disukai.bila tiada.dirindui.macam gay pulak wa rasa ayat ni.jadi ke arah transformasi satu pelangi ni.wa nak menyeru semua pembaca agar sentiasa senyum dan ceria hendaknya.baru pelangi.kalo wa nampak moody2 punya muka ni wa rasa macam nak baling mercun bola kat muka dia.

jadi? wa akhiri post kali ni dengan satu lagi keantian wa terhadap isu masa kini.sekarang semua salam pon satu malaysia.ahli jkk kampung talang biro sukan dan rekreasi pon salam satu malaysia.wa tgh2 fikir lagi macammana nak jawab salam jenis ni.tak jumpa2.pening2.

*kalo lu all naik kay ti emm yg agak2 tak berape laju tu.beragak lah sikit k.kasi orang dalam keluar dulu sebelum lu all masuk.wa panas betol la orang gelojoh ni.
p/s : tengs to Nur Amira Syazwani for todays moment. :D :D

Friday, September 24, 2010

bangkit.


salam alaik.

"saya tak bangga jadi melayu.saya bangga jadi islam"
kata2 tok guru nik aziz yang menimbulkan ketidakpuashatian kalangan orang sempit minda dan puak2 pembaca berita sebelah pihak.maaf kalau terasa.kata2 nik aziz banyak yang berkias.tapi penuh makna.tapi bila ada pihak memutarbelitautakan statement2 beliau , maka bertempiklah golongan yang akan cacihina alim ulamak ini.satu aku mintak.korang tak suka dia.tolong jangan caci hina dia.terserlah kebodohan kalian.aku mintak cara baik.sekian.
-pesanan penaja-

hari ini aku nak garapkan satu kotak penyesalan.menyesal sesal dan rasa nak ulang tayang masa kecederaan waktu dulu-dulu dengan harapan dapat sembuhkan semua lubang-lubang yang kurang lengkap.tapi sebenarnya kita manusia dua mata takleh fikir macamtu.aku tak boleh fikir macamtu.salah.

semua orang penah menyesal.sesal.timbul dalam hati."eyhh.kalaulah aku mcm ni dulu." "kalaulah aku study masa raya dulu" "kalaulah aku dengar cakap opah aku dulu" dan macam2 kalau lah lg.aku kau dan dua orang depan kau pon penah menyesal.

kita boleh ulang tayang dua tiga minit ke masa lama kita.boleh tahu celah kangkang mana lubang2 kesalahan kita.tapi kita tak boleh langsung ada perasaan menyesal gaban dan sangka kita ni tak guna dan loser tahap cipan.kata bahasa penjajah.let gone be by gone.aku bukan nak sesal apa.mid sem baru lepas.

dan kalo aku nak predict berapa lah result aku nanti.aku rasa takda guna.memang teruk.tapi bukan aku ada remote control mcm dalam cerita click dan boleh pegi masa silam.ades.aku cuma nak garapkan kebangkitan.sebelum seseorang tu bangkit.dia kena jatuh dulu.aku rasa aku dah jatuh.dan aku taknak jatuh lagi.nak predict markah fizik per empat puluh.awal2 lagi aku dah hilang 7 markah free je kasi kat examinor.sempena raya.itu belom markah separa free yang aku da korbankan

sudah.sudah.sudah.ok.mari bangkit.tapi sekarang cuti.postpone lagi dua tiga hari lah tuk penggarapan kebangkitan ni.haha.

*1st roll smena 8m dah habes.tak sabar tunggu hasil dia.huhu.

Thursday, June 10, 2010

aku di luar negara.



*gambar sikit sangat.maaf.kalau letak banyak2.bangga pulak brader2 Myanmar tu nanti

salam alaik.

pagi tadi lepas belajar kereta pusing2 enjin asyik mati keliling selayang,parent aku ajak aku gi makan.aku taknak cerita pasal makan.sebab perut masih kenyang makan sup perut.haha.perut dalam perut.sangat berlemak.dan memberahikan.ok.lepas makan brekfas pagi tadi,ayah aku nak bayar bill2.jadi satria dipandu ke selayang.ayah aku k.aku baru L.ahaha.lebih tepat.area pasar borong selayang.

woahhh.memang aku rasa aku di luar negara.macam dekat myanmar.sumpah.pandang kanan kiri depan belakang semua myanmar.jual ikan dan sayur depan premis perniagaan.mengendong anak2.kanak2 mereka.warga tua mereka.pandang atas.bahasa myanmar.pandang arah tenggara kedai myanmar.waahh.aku diluar negara.bukan aku bersikap perkauman disini..bukan aku tidak suka.tetapi rasa tidak selesa.

ini tanah tumpah kari dan kuah dal orang Malaysia,rasa macam tidak selesa.ditambah persekitaran area itu sangat2 kotor dan dipenuhi warga mereka.aku diluar negarakah?mereka ini sudah bergenerasi di sini.membina keluarga.asalnya pelarian perang.mereka dapat taraf pelarian dari UNHCR.jadi bermaharajelelalah warga mereka di tanah ini.lebih tepat.SELAYANG.seperti aku cakap td.bukan aku tidak suka.tapi bila aku fikir balik.berapa ribu tanah rakyat Malaysia khasnya Melayu sendiri dirampas pihak2 tertentu.menangis berbanjir-banjir mereka meronta merayu agar sekepal tanah itu tidak diambil.harta pusaka nenek moyang.orang kita nak berniaga kecil2 pon kena halau dek DBKL.kena sita.kena saman.kena kejar.baru jual air tin dan juga keropok lekor.berkejaran di KL.main polis sentri dengan brader boroi DBKL.tak percaya?pergi tengok.mereka di SELAYANG,berjual beli sesuka hati.ada permit jugakah?entah2 pasport pon ntah kemana.macam sudah ada negeri baru di Selangor ini.cuba anda search bandar baru Selayang di wikipedia.tempat ini dikenali sebagai LITTLE MYANMAR.wahh.satu kebanggaan untuk warga mereka.apa sudah jadi?

aku ini pulak di Kepong.siapa tidak kenal Kepong.tempat lepak warga negro sana sini sesuka hati.tak percaya datanglah sini.dah macam south africa dah aku rasa.bak kata Lydia,dorang ni tak balik kampung tgk world cup ke?ahahaha.sudahlah haram.jenayah bersepah.rogol sana.rompak sini.black money sana.curi sini.apa nak jadi oh Malaysiaku.sudahlah pribumi merintih satu demi satu hak dipertikai.kedatangan mereka berlautan ini lagi la memburukkan.itu belum lagi dikira vietnam , bangla , nepal dan venezuela.eyh indonesia.memang betul.dalam otak kalian ckp mereka juga majukan malaysia.kilang dan binaan.aku tak nafikan.tapi sudah lebih.

apa sudah jadi Malaysia.aku diluar negarakah?

p/s : pasta perfetto lasagna de carbonara la lambo galardo.haha.. VIVA ITALIA.aku tahu itali akan kalah.tapi aku sokong gak.mereka sgt cool.

Thursday, February 4, 2010

sodomy.

salam alaik.
bukak akhbar.kua berita
.sodomy sana.sodomy sini.
aku bukan mahu berpolitik.
nanti kena cop.
payah.
payah.

kepada kawan2 di luar sana.
kalau anda masih muda dan bertenaga.
gunalah akal tuk menepis cubaan sodomy.
tangan dah kuat nak menumbuk.
kaki dah kuat nak menendang.
gunakan kekuatan maskulin.
pasti dpt menepis cubaan sodomy.
berita sana berita sini.
kena sodomy eyh ngan lelaki berumur lebih separuh abad?
lawak.lebih lawak dari raja lawak kot.
kesian beliau.

ops.politik.
maaf.
aku belum 18.
sekadar kemukakan persoalan.

ada otak pikir2.
ada mata jeling2.
ada telinga dgr2.
ada hati kasi jaga!

p/s : sodomy2.teringat sodorm = solat dalam dorm.hahahaha.rindu saser kali kedua!

Sunday, June 7, 2009

dik..biler besar nak jd ape?

sape nak jd mr bean??


"dik..biler besar nak jadi ape?",
"mawi!!"

"dik..ape cita2 adik mase besar nanti?", "nak jadi macam stacy!"

"dik..nanti besar nak keje ape?", "nak jadi artis..artis popular bang..masuk tv.."

"dik..sape idola adik?", "adam!!...adam!!..."

=_=" ni la cita2 kanak-kanak ribena skang..sedih aku tgk..

p/s : ngah congak berape ratus penyanyi Malaysia tahun 2020..


agk2 kucin ade uban x?? pk2...