salam alaik.
bayang2 eksaitment mula berkabus dalam diri gua ketika menghayati alunan muzik ska jamaica band The siblings tadi.bila gua dengar ,terus membuatkan ketul otak gua bergerak bebas ke satu masa lampau.sungguh. lagu dan memori memang tidak boleh diragut sepertinya bontot dan tahi.
hipotesis ini mungkin betul dan bagi gua selalunya betul. mungkin otak kita ini tuhan ciptakan mudah terusik dengan mainan irama dan lagu. bila gua dengar lagu kluangman - apa yang terpacul keluar ialah tv warna hitam. bantal kekabu sarung batik .dan baringan maut gua di depan tv menonton Borhan - sang hero dan kisah lari dari hospital sakit jiwa. dan bila lagu habis , bayangan tadi hilang dan pergi.
bila lagu mungkin nanti - ariel peterlucah yang memasuki ruang legar telinga , hati ini seolah terbawa ke tahun 2005 .peti memori terus enak menayangkan replay ketika janggut dan misai baru saja manja menumbuh .kasut jazz berkapur putih . jam casio digital warna hitam.dan rambut sisir tepi. kehidupan budak tingkatan satu yang agak skema tapi mahu berubah.
bagi gua , irama lagu sungguh lekat dan tepat pada memori. dengar saja lagu hujan , bila aku sudah tiada. diri ini ibarat berputar dan keadaan sekeliling terus bertukar . yang ada hanya mat-mat indie bertebaran , MCPA hall tempat tumbuh poser dan trender. radio era sudah sayangkan lagu tempatan dan apa yang gua ingat cuma zaman tingkatan tiga.zaman indie beroleh takhta. semua orang sayangkan muzik tempatan dan semua orang nak starting bisnes clothing. janda clothing , otakkapak clothing , dan seribu juta clothing yang lain.
itulah powernya lagu dan irama bagi gua. ada lagu yang boleh pacu gua ke satu memori . dan ada yang hanya sekadar penyedap halwa taik telinga. kalau lagu tu boleh kasi lu memory. lagu tu memang power.lagu kumpulan saujana - sepohon kayu. power gua cakap lu. zaman scene2 nasyid jadi trend. sekitar tahun 2000.
persoalannya sekarang adakah 10 tahun akan datang gua akan kenang lagu justin bieber sebagai lagu peng-ingat memori bagi gua? sama2 kita tunggu.harapnya tidak.
My Polaroid Experience.
Facebook Badge
Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts
Thursday, December 22, 2011
Tuesday, November 8, 2011
post cincai.
salam alaik.
sudah jarang aku menyusun abjad-abjad membentuk kepulan perkataan dan seterusnya membentuk ketulan2 perenggan di dalam blog ini.s
sudah jarang sekali.barangkali nafsu untuk menerbitkan post sudah longlai ibarat mati pucuk versi blog.berbeza sekali dengan mati pucuk , ketandusan terbitan post di blog bukanlah perkara yang kekal dan selamanya. kebosanan dan akibat terlalu banyak yang ingin dicerita , sehingga akhirnya mencapai satu konklusi.
simpan dalam hati sudah.
kadang-kadang , dalam menjalani kehidupan , bukan semua wajib dikongsi dan tak semua harus disimpan dalam peti hati. kadang2 luahan itu boleh menenangkan. dan kadang2 juga menyakitkan . kesubjektifan seseorang menilai akan menentukannya. dan mungkin. post cincai hari ini menjadi satu titik untuk aku kembali menggerakkan tari jari jemari untuk mengekspresikan apa aku rasa.
sudah jarang aku menyusun abjad-abjad membentuk kepulan perkataan dan seterusnya membentuk ketulan2 perenggan di dalam blog ini.s
sudah jarang sekali.barangkali nafsu untuk menerbitkan post sudah longlai ibarat mati pucuk versi blog.berbeza sekali dengan mati pucuk , ketandusan terbitan post di blog bukanlah perkara yang kekal dan selamanya. kebosanan dan akibat terlalu banyak yang ingin dicerita , sehingga akhirnya mencapai satu konklusi.
simpan dalam hati sudah.
kadang-kadang , dalam menjalani kehidupan , bukan semua wajib dikongsi dan tak semua harus disimpan dalam peti hati. kadang2 luahan itu boleh menenangkan. dan kadang2 juga menyakitkan . kesubjektifan seseorang menilai akan menentukannya. dan mungkin. post cincai hari ini menjadi satu titik untuk aku kembali menggerakkan tari jari jemari untuk mengekspresikan apa aku rasa.
aku kecamuk sebenarnya.itu saja.
Labels:
merapu
Wednesday, October 5, 2011
KETUMBIT.
salam alaik
mangsa ketumbit.
ketumbit dan ketumbar ada satu persamaan.kedua-duanya ada frasa ketum diawalnya.dan seperti kita tahu ketum ialah sejenis dadah.adapun ketum menjadikan ketumbar dan ketumbit nampak sama.ketumbar dan ketumbit bukan dadah.kalau ketumbit ialah sejenis dadah.maka penagih tidak akan segan silu menghisap mata mangsa di atas.dan restoren2 thai akan dipenuhi penagih kerana carian google menunjukkan ketumbar banyak digunakan dalam masakan thai seperti nasi paprik.
jadi bagaimana petua untuk menghilangkan ketumbit.carian google menunjukkan ketumbit boleh dihilangkan dengan menuam air panas keatas kelopak mata.disebabkan ketumbit tumbuh akibat sikap seseorang yang kuat skodeng.jadi menuam air panas diatas sebenarnya lebih kepada analogi penyeksaan azab panas api neraka bagi seorang stalker seperti shazwan salimin.shazwan salimin ialah nama yang sengaja2 direka.harap maklum.bila si pengenumbit(seseorang dengan ketumbit) insaf.ketumbit akan hilang.
jadi ketumbit sebenarnya memang penyakit.tetapi analoginya lebih kepada penyeksaan seseorang yang suka skodeng dan tengok benda bukan-bukan.
*gua taknak ulas lebih2.ketumbit ni penyakit tulah.lagi disebut.lagi datang.ok chow.
*lama tak merapu dalam blog.
Labels:
merapu
Monday, September 26, 2011
fizik ialah kelas belajar melukis.
salam alaik.
*post suka-suka
hari ini gua belajar fleming rule.untuk faham fleming rule.cukuplah faham camna nak aplikasikan jari dengan sewajarnya.tapi bagi budak-budak art macam budak-budak kelas gua.belajar fleming rule pun jadi bahan dekah-dekah gelak-gelak.
kepada cikgu fizik saya mintak maaf.saya tidak bermakna untuk mengatakan bahawasanya fizik ialah sekadar kelas belajar melukis.jika saya tak belajar fizik.tak lepas la saya fly.cuma untuk diletakkan sebagai tajuk post. mesti la bom bom sikit .macam utusan malaysia auta dan harian metro over selalu buat hari-hari untuk bodohkan rakyat malaysia.hihi.
*post suka-suka
hari ini gua belajar fleming rule.untuk faham fleming rule.cukuplah faham camna nak aplikasikan jari dengan sewajarnya.tapi bagi budak-budak art macam budak-budak kelas gua.belajar fleming rule pun jadi bahan dekah-dekah gelak-gelak.
paling hensem mestilah gua punya.
lukisan hazran zul menyedarkan gua rupanya dahan kayu pon guna fleming rule.hahahaha
ini by shazwan salimin a.k.a alang.memang buruk.tak dapat dinafikan.kah3
kalau dah namanya amin jabar.semua benda pon master.
kepada cikgu fizik saya mintak maaf.saya tidak bermakna untuk mengatakan bahawasanya fizik ialah sekadar kelas belajar melukis.jika saya tak belajar fizik.tak lepas la saya fly.cuma untuk diletakkan sebagai tajuk post. mesti la bom bom sikit .macam utusan malaysia auta dan harian metro over selalu buat hari-hari untuk bodohkan rakyat malaysia.hihi.
Wednesday, November 17, 2010
korban tak korban.

"gua dah kata jangan sembelih gua.lu orang degil.yiah yiah.rasakan kehangatan tandukan padu gua."
salam alaik.
gua rasa lembu2 seluruh dunia hari ni semua tak mengaku lembu.penyakit ni datang time raya korban je.ape apepon,gua tengah panas ni.sorang2 kawan gua kat luar negara sana dah post gamba dorang raya aidiladha kat obersea.pakai sweater tebal ngan baju melayu mcm coo.ni yang gua rasa sirap bandung ni.nah.amik kau! gamba raya gua.



mcm oversea en? ni bukan newzealand.ni kampung gua kat kelantan.
selamat hari raya aidiladha dari gua di perantauan gua ucapkan kat keluarga tercintan cintun di Malaysia , buah hati gua di Gelugor tu , kawan2 dalam negara mahupon yang dah kat tanah omputih tu.eid mubarak to all.gua jeles lu orang dapat makan daging unta.gua rasa nak makan daging kangaroo kot2 rezeki gua kat ostrorolia nanti.tapi kangaroo leh buat korban ke?
gua hari raya ape pon pakai baju melayu kain pelikat je.takda samping simpang warna warni.apa adahal?
p/s : nur amira syazwani.jangan bekukan diri gua sampai bila2 ok?
Labels:
merapu,
raya ronggeng,
suka-suka
Monday, October 4, 2010
failure.
i snapped this photo when i was given a task to give a simple speech in front of my class.maybe they call me capub as i accidentally bring my beLOMO vilia to the class and use it as a medium of presentation.i gave a speech about lomography.hope now they knew new things.
ku kira saat ini hati aku ada kalanya luluh.tidak lah seluluh mana.cuma seluluh usaha tapi tidak tergapai apa yang di impi.dalam kehidupan.kita tak semestinya dapat apa yang kita rancang.tapi apa yang kita rancang akan kita dapat lepas kita lalui satu tempoh sukar dan ada masanya ketika itu kita hampir jatuh tak berbangun.dan air mata jatuh membumi.
ada satu duka yang aku tempoh hari ini.dua ku kira.markah matematik yang tidak setinggi mana.dan keduanya film yang kian tidak menjadi satu demi satu.pasti terbenak dalam hati.apa salah aku?betulkah langkah yang aku ambil ini.kawan.setiap langkah yang kita ambil tidak salah.tidak salah untuk kita jatuh sebelum bangun.tidak salah untuk kira rasa kelat sebelum manis.sikit saja dukanya.dan senyumnya bila-bila.
bangkit.bangkit.bangkit. :)
Labels:
lomography,
merapu
Friday, September 24, 2010
bangkit.

salam alaik.
"saya tak bangga jadi melayu.saya bangga jadi islam"
kata2 tok guru nik aziz yang menimbulkan ketidakpuashatian kalangan orang sempit minda dan puak2 pembaca berita sebelah pihak.maaf kalau terasa.kata2 nik aziz banyak yang berkias.tapi penuh makna.tapi bila ada pihak memutarbelitautakan statement2 beliau , maka bertempiklah golongan yang akan cacihina alim ulamak ini.satu aku mintak.korang tak suka dia.tolong jangan caci hina dia.terserlah kebodohan kalian.aku mintak cara baik.sekian.
-pesanan penaja-
hari ini aku nak garapkan satu kotak penyesalan.menyesal sesal dan rasa nak ulang tayang masa kecederaan waktu dulu-dulu dengan harapan dapat sembuhkan semua lubang-lubang yang kurang lengkap.tapi sebenarnya kita manusia dua mata takleh fikir macamtu.aku tak boleh fikir macamtu.salah.
semua orang penah menyesal.sesal.timbul dalam hati."eyhh.kalaulah aku mcm ni dulu." "kalaulah aku study masa raya dulu" "kalaulah aku dengar cakap opah aku dulu" dan macam2 kalau lah lg.aku kau dan dua orang depan kau pon penah menyesal.
kita boleh ulang tayang dua tiga minit ke masa lama kita.boleh tahu celah kangkang mana lubang2 kesalahan kita.tapi kita tak boleh langsung ada perasaan menyesal gaban dan sangka kita ni tak guna dan loser tahap cipan.kata bahasa penjajah.let gone be by gone.aku bukan nak sesal apa.mid sem baru lepas.
dan kalo aku nak predict berapa lah result aku nanti.aku rasa takda guna.memang teruk.tapi bukan aku ada remote control mcm dalam cerita click dan boleh pegi masa silam.ades.aku cuma nak garapkan kebangkitan.sebelum seseorang tu bangkit.dia kena jatuh dulu.aku rasa aku dah jatuh.dan aku taknak jatuh lagi.nak predict markah fizik per empat puluh.awal2 lagi aku dah hilang 7 markah free je kasi kat examinor.sempena raya.itu belom markah separa free yang aku da korbankan
sudah.sudah.sudah.ok.mari bangkit.tapi sekarang cuti.postpone lagi dua tiga hari lah tuk penggarapan kebangkitan ni.haha.
*1st roll smena 8m dah habes.tak sabar tunggu hasil dia.huhu.
Labels:
bila gua jadi pengkritik,
merapu
Sunday, September 5, 2010
kuih apam.

versi polaroid.tribute to amin jabar for his nice photo!
salam alaik.
aku just suka gambar diatas.ngahahahaha.
kain sarong bukan halangan.
kain sarong bukan halangan.
kain sarong bukan halangan.
gajah duduk.gajah bangun.tanjir.mangga.dan apa2 lagi kain sarong.mari berkain sarong.
p/s : tengs to nur amira syazwani , muhammad hariri , lydia amalina , ahmad muslim and dear friends for today's moment. :D
Tuesday, August 17, 2010
kerapu.
tiada unsur 18sx disini.jangan biarkan otak A+ anda fikir diluar bulatan.
salam alaik.
lampu pendaflor putih baru saja terpadam.kedengaran sayup2 jeritan manja di blok aminuddin. aww awww .lampu dah tutup.aww.semua maskulin2 pon cari lah sumber cahaya malap nak membaca lima minit buku fizik dan 40 minit borak kosong.tuptap.tido.then bangun sahur.then tido.miss subuh.then qada.ok.aku tak.aku baik.abaikan.mukadimah paling teruk dalam blog aku.ahaha.
ok.dulu aku suka makan dalam kelas.pagi2 lah biasanya.kadang2 pinggan mangkuk sudu garpu dewan makan semua ada dalam kelas aku.haha.pahtu tak reti2 nakpulangkan. :D .kadang2 termiss DM.karipap.karipap.karipap inti sardin.3 seringgit.kadang2 aku pau kawan baik aku,apek.kadang2 apek pau aku.tapi aku rasa aku pau dia lagi banyak dari dia pau aku.aku seorang yang takleh miss breakfast.bagi aku kalau miss breakfast macam worst start for the day lah.nanti start lah perut berpanca sitara.jadi karipap inti sardin kantin Along selalu menemani.
kat KMS dah takda karipap inti sardin.yang ada meehun goreng ngan mee goreng.not badlah.DM KMS bukan mcm DM SASER.lagi sedap.tapiiiii.kenapa mesti ada tiger puff?kenapa?kenapa tiger puff mesti ada? makan tiger puff ibarat makan kerepek lemau cicah susu.taraf dia atas sikit dari tak makan langsung.( demand punya anas ) takdalah.bagi aku dari dia serve tiger puff baik dia serve coco crunch.wakaka.kepada calon2 MPP yang sudi terjah blog tak seberapa aku ni.nak sangat manifesto tolonglah mansuhkan tiger puff dari senarai breakfast.confirm aku undi.

lindungi haiwan terancam.mansuhkan tiger puff.
ok.nak dekat2 SPM.DM aku serve telur separuh masak.wohoo.maka penuhlah kembali DM yang dulunya seribu sepi sebab semua tak suka tiger puff.kadang2 telur tak masak langsung.kadang2 over boiled.nasib baik pecah2 tak keluar anak ayam je.haha.*gambar diatas* dulu semua suka makan telur ayam separuh masak dengan mee goreng.perghh.memang pelangilah pagi tu.
ok.sekarang ni hari keenam puasa.asal aku cerita pasal sarapan pagi.patut ceritalah pasal sahur.waktu imsak.juadah berbuka.terawih 20 rakaat ke.haih.sebab.sebab.sebab.aku rindu saser.aku rindu saser.sabtu ni rakSASER gathering bukak puasa sama2.kita gegarkan k! oyeahhhh.
p/s : aku merapu utk post kali ini. XD
Sunday, June 27, 2010
sudah TUA.
salam alaik.
27 jun 1954- stesen janakuasa nuklear pertama dunia dibina di moscow.
27 jun 1967 - mesin ATM pertama di dunia beroperasi di London.
27 jun 1977 - seorang pemain bintang sepanyol Raul Gonzalez dilahirkan.
27 jun 1985 - pemandu F1 , nico rosberg dilahirkan.
27 jun 1985 - pemain tenis rusia , svetlana kuznetsova pun dilahirkan.
27 jun 1992 - Ahn So hee ,anggota wondergirl dilahirkan.
27 jun 1992 - seorang budak agak kurang2 kiut dilahirkan di Kuala Terengganu.namanya , Anas Saifuddin. :D
aku sudah tua. :Dehemm.matang barangkali.wakaka. tua dari semalam. dan tua dari kelmarin. :D kan? thanks for all the wishes dear friends.:)yang patut diraikan hari ini sebenarnya bukan aku. tapi ibu bapa aku. aku cuma menangis manja2 merengek keluar dari perut mak aku pada tarikh ini 18 tahun lepas pukul 5 petang. tapi yang meneran kesakitan sembilan bulan itu bukan aku.itu mak aku.dan yang berpanas sejuk mencari rezeki dan menjadikan aku 18 hari ini juga bukan aku.ayah aku.
terima kaseh mak abah.anas tak pernah wish mak ngan abah mcm budak2 lain buat masa hari jadi , hari ibu , hari bapa kan?.anas tak pernah bagi hadiah mcm budak2 lain buat kan?.anas tak pernah luahkan anas sayang mak abah kan?.anas takda pon bagi2 kad kat mak abah mcm budak laen buat kan?mungkin anas ni malu. apelah kau anas. ngan mak abah kau pon nak malu.takpelah.anas bukan tak ingat semua tu.bukan tak igt burfday mak abah.bukan tak igt mothers day fathers day.bukan taknak wish.anas hadiahkan doa setiap hari kat mak abah.dan anas akan hadiahkan kejayaan anas satu hari nanti kat mak abah.biarla bukan sekarang anas bagi hadiah untuk semua yg mak abah buat.satu hari nanti.hari tu akan tiba.
TERIMA KASEH MAK ABAH. =)
Mohd Shukri.
Nor Rizan.
Wednesday, June 23, 2010
pemberitahuan.

kesian brader tu mandul.isk3.
salam alaik.minit terus berlari.jam terus berganti.pagi tukar petang.petang jadi malam.malam ganti pagi.hari pon berlalu pergi.tapi aku masih kat sini.kat sini mana.kat sini la.lebih kurang tolak tambah kali bahagi enam hari lagi , aku tak lagi disini.enam hari lagi pada waktu yang sama mungkin aku tengah terduduk kaku paku secara skema membukak telinga dengar taklimat pasal biasiswa yang aku guni tak lama lagi.tak pon masa tu tengah ada sesi memecahkan ais sesama sendiri.tak pon ngah ada sesi lari dalam guni.ahaha.ok. abaikan.tak pon ada sesi cara memasang kain cadar dan cara menggunakan dobi prabayar. :D
aku teruja ulam raja sebenarnya nak jejak situ.situ mana.kolej mara seremban.tapi rasa debar getar tu ada beb.gila weh. duduk sama kolej ngan bebudak otak geliga bakul raga satu malaysia raya.aku ni biasa saja.im not gifted.im struggle to be one.tp at the same time aku bersyukur.Allah bagi aku peluang dan rezeki yang membanjir. bersyukur.bersyukur.aku kena berusaha keras , tanda aku bersyukur.yiah.
yaa.tepat. otak aku masih berat , karat dan padat tanpa benda bermanfaat. tujuh bulan meninggalkan buku amatlah merugikan. cis baru sekarang kau nak rasa rugi. yalah.dulu2 baru habis spm , gila apa nak pegang buku balik. orang gila pon tak buat camtu. haha.
disebabkan agak lama otak ini tiada pelincir.aku rasa gementar halilintar gak nak belajar balik semua benda tu .takut nanti kena angin ahmar mahu pon kejang paru2.aku tak kahwin lagi weh. tapi takpa. semua tempat baru kena mula dari bawah dan sikit2.barulah boleh terbang.tidaklah fun tuk kau terus terbang tanpa kau tahu cara nak terbang.anda paham? cuma bagi aku. aku hanya harus follow the flow kata bahasa penjajah. tidak perlu terlalu exited mahu terkehadapan sangat.sebab itu aku tidak mahu exited mahu mencari2 ilmu yang bakal aku pelajari .kepada yang dah prepare awal , tabik spring katil aku kat korang.
yaa. tujuh bulan dah pergi. kini masa aku struggle balek. amatlah disaster kalau aku tak dpt fly.gila.gila.tak mahu fikir.oh kepada korang yg masih setia membaca , terima kasih daun kari aku ucapkan . aku bukan penulis popular ataupon blogger harapan malaysia. ahaha. aku menulis untuk suka-suka.kalau ada orang baca. aku gembira.
ok.berbalik kepada tajuk post diatas . pemberitahuan. dah jauh menyimpang dah ni sebenarnya. biarlah post ini panjang. nak baca.taknak baca.baca.hehe.ayat cikgu harris.sekarang kan musim bola.mana2 pon bola.macik jual karipap pon da tuka nama karipap dia jadi karipap ronaldo, nasi lemak drogba .eee. yong tau fu samba , masak lemak chile api,kali kepala rooney. eyh.silap.hehe. masa gol , semua menjerit. mmg r suka . sebab judi menang lagi. padahal bukan layan bola pon. bengkok2 manusia sekarang. aku sebenarnya cuma nak bagitahu.lepas penilaian round pertama cawan dunia. aku dah tahu da sapa menang.hahaha.and team yang ada harapan sket tahun ni jatuh kepada. jeng3.
ARGENTINA.
memula nak sokong ITALY macam 2006 dulu.
tapi italy tahun ni agak bosanlah.
kurang makan piza mcm dulu kot.
ekekeke.
p/s : tolong lah byk lagi kad merah world cup ni. gila bangang lah.dah tak fun .referee sume datang bulan agaknya.
Monday, May 31, 2010
picit jerawat sambil parking kereta pon best gak.
salam alaik.
hehehe.helo000.sebelum aku bermula.aku nak korang senyum.ok teruskan.post kali ini bukan mahu kutuk pemandu malaysia yg picit jerawat time parking kereta.ahahaha.ok.tinggal lagi 30 hari lagi aku akan menyemadikan kebosanan gaban ini di Kepong sebelum aku akan ke kolej.ehemm.kolej siot.ahaha.kolej MARA seremban.oh yeahh.teruja jugak.tapi biarlah keterujaan itu bermula disana.
seperti yang anda baca tajuk diatas.tentu aku fail kalau aku buat camni time test JPJ.ok lupakan.aku baru lesen L.baru nak belajar start enjin lusa pagi.ok.teruskan.hahaha.actually.dalam kebosanan ini.aku cari lah game2 yg pelik lagi fun.best jugak kadang2.yelah.aku ni bukan tangan jari atau kaki gamer.oleh itu aku juga bukan seorang player.jadi aku setia.eyh eyh.dah laen.ahaha.selepas menggoogling sana sini.so aku jumpalah laman web ni.dalam web ni.ada beribu ribu game yg hampeh tanpa sukses.so itu pon dikira game sebab kau nak pilih game yg betul best ibarat mencari lelaki straight di lorong haji taib.ok.so nilah game2 bangang yang aku jumpa.ahahaha.
1)game parking kereta.
korang selalu fail test JPJ parking?ahahaha.mahu mengisi bakat parking?maen game ni.wakakaka.
2)game picit jerawat.
korang da bosan picit jerawat sendiri?or takda jerawat tok dipicit bajet muka clean?try maen game ni.best maen picit2 ni.ahahahaha,
aha.amacam?game ni kalo maen slalu boleh jadi gila gak korang.ahaha.so best tak picit jerawat sambil parking kereta?ahahaha.tak pon korang leh cuba game bunuh2 lipas.mana tahu kat kolej persediaan or kat U byk lipas.or kalau korang pernah mengidam nak jadi sniper.leh jadi sniper.wakaka.game boxing bersama paris hilton ngan kanye westla.ouh tiada gambar.sebab aku kalah second round lawan paris hilton.gila loser aku.ahaks.ape2 pun.fun jugak website ni.hadoih.
ok.esok nak buat apa?
p/s :apehal aku da sangap lagu waliband ni. =.=
Subscribe to:
Posts (Atom)