lets make it together.
salam alaik.post ini hendaklah dibaca dengan nada pantun gunung daik bercabang empat belas untuk penghayatan dan penjiwaan serta pencahayaan.dan post ini tidak menyerang sesiapa.cuma beberapa. : D
satu malaysia sini.
satu malaysia sana.
harga minyak naik lagi.
gula gelak tumpang sama.
satu malaysia sana.
satu malaysia sini.
kelas bawah tengah menderita.
korporat keparat goyang kaki.
ketuanan melayu sini.
ketuanan melayu sana.
yang rompak harta bangsa sendiri.
senyap sunyi tak keluar berita.
perhimpunan aman katanya rusuhan.
disembur gas pedihkan mata.
sampai bila pon takkan ada jawapan.
lawaknya tarif air naik juga.
oh malaysia tanah tumpah.
aku harap kau tabah.
telan segala musibah.
yang tak malu singgah.
mungkin satu hari nanti kau akan berubah.
mungkin satu hari nanti kau akan tambah parah.
mungkin satu hari nanti semuanya cerah.
mungkin satu hari nanti semuanya barah.
aku bukan mahu menyuntik politik.
belum 21 dijadikan taktik.
menutup mulut jangan mengherdik.
duduk diam dan ikut polemik.
masing-masing punya akal
masing-masing punya otak
yang mana mahu disangkal
yang mana mahu ditegak
tepuk dada tanya selera.
tepuk tangan tiada guna.
pilihlah kalian yang mana suka.
asalkan islam ditegak jua.
bukan nak sisihkan bangsa.
tidak sama sekali.tidak seseduakali.
tapi kinabalukan bangsa tidak kemana.
islam jadi sepi dan sunyi.
tengoklah kiri kanan atas tepi.
apa sudah jadi?
apa sudah jadi?
yeay.merdeka.merdeka.merdeka.
yang merdeka luar.yang dalaman penjara.
oh.bukan niat nak jadi oposisi.
hihi.
: )
orang kata mereka perusuh.
aku kata mereka pejuang.
orang kata mereka calarkan imej negara.
calarkan apa yang patut dicalar.
apa ada hal?
gamba dari blog ini > klik.
No comments:
Post a Comment