Showing posts with label bebola sepak.. Show all posts
Showing posts with label bebola sepak.. Show all posts

Friday, July 29, 2011

khairul fahmi che mat.

salam alaik.


si jejari runcing mesti bangga gila ada abe yang suka melompat kiri kanan atas bawah save bebola dari masuk gawang macam khairul fahmi che mat.semalam waktu abe khairul melompat lompat.side dewan makan bahagian perempuan kolej gua berteriak ketiak sakan.hamboihh.waktu safee sali bawak semua senyap.double standard betol budak2 perempuan nih.

kalau abe apek takda depan gol Malaysia semalam.gua rasa Singapura dah kenduri gol dah sambil buat bentuk L loser kat fan malaysia.biadap punya kapten singapura.tuihhh.

to singapore part time football player and full time actor , tahniah singapura.saya dengan ini mengaku.anda memang power.power sangat-sangat.power dalam melakonkan aksi rebah dan perot buncit sampai tak larat untuk di papah.hasil didikan radojko avramovic di universal studio selama berbulan-bulan membuahkan hasil yang positif.nampaknya player-player singapura memang sudah boleh dicalonkan dalam anugerah planet muzik bagi kategori atlet paling kurang vitamin dan serat.

to malaysian player.anda sudah buat yang terbaik.anda hanya manusia yang dipanggil masuk ke dalam padang untuk berkhidmat.lebih kurang macam khidmat negara juga la.jadi kalau anda main dengan teruk pon.bukan salah anda untuk di masukkan.dan dikutuk kerana pakai jersi no lapan kapten tapi aksi kurang menggiurkan.tapi salah jurulatih yang masukkan anda.tapi tak boleh salahkan jurulatih juga.jurulatih lebih tahu dari kita.tapi sepatutnya anda guna peluang di atas padang untuk merembat bola ke arah striker buncit singapura tu sampai dia lemau dan lemas.

to malaysian fan.first gua harap smalam takda kes kunci tertinggal dalam kereta dan kereta terkunci dengan sendirinya.dan bajet macam kunci hilang padahal kunci dalam kereta..dan lepas tu sibuk ari kunci dalam stadium sampai lampu dah tutup.macam.err.macam gua.harharhar.ok.gua salute korang! sanggup beratur pada hari game dari pukul 9 pagi untuk tunggu tiket yang tak kunjung tiba sebab dah sold out hari sebelumnya.agak pelik jugak lah anda masih lagi beratur.gua rasa semalam ialah euphoria terbaik penyokong malaysia.tapi gua still tak puas hati kenapa awek2 yang pergi stadium semua hot2?ok.abaikan.to fan.jangan jadi lalang sudah.waktu menang sokong.waktu kalah busuk mengutuk.tuihh.

to singapore fan.terima kasih kerana menyokong timnas anda yang berasal dari bosnia , china dan yugoslavia.jangan lupa makan rambutan di malaysia dan jangan panggil ia sebagai laici singapura ya?

to khairul fahmi che mat , anda ialah penjaga gol terbaik pernah aku saksikan dalam sejarah negara sejak tahun 1992 sebab waktu tu baru aku lahir.kih3. walaupun brader syamsuri mustafa pernah skor gol lawan vietnam sebagai  keeper.tapi anda paling mantap.terbangan anda.refleksi anda.muka korea anda.gaya rambut anda.cara menangkap bola.dan skill muka ketat sampai striker singapore kecut perut buncit.gua respek lu.gua admire lu lah apek!

gua search nama khairul fahmi che mat diving.ini yang gua jumpa.

mungkinkah ini khairul fahmi? kekeke.

sementara itu,

aku benci brader buncit boroi nombor 11 ni.tuihh.

to FAM.silalah lagi anjurkan perlawanan sarkis sebagai persiapan  kelayakan piala dunia.singapura sebelum menentang malaysia serius adakan friendly match dengan timnas taiwan dan maldives and etc.malaysia sibuk dok entertain peminat kelab luar.damn.last2.apa pon tak boleh.nak kata timba ilmu.memang ada.tapi kaut untung lagi banyak dari pengalaman.tuih.


p/s : post ini dibuat sebelum khairul fahmi mengumumkan pembatalan ikatan pertunangan beliau dengan kak jejari runcing.

Thursday, December 30, 2010

skuad lisa surihani benam skuad luna maya.

skuad lisa surihani angkat piala di bung karno.

salam alaik.

ya mas, gimana mao menang? abis di laserin semua player timnas indonesia. malaysia curang pakai laser. gawang juga ditaburi serbuk buat marcus gatal-gatalan.waduh.waduh.malaysia curang.guna pawang di luar stadion bukit jalil.malaysia memang negara maling.negara maling.gak bisa menang dengan adil.enggak sportivitas dalam kandang.

HAHAHAHAHAHAHA.aku sarankan supporter-supporter indonesia yang buat ayat macamni sila repeat UPSR anda.jangan nak bersinetron dongeng kuda terbang sangatlah ok?entah-entah sekolah pon tidak.tu yang buat statement yang jelik tambah pelik.ok.semua orang tahu malaysia menang wow wow.skuad lisa surihani angkat megah piala depan skuad tak bermaya luna maya di kandang lawan.tapi ramai lagi mulut-mulut busuk sesetengah orang indonesia yang masih tak puas hati dengan kejayaan malaysia.ya bung? kalo bisa dibaca ini belog.sila bacaan perlahan ya bung? kok bisa tutup lo orang punya mulut busuk ya?

kenapa indon tak puas hati :

1) malaysia menang guna laser.
waduh.waduh.waduh.berat bangat tuduhan lo orang? kalo lo orang ada internet.pegi youtube ya?lihat dulu siapa yang curang main laser.keeper malaysia dilaserin di bung karno pada awalnya.ngapain senyap saja?tidak diperlakukan seperti malaysia?karena lo orang cuma pandai cari kesalahan.

2) fan malaysia tak hormat lagu indonesia raya.
hahahaha.seperti ludah ke langit ya? apa kalian buat ketika negaraku di bung karno? kalian boo dan membaling botol ya? menjerit maling maling.malu bangat deh??

3) malaysia letak serbuk ajinamoto depan gol bagi marcus gatal.
katanya indonesia diteror dengan serbuk di depan gawang.ku kira marcus yang tak mandi sebab tu gatal.keeper vietnam tough je takda gatal2.enggak ada alasan lain ya nurdin kalid?

4) malaysia guna pawang dan bomoh hantu kak limah.
wakakakaka.siapa yang cakap.dia yang buat.tak gitu?? kalo malaysia pakai bomoh semua game dah menang.tak payah susah-susah lawan indon.blweekkk.

5) fan malaysia tidak sporting main laser.
katanya fan malaysia tidak sporting.waduh.waduh.kalo orang malaysia tidak sporting tak dapat la 15 000 tiket tuk fan indon wehh..siapa yang tidak sporting memprovokasi timnas malaysia ketika sesi latihan.busuk sungguh mulutmu.

6) malaysia guna player import dari india utara.
HAHAHAHA.geli hati aku baca media indonesia ni.ahahahaha.katanya S kunalan lahir di India dan menjadi player import .begitu juga mahali jasuli.kami masih ada maruah bukan seperti kalian guna player uruguay sebagai striker.bluweeekkk.

7) fan malaysia cuak tak cuak datang ke bung karno.
nak datang macammana.usahkan fan malaysia.fan negara sendiri pon mati sesak nafas nak beli tiket.apatah lagi orang luar yang dibaling batu dan botol.sportivitas ya bung?bagaimana layanan kalian?ada seperti kami?bluweekk

8) lisa surihani lagi cun dari luna maya.
fan indon tak dapat terima hakikat lisa surihani lagi cun daripada awek-awek yang tak abes2 kena candid dengan abg cameraman indon yang gatal.


bayi kelahiran uruguay yang diberi kerakyatan indonesia yang ada bau-bau bacang dengan christian gonzalez menangis tengok gonzalez kena lenyek dengan Muslim ahmad,defend malaysia.-kompas.com

CONGRATE MALAYSIA. WE LOVE YOU. WE DO.
kepada fan indonesia yang meroyan tu.alang2 meroyan rosakkan stadium apa kata runtuhkan terus.tak payah datang malaysia jadi buruh bina kat sini.bina negara sendiri dulu ok?no offence.

salam senusantara.gue post seperti ini untuk melawan segala kutukan terhadap timnas gue yang gue rasa kutukan kosong untuk tutup kesalahan timnas sendiri.bila di kalah mahu dibunuh di pukul player malaysia , fan malaysia.dimana peradabannya.gue tahu bukan semua.tapi gue rasa panas dengan yang segelintir itu.rasakan balasan tuhan terhadap keangkuhan kalian.

p/s : gua tetap dengar waliband.gua bukan racist macam sesetengah fan indon yang hanya tahu makan bakso lepas tu bising-bising.bluweekk.

ini baru indonesian yang bijak dan guna akal.

abe khairul fahmi che mat.keeper hot dan power muka ala2 super junior.nasib baik korea tak bagi dia kerakyatan jadi keeper macam indonesia buat.ekekeke.dia dah ade awek oi! like facebook sudah.takyah kacau.ahaha

Thursday, December 16, 2010

gua nak pegi vietnam pulak.







salam alaik.

rata-rata mereka pemain muda.
rata-rata mereka berumur 23 tahun kebawah.

negara ini tidak ada import eksport pemain.
bagi kerakyatan kepada pendatang untuk pastikan team menang.
macam gonzales dari uruguay di indonesia.
macam danial bennet , agu cashmir di singapura.

pasukan ini tidak ada pemain chelsea dan fulham macam filipina.
hanya dibarisi pemain tempatan tanah tumpah kual dal sambal.
tapi mereka dapat kalahkan team vietkong dengan jaringan yang sama.
2-0.
2-0.

gua puas hati semalam.
menjerit dari awal sampai habis.
port gua best gila betul2 belakang gendang.
gua tak beli ape2 alat menyokong.
gua cuma bawak suara garau gua.
dendang sayangkan lagu inilah barisan kita.
oh tak lupa.lilit kepala rm2 gua beli.

tapi gua dapat libas kain sarong ke udara bila malaysia gol.
puas hati.puas hati.puas hati.
lepas ni gua nak cadangkan semua orang bawak kain sarong pegi stadium.
boleh libas2 ke udara mcm helikopter.

gua rasa ada la dalam 60,000 menyerbu bukit jalil semalam.
tak sia=sia gua konvoi 3 kereta dari kepong semalam.
gua patriotik.hal apa ada?

Monday, December 13, 2010

gua nak berarak pergi bukit jalil.

salam alaik.

aku maskulin berkain sarong berprestasi tinggi yang dah hembus tarik nafas selama 18 tahun dekat bumi malaysia ini.dan tipu kalau aku kata sejak 18 yang lepas.hati aku tak terdidik langsung untuk patriotik dengan negara.everyday kat sekolah nyanyi lagu negaraku.mesti lah ada rasa sayang dekat tanah tumpah kari ayam dan dal sambal ni.tapi aku tak taksub dengan menyerang negara jiran yang provok negara aku ini yang akan menampakkan kebodohbebalan diri aku mengikut rentak bodohbebal segelintir mereka.diam-diam sudah.

ok.rabu ini.skuad terbang harimau malaya akan menyepak dan menendang bebola di bukit jalil.aku patriotik.aku akan pergi.ahaha.kalau dibuat kira-kira matematik pening kepala.agak merugikan aku pergi stadium rabu ini.minyak naik harga.gula pon sama.jalan jam.dan peluang nak menang pon entah ada ke tak.apa yang aku perhatikan.malaysia tidak bermain dengan cantik.hantaran lemah.kerap hilang arah kompas.dan selalu hilang bola.aku harap bola mereka masih ada.

tapi tak mengapa.aku tahu mereka mampu bangkit.aku harap mereka tahu.yang dibelakang mereka masih ada yang menyokong.seteruk-teruk fan yang kutukkritik mereka.mereka sebenarnya masih dondang sayang dengan kalian.tak putus-putus melengguk depan astroarena walopon kenkadang tgk biggest loser asia lagi berbaloi.cuma mengharap kalian main dengan lawa.kalah tak kisah.main kasi lawa.baru puas ringgit malaysia dua puluh yang terbang pergi stadium.

go malaysia go! aku menyeru rerakan yang bebosan duk rumah tu.moh la ke stadium bukit jalil.kalah takpa.korang duk rumah pon tambah lemakkolesterol je dalam badan.gi stadium leh jerit-jerit carut-carut.ahaha.go malaysia!

gua berkobar tgk video fan fanatik mudamudi malaysia buat chant.ada hal apa?
gua terkesima tgk mereka.tepuk.tepuk.tepuk.
A BIG CLAP TO ULTRAS MALAYA!

Sunday, November 14, 2010

pengadil mabuk.

wanted : worst referee ever.
klik untuk tengok siapa dia ben william ikut wikipedia.
salam alaik.

aku cuba mencari mukanya di google.ternyata dia terlalu suck untuk diletakkan di google.tapi dapat jugak gambar hasil blog rizalhashim.

mr ben william , u are the worst referee in the world.i hope u read this. i meant it.it is not because i am malaysian than i said that.because of stupidity of your decision.yah.stupid.full stop.

aku nak menyaksikan game bola petang tadi.tengok bola golek2 dan kot2 ada harapan tengok malaysia main game cantik.kalah menang belakang rumah punya cerita.tapi tadi aku tak tengok game bola.aku tengok game berat sebelah 8 player lawan 11 campor satu bak kata zainal abidin rawop.aku dapat tengok macammana china ada player import dari aussie yang kerjanya layang kad merah dan kuning.hanya untuk player malaysia.dan kebodohon seorang referee.

aku cuma dapat tengok seorang pengadil yang sepatutnya adil tapi just termenung tengok player malaysia mengerang tanpa tiup wisel hentikan game.memang taik kerbau punye referee.

aku nak bagitahu apa ben william buat kot2 tadi korang terlepas tengok game td kes pegi surau or pasar malam beli char keuy teow.

minit pertama dah layang yellow card kat mahali jasuli,player malaysia yang buat tekel ringan.sepatutnya diberi amaran.tapi terus yellow card.

minit ke 27 dah halau mahali jasuli keluar padang lepas kena yellow card kedua.alasan? sepak bola keluar kes protes keputusan linesman.korang boleh tengok dengan jelas si mahali keluarkan bola sebab ball picker dah masukkan sejibik lg bola ke padang tuk throw in team china.damn punye referee.

minit yang sama , safiq rahim , kapten malaysia kena direct red card lepas bantah keputusan encik ben kok william yang kasi red card kat mahali jasuli.aku rase time tu ben william dah mabuk terlebih minum teh cina.

game time tu tak genting langsung.dua2 team main as normal.kenapa dia kena layangkan 2 kad merah dalam tak sampai 2 minit?effect? malaysia main 9 orang tuk 70 minit berikutnya.

tak cukup ngan tu.encik benkok william layangkan lagi entah berapa ratus kad kuning kat player malaysia.aku rasa 9 kot.termasuk red card ketiga tuk s kunalan time second half.total.3 red card dalam game yang langsung tak genting dan tak payah tegas sangat.player cina yang sepet terus terbukak mata.tapi bangang jugak.dah lawan 8 player pon 3 gol je.2 set pieces.satu penalti.what a shame.one sided punye game.and totally not fair play macam encik benkok william belajar time jadi referee.

ben william.u suck.u suck.u suck.seriously i meant it.u dont have to understand what i wrote in malay in case u accidentally enter this blog,maybe because u find out that ur name become famous suddenly.it is because u suck.HAHAHA.

kesimpulan.encik ben william patut letak jawatan dan jadi pemotong rumput kat australia sana.tu pon kalo lembu2 kat sana sanggup terima la k.

to team bola malaysia.gud luck di second round.dan doakan cik ben tak adili game korang.sekian.

Sunday, October 31, 2010

pahlawan merah siri 2.

kes penjualan jersi kelantan yang sold out.
salam alaik.

ok.kelantan menang semalam.satu hari raya buat rakyat kelantan dan die hard fan red warrior tidak mengira lokasi melonjak-lonjak ke udara macam dah menang kes royalti minyak hak rakyat kelantan je rasanya.dah la dapat cuti pulak tu.haha.aku cuma dirumah.tidak berkesempatan ke stadium.tiket abes.

menjadi asamjawa mana-mana team yang kalah fannya akan melankolik.tak lupa ada yang menyalahkan dan memberikan seratus puluh ribu alasan kenapa team dorang kalah dan lebih suka menghentam team lawan sebagai punca kekalahan.team lawan main kasar.team lawan pandai berlakon.team lawan main-main cinta dalam padang .jersi team lawan lagi lawa.team lawan guna bomoh.saje bagi team lawan menang takut stadium kena bakar.dan tak lupa tiang gol lawan lebih pendek dari tiang gol team sendiri.kah3.tak penah pula di salahkan kenapa team sendiri sepak tak kena.kenapa team sendiri bazirkan peluang depan gol.kenapa team sendiri lengah-lengahkan masa.kenapa team sendiri tak makan multivitamin.dan kenapa team sendiri tak score goal.

kadang2 aku pon dalam situasi di atas.kita semua mungkin pernah dalam situasi diatas.tapi aku rasa kita kena berubah jadi matang.aku cakap ni bukan kata aku tak buat.kira muhabasabah diri jugaklah.kita jangan bykkan potpet2 salahkah takdir tuhan dan lebihkan sokongan.kurangkan cemuhan dan lebihkan penghargaan.kerana sesungguhnya.kutukan tak kemana.sedap mulut je bau busuk.welldone kelantan.anda menang bergaya dengan ribuan ratusan penyokong dibelakang anda.kepada negeri sembilan.counter attack anda cun la jugak.cuma taktik defend yang anda guna memakan diri.apa-apapon.syabas.

ok.cukup untuk piala malaysia.semalam mercun byk jugak kan?botol2 air jadi mangsa balingan?common lah fan.jadi matang.tak die hard fan lah anda kalo buat cenggini.bikin malu fan2 lain je ok?yang buat status facebook kutuk2 kelantan and negeri sembilan sudah-sudahlah.menampakkan ketidakmatangan anda.kita semua seagama.gelak guling2 orang kafir kat luar sana tgk kita gaduh sesama sendiri tanpa perlu mereka gaduhkan.

GOMO KELATE GOMO? HOBIN JANG HOBIN? YOULL NEVER WALK ALONE. :)

ini baru the red warrior.ekeke.tribute to khairul anuar HOLGA 135BC

Tuesday, October 26, 2010

ringgit malaysia tiga puluh.

salam alaik

hati aku bara-bara sekarang.liverpool akhirnya menang and kelantan masuk final lg.agak pelik tgk budak layan piala malaysia en?sekali setahun.apa ada hal? yang menimbulkan kekerutan di dahi bila baca paper bahasa orang putih pagi td bila FAM umumkan tiket piala malaysia tahun ni dah naik harga ke rm30.naik harga akan menyebabkan naik marah.ada ke patut? bagi aku tidak.

dalam usaha FAM nak tingkat jumlah penonton ke stadium2 bola,yang pergi naikkan harga apsal? adoii.hati aku dah berbelah bagi pulak nak pg.yelah.orang kata kalau die hard fan rm100 pon pergi.tapi poket aku ni belum bercambah lagi benih2 duitnya.Alevel pon tak lepas lagi.ringgit malaysia tiga puluh bagi aku 3 set mcd atau setidaknya ilmiah sikit boleh beli ubat pensil tekan dan pemadam selain pen merah dan foolscap paper.kenapa FAM naikkan harga?kenapa?aku rasa kelantan belum ikat kontrak dengan fernando torres lagi musim ni.alex ferguson pon tak jadi coach negeri lagi.

hadoii.kalo aku duduk rumah boleh baring2 sambil makan kekacang dan dengar abang hasbullah awang comment pasal geng2 tu.kurang la percentage nak kena baling ngan botol dan kuranglah percentage tak sembahyang maghrib kes nak rebut seat sedap2.tapi kalo aku pergi boleh tgk negeri sembilan kalah.ni yang menjadi perdebatan skang.haha.aku panas r macamni.kalo ringgit malaysia tiga puluh dia bagi jersi kelantan free or bagi popcorn ke berbaloi la jugak.haih.

nak pegi ke tak nak.nak pegi ke tak nak.taknak ke nak pegi.

ole ole ole ole ,
sumbat gol , sumbat gol ,
kito anok kelate ,
bako oghe berani ,
bilo masuk padey,
kito gomo seghoti.

Tuesday, October 19, 2010

hati aku masih anfield.

aku rindu sepakan berapi kaki kiri kau riise!
salam alaik.

hey.aku nak ckp.aku masih penyokong liverpool.aku belum gila.dan aku masih waras.ape ade hal? tak puas hati? haha.beb.kalah menang seri.kalah tanpa bertanding atau menang tak bertanding.aku masih merah.ape ade hal?

THE KOP masih terbaek!sape tak sedih team tgh down.tp tak kesah.aku still support.hey bebudak man city kaya luar sana.jangan riak dan takabur.kejap je team kaya korang tu kat atas.takda true spirit tak kemana. :)

When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark.
At the end of the storm
There Is a golden sky
And the sweet silver song of a lark.

Walk on through the wind,
Walk on through the rain,
Tho' your dreams be tossed and blown.Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone,
You'll never walk alone.


kau takkan mati liverpool.aku masih ada.

p/s : aku baru balik dari kpm bandar penawar tuk lagu puisi.kalah menang biasa la beb.fun gile lah maen lagu puisi! :)

Thursday, October 14, 2010

pahlawan merah.


salam alaik.

lagu profil ialah lagu puisi.tolong jangan mute.hayati.dan rasai. :P (pengaruh pertandingan lagu puisi)

aku mulakan post dengan kenyataan.aku kelantan celup.ok.bila orang tanya aku asal dari mana.aku blur.serius tahi aku blur.aku lahir di terengganu.menetap di kl sejak kecik tapi keluarga yang darahnya mengalir pure kelantan baik mak ayah sepupu sepat sepapat.oleh itu.aku kelantan celup.

ok.aku nak ckp yang aku tgh bergelora skang ni.ni kes piala malaysia.kah3.cukuplah aku membuktikan aku fan kelantan dengan pakai jersi red warrior sambil tgk kelantan belasah kl plus kat depan tv dewan makan yang tak seberapa.

ok.aku pon tgh panas.panas bila orang ckp kelantan bodoh.bagi aku ada unsur politik di situ.kenapa budak tu mesti kua dari mulut busuk dia ckp kelantan bodoh?aku tidak mahu bersifat kenegerian.cuma aku nak ckp.budak yang ckp kelantan bodoh mmg sangat bodoh dan tak layak amik Alevel.tanpa guna akal yang tuhan bagi sambil bagi auta tanpa fakta.

memang betul.kalau match kelantan.mesti gaduh.bertumbuk.sini sana.katanya orang kelantan panas baran.suka tumbuk menumbuk.aku tak kata tak.cuma bagi pendirian diri aku.kau takkan menumbuk tanpa alasan.kau tak makan kalau tak lapar.kau takkan berak kalau tak da tahi.kalau kau dihina dicaci maki diprovokasi miskin hina anak bini.melayang jugak tumbukan son goku.

kelantan bukan bodoh untuk kau canangkan.ok.esok game kelantan.tolonglah menang.aku tak kesah kalah menang.tp kepada orang melayu malaysia baik kelantan,jawa or minang.tolonglah matang sikit weh.pasal bola pon nak bernaruto luar stadium.tergelak puak2 yahudi amerika tgk kita.diorang tak yah pecahkan kita.kita pecahkan diri sendiri.

kurangkan nasionalisme.kurangkan kenegerian.itu cuba ideologi sumbangan barat untuk pecah perandakan kita.tergelak guling2 mereka tgk kita.kita? bodohkan diri sendiri.

ok.gomo kelate gomo.bye!

Friday, December 18, 2009

EMAS.





salam alaik.

tahniah Malaysia.

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...