Thursday, June 2, 2011

cerita komuter pukul lima.



salam alaik.

tribute to ibu gagah yang mengandung entah berapa bulan mengharap belas tempat duduk tapi terabai.

cerita komuter pukul lima.dilatarkan pada waktu orang duyun2 macam semut pulang petang.habis cari gula penat2 balik sarang.bukan semut tapi orang.keluar dari lubang-lubang konkrit pekerjaan.bawa rezeki balik pulang.waktu itu komuter macam haram.mampat serupa iklan milo.aksi padu yang mampat maksimum.bezanya wataknya bukan ahli sumo berbaju hijau.tapi pekerja2 yang lemah layu hirupan aircond pejabat dan tak lupa ibu gagah yang mengandung entah berapa bulan.

kaut untung kaut untung.itu sahaja kerja engkau.panjangkan stesen ke utara timur sampai sg gadut ke batu cave nak buktikan kemajuan.tapi komuter tetap lembab.tetap tak tepat masanya.tetap panas separuh masak telur.dan tetap mampat sendat. dan ini cerita komuter pukul lima.

pintu tren karat dibuka dan dgn sekali nafas manusia manusia sudah penuh berada dalam solid state dengan beberapa insan bernasib baik dapat duduk dengan tenang . menghadap insan2 majoriti kurang bernasib baik yang tersangkut menghela nafas bangla dan satu dua myanmar.yang duduk ada orang dalam dan org luar.kadang2 berapi juga tengok si myanmar dan vietnam duduk selesa manakala rakyat sendiri terhimpit.tapi apa boleh buat.duit sama2 melayang.dan terbang.

yang termampat tak kira jantina tinggi dan tua , kaya dan papa. mengajar manusia bahawa bila masuk komuter.semua golongan jadi sama.sama2 merana.bagus juga ktm.ada pengajarannnya.tak lupa ibu mengandung entah berapa bulan yang mulanya kuyu layu membanting kaki mengharap belas orang yang duduk memberi simpati.

jadi mulalah semua yang duduk memandang ke kanan dan kiri .berlakon tidur dan bermuka dua kali layu dan menjerit dalam hati.aku pon letih menanggung.maafkan.yang berhimpit di tengah pintu juga tidak lupa.paduan suara akan kedengaran bila pintu dibuka.ayatnya cuma sama.bagi yang dalam keluar dulu! bagi yang dalam keluar dulu! berharmoni dalam melankolik.kementerian pendidikan selepas ini bolehlah mengkaji untuk memasukkan adab menaiki komuter dalam syllabus sivik.ajar sedikit orang yang diluar erti kesabaran.kesabaran untuk sama2 merana berhimpit di dalam.

ibu mengandung tadi masih kekal berdiri.memegang perut mengharap empat kali simpati.dan wajah berlakon tidur bersilih ganti.masih.tidak ada yang mengerti.pintu komuter terbuka lagi.dan seorang lelaki melayu membangunkan punggung hangatnya. dan ketika itu.baru ibu mengandung tadi berasa nikmat duduk dalam kesempitan udara.

stesen demi stesen.orang mulai reda.reda untuk 24 jam sebelum mengulangi karma pada esoknya.kisah yang takkan ada hujungnya selagi komuter tetap macamtu.dan kesivikan rakyat kekal di takuk darjah satu.dan esok.aku tidak tahu.adakah ibu mengandung tadi mampu untuk mengharung satu lagi hari.melengkapkan sembilan bulan.

sungguh.cerita komuter pukul lima sungguh sayu.jeritan kesedihan pekerja dan kelesuan.wahai pemerintah dan penguasa.untung dikaut.cukai dibayar.bukan untuk masuk poket anak bini dan kroni.tapi untuk rakyat yang berpeluh sehari-hari.untuk ibu mengandung tadi.moga-moga anak yang lahir takkan merasa apa kau ibu rasa.

bila masuk komuter nampak tiga tanda.orang tua.orang kurang upaya dan ibu mengandung.utamakanlah.cuba bayangkan jika ibu mengandung itu ibu kamu.jika orang tua itu orang tua kamu.sanggupkah?

3 comments:

  1. ktm bergerak dgn kuasa siput. passenger semua jual ikan, pikir diri sendiri punya selesa. memang kombinasi yang bagus.

    ReplyDelete
  2. terbaekk..utamakan yg utama dulu

    ReplyDelete
  3. ktm ( keretapi terlembab malaysia )

    ReplyDelete