Wednesday, June 8, 2011

tuhan tolong kuatkan aku.

salam alaik.

bukan aku mahu pinta simpati dengan melahirkan post sebegini.
bukan aku mahu pinta belas dan kasihan dengan menulis serupa ini.
yang aku pinta hanya kekuatan.dan juga sokongan.
kekuatan untuk aku hadapi ujian.
dari tuhan.

kalau diturut hati ini.sudah lama aku menangis.
kalau ditenung sehari hari.sudah lama aku merintih.
kalau difikir fikir boleh buat aku luluh.dan jatuh.

aku hanya inginkan sekelumit kekuatan.
dan bingkisan sokongan.dari kalian.
dan aku tidak malu mahu merayu.
bertalu-talu.kerana aku takut.
takut untuk tidak berusaha.
dan menyesal.sesal tidak bersudah.

aku merayu sekali lagi.
tuhan.tolong kuatkan diri lemah ini.
tuhan.tolong kuatkan diri lemah ini.

teman.kawan.rakan.
aku merayu sekali lagi.
tolongkan doakan kesihatan ibunda aku .
yang masih lagi melawan penyakit kanser paru-paru tahap empat.
yang masih lagi kuat dan gagah untuk memberi senyuman.

aku merayu sekali lagi.
tuhan.tolong pasakkan kekuatan.
tolong.

aku merayu.

4 comments:

  1. semoga Allah tingkatkan kekuatan dan ketabahan kamu... izan doaakan ibu anas diberikan kesembuhan.. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. tengs kak izan.really need the motivation rite now.

    ReplyDelete
  3. Tabahkan dan kuatkan dirimu anas saifuddin! Berdoa dan bertawakallah. Moga ibumu selamat dan sejahtera insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. anas..be strong..may Allah bless ur mother..hope she'll get well soon..

    ReplyDelete