Sunday, June 26, 2011

the start.

salam alaik.

lately, i woke up in the morning try to gain all the excitements i feel when i updated my blog. kinda losing all those feelings. and perhaps this is the start.to the new excitement.

well yeah.can i speak in broken malay?

* * *

well yeah.kau boleh.sebelum aku bermula.aku ada persoalan.memang kalau kita pergi kenduri kendara kahwin.budak2 perempuan getah2 ni memang kena pakai baju jarang dedah2 kebaya ketat nampak alur dada peha apa semua eyh? memang ada dalam tema dan persoalan majlis?damn.

ok.blog ini tidak lama lagi akan bertambah sesawang.dan sebelum aku membiarkannya bersawang.aku kembalikan dia menjadi laman sesawang.

cuti ini cukup liar bagi aku.aku buat macam2. aku ketuk deram. aku petik gitar. aku melalak dengan kawan2 setadika sehingus bersama dalam jamming chamber. aku berlayang-layang di petang hari.menaik dan mengejar layang-layang yang kehabisan tali.aku gelak tak ingat dunia. aku berjoging dua round taman kanak-kanak.aku melontar bola boling.aku memasukkanya ke longkang.aku makan banyak ais krim. aku berlari ke penang .selama empat hari aku mencari char kuey teow terbaik. yang cair. yang tak cukup telur. yang tak cukup telur dan yang sedap.aku berjumpa dia. dan berjumpa keluarga dia.dan makan bersama. dan aku jumpa keindahan char keuy teow terbaik. tepat pada masanya.





aku bergambar sakan dalam kubu orang putih.aku naik bukit yang ada bendera. aku memasak telur dalam bilik bujang. aku bangun lambat. aku menghabiskan duit dengan jayanya. aku memetik kamera plastik antik fantastik. aku memandu ke sana ke sini, ke mamak. ke padang. ke kedai . dan kemana-mana. minyak ada lagi. aku memanjangkan rambut. aku memendekkan langkah. penat. cuti ini tidak terkira gembira.





















cuti ini bagi aku benar-benar cuti. aku tidak terperuk di bilik bujang bermuka buku dari senja ke senja. sebaliknya aku keluar berkhayal-khayal. oh yeah. ini baru lapan belas. oh well. ada sehari saja lagi untuk lapan belas tahun. lepas ini tutup cerita.

dalam cuti ini. aku ada kenangan yang sungguh istimewa .kenangan yang membuatkan aku rasa dupdap2 tapi pada masa yang sama teruja dan bersyukur.jika ini langkah pertama. aku mahu jadikannya penuh matang dan bukan angan tok jenin.

* * *
bertukar mood.

ya amira.saya berjumpa keluarga awak bukan?kita duduk makan malam bersama orang tua awak kan?.rasa janggal yang tak terkira.berjumpa keluarga awak kali pertama sebagai seorang yang istimewa.oh.aku rasa terlalu muda untuk pengalaman ini.tapi pada masa yang sama.aku rasa lega.hubungan ini diterima mereka.

ya.ketika aku dipenang bercuti bersama kawan2. aku ambil kesempatan bertemu ayah dan ibu amira.oh man.tuhan je yang tahu perasaan aku.makan malam bersama?oh man.aku ni cukup hensem ke nak face to face bapak dia.haha.kang tak hensem kena reject tak pasal2 kena bayar bil char kuey teow.

malam itu.familynya membawa aku pergi makan malam bersama.dan duduk.berborak-borak.dan tiba-tiba ayahnya bertanya.

ha anas.macammana leh terpikat dengan mira ni?

oh man.tersembur2 jawapan aku.aku pon tak tahu aku jawab apa depan ayah dia.tapi malam itu.satu perasaan yang bercambur baur.adakah aku memulakan langkah seterusnya? aku rasa ya.mungkin cukuplah sekadar pengenalan kepada keluarganya.

oh man.aku still tak percaya macammana aku leh terpacak di penang makan malam bersama satu family dia?

family awak sporting lah nur amira. : )

seminggu lagi untuk berjanggut dan bangun lambat. musim sekolah akan bermula.

thanks kepada semua kawan2 yang menceriakan cuti persekolahan aku.korang kawan terbaik.yeehaaa

2 comments:

  1. wahhhh hebat,,,, tahniah, btw nanti kenduri hang jgn lupa jempot aku cik norisah (seseri ) ;p

    ReplyDelete