Friday, June 10, 2011

untuk mereka yang bergelar anak.

salam alaik.

matlutfi si youtuber terkenal malaysia mengatakan dalam video sempena hari ibu ,


betol kan? kita tahu mak kita sayang kita. tapi kita takkan tahu sebanyak mana. kerana tak terkira. hari itu , ayah cik- ayah saudara aku ada dirumah aku sebab abang aku kahwin. dia masuk ke bilik aku. lalu dia cakap dengan aku perlahan-lahan.aku mulanya hanya mengangguk.tapi lepas beberapa minit.aku sebak.

"anas , mak tu tengah sakit lagi tu. sekarang ni wedding abang , mesti la mak nak sembunyikan sakit dia.dia takkan tunjuk depan anak-anak. ayah cik pun nas , kalau tengah susah hati , ayah cik takkan bagitahu dekat anak-anak.

ibu bapa ni nas , dia nak anak dia senang je. walaupun benda tu simple. anas dah besar. boleh cari makan sendiri apa semua. boleh uruskan baju apa semua. tapi mak tetap akan tanya. anas.dah makan belum? hati mak abah ni runsing nas tengok anak2 dia dalam susah walaupun sikit.tambah2 lagi dia tengah sakit tenat sekarang ni.dia akan jadi sensitif.

mak tu perlukan sokongan.dia tengah melawan tu.jadi nas.lepas ni.cuba buat segala benda yang boleh bagi mak senang tau.kalau anas tengah susah macammana pun.cuba jangan bagi mak tahu.makan minum tu tak payah nak bising2 cakap lapar ke apa ke k.ayah cik bagi contoh je.kalau benda tu anas boleh setelkan sendiri.anas buat sendiri.jangan bebankan fikiran mak k.

anas duk rumah sebulan ni.ni lah masa anas nak jaga mak elok2.nak duduk dengan dia.mak abah ni nas.dia happy sangat ada anak2 dalam rumah dia.memang la masa dia hantar kita pergi kolej semua dia senyum je.tapi dalam hati nas.dia rasa sunyi sangat.tambah2 abah dekat oversea.mak yang sakit tu duduk la sorang2.jadi.lepas ni.anas belajar elok2.jangan susahkan mak abah lagi.buat semua benda yang bagi dia senang.lepas ni anas dah jauh.dekat australia tu.sementara ada setahun setengah lagi dekat dengan mak abah ni.layan dorang elok2.jangan bagi dorang susah hati.

kalau dia tak suruh pon kita belai2 dia.kita buat ja.ibu bapa ni tak mintak nas.tapi kalau kita buat dia suka.ayah cik pon ayah.ayah cik tahu.ibu bapa tak pernah mintak apa2 dari anak dia.kita doakan mak abah tu.mak tu boleh sembuh lagi.bukan tak boleh.tapi doa anak-anak dia la yg paling utama."

ok masa tu aku dah sebak.air mata turun tak turun.haih.terima kasih la ayah cik.aku cuba.apa yang korang boleh ambil iktibar dari pesan ayah saudara aku ni.korang ambillah ya.

"kita mudah untuk meminta-minta dari ayah dan ibu kita sesuatu. sedangkan ayah dan ibu kita langsung tidak meminta apa-apa dari kita"
"kita mudah merajuk bila apa yang kita hajatkan di tolak atau ditegah sedangkan ayah dan ibu kita sentiasa memaaf dan mengasihi kita"
"ayah dan ibu sudah lama bersusah untuk melihat kita senang.maka janganlah kita menyusahkan mereka bila mereka senang"

jadilah kita anak yang soleh dan solehah.

ibu..ibu..engkaulah..ratu hatiku..bila..ku terduka..engkau.. hiburkan selalu..ibu..ibu..engkaulah..ratu hatiku..

"Ya Allah , Kau kasihanilah ibu bapa ku sebagaimana mereka mengasihani aku sejak aku masih kecil"
amin ya rabbal alamin.

12 comments:

  1. Aku yang baca pun turut berkaca :'(
    Aku tak tahu macam mana nak nasihat sebab aku tak pernah rasa.Tapi kita sama-sama ada ibu bapa. Mana-mana yang boleh tolong. Insha Allah aku tolong.

    Anas, kena jadi kuat okay. Kalau tak kuat pun, berlakon pura-pura jadi kuat. Aku tahu kau kuat. Kalau aku perempuan besi, kau kena lah jadi Iron Man. Lagi kuat dari aku :)

    Kita doakan yang terbaik untuk orang tua kita semua :')

    ReplyDelete
  2. ya. aku kena jadi iron man. tengss chan.

    ReplyDelete
  3. anas kuat . Allah tu uji ikut kemampuan kita . doa banyak2 :)

    ReplyDelete
  4. aku paham perasaan tu masa ayah aku sakit dulu. sampai skang aku tak boleh lupa masa aku jumpak ayah aku bila balik dari mrsm...waktu tu ayah aku sangat kurus n duduk atas kerusi roda, tapi dia still senyum~ lepas dia tipu aku apa yang jadi kat dia, dia masih lagi tipu aku sakit dia waktu tu...alhamdulillah ayah aku dah ok. aku doakan moga mak ko akan sembuh nanti~

    juz be happy n strong in front of her...jangan biar diorang tahu langsung yang kita sedih sbb sedih parents kita atas sedih kita n gembira diorang atas gembira kita =)

    ReplyDelete
  5. mata dah berair baca post ko. Aku pon macam chan, taktau apa rasanya tapi aku boleh bantu dengan doa sesama saudara Islam. Tabah ye kawan.

    ReplyDelete
  6. sedihhhhnyaa !
    aku pernah cakap kat kawan aku yang aku tak tau macam mana nanti aku nak hidup kalau parents aku dah takde.
    selagi ada ni la nak tunjuk syg sangat2.
    anyway be strong anas, aku tau apa pun kata2 semangat org bagi tak sama dan tak cukup untuk apa yang kau rasa, cikgu TOK aku pun kata macam tu, walau kita faham macam mana sekali pun, takkan sama dengan apa yang orang lain tengah rasa. So, just be tough, oryte.. Doa selalu ada :)

    --> ni Iliana

    ReplyDelete
  7. terus homesick weh lepas baca nie.
    waaa,nakk balik jumpa mak ayah!!

    ReplyDelete
  8. tengs all.aku tak tahu nak ckp ape.takpee. aku ok je.sayangi ibu bapa kita k. :)

    ReplyDelete
  9. sebak aku baca post ni :'(
    Semoga kau kuat ya anas :)

    ReplyDelete
  10. walaupun aku tak pernah rasa apa yg kau tgh rasa sekarang tp aku tau rasanya pedih berat semua ada.
    aku tak tau macam mana nak susun ayat kasi kau kuat semangat,kau baca la link ni utk kuatkan semangat

    http://istighfar.wordpress.com/allah-has-mentioned-it-90-times/

    harap2 membantu la :)

    ReplyDelete