Monday, June 27, 2011

hari ini.

salam alaik.

di enfield town pada 27 jun tahun 67 , mesin ATM pertama di pasang di dunia. dan sir henry gurney si penjajah lahir pada 27 jun 1897. ahn so hee , si amoi wondergirl lahir pada 27 jun 1992 di sebelah katil aku tapi dia kemudia diterbangkan ke Korea. dan raul gonzalez dikeluarkan ke dunia dengan bakat bolasepak padu pada 27 jun 1977. tarikh dan tahun yang sama. Djibouti di bebaskan dari jajahan france dan stesen nuklear pertama dunia di bina pada tarikh 27 june tahun 54 di Moscow.

amerika dengan kegilaan perangnya menghantar tentera menyertai perang korea pada 27 jun 1950 dan pemain tenis Rusia selamat dikeluarkan dari perut ibu beliau pada 27 jun 1985 dan diberi nama svetlana kuznetsova sebelum pada tahun dan tarikh yang sama , nico rosberg pemandu formula satu bukan dua dilahirkan di dunia. kardashian sisterhood mendapat adik baru bernama khloe kardashian pada tarikh ini tahun 1984 .

dan di hospital besar kuala terengganu pada kira-kira pukul 5 petang. seorang bayi kurang comel keluar dari rahim ibunya pada tarikh ini tahun 1992 dan dia sedang menaip-naip di belognya.

kih3.
* * *
hari jadi ialah hari istimewa untuk kita mengucapkan terima kasih kepada ayah dan ibu kita. kerana merekalah yang menjaga kita sehingga kita dapat melengkap kitaran tahun demi tahun.

terima kasih mak abah. : )

muka tuntut hadiah.

2 comments:

  1. 27.3.92.. besday aku.. igt 2... bhaha

    ReplyDelete
  2. ahaha . muke kau . kiuut sgt (tangan di dada mate ke atas) . ahaha .

    ReplyDelete