salam alaik.
ianya sebuah kenyataan.dalam drama melayu atau sinetron jawa mahupun filem tamil padiapa.bila seseorang watak dalam kritikal.maybe kerana kemalangan terjatuh pokok kelapa atau lemah jantung mahupun diliwat.keluarga terdekat akan berkejaran mencari doktor lalu bertanya.
"doktor,bagaimana peluang dia untuk sembuh doktor?"
doktor yang bebal dalam drama2 berkenaan kebanyakannya menjawab.
"(mengeluh) peluangnya tipis , dia hanya ada tiga bulan untuk hidup"
lalu berteriakan sakan keluarga si pesakit. meraung bagai nak rak . menatap meratap kerana si pesakit katanya ada lagi tiga bulan untuk hidup . diiringi lagu2 cina mati . mereka pon menangis kerana tak dapat terima kenyataan yang dia ada tiga bulan untuk menghela nafas.benar.bukan dalam drama sahaja.kalau berlalu dalam realiti.akan terjadi jugak scene2 macamtu.
tapi aku terfikir. adakah mereka yang menangis ini konfiden yang mereka akan mati lama lagi.lebih dari tiga bulan?lebih dari hayat pesakit. dan dengan confident berfikir bagaimana mereka akan hidup tanpa orang tersayang yang akan pergi lagi tiga bulan.adakah mereka tak pernah terfikir yang mungkin seminit dua lepas mereka menatap meratap.mereka yang pergi dulu?
mati itu sesuatu yang pasti.mati itu paling dekat dengan manusia.tapi kematian itu tidak ada tarikhnya.kan?bukanlah aku alim agama sangat.semua orang pun tahu.baru aku terfikir dalam-dalam yang kita boleh pergi bila-bila masa.seminit dua lepas aku menaip ini.mungkin aku tiada lagi.
kan? jadi point yang aku cuma mahu sampaikan ialah mati itu bila-bila.bukan bila dah dalam accident baru nak dekat dengan mati.or bila dah tua baru mati menjemput.or bila dah dalam penyakit kritikal maksudnya memang dekat benar dengan mati.tidak.bahkan kita yang sihat ini mungkin pergi dulu..mati ketawa tengok raja lawak sewaktu sihat walafiat.mungkin.jadi.jangan putus asa kawan-kawan.selagi hayat dikandung badan.berdoalah dan terus berdoa.Allah maha mendengar.
aku merayu kepada semua yang membaca agar mendoakan kesihatan ibu aku.dia masih dalam keadaan kanser paru-paru tahap empat.bunyi macam gerun.tapi itulah kenyataan yang aku kena tempuh.sudah enam bulan dia melawan.tolong doakan agar penyakitnya disembuhkan.
anas nak mak senyum macamni lagi. : )
anas.be strong for her.such a sweet lady ada anak sperti anda.
ReplyDeletetabahkan hati nas .
ReplyDeletesmoga mak kau sembuh..amin beribu kali amin,
ReplyDeleteBasah keyboard aku ni nanti Nas. Stay strong bero :)
ReplyDeletebe strong..smoga mak kau cpt smbuh ek!
ReplyDeletebanyakkan berdoa. :)
ReplyDeletetengs gang.tengs sgt2.mak aku masih lg kritikal. now the cure is kimoterapi.but doa membantu kan? so continue to pray for her k .
ReplyDelete:)
Insha Allah nas :)kita doa sama-sama okay
ReplyDeletetengs chan. really appreciate it!
ReplyDelete