sudah.habis dengan melankolik.untuk mengisi masa gua yang makin melapang tiga minggu ini.gua decide buat kerja gila.mungkin kerja kanak-kanak darjah tiga.yang nak main PES dekat laptop or pi ess teri tapi kena tendang dengan abang2 dorang yang umur tiga tahun lagi tua.
dorang mungkin akan menceburi bidang yang gua nak post ini untuk menikmati sepak bola dalam bentuk 3D dengan kos yang murah.dan dekat belakang tu boleh la tulis nama player kegemaran masing-masing.siap boleh kaler-kaler dan highlighter.pinjam highlighter akak yang penat menghighlight gosip terbaru dalam mangga.jadi seni atau benda yang gua maksudkan ialah.
PAPERCRAFT DAN ORIGAMI
jadig
papercraft boleh la jugak di samakan dengan origami.cuma bezanya papercraft mempunyai acuan sendiri dan tinggal untuk kita untuk melipat lipat menjadi bentuk seni yang menarik.jadi gua nak meneruskan scene art berkos rendah gua sempena kenaikan harga gula pada cuti sem kali ni. gua harap gua dapat lipat-lipat kertas tu jadi model rozita che wan.takpun guntam-guntam.dulu gua suka kumpul gundam.tapi sebab gua banyak adik saudara.scene pasang gundam dah tinggal kenangan.sebab selengkap mana gua pasang.akhirnya barai juga dilunyai adik2 sedara.
saya perempuan.mana main gundam-amira, 6 tahun. selepas di soal siasat.
gua rasa seni ni macam comel.sebab murah dan low cost.gua cuma perlu mendownload papercraft yang gua nak dan mengguntinglipat menjadi apa yang gua nak la.haha.nak memenuhkan cuti tiga minggu punya pasal.kot2 dapat buat sebijik gundam kertas pon dah cukup dengan elaun mara yang diberi.kih3.korang sedar tak sebenarnya dalam hidup korang .korang dah banyak buat origami tanpa korang sedari.contohnya kapal terbang kertas yang korang guna untuk tiru cliche filem dengan hantar surat cinta.tak lupa masa korang kecik korang lipat duit raya jadi bentuk love lepastu sorok dalam2 dompet taknak bagi mak nampak.nanti mak TOLONG simpan.kih3.
jadi sebulan ni.aku memerlukan sumbangan kertas yang banyak dalam bilik.harapnya origami2 yang gua bakal hasilkan tidak diangkat menjadi sampah akhirnya.
terimas!
boleh masuk laman web bawah ni untuk support papercraft.
No comments:
Post a Comment