pandangan ini hanya pandangan penulis.jangan takut untuk membacanya.bukannya penulisan politik semata.penulisan ini bukan tujuan untuk mempengaruhi.cukuplah sekadar menjetik dan mencelik mata.
nampaknya orang yang ditahan kerana memakai baju kuning menuntut keadilan lebih jijik bunyinya dari orang yang membuka aurat mendedah pusat dan dada.bontot dan peha bukan?.buktinya?kerana golongan ini jelas sekali tidak ditentang oleh sesiapa.bebas saja bergerak ke bukit bintang dan pavilion.megah.tidak ditangkap dan tidak ditegah.kerana itulah hukum dunia.demokrasi cara malaysia dan kesejahteraan rakyat.lain pula nasib yang menimpa aktivis2 keadilan.peguam dan rakyat marhaen.jika memakai baju kuning dan terlibat dengan himpunan keadilan, ditahanlah jawabnya.jika rakyat ditelan hari2 dengan media.maka tidak hairanlah aktivis digelar komunis.dan yang wangi jadi tengik.
ar ti em.tivi tiga.putuskan.berita hairan.dan segenap dimensi media yang sepatutnya neutral sebagai media yang wajar dihorati ditunggangkan kerajaan.seolah-olah bersih ini anarki.bersih ini komunis.huruhara.chaos dan kemusnahan.serupa perang bunyinya.hakikatnya yang diminta bukanlah harta dan kaya.yang dituntut bukanlah sesusahmana.dan yang dituntut itu untuk kebaikan semua dan bukan untuk kepentingan sebelah pihak.yang dituntut itu untuk pembaikan dan bukan kemusnahan.kecuali jika sbelah pihak lagi gentar ketar dengan apa yang dituntut dan diminta.kerana khuatir perkara yang diminta itu bakal memusnahkan kuasa mereka.
jadi.atas sebab apa mereka ini ditentang dibawah akta 122 kerana memerangi yang di pertuan agong?akta sama keatas kumpulan Al Maunah yang buat rampasan senjata satu ketika dulu.sampai berperangkah orang kuning yang hanya jalan dengan aman di tengah kuala lumpur ini?
mereka didakwa menimbulkan kekecohan dan rusuhan.kasihan.memang rakyat yang sanggup gadai masa dan tenaga dan tidak dibayar itu datang untuk buat kecoh dan merusuh.datang untuk tunjuk kepada anak2 mereka yang mereka ini perusuh negara.yang harus dikutuk.dan dikeji oleh anak2 mereka.sehingga anak-anak mereka menangis.melihat ayahanda digari diatas lori.memang itu tujuan mereka,memang bukan untuk keadilan.guru?diharamkan dari menyertai.digantung jawabnya!dibuang tugas!demokerasi.bukan begitu?hanya FRU sahaja mulia.membela rakyat.mempertahankan keselamatan negara dari diserang orang kuning yang hanya bersenjatakan suara dan keadilan.yang bersenjatakan banner dan tulisan.memekik pembelaan.
mereka terbela.gas pemedih di curah.air ditembak.dan cotar bermanja.sungguh terbela rakyat yang merayu pembelaan ini.sang kerajaan berdekah-dekah kegembiraan.gembira dalam ketakutan.yang amat sangat.permit? sehingga mati pon tidak akan dilayani.permit sehingga kiamat tidak diberi.yang diberi permit di malaysia ini hanya hiburan.kelab malam.konsert barat melalak dan melalok sehingga pagi.itu saja permit yang akan diberi.percayalah.kerana konsert serupa itu tidak menggangu ketenteraman bukan? aman saja bunyinya.bercampur lagi mudamudinya.bersorak ria hingga kepagi.tenteram sungguh.permit diberi.dan diberi.maka bergembiralah puak-puak ini bertebaran seluruh negara.tentangan?majlis agama saja rasanya.FRU mungkin tidak relevan.nanti ditembaknya baju jarang maka telanjanglah.
itulah demokrasi.sasterawan agung tidak lagi dapat bersuara.suara setajam pisau membuatkan pemerintah terketar dalam kesejukan.dan perhimpunan yang dipropagandakan haram dan kacau bilau ini tidak akan berhenti sehingga akhirnya.tidak akan senyap dan sunyi.ingatlah.yang diminta bukan penurunburukan.tapi utk penambaikan apa yang sedia ada.
* * *
sementara itu.lari dari politik.
A lomo wall - wall of expression and impression. wall of art. wall of satisfaction.
her. |
the bear of light. |
peace. |
the temptation. |
the fighter. |
crazy. |
addicted. |
wide. |
im using lomography.com lomowall aplication.doing lomo wall in the real world need a lot of sacrifices of money.arhhh.still have a dream to paint my room with all the photos.perhaps.one day. : )
Kena percaya. Kena percaya satu hari negara ini telus dah err the B word. Dah tak boleh cakap Bersih dah sekarang... Damn tercakap. -.-
ReplyDeletejom pakai baju hitam lambang KOTOR.
ReplyDeleteDemokrasi. Demonstrasi. Demo demo demo~
ReplyDeleteaku nak tny kau :
ReplyDelete1. kau rase kan kenapa PAS tak nak join dgn UMNO? mungkinlah UMNO ni corrupt, tp kalau PAS join kan boleh dakwah betulkan ape yang tak betul walaupun amik mase yang lame?
2. kalau pembangkang naik, kau rase boleh aman ke malaysia? mcm mane dengan pkr, dap, etc? tak berebut ke diorang nak perintah?
sorry byk tanya. almaklumlah, tak faham.
orangbutapolitik.
ReplyDelete1)PAS bukan tak pernah bekerjasama dengan UMNO.PAS pernah.dan PAS ditaikkan dengan teruk zaman tu.PAS keluar dan bergerak sendiri.dan mungkinkah PAS nak masuk balik tempat yg pernah tikam dia dulu?
2)kenapa ko rasa kalau pembangkang naik.negara tak aman? pembangkang dah pegang 5 negeri setakat ni.tak termasuk parlimen2 di kuala lumpur yg dimonopoli pemgbangkang dan ibu2 negeri yg byknya dipegang pakatan.huru harakah? ada keganasan kah? jangan terlalu takut kerana baca suratkabar utusan dan berita hairan yg dipropagandakan.
sekian ; )