Saturday, September 4, 2010

gelandangan.

zenit ttl.
kucing ini sudah darjah dua.dia bukan gelandangan.dia ada rumah.


salam alaik.

bukan aku pinta untuk aku jadi gelandangan.
di caci maki . di beri kaki tanda amaran.
di pandang macam sembunyian pelarian.
aku juga ada hati dan seketul perasaan.
bukan untuk aku dan kau mainkan.

tercampak aku ke gelandangan.
tanpa ada sesiapa untuk aku rayukan.
kadang2 aku tak minta untuk kau simpatikan.
cukup mulut busuk kau itu kelu dari kutuk kutukan.
kerana esok lusa tidak mustahil.kau juga di gelandangan.

aku tahu.mungkin aku ini caca hina.
atap berlangit bintang.alas konkrit tepi longkang.
orang kata gelandangan seperti aku tidak berusaha.
mengharap simpati sebungkus nasi saja.
masakan aku hendak berusaha?
kau . kau dan kau tidak luput dengan menghina.
tak siapa mahu terima.orang busuk lusuh macam hamba.

masing-masing tarik muka.
ego dengan apa yang ada.
jalan tegak dabik daba.
hidung tinggi lubang terbuka.
sudahlah.sedarlah.
sedarlah.sudahlah.
dunia ini tak pernah henti berputar.
jaga-jaga.jangan satu hari nanti kau makan hinaan sendiri.

tersentuh pulak rasa tengok majalah tiga pasal gelandangan or homeless community di Kuala Lumpur.merdekakah? merdekakah? tiba2 aku teranalogikan golongan gelandangan ini dengan kehidupan kucing.kucing memang banyak yang homeless.cari makanan kat pasar.kedai makan.dewan makan KMS.mioww sana.mioww sini.nak teruskan hidup hari2.tapi walaupon kucing tersebut homeless.die bebas bergerak sana sini sana.banding dengan kucing bertuan dan berumah.tak payah sibuk pasal simpati.whiskas mesti tuan bagi.tapi ada yang terperuk dalam sangkar dari kecik sampai mati.manusia jijikkan gelandangan.kita ini berumah .tapi mungkin hati kita ini tersangkar dengan masalah.dan tak pernah bebas.jadi?dalam dunia takda yang sempurna.Allah jadikan semua sama sahaja.renungkanlah.

p/s : from homeless to harvard!

6 comments: