Showing posts with label kenangan.. Show all posts
Showing posts with label kenangan.. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

bila di sekolah dulu.

subjek kurang comel dan handsome.maaf.masih sekolah.HAHA.
salam alaik.

bila di sekolah dulu,
ku suka buat cikgu berbulu,
kerana aku degil sangat, inilah cerita yang ku ingat,
mula 7.20 pagi,loceng pertama kan berbunyi.
kita kena keraskan diri,tunggu loceng yang satu lagi.

lepas itu kita assembly,
dimana budak jahat dirotani,
lepas tu kita nyanyi lagu sekolah tetapi off key,

waktu pertama pendidikan jasmani,
at that time kita are all so the happy,
kenapa bukan kelas lain begini,
we just run the field satu hari.

(cikgu)
malangnya kelas ku lepas P.E,
bau mereka semua ku nak mati,
tak ke mak bapak dorang ajar mandi,
sekor-sekor bau macam BA.BI la disekolah dulu,

ku suka buat cikgu berbulu,
kerana aku degil,
inilah cerita yang ku ingat.

secara jujurnya , hati aku tengah menangis sekarang. menangis tidak bererti sedih melankolik meratap2 tidak.tidak.tidak.tetapi secara tiba2 aku telah disedut ke mesin masa doraemon ke satu alam.alam yang dinamakan kenangan.dimana dalam alam ini otak khayal manusia akan mula beraksi-aksi dan menari-nari.dan semua peristiwa dan kenangan akan terbang sayup2 dalam pejal otak ini.

hari ini aku ke SASER.boys skul only dan bukan sekolah gay.tempat tanah tumpah sambal ikan keli kantin dan tempat aku menjalani usia maskulin ketika 16 dan 17 tahun.cuma 2 tahun aku disana.tapi dah cukup buat aku rindu tahap gaban.hari ini sebenarnya ada friendly ragbi.tapi siapalah sangat aku nak maen rugby.tidak lah sekental otot2 kuat kawan2 aku ni.hak3.sudah alang2 ke SASER.aku joinlah jugak.mesti ada yang cakap aku pegi SASER bukan nak main sangat pon.nak tengok sekolah.yap.mmg niat aku nak ke SASER.dan alang2 rugby buat friendly.aku joinlah.ok.sudah.

tadi ada kawan kol aku.dia cakap esok hari last dia kat sekolah.perghh.lagilah bwk otak aku ke zaman tanpa misai dan kumis.zaman masih jambu di kerusi sekolah.lagilah sekarang aku nak hargai zaman sekolah aku.kepada adik2 darjah dua yang mungkin tersesat masuk blog ni disebabkan nak cari gambar kumbang kat google ke apa ke.abg nasihatkan nikmatilah zaman sekolah tu.sumpah abg rindu.wakaka.bajet abg.

nikmati lah karipap kantin , bebola ikan dan karangan autobiografi tu.nanti dah masuk kolej or U.tak dapat dah nak buat karangan satu sebatang pen.main la bola kertas tu sampai puas.nanti da besar maen PES je.jangan lupa pegi perjumpaan pengakap tu.lagu pengakap jgn lupa hafal.nanti da abis sekolah rindu nak masak2 dlm hutan sampai hangus.HAHA.sayang la baju putih seluar hitam tu.walopon muak.kesian mak korang gosok setiap hari.nanti da masuk U pakai t shirt selipar jepon je.

aku rindu sekolah.sumpah aku rindu.kalo korang da abes sekolah macam aku.sebelum tido lepas ni baek korang imbau balik kenangan zaman tadika sampai sekolah menengah tu balik sambil dengar lagu brothers-teman sejati.aku yakin kalo tak nangis pon mesti meleleh.HAHA.mesti perasaan korang macam aku sekarang.aku tak tahu nak ungkap macammana.

hari2 ucap salam kat cikgu.waktu rehat.waktu PJK rembat2 baju budak kat ampaian.waktu pendidikan sivik yang mmg waktu tido satu kelas.waktu belajar biologi chapter 4,waktu kantoi handphone.waktu tido sekatil 2 orang.waktu mandi air takda.waktu makan ikan jaket dalam DM.waktu baling2 pokeball ( cekodok keras ) dalam DM.waktu botak beramai-ramai.waktu baca ikrar pelajar yang semua macam miming.waktu jadi junior kena pau makanan.waktu jadi senior pau makanan.waktu main-main surat cinta(bukan kat saser).hari pertama sekolah belajar kaler mengaler.hari last sekolah semua emosi.paper last SPM semua melonjak gila.hari terima result SPM.dan terlalu banyak sangat tuk aku ungkapkan.semua nya terbang rendah hari ini dalam otak aku.

kita tak dapat nak kembali ke sesaat yang lalu.tapi kita boleh hayati sesaat itu yang boleh bagi kita seminit keceriaan kemudiannya.
kita tak dapat nak kembali ke seminit yang lalu.tapi kita boleh hayati seminit itu yang boleh bagi kita sejam senyuman kemudiannya.
kita tak dapat nak kembali ke sejam yang lalu.tapi kita boleh ingati sejam itu yang boleh bagi kita sehari kegembiraan kemudiannya.
kita tak dapat nak kembali ke sehari yang lalul.tapi kita boleh imbau sehari itu yang boleh bagi kita dua hari ketenangan......

sekolah menengah sains seremban,
sekolah yang berwawasan,
berbakti penuh cekal,
harapan nusa bangsa,
bersemangat waja ,berpadu tenaga,
ilmu dituntut sepanjang masa.

tingkatkan iman dan takwa,
membentuk generasi mulia,
semua pengorbanan dihargai,
semua usaha dicontohi,
pemangkin kemajuan masa hadapan,
memartabatkan sains seremban,
memartabatkan sains seremban,
kamilah putera harapan.

anas,ex saserian 7batch.RAKSASER.TUAH A202.omega.

tadika kemas 1998.
sk taman ehsan 1999-2004.
smk taman ehsan 2005-2007.
sm sains seremban 2008-2009.

p/s : gudluck 8batch.jangan kasi hilang takhta.

Monday, September 6, 2010

myspace dalam kenangan.


online friend : 1. ( nak letak s pon tak lepas )
salam alaik.

oh myspace.ruang saya.ruang awak.ruang dia.ruang udara untuk mereka mereka juga.a place for friend.haha.itu tagline myspace.tapi aku rasa myspace lebih kepada a place for flirting peringkat umur form 1 sampai form 5.yang dah 18 tahun ke atas dan yang dah separa matang tapi still browsing nak cari awek guna myspace merupakan jalan pintas untuk bahagia.haha.

aku pon tak terkecuali.menipulah kalau aku kata aku tak stalking gadis2 ayu mahupon yang kiut2 kat myspace dulu.stalking gadis2 bajet hot yang posing dari angle atas untuk gambar profile mereka.hahaha.dan tak lupa yang bajet hot gila taknak aprove and hide gambar.boooo.lepas tu pikir lagu nak letak kat profile sendiri.dulu ada satu zaman music player myspace rosak.naiklah esnip and flashfetish sebagai pembekal lagu.punya smangat nak bg visitor dgr lagu.haha.padahal member dtg profil anta komen then chow.lolx.berjam jam habis depan komputer sebab nak edit layout tuk profile sendiri.ubah coding sana.ubah coding sini.letak gamba.buang gamba.haha.mana ada spirit tu kat facebook??myspace je ada.




pemenang anugerah profile paling montel 2009.

lepastu sibuk la tuka nama 3 hari sekali.anas bermimpi lagi.ku bermimpi di siang hari.anazenitov.anazagoraz.anas sana sini lah.macam2. farahcutie la.nana hotties la.budak manja la.aku takda nama la.ACCOUNT CLOSE la.yang budak rempit pulak bajet..din apache.man sereng 18.wardy rempit sejati.hahaha.bajet.bajet.then mulelah letak gamba yang diedit guna photoshop dan photobucket.wording sana sini.ini contohnya.

comment my pic yaww.i hit u back.*kata gadis2 bajet hot myspace.
untuk elak kontroversi.gambar sendiri digunakan. :P

myspace je ada.facebook mana ada?lepas tu berjam main komen2.mana ada like2 lagi time tu.haha.hyee?boleh bekenalan?hyee.tinggal kat mane?kiut lah profile pic tu.muahaha.clise.tpi semua orang pernah ada dalam situasi tu kat myspace dulu kan?.encik tom punyelah bahagia.makin buncit dan boroi.senyum lebar je.hak3.lepas menyingkirkan friendster dari pencabar.skang myspace lah paling power skali.dulu masa dgr facebook.facebook?ape tu?hahaha.cam tak best je.myspace the best beb.

ada yang cuba jadi topfriend kawan masing2 and adalah yang terasa hati dia takda dalam topfriend.ada jugak yang hide comment takut kucing sebelah rumah baca.dan ada yang hide friend takut nanti awek2 cun or mamat hensem dari friend dia kena rampas.hahaha.booo.

zaman berlalu.sekarang mana ada myspace lagi.berapa kerat sgtlah yg still on myspace. budak darjah enam pon dah main facebook.like2 page cikgu dorang.siap buat group GERAKAN MANSUHKAN UPSR.hahaha.mana ada nak hantar surat cinta macam kita dulu.padahal aku pon guna myspace.skang style maen post kat wall je.lepas tu ramai2 like.nak update relationship status pon senang.tak payah declare2 kat kelas.hahaha.lepastu update status."hari ini aku cirit birit dalam kelas",ngahaha.sekarang myspace pon dah lapuk.kena tinggal dek facebook.

aku dah berkurun lame kot tak sign in myspace.ntah macammana harini tergerak hati tuk bukak .waaaa.myspace dah berubah.ada peningkatan.tp rasa pelik.tak mcm dulu :P :P ni kes nak cabar facebook lah ni.*clap2* waaa.rindu pulak aku kat site ni.dulu zaman muda remaja ranggi bergayaa kat sini la.haha.rasa nak lompat tgk2 balek comment2 zaman form 5 dulu.wah.teruja.
aku ada 3 akaun myspace.satu hilang password.satu kena hack orang putih mana ntah habis minah matsaleh sume add aku as friend.terasa hot.muahaha.tinggalah satu lagi yang still hidup tapi mati.haha.kesian encik myspace dan tom.tom sekarang mesti dah botak fikirkan user2 nya yang lari pergi facebook.what to do tom? facebook is better. :P

hey encik tom.jgn nanges kuat sangat.nanti aku add facebook kau ye? haha.myspace completely in memory.


"sampai hati korang tinggalkan aku.sampai hati.taknak wish selamat hari raya.sob3" -tom

p/s : pergi la jenguk2 myspace tu.kesian dia.mana tahu ada orang mintak kapel tak berbalas-balas dari dulu.muahaha.

Saturday, July 24, 2010

encik kasut.

credit to encik myspace yg masih menyimpan gambar ini. :)
salam alaik.

kasut berjasa.
VANS CIPLAK.
harga : rm60 tanpa diskaun.
tahun dibeli : 2007
tempat dibeli : pertama kompleks.
jangka hayat : 2007 - sekarang
fungsi dulu : kasut jalan dan kasut raya.
fungsi sekarang : kasut futsal menggantikan kasut umbro bajet ori tp pakai 2 minggu da koyak.

kau dipijak.berbau.bau kaki aku.hahaha.kawan kau stokin.stokin yg jarang2 sgt dibasuh.kau pon aku rasa sekali je kot aku basuh.so kau pon berbau mcm stokin.tapi kau tetap aku sarung.dah mmg kau je aku ada.haha.kehulu kehilir.sana sini.dah macam2 tanah kau cium.sampailah sekarang.kau mencium court putsal KMS.asal aku rembat je kau melayang terbang.kau terbang awal dari aku.cis.terima kasih encik kasut vans ciplak.anda berjasa.anda berjasa.

tolong.tolong jangan koyak.jangan rabak.tolonglah anas jaga elok2.wahai encik kasut vans ciplak.terima kasih.kau taklah mahal.macam kasut SALA ADIDAS mereka.kasut wedges high heel mereka.kasut converse buatan negara penjajah.kau pon buatan luar.made in china.tapi kau lagi tahan dari mereka.syabas!.

terima kasih.
terima kasih.
terima kasih.

selagi kaki ini masih di jasad.selagi itu kau boleh aku pakai.

p/s :kita tak perlu beli barang mahal2 tuk kita hargainya.cukup dia ada memori indah untuk kita.dan kita sumpah takkan cari yang lain.hargai barang2 anda. :) beg anda.tali pinggang anda.kasut putsal anda.henpon anda.dan juga orang tercinta anda.

Sunday, June 27, 2010

sudah TUA.

salam alaik.

27 jun 1954- stesen janakuasa nuklear pertama dunia dibina di moscow.
27 jun 1967 - mesin ATM pertama di dunia beroperasi di London.
27 jun 1977 - seorang pemain bintang sepanyol Raul Gonzalez dilahirkan.
27 jun 1985 - pemandu F1 , nico rosberg dilahirkan.
27 jun 1985 - pemain tenis rusia , svetlana kuznetsova pun dilahirkan.
27 jun 1992 - Ahn So hee ,anggota wondergirl dilahirkan.
27 jun 1992 - seorang budak agak kurang2 kiut dilahirkan di Kuala Terengganu.namanya , Anas Saifuddin. :D

aku sudah tua. :Dehemm.matang barangkali.wakaka. tua dari semalam. dan tua dari kelmarin. :D kan? thanks for all the wishes dear friends.:)yang patut diraikan hari ini sebenarnya bukan aku. tapi ibu bapa aku. aku cuma menangis manja2 merengek keluar dari perut mak aku pada tarikh ini 18 tahun lepas pukul 5 petang. tapi yang meneran kesakitan sembilan bulan itu bukan aku.itu mak aku.dan yang berpanas sejuk mencari rezeki dan menjadikan aku 18 hari ini juga bukan aku.ayah aku.

terima kaseh mak abah.anas tak pernah wish mak ngan abah mcm budak2 lain buat masa hari jadi , hari ibu , hari bapa kan?.anas tak pernah bagi hadiah mcm budak2 lain buat kan?.anas tak pernah luahkan anas sayang mak abah kan?.anas takda pon bagi2 kad kat mak abah mcm budak laen buat kan?mungkin anas ni malu. apelah kau anas. ngan mak abah kau pon nak malu.takpelah.anas bukan tak ingat semua tu.bukan tak igt burfday mak abah.bukan tak igt mothers day fathers day.bukan taknak wish.anas hadiahkan doa setiap hari kat mak abah.dan anas akan hadiahkan kejayaan anas satu hari nanti kat mak abah.biarla bukan sekarang anas bagi hadiah untuk semua yg mak abah buat.satu hari nanti.hari tu akan tiba.

TERIMA KASEH MAK ABAH. =)
Mohd Shukri.
Nor Rizan.

Wednesday, June 2, 2010

pagi pertama

*facebook fynn jamal.lolx.aku diTOLAK oleh facebook.
salam alaik.

hari ni tak seperti semalam.kalau hari ini serupa semalam.kenapa perlu ada hari ini?ok teruskan.pagi pertama.orang sungguh suka malam pertama.bagaimana dengan malam kedua?ada apa dengan malam tu?ahaha.sama-sama nantikan.maaf.aku belum cukup 18.hari ini aku mahu bertinta mengenai pagi pertama.

pagi ini aku bangun awal.buang selimut.terus mandi.oh.pukul 6.40.awal jugak lah.ahaha.bukan apa.hari ini pagi pertama aku belajar menggerakkan kereta.ahaha.sumpah.aku tidak ada basic memandu langsung.aku sudah lama meninggalkan arena basikal sejak dua tahun yang lepas.agak malu la weh 18 naik basikal lagi.wakaka.oh lupa.pulas kunci nak hidupkan enjin pon tak pernah.sumpah.belajar bawak motor pon baru je aritu ngan zul.haha.hari ini.bersama cikgu Ah Lai.aku belajar memandu.lolx.

wah.teruja juga rasanya.disaat orang lain sudah ada P , aku baru first time belajar.ahahaha.ok.enjin tak mati hari ini.sekali pon tidak.aku bangga.yeay.hak3.aku naik binatang kancil berenjin ini di sekitar taman.tolong lah jangan gelak kalau korang terserempak ngan kereta kancil yang pemandu dia ada iras2 aku gerakkan kereta nak tak nak tu.hahaha.

clucth ditekan,gear satu.hand break turun.lepas clucth perlahan.tekan minyak.haha.

ok lah jugak for the first time.semua benda yang first time best.kan?kan?kan?hisap shisha sekali sedut aritu pon da fun.walaupon aku tak rasa fun.tapi pelik sampai ke mimpi dibawanya shisha tu.pelik aku.dalam mimpi.aku bagai nak rak hisap shisha tu.tapi sumpah aku tak minat.tak rasa ape pon benda tu.asap je.haha.

okeyh bebeyh.
byeeeeee.

AKU ADA L . KORANG ADA?
wakaka


Saturday, May 29, 2010

nombor tidak dikenali.

penjual broadband celcom yang kebosanan.
salam alaik.

handphoneku berbunyi lagi.Trouble Is A Friend sebagai ringtone.baru hendak melayani lagu rancak ini,satu nombor tidak dikenali memanggil2 telinga aku.sudah lama aku tidak ketemu nombor yang tidak dikenali.masa zaman jual berukband dulu banyaklah.sekali lagi.nombor tidak dikenali memanggil.kerja jual berukband ni best.tapi itulah risikonya.orang akan kol memanjang.kalau kol nak satu lagi takpe.ni kol marah-marah.dan walaupon aku dah berhenti lama.customer dulu2 masih lagi kol.sayang betul mereka kat aku.kan3.

tepat sangkaan aku.pelanggan aku yang entah bila melanggan berukband dariku tiba-tiba kol.alah.sudah biasa.aku cool saja.mungkin dia mahu tambah satu lagi.atau tanya kabar aku.ahaha.sangkaan terlalu positif.mungkin dari 50 nombor tidak dikenali yang kol aku.cuma satu yang nak beli .lagi 49 tu cuma individu-individu yang baru lepas clash atau baru lepas kena buang kerja dan melepaskan kemarahanku pada aku.muahaha.itu tak kena.ini tak kena.aku tak salahkan mereka.aku pon pelanggan.tapi kadang-kadang.dorang marah tak bertempat gak.iyelahhh.nak guna tenet.modem pon tak cucuk kat lappy pahtu marah aku.salahkah aku?dah cucuk modem.lappy tak on.cane nak guna tenet?salahkah aku?nak guna tenet.dah cucuk modem and on lappy.install pon belum.salahkah aku?kadang2 memang betul salah aku.muahaha

pelanggan tadi marah-marah aku.sebab katanya dia nak terminate tetapi payah sebab celcom center dari rumahnya jauh.ohhh.salahkah aku?kalau aku boleh alihkan celcom center tu depan rumahnya.aku dah buat.senang.takyah marah2 aku.dia marah-marah cakap aku ni penipu.suka tipu orang.ohh.jadi kenapa kau kol penipu?terang-terang nanti aku akan menipu lagi kalau aku ni penipu.ahahaha.dia cakap lepasni dia dah taknak percaya aku.siapa suruh kau percaya aku.aku suruh kau sign up je.haha.aku sebenarnya kasihan dengan mereka.yalah.customer.mesti nak yang terbaik.tapi apa salah aku?huk3

pernah juga sorang customer ni kol aku sampai nak buat laporan polis.sama jua.katanya aku ni penipu.cakap lain.jadinya lain.hadoih.aku rasa sudah aku terang semuanya jelas2 tanpa berbelit.dia sendiri sign agreement lepas aku terangkan semua.ketika itu angguk2 saja.lepas beli.geleng tak berhenti.oh.lupa nak cakap.dia india.opss.tidak perkauman disini.hanya informasi.ahaha.opps lupa lagi nak bagitahu.customer yang kol td pon india gak.haha.

kerja ini banyak menambah kesabaran aku.aku still ingat ada sehari tu.aku rasa aku jawab 7 panggilan tak berhenti-henti.gila wehh.lepas satu.satu kol.lepas satu.satu kol.kena gak la layan.customer bukan tahu dia orang keberapa yang kol aku.janji masalah dia setel.bukan salah aku pon aktivation lambat.cis.sampai pada satu tahap aku fobia bila dengar lagu trouble is a friend.ahaha.memang tepat tol ringtone aku.

tapi disebalik aku asyik kena marah ngan customer,ada jugak akak2 dan juga abg2 yang baik.dorang hantar mesej bagi motivasi.buat kerja elok2.tapi aku lelaki.kalaulah aku ni si liyana tu.mesti dah byk orang topupkan aku.ahahaha.oh tiba2 aku rindu kerja ni.orang kat luar sana keji dan hina kerja ini.kata mereka kerja low class.aku tak salahkan mereka.typical malaysian.aku jua begitu dulu.tapi kalau korang dah kerja.korang tahu la best tak best.gaji pon lagi tinggi dari akak maybank yang kadang2 hidung tinggi lalu depan booth.eee.tension jep.

ouhh.tolong la jangan ada lagi nombor tak dikenali.ahaha.naseb baek dulu aku tak kena wakenabeb ngan member2 kerja yang berlakon jadi customer.muahaha.best weh.k la.lagi sebulan.ape nak buat???

p/s : gila best lawat SASER 2 hari lepas.SASER dalam kenangan.terima kasih diatas jasamu!ouh lupa plak aku gi skodeng KMS malam tu.yang aku nampak cuma new zealand lagi 6800km.ahaha

Tuesday, May 25, 2010

aku sumpah sedih gila.


salam alaik.

mungkin hati merah yang allah beri ini sudah lama tidak sedih dan melankolik sebegini.hari ini.ianya kembali,menyentap merentap boleh kata kegembiraan yang aku sambut seganjil hari.aku sedih.aku sedih.jika kau baca ini.sumpah aku tengah dalam kesedihan.

Sekolah Menengah Sains Seremban.tak ramai kenal sekolah baru ini.SASER?ape tu?sekolah agama seremban kah?ooo.bangunan SDAR lama.baru kenal.ingat lagi ketika membeli cendol di ampangan dimana abang cendol tanya aku dari skolah mana.SASER ni apo dek?sekolah mano ni?tak ponah dongar pulak.yiah.tidak mengapa.tidak perlu publisiti sana sini.tidak perlu nama gah orang kenal.cukup sekolah ini membuktikan dengan pencapaian.oh.guru-gurunya amat dedikasi.aku hanya berjumpa serupa itu di SASER.berkejar ke sekolah pukul 6.00 pagi.semata-mata mahu mengajar pada subuh hari.dan meninggalkan anak isteri suami di rumah pada malam hari hanya utk berkongsi seinfiniti ilmu.mengorbankan cuti hari minggu sabtu dan ahad untuk ke skolah.tanpa guru-guru yang tidak pernah kenal erti penat,tidak lahirlah apa yang ada pada SASER sekarang.tapi kini.tiada lagi sains seremban.

aku sedih.sekolah ini bakal ditukar nama.tidak lagi kedengaran agung sekolah menengah sains seremban yang digerunkan lawan.SASER mungkin tidak lagi kedengaran.sekarang ini sekolah menengah sains tuanku mukhriz pula.sedih sedih.kenapalah ditukar nama.penat guru dan pelajar mengerah keringat untuk menjadikan SASER apa yang orang kenali sekarang.tiba2 ditukar nama.

mungkin orang pelik kenapa pula aku harus bersedih.sekolah itu tetap sama.guru nya masih sama.bezanya penuntut yang silih berganti.dan nama sekolah yang ditukar.tipu aku tidak sedih.kenangan yang selama ini aku abadikan 2 tahun disana.hanya tinggal sejarah.10 tahun lagi.tiada lagi nama sains seremban.SASER yang gah di atas.aku tidak tahu bagaimana aku harus ekspresikan melankoli ini.tapi ternyata.aku sedih.

dalam kesedihan ini.aku bangga.generasi ke tujuh dimana teman dan taulan aku yang bersengkang mata selama ini akhirnya berjaya melonjakkan nama sekolah ini ke tempat teratas.akhirnya sains seremban itu berada di puncak.puncak antara semua.mungkin buat kali terakhir.tapi aku bangga.selepas ini tiada lagi sains seremban.tiada lagi SASER.kami yang terakhir.RAKSASER.

tidak mengapa.aku iringkan doa ini agar sains tuanku muhkriz ini serupa saser.dapat diulang kejayaan yang SASER ada.tapi biarlah SASER tetap SASER.tiada ganti.

AKU SAYANG KAU SASER.

in memory of saser.
2002-2010
8 years of victory.

SASER NAMAMU TERATAS.
TAKKAN SASER HILANG NAMA.
anas saifuddin.
ex saserian.
0809.

Monday, May 17, 2010

aku rindu jadi junior. :D

salam alaik.

bosan.ahhh.sudah dengan perkataan itu.sudah lali.ahaha.aku tengok semua budak dah excited nak masuk U.tak kurang yang dah masuk matrik berteriakan mengatakan matrik itu best.tak lebih juga mangsa-mangsa seperti aku yang masih berdendang sayang jantungnya menantikan keputusan scholarship MARA and JPA. gile ar kalau aku tak kesah dapat ke tak.mesti aku kesah. tapi kalau dak rezeki aku di Uitm.teruskan sahaja langkah.usah sesal.Allah dah bagi jalan.kita terima sahaja.

oh ya.pagi tadi aku bangun gembira.wakaka.tapi baru aku sedar.aku cuma bermimpi.boleh aku mimpi aku dapat scholarship pegi INDIA??ahahahaha.dah la course pelik je.pentadbiran awam.lebih memelikkan kat surat tawaran dan ada da jawatan aku lepas aku graduate.University aku terletak di HARAHA.penat aku googling.tak jumpa2 pon.tapi time dalam mimpi tu.aku terima dan melonjak dengan riangnya.ahahaha.hadoih.

bosan menguasai.facebook la menjadi tempat lepak.dulu aku tak reti main facebook ni.maklumlah.zaman myspace dah berlalu.dulu kala lagi lagi zaman friendster.testimoni.testimoni.hak3.tapi itulah kenangan.macam2 orang aku jumpa.ok.berbalik kepada facebook tadi.aku rasa best plak main facebook ni.gila ramai aku jumpa teman setadika and sekolah rendah di laman ini.

memang jejak kasih betul.tapi malam ini.aku rase sayu plak.bila aku jumpa sorang2 facebook senior aku.ahahahaha.dulu dorm aku paling kecik kat SASER.(mesti shin tak puas hati). dorm aku 9 orang ja.

senior - Serak , Meor , Chip , Aiman , Fathi
naib senior -Anas , Apeng , Mush , Acap

see.9 orang je.katil ada 5.hak3.aku rindu gila plak kat dorm aku.dorm aku bertentangan ngan dorm shin.oleh itu.kitorang saling berjiran.wakaka.tapi dorm shin burok.dorm plg teruk LEKIR ARAS 2.wakaka.walaupon aku plg rindu masa aku form 5.aku rasa aku lagi rindu suasana dorm masa aku form 4.senior2 aku baek duuhh.walaupon serak penah pau ayam kfc aku tanpa kebenaran.ahaha.tapi dorang sempoi gile r.dorang boleh diajak borak2.gurau2.gelak2.bbeza dengan masa aku jd senior.junior2 aku bapak skema.ahahaha.betul ni.senyap sunyi dorm aku masa aku form 5.tak caya tanya Apeng.ahahaha.

KOMPILASI KERINDUAN AKU.VERSI FORM 4.

Aku rindu aku bangun tido aku tgk serak ngah makan roti canai dengan rakusnya.baru balik fly.
Aku rindu tgk meor tekun gila baca buku dok bersengkang mata ja.
Aku rindu masa semua berkumpul makan ramai2.
Aku rindu masa esoknya SPM matematik dorang boleh bantai gelak2 dan berjenaka.
Aku rindu jadi junior bila pakai baju KAMI 7TH BATCH.senior pandang2 sleck.hak3.
Aku rindu nak baca serak punya diari bawah katil aku.
Aku rindu nak maen gitar kat dorm A205 ngan pesot.
Aku rindu baldi ngan selipar aku hilang.
Aku rindu kena beratur masa kat DM.
Aku rindu takda air.
Aku rindu Hari guru senior maen cak lempong.
Aku rindu nak dgr klik kelantan berborak.
Aku rindu nak tgk Form 5 marah2 ayam dorang kene rembat kat DM.ahaha.
Aku rindu hari first tido kat Saser.
Aku rindu kene pau maggie ngan senior.
Aku rindu kena kawad sampai kol 2 pagi masa berlatih hari sukan.
Aku rindu Icebreaking hari pertama kat dorm kembang.
Aku rindu hias dorm masa form 4.
Aku rindu sapu dorm.
Aku rindu kejut meor bangun yang mmg dia takkan bangun punya.
Aku rindu nak tgk Serak pulangkan meja aku lepas bbulan-bulan.ahaha.
Aku rindu masa bulan puasa Form 5 keluar dulu.
Aku rindu nak main futsal cam ramble time form 4.
Aku rindu batch aku kena marah ngan DOOM.
Aku rindu tgk champions league final
Aku rindu kantin lama.
Aku rindu blok kemahiran hidup SDAR.
Aku rindu pegi sembahyang jumaat jalan kaki.
Aku rindu masa Jaha jadi Imam.
Aku rindu WanBad ngan Maher bagi tazkirah.
Aku rindu kena tido kat surau cuz qiamulail.
Aku rindu orientasi.
Aku rindu makan wasabi satu suap.
Aku rindu jerit2 tgk TV dalam DM.
Aku rindu nyanyi lagu kediaman.
Aku rindu Andre pakai kot.
Aku rindu Koci kena bahan.
Aku rindu Aceh mengaku dia pau kepsi aku.
Aku rindu Fathi and Aiman maen mesej cover2.
Aku rindu Meor gaduh ngan Acap.
Aku rindu tandas Tuah.
Aku rindu Iron room.
Aku rindu semua itu.

zaman kita jadi junior maybe zaman kita mencarut dan merengek ketidakpuashatian dengan macam2 hal..itu tak kena.ini tak kena.tapi zaman jadi junior sangat best dihargai apabila kita dah jadi senior.ahahaha.apa aku merepek.aku amat menghargai senior2 aku.walaupon ade due tiga kerat yang leh kata palat.tapi mostly coool.

exA202.

Serak - bakal fly ke India.
Fathi - Alexandria , Mesir.
Chip - Utp , tronoh.
Aiman - UNITEN bangi.
Meor - UIA , nilai.

AKU RINDU SASER.
sumpah aku rindu.
sekian.ikhlas dan rindu.
-anas-

Wednesday, May 5, 2010

air jernih tuka jadi minyak hitam.

salam alaik.

luahan rasa ini muncul bukan kerana mahu mengheboh kepada satu dunia cerita aku.luahan rasa ini muncul bukan kerana mahu mengfire sesiapa.oh maaf.aku tidak berapi.

luahan ini muncul bukan kerana ada yang menang.ada yang kalah.betul ckp kau shin.luahan ini dari pihak aku.kau sedih tgk dua kawan baik bergaduh.apatah lagi aku yang menanggung menimpung perasaan tu.

aku tahu.
aku bukan kawan yang baik.
aku tahu.
aku pon bukan sempurna.
aku bodoh.betul ckp kau shin.

tapi aku manusia.sebodoh mana seorang manusia.dia ada perasaan.ok.perasaan.apabila seorang manusia cukup retak dan koyak.kadang-kadang dia tidak dapat menahan perasaan.namapun manusia.bukan haiwan.haiwan pon ada perasaan.kalau kau pijak seeokor semut pon.semut tu rasa.sebab semut tu ada perasaan.

ok.dalam situasi ini.keegoaan jadi raja.aku tak nafikan.aku langsung tak nafikan.tapi bagi aku.aku sangat-sangat kecewa.betul ckp kau shin,biarkan saja pemergiaannya.ahaha.aku langsung tidak menghalang.ada aku menghalang?kerana bagi aku.kita dianugerahkan otak.dan pada masa itu,kita boleh berfikir untuk diri kita dan orang lain.kau nak pergi?pergilah.

aku tak kisah langsung aku tak dpt duit 5 angka tu.mungkin kecewa.gila orang nak bagi kau lima ribu lagi semingguje lagi then tak dapat .kerana?dia pergi.kau tak kecewa.tipu.kau boleh beli satu kontena macbeth shin.tapi benda tu aku boleh abaikan.
aku tak kisah langsung aku tak dpt mara kehadapan.bukan target aku sekalipun.team leader termuda asia tenggara?siapa kisah.

yang aku kisahkan ialah CARA.
kita nak mintak sesuatu dengan orang pon ada cara.
bukan main redah belukar semak samun.

pemergiaannya macam tak ada apa-apa.
macam happy nak pergi.
macam tidak ada apa2 untuk dirugikan.
macam boleh pergi sesuka hati.
macam aku ini tidak ada apa untuk dikisahkan.
macam kalau dia ada or dia takda itu sama sahaja.

hati aku ketika itu retak sedikit.yelah.anak didiknya semua menjadi tanggungjawab aku.sedang aku pon ada orang untuk dijaga.dulu ke kerja bersama.naik kereta.aku tak byr minyak?ahahahahahahahahahaha.itu saja reaksi aku.ok teruskan.hati aku rabak sedikit.mungkin perjalanan aku sudah mula seorang.tidak ada dia.kau tak sedih kawan baik kau pergi shin?disaat kau sangat dan amat2 memerlukannya.yah.shin kata biarkanlah pemergiaanya.aku dah biarkan.aku biarkan pon.aku tak merayu pon suruh dia kekal.tapi cara dia pergi.

aku sedih.ada dia jumpa dengan aku dan menyatakan masalahnya?ada dia ckp elok2 dia nak pergi?oh yah.tup tup.berhenti.aku agak emosi ketika itu.tapi ketika itu hati aku boleh dijahit lagi.tapi tak lama lagi.rasanya tidak.

oh yah.objek dengar kurniaan tuhan ini masih berfungsi.apa yang didengari aku terus memancung.

aku takkan bagi anas naik atas.
aku takkan bagi anas naik atas.
aku takkan bagi anas naik atas.
aku takkan bagi anas naik atas.

fuh.aku terbau dengki.oh.sungguh.kawan.mungkin aku silap.dan aku totally bersalah.aku dengar dan tidak pula cuba mengesahkan.betul kan shin?

menyesal kawan baek ngan anas?
fuck sial.kawan baik ngan anas.
camna aku leh kawan baik ngan anas ha??
dia da la skema.ikut peraturan.

fuuh.tidak lah aku bodoh untuk terus percaya.oh sungguh.kawan.mungkin aku silap.dan aku totally bersalah.aku dengar.dan tidak pula cuba mengesahkan.betul kan shin?

tapi sebenarnya aku cuba.aku masih boleh kawal ego aku shin.aku boleh. aku anta mesej.ada dia reply shin???tidak.aku tegur kat ym.ada dia reply shin??dia reply.apa dia reply?

"=)) teruskan lagi nas.teruskan lagi.aku nak baca lagi.teruskan la nas.tak cukup lagi tu.teruskan."

nak tanya shin.selesaikah?aku ego.tapi atleast aku sebagai kawan cuba.cuba nak selesaikan.tapi?oh.sungguh kecewa.rasa annoyed penuh dalam dada.

oh shin.aku salah.mintak maaf.terukkan aku?asyik cerita dan cerita.cuba tempatkan kau ditempat aku.kau akan rasa.aku tahu silap aku masa ini.mendengar sahaja apa org cerita.tapi shin.kalau aku tak dgr semua tu pon aku rasa dah cukup retak dah kot.

air jernih tuka jadi minyak hitam?
kenapa aku mudah percaya kpd orang luar sedangkan tidak mendengarinya?aku cuba mendengari.tapi?kecewa.

hati aku lembut.
mudah memaafkan.
dan mudah meminta maaf.
aku tahu aku silap.
aku mintak maaf.
aku rasa nak nangis.
dan aku dah menangis pon.
aku bodoh macam kau kata.
tapi aku ada perasaan.

hari-hari aku berdoa.angkat tangan berdoa.moga ada lagi rasa nak berkawan.tapi aku nak luahkan.kalau dua statement merah diatas keluar dari wangi mulutnya.oh.nak tanya shin.kawankah dia?

kepada KAU.aku bukan ego sangat tuk ckp aku still nak jd kawan baek kau!

Monday, March 22, 2010

kepada katil aku.

salam alaik.

this post is tribute to katil aku kat sains seremban.ahaha.nak baca.baca.tak nak baca.baca.tak boleh baca.baca.dah baca.baca.
A202-07




kepada katilku,

aku amat2 merindukanmu.bantal.selimut busuk aku.cadar.gambar acha.dan juga conteng-contenganku.baru kini aku sedar.bagaimana aku harus menyayangimu.walaupun kini aku tido empuk dikatil rumah.kau tetap aku igt.sebab kaula aku kantoi hp ngan cekgu shahrul.ahaha.kaulah tempat aku bergayut malam2.dengan.dengan.sesape jelah!.kau jugak tempat aku mengintai budak2 kampung belakang yang tak abis2 baling mercun dalam sekolah.sakai tol.nasib baik mercun tak masuk dalam dorm.kalau tidak.abis kau.kau jugak saksi kepada pertelingkahan rumah tangga yang berlaku belakang sekolah yang membabitkan suami curang dengan isterinya memalam buta.sampai dak saser sume tak tido nak dgr.tp.tp.aku tido.maaf.maaf.

oh ye.aku takkan lupa saat2 study didadamu.walaupun mesej lg byk dari study.tapi sebab kat blog aku tulis la study.tp.da kantoi.takpa.aku takkan lupa setiap hari sabtu.ada spotcheck dorm.tp.tp.takda spotcek pon.sebab mad yg jage dorm aku.kekadang je cuak uncle(HEM) check.yela.selimut tak penah pasang.pakai selimut busuk dari rumah je.ahaha.oh ye.mereka tak tahan ngan selimut aku.mereka kata busuk.tapi aku kebal nyamuk memakai selimut itu.tp.tp.last2 siput tido jugak ngan selimut aku.mungkin sebab dia tak tahan kena gigit nyamuk kot.

ahahaha.oh katilku.baru kini aku mengingatimu.kini.kau dah dengan org laen.tp.tp.tp.aku bangga pernah tido didadamu.wakaka.kerana kau katil keramat.siapa penghuni semua stret A.oh.lupakan.kau jugak tempat aku menconteng-conteng.dah macam diari dah kau.macam2 aku conteng kau kan?tp.tp.tp.kau tetap sabar.mmg la.kau katil.bukan ada perasaan.

oh katil.kau nak tahu tak masa malam last aku tido disisimu.aku menangis.oh.tipu.hampir.sebab esoknya paper kimia.mengingatkan dua tahun kita bersama.aku sedih.aku sedih.oh katil.aku tahu.aku tidak lagi boleh tido diatasmu.tp.tp.tp.aku nak kau tahu.kau katil terhebat.8 tahun kau berjasa.aku bangga.aku bangga pernah tido diatasmu.sumpah.sumpah aku bangga.

kini.aku harap kau bahagia.walaupun kau tidak lagi bersama aku.

terima kasih.
semoga kau kebal tak kena makan anai2.
oh ya.kau besi.lupa.

yang benar,
ANAS.
A202.TUAH.saser.

Thursday, March 11, 2010

puas.

salam alaik.

datang aku ke sekolah itu penuh dengan berguni harapan ayah ibu.
pulang aku hari ini penuh dengan segenggam kejayaan untukmu ayah ibu.

" Ya Allah , aku panjatkan rasa syukur kepadamu pada hari ini,kerana memberikan aku segumpal nikmat diatas perit jerih yang aku tempuh 2 tahun di sains seremban.Aku bersyukur kepadaMu kerana memakbulkan doaku,ibu bapa , guru serta rakan-rakanku.Aku bersyukur aku tergolong dalam insan yang bertuah pada hari ini. "

puas.
alhamdulillah.tak tahu nak ckp macammana.
sembilan A dikanan slip.syukur.syukur.
alhamdulillah.tak tahu nak ckp macammana.
batch 7 sains seremban .
raksaser.kita memang berbisa.
aku bangga sangat2 ngan korang.
130 straight A.
PNG 0.97.
syukur.dapat balas balik jasa cikgu.
aku happy dapat straight A.
lagi aku happy tengok semua ceria hari ini.
straight A atau tidak.
bukan ukuran hari ini.
yang penting kedudukan itu bertahan.
tetap teratas namamu saser.
alhamdulillah.aku sayang saser.
aku sayang cikgu2.
congrate to all.
bukan kisah apa kita dapat.
tapi kisahkan apa kita buat lepas kita dapat.
peace.

SASER NAMAMU TERATAS.
TAKKAN SASER HILANG TAKHTA.

anas saifuddin.
proud saserian.
sm sains seremban.
2008-2009

Friday, February 12, 2010

12 februari.

salam alaik.

setiap hari kita ada segumpal peluang tuk jadikan hidup kita lebih bermakna.hargai yang sudah berlalu.bersedia untuk hari2 seterusnya.

hargai setiap tarikh.kerana setiap satu hanya sekali seumur hidup.

12 februari 2008.
menyaksikan seorang budak hingusan dari Taman Ehsan mendaftar diri ke sekolah berasmara.maaf.asrama.kali pertama.hari pertama.sekolah menengah sains seremban.keseorangan.takda sorang pon yg dikenalinya.hanya dia.seorang diri.

pandang kanan.pandang kiri.mcm2 muka ada.utara selatan.timur barat.semua ada.mulai hari itu.dia kenal erti hidup seorang diri.maksud kawan.maksud teman.hidup sekolah lelaki.perangai mesti maskulin.haha.makanan DM.ikan jaket,pokeball dan sup ikan.wah.sup ikan.ikan paus rasanya.saserian?still ingat?sup ikan?maaf.sup insang.haha.lupakan.ibu.ayah.hanya berdua dirumah.kucing2 adalah.tambahkan taik ja.bukan reti basuh sendiri.abg kakak suma dah bekerja.hanya dia.masih di kerusi sekolah.mula belajar addmath.biology.kimia.fizik.wah.fizik.gulp.

dan bermulalah.kisah hidup di asmara.maaf.asrama.

12 februari 2009.
menyaksikan seorang budak hingusan dari Taman Ehsan di tingkatan lima.lima omega.tahun spm.tahun mati kata mereka.form 4 berlalu.tiada lagi junior.kini senior.bagi aku.bermula tarikh ini.kehidupan aku mula lain.dah jadi senior.form 4 palat.tuuut.aku benci mereka.sumpah.tak tipu.pedulikan.dalam otak hanya exam.pagi petang siang malam dah mula spm.dikir barat.kriket.kawad.yiah kawad.sungguh gembira rasanya nikmat juara.aku rindu dikir.amat2 enjoy2.kan2?aku dah ada jawatan.ada jawatan mcm takda.maaf.aku tahu aku bukan pemimpin yg baik.kurang baik.tak terbaik.maafkan.maafkan.lima omega.aku rindu korang.walopon suma maskulin.janji enjoy and sempoi.

dan bermulalah.saat getir nak spm.

12 februari 2010.
menyaksikan seorang budak hingusan dari Taman Ehsan mula bekerja part time.maaf.full time. sebagai field representative.ayat senang.dealer.tiada lagi buku latihan biology.tiada lagi examinasi.kini ada penat.penat.tapi nikmat.rasa usaha keras ada hasil.pengalaman.amat mematangkan.tiada lagi spm.tiada lagi bangku sekolah.sekarang.kerusi pejabat.empuk.tak keras.makin rindu asrama.amat rindu.sangat rindu.dalam hati?cuak.gerun.result belum keluar.bila nak keluar?cuba teka?jeng3.

dan bermulalah.kehidupan selepas sekolah.

*blog ini tidak dapat menampung berjuta-juta perkataan untuk menceritakan kenangan dan pengalaman yang penulis rasa.blog ini hanya dapat memberi kau.kau dan kau peluang untuk cuba mengimbau kembali kenangan dan pengalaman hidup sendiri.

lain orang.lain cerita. :)
oh ye.selamat pulang wirawan.wirawati negara.epy korang en??bagus2.haha

"ingin ku buat lagu cinta untukmu.agar kau boleh cuba rasa perasaanku."

12 FEBRUARI.DALAM MEMORI.DALAM HATI.

Sunday, January 31, 2010

anas.johor.peluang pekerjaan.

salam alaik.

helo dunia.helo.helo dan helo.
waaaa.lame tidak berbloga.
tengs kepada yg still sudi melawat laman sesawang tidak berupdate ini.
hari ni aku off.hiaah.
penat beb seminggu kat JB.tp pulangan pon masyuk lah.
dak2 JB.sory gile r aku x contact korang.
bukan aku x nak jumpa.tapi sumpah aku x de mase.
aku cut off kul 12 setiap hari beb.

oh ye.
di JB.
aku open booth di Taman Ungku Tun Aminah.
lebih kurang 6 hari aku kat situ.
sehari aku bukak kat Taman Daya.tp kene halau ngan MBJB.
siot tol. =.=
baru bukak 2 minit.dia da sibuk tulis surat saman.
hahaha!macam pengawas amik nama pon ada.
haih.dia ckp kalo dia nampak muka aku bukak booth lg aku kena saman 250.
ceh.
aku makan malam kat kg melayu majidee.kadang2 ade gak aku pusing Taman U.
n Taman Johor Jaya.n n Taman Pelangi.
hasrat hati nak pusing la gak "rock city" ni en.
tapi takda masa langsung.
plus kemangkatan sultan johor.
sume pakai songkok n balut hitam.
JB.JB.JB.rindu gak aku kat tempat tu.
cuz x sia2 aku kepenatan kat bandar tu.

p/s : aku rase makanan2 kat JB sedap lah nak compare ngan KL.haha.

PELUANG PEKERJAAN.

ADAKAH ANDA MENGANGGUR?MEMBUNCITKAN PERUT DAN TIDO SAJA DI RUMAH?TIDAK ADA BENDA UNTUK DI BUAT? BACA~

gaji : unlimited.ikut performance.
aku pernah dpt plg rendah rm200 n plg tinggi rm1400 seminggu.

jawatan : dealer celcom broadband.

kebaikan :

korang akan tingkat skill komunikasi korang.sumpah! ari2 ada training for leadership n management.

kerja korang x bosan.byk bergerak n merantau satu kuala lumpur ,kadang2 bandar lain dan tgk mcm2 ragam manusia.

gajinya masyuk tuk lepasan spm seperti aku.

mcm2 bonus diberi oleh syarikat.

komuniti syarikat amat peramah.korang x rasa dipinggirkan langsung.

suasana office yg laen dari yg laen.pelik?korang masuk baru korang tau.

INGIN MAKLUMAT LEBIH LANJUT?OR BERMINAT?JUST TINGGALKAN KOMEN ANDA ATAU HUBUNGI PEMILIK BLOGA INI.TQ.



Sunday, January 3, 2010

POKEBALL.SASER.


salam alaik.

esok sekolah.
suddenly rindu saser.
abes sume benda teringat.
ades.sedih.sedih.sedih.
satu benda aku teringat.
pokeball dm!
aka roti bulat bersalut kaya.
lihat gambar diatas.
heee.

dulu mase kat saser dgr pokeball sume patah balek.
cuz pokeball ini kadang kala sekeras bola kriket(hiperbola)
kadang2 berminyak.kadang2 keras.err.bukan kadang2.selalu.
hahaha.
aku rase malam ni mesti DM serve pokeball.
ape2 pon.saser in memory.

anas.
saserian 0809.
7th batch.
omega.
tuah A202.


Sunday, December 20, 2009

RANtai.art.idealist best!













salam alaik.

terima kasih kawan!
hati riang-riang synovial fluid kering lagi.
bukan synovial fluid je kering smalam , ringgit malaysia ikut sekali.
semalam amat best. jalan-jalan lepak-lepak gelak-gelak.
terbaik larh!.

juliet tunggu aku kat kl sentral kul 11.
die ckp aku lambat.padahal die yg awal.
kat klcc kene cari arie ngan mad.
aku ckp tunggu dpan VINCCI mad x abes2 ha??? ape?? GUCCI??
aku ckp VINCI die ckp GUCCI aku ckp VINCI dia ckp GUCCI.
nak tgk AVATAR.malangnye biaselah.no book.no seat.
shin datang.jalan senget2 tu da tau la dia.hahaha.pegi Pavilion nak gak cari tiket avatar.
kol nabil.nabil kate avatar x best.couple retreat best. (arghhh)
arie beli couple retreat.die bwk due org member die.
perut lapar.sudah bunyi.masa untuk makan.
nak lepak pelita nasi kandar belakang RANtai sekali hujan turun menggila.
arie punye idea lagi. pizza hut.tgk kocek.macam cukup.layan shjlah.
aku x kenyang makan roti.so meatball spaghetti jadi mangsa.
hujan sudah manja.masa tk jalan2. rantai.art event!

woah.mule2 sedih.KARYA x de.hueh.tension.taun ni best la.
aku lepak ngan dorang kat tingkat atas.
jumpa karya yg best2.aku salute dak umur 16 tu.
PETAK. and uly azman.sedap la karya korang!.
sumpah best.amat mendalam maksudnya buku korang.
taun ni lomokids menggila.satu bilik dorang lomokan.
bukan wall of lomo da.room of lomo.
haha.karya2 seni yg amat menarik.
dpt dgr KELADAK maen akustik.
layan2.harmonica nye amat best.
tandas pon dorang hias gune tisu.

lepak punya lepak hujan lebat jatuh lagi.
dorang da gerak dulu.aku ckp nanti aku kejar.
nak beli karya2 sket.pusing belakang.hujan lebat makin gila.
aku basah kuyup petang tu.lari dari red bungalow ke klcc.
jauh gak kot.cuz aku x amik shortcut.aku lupa ada shortcut.
siot tol.kekuyupan basah.

couple retreat amat sucks.
burn rm12 aku.x best dow.lawak2 lucah je.
dol betol.ngantuk weh!siot r nabil.huuu.
sipot sampai klcc.berkobar die nak gi rantai.
arie ngan mad da balek.
kitorang lepak pelita mlm tu.
borak2 gelak2.roti canai teh o ais limau.

RANtai lg!lepak ngan dorang tgk music performance.
aku suka la org2 seni ni.mendalam penghayatannye.
dapat tgk liyana estrella maen live.kiut >.<
amylea pon perform.best la spontan ngan otam.
best la itu mlm.layan jugak la di redbungalow.
balik rumah lewat.nasib baik dah inform ibu.
enjoy amat enjoy.
tengssss alot frens.
aku epy gile beb smalam.

juliet,shin,arie,sipot,mad,momo,couple x dikenali,erna codroy.
*susunan nama random.tq.haha.
juliet ko kate ko kua ngan budak2 x hot?
shin ngan sipot kan hot. :P



Saturday, November 28, 2009

3 hari lg baju sekolah.

salam alaik.
going back to saser.sedih weh.sumpah sedih nk tinggalkan sekolah tu.btw.3 ari lg.bukan 3 ari lg nak abes spm.3 ari lg pakai baju sekolah.haha.bpk r.selepas 11 taun pakai school uniform.tinggal 3 ari je lg.teringat mase kecik2 dulu.bulan 12.da sibuk pk sal baju.baju melayu.seluar.sampin .kasut putih bata.lencana.buku skola.beg sekolah.botol air.wakaka.masuk asrama da laen sket.seluar slack hitam.biskut.keropok.air mineral.ubat gigi.shampu.sabun.handphone.opss.haha.

ades.aku akan rindu gile alam persekolahan ni beb.zaman cintan cintun.ceh.cam pnah lak aku kapel.gaga.skola laki plak tu.gile ape.kiri.kanan.depan.belakang.atas.bawah.kaum adam je.jumpe kaum hawa kat dewan makan je.macik yuna!hot weh!hahahaha.2 taun dok asrama.byk pengalaman.huaa.ades.perasaan plak.spm x abes lg.orite.chow chin chow.mak aku da bising soh packing.nak packing ape.packing buku je kot.haha.

k . tralalala.


lusa?BIOS LOGOS.

aku nak cari perut lembu.rumen reticulum.omasum.abomasum.tjumpa perut ad pic lembu plak.
x phm bahase tol la yahoo ni.hahaha

i heart thee tera much BIOS LOGOS. :)

Sunday, October 4, 2009

BOTAK.

:









botak.botak.botak.sume org nak botak.botak lagi.lagi lagi botak.botak.
lebih sparuh batch aku da botak.yiah.

p/s : gambar akan diupload lagi. lagi lagi botak. botak la lagi. budak kecik kat blakang ni bising btol nak guna cc.nyampah . :D

KAMI DA BOTAK. ANDA BILA LAGI? TAIP ON BOTAK DAN HANTARKAN KE 32999.