Sunday, January 2, 2011

aku budak sekolah.


kolej antik mara seremban*using lomo smena 8m.
salam alaik.

yahh.aku masih lagi budak sekolah lagi.dan aku happy.form 7 keenjinan tahun ini.bangun pagi-pagi lepas subuh tido lagi.pukul tujuh bangun lagi pergi mandi gosok gigi.sarung baju kemeja tuck in setiap sisi. , slack hitam dan kasut hitam setiap hari. rambut sikat tepi berbeg galas dari pagi. pergi dewan makan nasi ,rezeki baik ayam kari. masa ikan semua lari. makan sepinggan dua. tak cukup kenit mata lagi. kat makcik D.M mintak simpati.

tak cukup makan pergi koperasi .tibai roti dan coki-coki. ha.jangan lupa dobi. masuk kolej mana guna tangan lagi. tak 19 lah gini.pergi kelas gelak-gelak hi hi hi hi. tido separa mati. cekgu datang kaver sendiri. dapat homework hari-hari . kata nak terbang tinggi . homework mahu kasi lengkap .baru berprestasi tinggi. petang-petang layan futsal kalo kalah duduk tepi. tunggu giliran macam nak mati. last-last terbenam lagi matahari. takpe. esok ada lagi. malam ada usrah ramai nak lari. lahoma sekala skali gelak gelak hi hi hi hi. cukup masa pegi wispi . bajet study .depan buku laptop mp3 . memanglah masuk apa nak study.

hoyeahhh.sekolah lagi.sekolah lagi.best jugak bila diamati. hidup cuma sekali .sekolah berkali-kali.

1 comment: