Monday, October 31, 2011

bila di sekolah dulu part #6

salam alaik

tak sangka aku PERNAH comel.
"
childhood moment is undeniable to be the most precious time ever as a homosapien. the time by which no acne attack our cute childish face .the time by which we were young and active. At that time , our job are simple . run as far as we can , laughing , jumping and crying. we have no responsibilities and we live life to fullest."

sekali lagi mesin masa telah menyedut aku ke satu zaman dahulu kala. membiarkan kotak otak fikiran aku berlegar dengan mainan kenangan.yang memang tak mungkin benak hati ini lupakan.gambar di atas rasanya ditangkap ketika darjah lima.tengoklah betapa comelnya.kalau bukan aku pun kawan aku.kih3.bila menatap gambar diatas , aku terfikir betapa cepatnya masa berlalu dan betapa cepatnya manusia tua.

gambar di atas membuatkan aku berfikir , betapa hidup ini pantas dan dengan kelajuan yang tidak terjangkau , kita menua. kita bergerak dan melangkah dari satu fasa ke fasa yang lain.

cepatnya!

* * *
gambar ini ketika aku darjah lima , Sk Taman Ehsan. majoriti watak2 diatas masih lagi menjadi kawan baik aku sampai sekarang.dan aku harap selamanya.semua dah melanjutkan pelajaran .ada yang berjaya di dalam negara.dan ada yang berjaya di lur negara.membuatkan aku bangga.ada kawan2 yang satu ketika dulu berhingus bersama.

kadang-kadang ada perkara yang tak dapat dijelaskan dengan kata-kata.dan itulah yang aku alami sekarang.
aku rindu zaman ini.
sumpah.
aku rindu.

Friday, October 28, 2011

a motivation.

salam alaik.

hari ini aku malas nak menaip.yang aku minta cuma satu perkara.tengok video bawah ni sampai habis.
boleh tahan sayu pilu dan kelu la tengok video nick vujicic ni.lelaki tanpa kaki dan tangan yang menharung dunia tanpa rasa kurang dari orang lain.


*lagu dalam blog ini boleh dimutekan dengan scroll down blog ni sampai bawah dan pausekan lagu tu.terimas!

Nick vujicic berkata ,

dan dia menyambung.

"if you fail , are you going to try again? "
ask yourself.

this is a  must watch video.have a seat and watch it!
laman rasmi Nick Vujicic -http://www.lifewithoutlimbs.org/

p/s : jarang anas post video dalam blog.kalau ada video dalam blog dia.bermakna video tu sangat best.

Saturday, October 22, 2011

IDOLA.

salam alaik.


pemimpin idola.
"saya tidak bangga jadi melayu , saya bangga jadi islam"-kata beliau.

susah mencari pemimpin serupa ini lagi.pemimpin yang zuhud , sederhana dan tidak berlebih-lebih.pemimpin yang tidak perlu rumah besar-besar , kereta mahal-mahal dan harta banyak-banyak.tengok saja perwatakannya , air mukanya , pakaiannya. nilai islamnya dan sikap rendah dirinya.


rumah beliau? rumah kampung biasa.bukan sebab beliau tiada wang.beliau menteri besar.gaji sama saja macam menteri besar lain.tapi tengoklah peribadinya.hari ini ,ada kelompok rakyat memandang Kelantan sebagai sebuah negeri yang daif. yang tidak maju dan membangun.memandang kelantan lekeh dan tiada  apa-apa.tiada kompleks beli belah bertingkat-tingkat.tiada wayang.tiada tempat untuk muda mudi berlepak hujung minggu.beliau menjawab :


 "jika didakwa di Kelantan tiada pembangunan, maka jelas sekali orang begini berjalan mendongak ke langit . Di Kelantan , ada pembangunan. Tetapi saya tidak bangga dengan membuat pembangunan , kerana negara komunis pun ada pembangunan. Tetapi yang saya bangga ialah melaksanakan Islam dengan harapan ia menjadi jawapan di dalam kubur kelak - Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

tengok saja di kelantan .ada tak papan tanda membuka aurat dan perempuan seksi sebagai model? ada tak kedai jual nombor ekor macam di negeri2 lain? ada tak disko dan pub?menyedihkan bila ketika kerajaan negeri Kelantan menguatkuasakan undang-undang tatacara pemakaian di tempat umum ,orang islam sendiri yang mengkritiknya! bukannya cina dan india! -sila rujuk The Star .laporan bertajuk kelantan get a dressing down , seorang yang bernama Akmal Zulkifli , pegawai komunikasi Sisters in Islam mengkritik kerajaan negeri atas penguatkuasaan undang2 tersebut.

“Wearing the hijab should be an individual choice and not dictated by law.--kata beliau.
dipetik dari the star.

persoalannya kenapa perkara2 seperti ini ditentang secara umum , tetapi perkara2 lain yang sepatutnya ditentang tidak pula diheboh? pub?disko?pelacuran?arak?menutup aurat dan sebagainya?apabila sebuah kerajaan negeri ingin menjalankan aspek keislamaman.orang Islam sendiri yang membuka mulut menolaknya.sadis.cukup sadis.Nik Aziz memegang tampuk menteri besar dari tahun 1990 ketika PAS pertama kali menakluk Kelantan dan sehingga kini , beliau masih sebagai menteri besar.cakap saja bila stadium sultan muhammad ke 4 tidak penuh dan banjir dengan muslimin dan muslimat ketika terdapatnya munajat bersama tuan guru pukul 5 pagi!


kuliah agama hari jumaat di Kota Bharu? siapa yang memberi kuliah?kalau tidak seorang menteri besarnya sendiri.menteri besar yang cukup sederhana.

Nik Aziz menjadi idola .seorang pemimpin sederhana yang cukup hebat!dan tidak perlu gah-gah di persada dunia tapi agama entah ke mana.


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/10/21/nation/9743381&sec=nation

Saturday, October 15, 2011

pesanan hari sabtu.

salam alaik


LIVE YOUR LIFE TO THE FULLEST!

Friday, October 14, 2011

do remember this.

salam alaik.
abang brader karipap kat tepi city square JB ni tak pernah mengeluh pon meniaga kat mana2.

meminjam kata-kata kawan.

"its not place decides who you are , but you decide for yourself " -tweet rafique musa.


dalam kehidupan.ada titik perjalanan dimana kita nak sangat apa yang kita impikan.tapi kadang-kadang kita pilu kerana impian kita tidak bertapak pada realiti.ada juga titik dimana kita benci dengan apa yang kita dapat dan seolah-olah kalau ada bom di tangan dah kita lontar jauh-jauh untuk melepaskan geram dan kesumat.kita rasa dunia ini tidak adil.orang lain ada tapi kita takda.dan mungkin kita ada tapi kita tidak bersyukur.

manusia yang hina ini memang jarang bersyukur dan berpuas hati.selalu rasa kurang dan rasa nak lebih dan lebih dan lebih.tambah memalukan , tak pernah redha dengan apa yang dia ada.ingatlah.di belakang kita ada puluhan dan ribuan lagi orang2 yang kurang bernasib baik.yang tidak menghirup nikmat sebaik kita.tapi kita yang bebondong nikmat ini.sentiasa mahu lebih dan lebih.tapi tak pernah bersyukur.

"kau lain la nas.kau pandai.kau ada tu kau ada ni.aku ni.dah la bodoh.tak kemana pun hidup aku"

kau ingat kepandaian semata-mata boleh beli syurga?boleh buat kau berjaya hidup senang dunia akhirat? itu typical manusia yang hanya sandarkan akademik sebagai pengukur kejayaan.dan kalau kau putus asa.kau paling loser.

"alah.dia tu berniaga pasar malam je.takda masa depan.orang2 macam kita ni yang educated je ada masa depan"

tuih.kau ingat yang mencongak dunia ini kuasa kau? sekali tuhan putarkan dunia.orang2 yang bongkak di atas macam kau itu boleh terjelupuk kehinaan dibawah.itu salahnya orang-orang kita.memandang taraf dan darjat lebih kepada akademik tanpa isi didalamnya.dan memandang hidup ini satu kejayaan bila ada rumah besar. kereta besar dan bini besar.

"sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya"


sia-sialah sesuatu yang berlaku tanpa hikmah.hidup ini tidak sia-sia jadi sesuatu yang berlaku mesti ada hikmahnya.sesungguhnya tuhan itu maha adil.dia tebarkan rezeki yang sama rata untuk kita semua.tinggal kita cari guna sahaja.mungkin ada sahabat-sahabat yang di luar sana yang masih lagi kecewa kerana tidak berpeluang ke luar negara seperti orang2 yang bernasib baik macam aku.tapi ingatlah.its not the place decides who you are , you decide for yourself.belajar di luar negara tidak menjanjikan apa2 sebenarnya.dan belajar dalam negara tak semestinya taraf kau di bawah sesiapa.

* * *
ingatlah.ingatlah.tempat itu hanya medium sahaja.kalau kita berusaha.tuhan pasti membalas.lambat atau cepat sahaja.sama ada kau bersabar atau putus asa.ingatlah.ingatlah.sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.jadi jangan putus asa!

aku tembak kena diri aku balik jugak pada akhirnya.kerana aku insan hina.yang entah hapa-hapa.

p/s : semua pakat nak apply UK.haih.gamaknya aku kena try luck aku jugak la

Wednesday, October 12, 2011

gagak hitam.

salam alaik

BOLD AND BEAUTIFULL
dari kiri : ahmad ghazie , anas hensem saifuddin , abu d.zar , shukry shahudin , hazran zul , amin jabar

photo and editing by Amin Jabar
http://www.flickr.com/photos/amin15

Tuesday, October 11, 2011

luah muntah #1

salam alaik


penyepit baju.kuning ,.hijau muda.merah mahupun hitam sekalipun. kerjanya menyepit baju.perbezaan warna tidak langsung mencacatkan apa-apa.bahkan penyepit yang berlainan warna jika diletak kiri kanan makin meriah warnanya.dan harus diingat.penyepit baju tiada mata dan telinga.apatah lagi akal.

manusia.ada yang gemuk.kurus.hitam.legam.putih.sawo matang dan albino.ada yang kaya dan papa.ada yang kuat tacing dan ada pula yang kuat membahan.ada yang baran.dan ada yang buat tak heran.apa juga spesifikasinya.kerjanya menjadi hamba tuhan di muka bumi.tapi sayangnya.perbezaan yang ada membuatkan manusia makin dangkal.

* * *

penyepit baju yang tidak bernyawa ialah bukti kukuh manusia mudah lupa.yang dia hanya sekeping hina yang tidak apa-apa

Monday, October 10, 2011

senyumlah.

salam alaik



"kalau aku ada kuasa superpower.aku tak mintak untuk ada dada ketul2 dan tangan besi dan kuasa api-api terbang-terbang.aku cuma nak hentikan masa.dan bila masa terhenti.aku nak guna kuasa ghost buster dan sedut keluar semua duka lara dan melankolik yang berjimba jimba di dunia.aku nak pastikan bila dewan bahasa dan pustaka keluarkan edisi terbaru kamus.tidak akan ada perkataan sedih , duka , nestapa dan sedarahnya.yang ada cuma bahagia.dan langit cerah gembira.

tapi aku bukan tuhan .

* * * 

aku hanya sekerdil manusia lemah yang entah apa-apa.dan tidak boleh lari dari dikejar entiti-entiti emosi sebegitu.tapi tuhan sayangkan hambanya.segala serabut masalah yang menggoda tentu ada ubatnya.dan tuhan telah campakkan ubat itu pada kita.kita cuma tunggu guna saja.

jadi senyumlah.kerana senyum itu sebaik-baik penawar.melankolik sangat takut dengannya.maka senyumlah.

Sunday, October 9, 2011

bila di sekolah dulu part #5

salam alaik.

satu ketika dahulu.sewaktu zaman menghadapi peperiksaan yang mengubah arah hidup iaitu SPM.batch aku RAKSASER bertindak secara bersepadu dan jitu dengan arahan pembotakan kepala secara menyeluruh sebagai salah satu simbol penginsafan diri dari kemalasan dan kelalaian.

walaupun tidak semua yang menyahut seruan.tapi majoritinya berani bertindak.membotakkan kepala kawan.dan merelakan kepala sendiri di botakkan.








see? unite tak unite batch gua.rambut botak paling gempak mestila milik gua.dah macam castello dah kan?dan esok,gua akan membotakkan sekali lagi rambut gua.tanda penginsafan dan kembali nya gua ke jalan yang benar.haha.macam gua dah tersimpang jauh pulak.

enjoy la pic2 di atas ni.dan gua dah kata.zaman sekolah lelaki ialah zaman paling indah.








hasil unity ini.batch gua berjaya dengan cemerlangnya.apa da hal?
* * *
"botak ialah sebenarnya fashion rambut untuk seseorang yang boleh berdiri sendiri.tidak perlu bantuan untuk dirinya konfiden.dan boleh mengharung apa saja tanpa perlu rasa malu.sebaliknya percaya dengan diri"

im proud saserian
Omegan 0809
Tuah A202.

bila di sekolah dulu part #4

salam alaik.

tiga gambaran biasa di asrama .ni dekat asrama gua sains seremban.gua tak tahu budaya ni adakah sama saja di setiap sekolah ataupun cuma di sekolah gua sahaja.kikiki.

1) countdown balik rumah.

 

2) selipar tak pernah sama.



3) conteng-conteng kenangan.



will be going back to SASER next sunday for some batch reunion.gua sangat merindui zaman asrama lelaki.dimana pakai selipar lain2 kiri dan kanan bukannya satu masalah.malah satu perkara biasa.dimana buat kiraan countddown balik raya memang satu perkara yang dinanti-nanti dan menconteng meja dan bawah katil sebagai diari memang perkara rutin.

* * *

Saturday, October 8, 2011

REPOST : pakcik misteri

salam alaik.

baca dan hayati.
kerja aku sebagai penjaga kedai buku.aku bukan kaki buku pun.aku kaki tiru.dulu aku tiru pon dengan budak bodoh.jadi tak salah kot aku meniru.nak tunggu keputusan SPM lama lagi.arhh.buat apa.tunggu tak tunggu sama saja.aku bukan kemana.aku tahu.aku bodoh.kelas terakhir.aku sudah tahu takdir aku.tak payahlah aku cuba jadi pandai.sebab aku memang bodoh.dari kecil aku bodoh.jadi aku memang takkan pandai.aku memang tak bertuah.tuah ada dekat melaka.bermesra dengan sang puteri.biarkan aku.aku pon bukan sembahyang punya orang.hidup aku dah memang macamni.bebal itu makanan aku..jadi baik juga aku bekerja membanting tulang.keluarga aku bukan kaya mana.jadi setiap hari,aku bekerja disitu.

pelanggan kedai buku bukannya sikit.sudah namapun kedai buku aku FAMOUS,lagi lah berbondong orang datang.nak pula waktu hari minggu.budak2 bukan betul sangat.main cuba-cuba pen.bukak-bukak kotak krayon.main sorok-sorok,kejar-kejar..lepas tu pengumuman budak hilang.bukan budak je hilang.segala benda dia bawak lari.kalau lah kedai buku aku boleh buat pengumuman kehilangan barang.aku rasa.sampai malam pon tak abes.yang ibu bapak pon bukan betul sangat.dalam kedai buku aku jugaklah tempat dorang nak berjejak kasih.kawan lama tak jumpa.tgk2 dua duduk seblah tgk buku GALAXIE.lepastu bergosip tak sudah.GALAXIE ditinggal.aku bertambah sial.tapi bukan itu yang aku mahu ceritakan.ini cerita aku,

kerja aku taklah penat sangat,aku jaga bahagian buku sekolah rendah dan menengah.mahu juga menyumpah sampah jampi serampah.letaklah aku bahagian buku rumah tangga ke.boleh aku selak2 halaman menarik untuk hari tua.eyh.aku bodoh.siapa nak aku.setiap hari kerja aku kemaslah buku2 soalan objektif yang bulat2 tu.dan setiap hari,akan datang seorang pakcik tua cina ke kedai aku.tidak lah tua mana.dewasalah.agk lusuh bajunya.dia tidak kemana.dia ke tempat aku.dan boleh kata setiap 2 hari.dia akan beli satu buku soalan objektif dikedai aku.dia bukan pilih2.dia datang , amik dan terus pergi.kadang-kadang aku jadi hairan,takkan lelaki yang lagi dua jumaat je tinggal ini mahu repeat SPM? gila.sedangkan aku yang bodoh ni pon takkan mahu repeat SPM.kadang2 buku ERT yang diambilnya.haha.mungkin untuk anaknya.tapi jika untuk anaknya.takkan sampai 2 hari skali.boleh gila anaknya kerja membulat sahaja.

aku biarkan sahaja.kerja aku kemas buku,kerja keselamatan dah dipikul abang guard didepan yang sibuk mesej aweknya yang bekerja sebagai guard jugak dibank.suatu hari,seperti biasa.pacik itu kembali.lepas dia ambil satu buku soalan objektif,dia hanya senyum dekat aku.aku takut.haha.tipu.mestilah aku senyum balik.pelanggan tetap.rupanya,hari itu,dia bilang dia tak bawa duit.jadi faham-fahamlah,kata orang senyum itu ada makna.nasib baik dia pilih buku bulat2 darjah lima.jadi murahlah sikit.aku tolong bayarkan.jauh dalam sudut hati aku betapa misteri nya lelaki tua ini.aku mahu tahu kisahnya.

aku tegur dia.aku tanya dia.tapi dia hanya pandai menggeleng.dia cuma kata,aku akan kembali ke sini.dengan kejayaan.terima kasih.aku jadi makin bingung.kejayaan apakah?selang beberapa hari selepas itu.seorang lelaki bertuksedo hitam kilat datang ke kedai buku aku.terus ke tempatku.aku kenal dia.dialah pakcik tua yang selalu membeli buku soalan objektif tu.aku gosokkan mata aku.betulkah dia?dulu bajunya lusuh tanpa tulisan.kini gaya ala2 dato jalaludin hassan.dia senyum pada aku.dia bagi aku rm50 note.dia masukkan ke kocek aku.tapi seperti biasa.dia masih ambil buku soalan objektif sambil tersengih dan berlalu pergi.dia masih membeli buku soalan objektif.boleh kata kerap.

lagi bertambah hairan dan raihan aku.selang lagi berapa hari.dia kembali.kembali dengan imej lusuhnya dan seribu kesedihan.tiada kejayaan.kegagalan katanya.aku tidak dapat menahan kemisterian.lalu aku bertanya padanya apa yang terjadi.

aku ini sudah miskin katanya.dulu aku anak orang kaya.aku ini cuma warisi harta bapak aku lah.kerja aku duduk ofis sahaja.semua dah ada.aku tukang sign saja.buat apa kerja penat2.usaha lebih2.tak kemana jugak kau.mudah.kereta besar.rumah besar.bini pon besar.tapi bisnes ayah aku bankrap.rumah aku kena jual.bini aku pergi.kereta aku lari.aku sudah tidak percaya tuhan.tuhan itu penipu.kalau betul dia ada.dia takkan bagi aku mcam ini.katanya keras.aku pelik.jadi apa kaitan buku soalan objektif dengan dirinya.aku percaya tuah aku.tuah aku aku yang tentukan.tuhan tidak ada.duit aku yang masih ada ini.aku cuba takdir aku.kau tahu kenapa aku beli buku itu semua?

setiap hari aku tandakan jawapan aku pada set2 soalan tu.aku tak tengok soalan.aku tanda sahaja.dan setiap hari.aku cuba nasib aku.aku semak jawapan aku.dan hari tu.aku dapat 50/50 betul.aku tahu.itu hari bertuah aku.aku pegi main judi.dan aku menang.aku tahu itu hari aku.hari bertuah aku.katanya sambil ketawa.kau bodoh mahu kerja macam ini.gaji tak seberapa.kuli orang pulak tuh.hahahaha.gelaknya lagi.kau tgk aku.usaha sikit saja dari dulu lagi.kaya jugak aku.

jadi kenapa pacik jadi macamni?tanya aku.buku itu penipu!berapa kali aku cuba.aku sudah tanda 50/50 betul.hari bertuah aku.hari bertuah aku.aku main judi.tapi! aku kalah.aku hilang semuanya!.buku penipu!buku penipu! aku mahu koyak buku itu! mana buku itu! jahanam! cilaka?chulalongkorn! habis duit aku! penipu! seakan niang rapik mula masuk ke rongga hidungnya.aku panggil abg guard yg hampir tertidur dihadapan.dan dia dibawa keluar.pada aku.hari itu.hari pertama dia gila.aku harap tidaklah sebab aku.

ouh.dia tak mahu berusaha tapi mahu semua.dari kecik dibesarkan keluarga kaya.bila susah.tidak pula cuba usaha.mengharap tuah saja.sekali mungkin tuhan bagi.tapi untuk bagi kau sedar.aku ini pula salahkan tuhan jadikan aku bodoh.tapi aku tidak berusaha.aku tiru.aku ponteng.sembahyang tinggal.tapi berangan jadi pandai.terima kasih pakcik yang baru gila.kau telah sedarkan aku.tuhan takkan bagi kau rezeki berjemba-jemba jika kau sendiri duduk termenung mengharap akal albert enstein jatuh dari langit.tuhan juga tidak akan biarkan kau menangis tragis kalau kau tak dpt tapi kau dah usaha kerana tuhan dah tetapkan yang terbaik utk kau.

TERIMA KASIH PAKCIK TUA GILA.


p/s : saje nak repost.my first karya panjang bebas.

REQUOTE #1

salam alaik

Friday, October 7, 2011

oh mangga.

salam alaik


kalau korang tak putih , ada sickpack dan ada sejemput bulu ketiak dan tak pandai berenang.jangan mimpi la nak masuk majalah mango.mango memang majalah paling laris kat malaysia.cakap budak sekolah lelaki mana yang  tak pernah baca atau selak ruangan artis minggu ini dalam mango? kah3.

kalau korang takda aset yang cantik , gosip liar dan ada sejemput baju sahaja, jangan mimpi la nak masuk mango.mango memang majalah paling laris kat malaysia.cakap budak sekolah perempuan mana yang tak pernah baca atau selak ruangan kolam renang maskulin mango?kah3.

dah namanya mangga.dedah dada tunjuk lurah tu dah jadi trademark.dan bergambar tepi kolam pula memang tradisi yang tidak dapat ditinggalkan.baru laris beb.kalau metro trademarknya mesti berita perempuan kena raba dan diulas sedetail mungkin dan perogol bersiri berjaya ditangkap.kalau utusan pula trademarknya pakatan rakyat tak boleh pakai.dan anwar ibrahim seorang pengkhianat.

bagi mangga senang saja trademarknya.dedah dan dedah.
ah.kesah apa kan?.kalau ada mangga depan aku pon aku try selak.try je.try bermaksud percentage gagal dan berjaya sama banyak.ok. abaikan.

aku sebenarnya nak berdekah baca headline mangga yang atas ni.
"marsha belajar tentang islam"
"shahir jadi pendakwah"

* * *

aku tunggu mangga buat kuar headline macamni pulak satu hari nanti.

"mangga pon turut sama belajar tentang islam".
"mangga pon turut sama berdakwah".

marsha ni bukan islam kan?editor mangga agama apa gamaknya?
kalau dia islam aku harap dia faham apa yang aku cuba sampaikan.
ok bai.

Thursday, October 6, 2011

kain pelikat baru ada gaya.

salam alaik.

gua ada satu hipotesis di sini.jika hipotesis gua salah.nak buat macammana? gua manusia biasa.kalau betul.gua memang layak jadi ahli falsampah.

gua beranggapan bahawasanya lelaki dan kain pelikat sebenarnya ibarat perempuan dan baju kebaya.ok.semua yang bergelar manusia pada dasarnya dilahirkan dengan satu jantina.lelaki ataupun perempuan.dan pada dasarnya lelaki memang jantina yang paling awesome dalam dunia.tanya ja kerja apa yang perempuan boleh buat tapi lelaki tak boleh buat? takda beb.tukang masak? tukang potong rambut? perampas kekasih orang?tukang urut? jururawat? doktor sakit puan? perampas kekasih orang? juru make up?perampas kekasih orang? penjual karipap? perampas kekasih orang?cer cite apa lagi yang lelaki tak boleh buat? haha.

* * * 
bola jaring pun dah jadi makanan budak lelaki.

selepas di kenal pasti.ada satu pekerjaan yang lelaki tak join venture lagi buat masa ni .itupon sebab kekurangan suit yang sesuai.iaitu perenang berirama .jadi,rizalman.sila buat kerja anda.

ok.habis dengan merapu.jadi disini persoalannya apa kaitan lelaki dan kain pelikat dengan perempuan dan kebaya? secara norma masyarakatnya.kain pelikat dan baju kebaya memang dah jadi lauk pakaian rakyat malaysia.baju kebaya? sebenarnya dipakai agar kelihatan sopan tapi sebenarnya nak show off body dengan cara subliminal.cuba bagitahu sikit potongan kebaya mana yang tak obviouskan bahagian pinggang dan dada.ha.dah jumpa? ha tu kebaya afrika selatan gamaknya.menipu! kebaya melayu baba nyonya sememangnya direka untuk menampakkan susuk badan.kerja freemason semua tu.dan perempuan tak payah nak nipu ler kalau pakai kebaya sebab nak tutup badan.kah3.

kain pelikat pula?.ada dua sebab kenapa lelaki suka pakai kain pelikat.satu, pakai kain pelikat membuatkan budak lelaki nampak macam lelaki melayu terakhir.kedua;untuk pengudaraan maksimum.jadi kedua-dua reason ni membawa kepada satu kesimpulan yang tak dapat disangkal lagi.lelaki pakai kain pelikat memang nampak hot.macam perempuan pakai kebaya.

jadi persoalan gua cuma satu.kalau lelaki secara dasarnya terpegun pegan tengok perempuan pakai kebaya belah peha.adakah perempuan pon begitu kalau tengok lelaki pakai kain pelikat?gua mahu jawapan.like seriously.haha.

tapi sebenarnya kain pelikat dan kebaya ada perbezaan yang nyata jelas.kebaya di pakai di majlis kahwin2 dengan harapan ada budak lelaki usha2 dan kagum.dan kain pelikat dipakai golongan maskulin melayu terakhir ke surau-surau berdekatan seperti surau al furqan untuk solat isyak berjemaah.

dan seperti gua bagitahu.terdapat dua je reason kenapa lelaki pakai kain pelikat.dan tidak ada reason lelaki pakai kain pelikat untuk show off badan.ye dak? nak hadap tuhan mana boleh show off2. kih3

sebagai tatapan kaum wanita.gua dah kata.pakai kain pelikat memang hot.hahahaha
adi syazni.single lagi nih.

ok bai.
pandangan kaum wanita? :
http://hanisrazak.blogspot.com/2011/05/lelaki-kain-pelikat-sexy.html
gua mahu jawapan.haha
sekian.

p/s : penulis tengah pakai kain sarong.apa ada hal?

this is why i love analogue #6

salam alaik.

last month , i spent rm50 to buy one secondhand , cheap , fully plastic toy camera from a girl in Shah Alam.and this are some of my first results using the camera.






it can be considered as wide angle plastic toy camera with fabulous 22mm lens , this UWS superheadz is super easy to be handled. no setting. super light , super cute , super wide and super cheap. all in one.for beginner in film photography.i recommend you this camera.point and shoot.as easy as you can imagine.

although it is just a toy film camera.it can give some vignette effect.and of course.people will keep this camera in their head because of its wide angle lens.

so far, i tried it once.and look forward to snap more with this camera.
and this is why i love analogue. part 6 : )

cheap but fabulous.

just ask me on facebook to learn more about the camera.
hail analogue!

Wednesday, October 5, 2011

KETUMBIT.

salam alaik
mangsa ketumbit.

ketumbit ialah sebenarnya adik daun ketumbar yang terpisah jauh.ketumbit dan ketumbar ada persamaan dan perbezaan.ketumbar digunakan dalam makanan untuk menyedapkan.tapi ketumbit digunakan sebagai penanda aras seseorang itu kuat skodeng.seperti mangsa diatas.dia seorang stalker.jadi paham2 lah kenapa ketumbit menempek.

ketumbit dan ketumbar ada satu persamaan.kedua-duanya ada frasa ketum diawalnya.dan seperti kita tahu ketum ialah sejenis dadah.adapun ketum menjadikan ketumbar dan ketumbit nampak sama.ketumbar dan ketumbit bukan dadah.kalau ketumbit ialah sejenis dadah.maka penagih tidak akan segan silu menghisap mata  mangsa di atas.dan restoren2 thai akan dipenuhi penagih kerana carian google menunjukkan ketumbar banyak digunakan dalam masakan thai seperti nasi paprik.

jadi bagaimana petua untuk menghilangkan ketumbit.carian google menunjukkan ketumbit boleh dihilangkan dengan menuam air panas keatas kelopak mata.disebabkan ketumbit tumbuh akibat sikap seseorang yang kuat skodeng.jadi menuam air panas diatas sebenarnya lebih kepada analogi penyeksaan azab panas api neraka bagi seorang stalker seperti shazwan salimin.shazwan salimin ialah nama yang sengaja2 direka.harap maklum.bila si pengenumbit(seseorang dengan ketumbit) insaf.ketumbit akan hilang.

jadi ketumbit sebenarnya memang penyakit.tetapi analoginya lebih kepada penyeksaan seseorang yang suka skodeng dan tengok benda bukan-bukan.

*gua taknak ulas lebih2.ketumbit ni penyakit tulah.lagi disebut.lagi datang.ok chow.
*lama tak merapu dalam blog.

Monday, October 3, 2011

hello october!

salam alaik.





hello to october and goodbye september.see you again next year.well yeah.i shoot a lot in september.i used a lot of film camera.a lot of experiment with new gears.some of it meet failure.and the rest just make me proud.

to be an analogue photographer and make it as a fulltime hobby is not an easy task.just imagine , you want to shoot some spontaneous photos,emotions and expressions. but you need to be faster that the subject.its not like DSLR when you can auto focus the subject.you have to be super fast.waiting for the right time to click the shutter button.i am not a person who believe in a quote "dont think just shoot".because for me.to get a wonderfull result.you have to make a correct judgement and appreciate every single roll of film you used, i found something special when using analogue camera.the excitement.the joy.and for me my self.i enjoy analogue photography.

it is not fair to compare different type of camera ,either analogue or digital.both ,have their own weakness and strength.just fix yourself to what you like and dont be easily influenced by others.i tried a lot of analogue cameras.from the simplest and cheapest toy camera to more complex such as slr with manual settings.each one have its own strength.i found myself really into this analogue scene.i make it serious hobby and not to be like one-two roll film shooter only.and after that.they sell back their camera.

not everyone can accept that analogue photography still have their own supporters.they only believe in digital world.by which photos can be snapped and deleted any time.for me.i love both.camera is just a gadget.and the shooter is the one who make it special.





some of my favourite photos from my second roll of zenit E , the 1980 russian slr.i feel a lil bit dissapointed because some of the photos are not sharp enough.yet.im so happy. : ) below are some of my favourite photos i snapped using cheap UWS.i bought it for rm50.and the results were outstanding!





and below are some of the results i obtained using wide La Sardina,abu's gear.





overall? i really enjoyed the results.i still a learner.and i will improve.hail analogue photography!  hello october! dont make me dissapointed.welcome!