Friday, October 7, 2011

oh mangga.

salam alaik


kalau korang tak putih , ada sickpack dan ada sejemput bulu ketiak dan tak pandai berenang.jangan mimpi la nak masuk majalah mango.mango memang majalah paling laris kat malaysia.cakap budak sekolah lelaki mana yang  tak pernah baca atau selak ruangan artis minggu ini dalam mango? kah3.

kalau korang takda aset yang cantik , gosip liar dan ada sejemput baju sahaja, jangan mimpi la nak masuk mango.mango memang majalah paling laris kat malaysia.cakap budak sekolah perempuan mana yang tak pernah baca atau selak ruangan kolam renang maskulin mango?kah3.

dah namanya mangga.dedah dada tunjuk lurah tu dah jadi trademark.dan bergambar tepi kolam pula memang tradisi yang tidak dapat ditinggalkan.baru laris beb.kalau metro trademarknya mesti berita perempuan kena raba dan diulas sedetail mungkin dan perogol bersiri berjaya ditangkap.kalau utusan pula trademarknya pakatan rakyat tak boleh pakai.dan anwar ibrahim seorang pengkhianat.

bagi mangga senang saja trademarknya.dedah dan dedah.
ah.kesah apa kan?.kalau ada mangga depan aku pon aku try selak.try je.try bermaksud percentage gagal dan berjaya sama banyak.ok. abaikan.

aku sebenarnya nak berdekah baca headline mangga yang atas ni.
"marsha belajar tentang islam"
"shahir jadi pendakwah"

* * *

aku tunggu mangga buat kuar headline macamni pulak satu hari nanti.

"mangga pon turut sama belajar tentang islam".
"mangga pon turut sama berdakwah".

marsha ni bukan islam kan?editor mangga agama apa gamaknya?
kalau dia islam aku harap dia faham apa yang aku cuba sampaikan.
ok bai.

2 comments: