baca dan hayati.
kerja aku sebagai penjaga kedai buku.aku bukan kaki buku pun.aku kaki tiru.dulu aku tiru pon dengan budak bodoh.jadi tak salah kot aku meniru.nak tunggu keputusan SPM lama lagi.arhh.buat apa.tunggu tak tunggu sama saja.aku bukan kemana.aku tahu.aku bodoh.kelas terakhir.aku sudah tahu takdir aku.tak payahlah aku cuba jadi pandai.sebab aku memang bodoh.dari kecil aku bodoh.jadi aku memang takkan pandai.aku memang tak bertuah.tuah ada dekat melaka.bermesra dengan sang puteri.biarkan aku.aku pon bukan sembahyang punya orang.hidup aku dah memang macamni.bebal itu makanan aku..jadi baik juga aku bekerja membanting tulang.keluarga aku bukan kaya mana.jadi setiap hari,aku bekerja disitu.
pelanggan kedai buku bukannya sikit.sudah namapun kedai buku aku FAMOUS,lagi lah berbondong orang datang.nak pula waktu hari minggu.budak2 bukan betul sangat.main cuba-cuba pen.bukak-bukak kotak krayon.main sorok-sorok,kejar-kejar..lepas tu pengumuman budak hilang.bukan budak je hilang.segala benda dia bawak lari.kalau lah kedai buku aku boleh buat pengumuman kehilangan barang.aku rasa.sampai malam pon tak abes.yang ibu bapak pon bukan betul sangat.dalam kedai buku aku jugaklah tempat dorang nak berjejak kasih.kawan lama tak jumpa.tgk2 dua duduk seblah tgk buku GALAXIE.lepastu bergosip tak sudah.GALAXIE ditinggal.aku bertambah sial.tapi bukan itu yang aku mahu ceritakan.ini cerita aku,
kerja aku taklah penat sangat,aku jaga bahagian buku sekolah rendah dan menengah.mahu juga menyumpah sampah jampi serampah.letaklah aku bahagian buku rumah tangga ke.boleh aku selak2 halaman menarik untuk hari tua.eyh.aku bodoh.siapa nak aku.setiap hari kerja aku kemaslah buku2 soalan objektif yang bulat2 tu.dan setiap hari,akan datang seorang pakcik tua cina ke kedai aku.tidak lah tua mana.dewasalah.agk lusuh bajunya.dia tidak kemana.dia ke tempat aku.dan boleh kata setiap 2 hari.dia akan beli satu buku soalan objektif dikedai aku.dia bukan pilih2.dia datang , amik dan terus pergi.kadang-kadang aku jadi hairan,takkan lelaki yang lagi dua jumaat je tinggal ini mahu repeat SPM? gila.sedangkan aku yang bodoh ni pon takkan mahu repeat SPM.kadang2 buku ERT yang diambilnya.haha.mungkin untuk anaknya.tapi jika untuk anaknya.takkan sampai 2 hari skali.boleh gila anaknya kerja membulat sahaja.
aku biarkan sahaja.kerja aku kemas buku,kerja keselamatan dah dipikul abang guard didepan yang sibuk mesej aweknya yang bekerja sebagai guard jugak dibank.suatu hari,seperti biasa.pacik itu kembali.lepas dia ambil satu buku soalan objektif,dia hanya senyum dekat aku.aku takut.haha.tipu.mestilah aku senyum balik.pelanggan tetap.rupanya,hari itu,dia bilang dia tak bawa duit.jadi faham-fahamlah,kata orang senyum itu ada makna.nasib baik dia pilih buku bulat2 darjah lima.jadi murahlah sikit.aku tolong bayarkan.jauh dalam sudut hati aku betapa misteri nya lelaki tua ini.aku mahu tahu kisahnya.
aku tegur dia.aku tanya dia.tapi dia hanya pandai menggeleng.dia cuma kata,aku akan kembali ke sini.dengan kejayaan.terima kasih.aku jadi makin bingung.kejayaan apakah?selang beberapa hari selepas itu.seorang lelaki bertuksedo hitam kilat datang ke kedai buku aku.terus ke tempatku.aku kenal dia.dialah pakcik tua yang selalu membeli buku soalan objektif tu.aku gosokkan mata aku.betulkah dia?dulu bajunya lusuh tanpa tulisan.kini gaya ala2 dato jalaludin hassan.dia senyum pada aku.dia bagi aku rm50 note.dia masukkan ke kocek aku.tapi seperti biasa.dia masih ambil buku soalan objektif sambil tersengih dan berlalu pergi.dia masih membeli buku soalan objektif.boleh kata kerap.
lagi bertambah hairan dan raihan aku.selang lagi berapa hari.dia kembali.kembali dengan imej lusuhnya dan seribu kesedihan.tiada kejayaan.kegagalan katanya.aku tidak dapat menahan kemisterian.lalu aku bertanya padanya apa yang terjadi.
aku ini sudah miskin katanya.dulu aku anak orang kaya.aku ini cuma warisi harta bapak aku lah.kerja aku duduk ofis sahaja.semua dah ada.aku tukang sign saja.buat apa kerja penat2.usaha lebih2.tak kemana jugak kau.mudah.kereta besar.rumah besar.bini pon besar.tapi bisnes ayah aku bankrap.rumah aku kena jual.bini aku pergi.kereta aku lari.aku sudah tidak percaya tuhan.tuhan itu penipu.kalau betul dia ada.dia takkan bagi aku mcam ini.katanya keras.aku pelik.jadi apa kaitan buku soalan objektif dengan dirinya.aku percaya tuah aku.tuah aku aku yang tentukan.tuhan tidak ada.duit aku yang masih ada ini.aku cuba takdir aku.kau tahu kenapa aku beli buku itu semua?
setiap hari aku tandakan jawapan aku pada set2 soalan tu.aku tak tengok soalan.aku tanda sahaja.dan setiap hari.aku cuba nasib aku.aku semak jawapan aku.dan hari tu.aku dapat 50/50 betul.aku tahu.itu hari bertuah aku.aku pegi main judi.dan aku menang.aku tahu itu hari aku.hari bertuah aku.katanya sambil ketawa.kau bodoh mahu kerja macam ini.gaji tak seberapa.kuli orang pulak tuh.hahahaha.gelaknya lagi.kau tgk aku.usaha sikit saja dari dulu lagi.kaya jugak aku.
jadi kenapa pacik jadi macamni?tanya aku.buku itu penipu!berapa kali aku cuba.aku sudah tanda 50/50 betul.hari bertuah aku.hari bertuah aku.aku main judi.tapi! aku kalah.aku hilang semuanya!.buku penipu!buku penipu! aku mahu koyak buku itu! mana buku itu! jahanam! cilaka?chulalongkorn! habis duit aku! penipu! seakan niang rapik mula masuk ke rongga hidungnya.aku panggil abg guard yg hampir tertidur dihadapan.dan dia dibawa keluar.pada aku.hari itu.hari pertama dia gila.aku harap tidaklah sebab aku.
ouh.dia tak mahu berusaha tapi mahu semua.dari kecik dibesarkan keluarga kaya.bila susah.tidak pula cuba usaha.mengharap tuah saja.sekali mungkin tuhan bagi.tapi untuk bagi kau sedar.aku ini pula salahkan tuhan jadikan aku bodoh.tapi aku tidak berusaha.aku tiru.aku ponteng.sembahyang tinggal.tapi berangan jadi pandai.terima kasih pakcik yang baru gila.kau telah sedarkan aku.tuhan takkan bagi kau rezeki berjemba-jemba jika kau sendiri duduk termenung mengharap akal albert enstein jatuh dari langit.tuhan juga tidak akan biarkan kau menangis tragis kalau kau tak dpt tapi kau dah usaha kerana tuhan dah tetapkan yang terbaik utk kau.
TERIMA KASIH PAKCIK TUA GILA.
p/s : saje nak repost.my first karya panjang bebas.
panjang sgt ~~~
ReplyDeletebaca je lah.haha
ReplyDelete