pemimpin idola.
"saya tidak bangga jadi melayu , saya bangga jadi islam"-kata beliau.
rumah beliau? rumah kampung biasa.bukan sebab beliau tiada wang.beliau menteri besar.gaji sama saja macam menteri besar lain.tapi tengoklah peribadinya.hari ini ,ada kelompok rakyat memandang Kelantan sebagai sebuah negeri yang daif. yang tidak maju dan membangun.memandang kelantan lekeh dan tiada apa-apa.tiada kompleks beli belah bertingkat-tingkat.tiada wayang.tiada tempat untuk muda mudi berlepak hujung minggu.beliau menjawab :
"jika didakwa di Kelantan tiada pembangunan, maka jelas sekali orang begini berjalan mendongak ke langit . Di Kelantan , ada pembangunan. Tetapi saya tidak bangga dengan membuat pembangunan , kerana negara komunis pun ada pembangunan. Tetapi yang saya bangga ialah melaksanakan Islam dengan harapan ia menjadi jawapan di dalam kubur kelak - Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
tengok saja di kelantan .ada tak papan tanda membuka aurat dan perempuan seksi sebagai model? ada tak kedai jual nombor ekor macam di negeri2 lain? ada tak disko dan pub?menyedihkan bila ketika kerajaan negeri Kelantan menguatkuasakan undang-undang tatacara pemakaian di tempat umum ,orang islam sendiri yang mengkritiknya! bukannya cina dan india! -sila rujuk The Star .laporan bertajuk kelantan get a dressing down , seorang yang bernama Akmal Zulkifli , pegawai komunikasi Sisters in Islam mengkritik kerajaan negeri atas penguatkuasaan undang2 tersebut.
“Wearing the hijab should be an individual choice and not dictated by law.--kata beliau.
dipetik dari the star.
persoalannya kenapa perkara2 seperti ini ditentang secara umum , tetapi perkara2 lain yang sepatutnya ditentang tidak pula diheboh? pub?disko?pelacuran?arak?menutup aurat dan sebagainya?apabila sebuah kerajaan negeri ingin menjalankan aspek keislamaman.orang Islam sendiri yang membuka mulut menolaknya.sadis.cukup sadis.Nik Aziz memegang tampuk menteri besar dari tahun 1990 ketika PAS pertama kali menakluk Kelantan dan sehingga kini , beliau masih sebagai menteri besar.cakap saja bila stadium sultan muhammad ke 4 tidak penuh dan banjir dengan muslimin dan muslimat ketika terdapatnya munajat bersama tuan guru pukul 5 pagi!
kuliah agama hari jumaat di Kota Bharu? siapa yang memberi kuliah?kalau tidak seorang menteri besarnya sendiri.menteri besar yang cukup sederhana.
kuliah agama hari jumaat di Kota Bharu? siapa yang memberi kuliah?kalau tidak seorang menteri besarnya sendiri.menteri besar yang cukup sederhana.
Nik Aziz menjadi idola .seorang pemimpin sederhana yang cukup hebat!dan tidak perlu gah-gah di persada dunia tapi agama entah ke mana.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/10/21/nation/9743381&sec=nation
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/10/21/nation/9743381&sec=nation
terkejut baca paper tu semalam. Astaghfirullahala'zhim.. dunia akhir zaman
ReplyDelete