salam alaik
"kalau aku ada kuasa superpower.aku tak mintak untuk ada dada ketul2 dan tangan besi dan kuasa api-api terbang-terbang.aku cuma nak hentikan masa.dan bila masa terhenti.aku nak guna kuasa ghost buster dan sedut keluar semua duka lara dan melankolik yang berjimba jimba di dunia.aku nak pastikan bila dewan bahasa dan pustaka keluarkan edisi terbaru kamus.tidak akan ada perkataan sedih , duka , nestapa dan sedarahnya.yang ada cuma bahagia.dan langit cerah gembira.
tapi aku bukan tuhan .
* * *
aku hanya sekerdil manusia lemah yang entah apa-apa.dan tidak boleh lari dari dikejar entiti-entiti emosi sebegitu.tapi tuhan sayangkan hambanya.segala serabut masalah yang menggoda tentu ada ubatnya.dan tuhan telah campakkan ubat itu pada kita.kita cuma tunggu guna saja.
jadi senyumlah.kerana senyum itu sebaik-baik penawar.melankolik sangat takut dengannya.maka senyumlah.
:)
ReplyDeletesenyum :D
ReplyDelete