Friday, October 14, 2011

do remember this.

salam alaik.
abang brader karipap kat tepi city square JB ni tak pernah mengeluh pon meniaga kat mana2.

meminjam kata-kata kawan.

"its not place decides who you are , but you decide for yourself " -tweet rafique musa.


dalam kehidupan.ada titik perjalanan dimana kita nak sangat apa yang kita impikan.tapi kadang-kadang kita pilu kerana impian kita tidak bertapak pada realiti.ada juga titik dimana kita benci dengan apa yang kita dapat dan seolah-olah kalau ada bom di tangan dah kita lontar jauh-jauh untuk melepaskan geram dan kesumat.kita rasa dunia ini tidak adil.orang lain ada tapi kita takda.dan mungkin kita ada tapi kita tidak bersyukur.

manusia yang hina ini memang jarang bersyukur dan berpuas hati.selalu rasa kurang dan rasa nak lebih dan lebih dan lebih.tambah memalukan , tak pernah redha dengan apa yang dia ada.ingatlah.di belakang kita ada puluhan dan ribuan lagi orang2 yang kurang bernasib baik.yang tidak menghirup nikmat sebaik kita.tapi kita yang bebondong nikmat ini.sentiasa mahu lebih dan lebih.tapi tak pernah bersyukur.

"kau lain la nas.kau pandai.kau ada tu kau ada ni.aku ni.dah la bodoh.tak kemana pun hidup aku"

kau ingat kepandaian semata-mata boleh beli syurga?boleh buat kau berjaya hidup senang dunia akhirat? itu typical manusia yang hanya sandarkan akademik sebagai pengukur kejayaan.dan kalau kau putus asa.kau paling loser.

"alah.dia tu berniaga pasar malam je.takda masa depan.orang2 macam kita ni yang educated je ada masa depan"

tuih.kau ingat yang mencongak dunia ini kuasa kau? sekali tuhan putarkan dunia.orang2 yang bongkak di atas macam kau itu boleh terjelupuk kehinaan dibawah.itu salahnya orang-orang kita.memandang taraf dan darjat lebih kepada akademik tanpa isi didalamnya.dan memandang hidup ini satu kejayaan bila ada rumah besar. kereta besar dan bini besar.

"sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya"


sia-sialah sesuatu yang berlaku tanpa hikmah.hidup ini tidak sia-sia jadi sesuatu yang berlaku mesti ada hikmahnya.sesungguhnya tuhan itu maha adil.dia tebarkan rezeki yang sama rata untuk kita semua.tinggal kita cari guna sahaja.mungkin ada sahabat-sahabat yang di luar sana yang masih lagi kecewa kerana tidak berpeluang ke luar negara seperti orang2 yang bernasib baik macam aku.tapi ingatlah.its not the place decides who you are , you decide for yourself.belajar di luar negara tidak menjanjikan apa2 sebenarnya.dan belajar dalam negara tak semestinya taraf kau di bawah sesiapa.

* * *
ingatlah.ingatlah.tempat itu hanya medium sahaja.kalau kita berusaha.tuhan pasti membalas.lambat atau cepat sahaja.sama ada kau bersabar atau putus asa.ingatlah.ingatlah.sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.jadi jangan putus asa!

aku tembak kena diri aku balik jugak pada akhirnya.kerana aku insan hina.yang entah hapa-hapa.

p/s : semua pakat nak apply UK.haih.gamaknya aku kena try luck aku jugak la

1 comment:

  1. karipap dia boleh tahan sedap lah sial haha

    ReplyDelete