Monday, May 31, 2010

picit jerawat sambil parking kereta pon best gak.

salam alaik.

hehehe.helo000.sebelum aku bermula.aku nak korang senyum.ok teruskan.post kali ini bukan mahu kutuk pemandu malaysia yg picit jerawat time parking kereta.ahahaha.ok.tinggal lagi 30 hari lagi aku akan menyemadikan kebosanan gaban ini di Kepong sebelum aku akan ke kolej.ehemm.kolej siot.ahaha.kolej MARA seremban.oh yeahh.teruja jugak.tapi biarlah keterujaan itu bermula disana.

seperti yang anda baca tajuk diatas.tentu aku fail kalau aku buat camni time test JPJ.ok lupakan.aku baru lesen L.baru nak belajar start enjin lusa pagi.ok.teruskan.hahaha.actually.dalam kebosanan ini.aku cari lah game2 yg pelik lagi fun.best jugak kadang2.yelah.aku ni bukan tangan jari atau kaki gamer.oleh itu aku juga bukan seorang player.jadi aku setia.eyh eyh.dah laen.ahaha.selepas menggoogling sana sini.so aku jumpalah laman web ni.dalam web ni.ada beribu ribu game yg hampeh tanpa sukses.so itu pon dikira game sebab kau nak pilih game yg betul best ibarat mencari lelaki straight di lorong haji taib.ok.so nilah game2 bangang yang aku jumpa.ahahaha.

1)game parking kereta.



korang selalu fail test JPJ parking?ahahaha.mahu mengisi bakat parking?maen game ni.wakakaka.

2)game picit jerawat.




korang da bosan picit jerawat sendiri?or takda jerawat tok dipicit bajet muka clean?try maen game ni.best maen picit2 ni.ahahahaha,

aha.amacam?game ni kalo maen slalu boleh jadi gila gak korang.ahaha.so best tak picit jerawat sambil parking kereta?ahahaha.tak pon korang leh cuba game bunuh2 lipas.mana tahu kat kolej persediaan or kat U byk lipas.or kalau korang pernah mengidam nak jadi sniper.leh jadi sniper.wakaka.game boxing bersama paris hilton ngan kanye westla.ouh tiada gambar.sebab aku kalah second round lawan paris hilton.gila loser aku.ahaks.ape2 pun.fun jugak website ni.hadoih.

ok.esok nak buat apa?

p/s :apehal aku da sangap lagu waliband ni. =.=

Saturday, May 29, 2010

nombor tidak dikenali.

penjual broadband celcom yang kebosanan.
salam alaik.

handphoneku berbunyi lagi.Trouble Is A Friend sebagai ringtone.baru hendak melayani lagu rancak ini,satu nombor tidak dikenali memanggil2 telinga aku.sudah lama aku tidak ketemu nombor yang tidak dikenali.masa zaman jual berukband dulu banyaklah.sekali lagi.nombor tidak dikenali memanggil.kerja jual berukband ni best.tapi itulah risikonya.orang akan kol memanjang.kalau kol nak satu lagi takpe.ni kol marah-marah.dan walaupon aku dah berhenti lama.customer dulu2 masih lagi kol.sayang betul mereka kat aku.kan3.

tepat sangkaan aku.pelanggan aku yang entah bila melanggan berukband dariku tiba-tiba kol.alah.sudah biasa.aku cool saja.mungkin dia mahu tambah satu lagi.atau tanya kabar aku.ahaha.sangkaan terlalu positif.mungkin dari 50 nombor tidak dikenali yang kol aku.cuma satu yang nak beli .lagi 49 tu cuma individu-individu yang baru lepas clash atau baru lepas kena buang kerja dan melepaskan kemarahanku pada aku.muahaha.itu tak kena.ini tak kena.aku tak salahkan mereka.aku pon pelanggan.tapi kadang-kadang.dorang marah tak bertempat gak.iyelahhh.nak guna tenet.modem pon tak cucuk kat lappy pahtu marah aku.salahkah aku?dah cucuk modem.lappy tak on.cane nak guna tenet?salahkah aku?nak guna tenet.dah cucuk modem and on lappy.install pon belum.salahkah aku?kadang2 memang betul salah aku.muahaha

pelanggan tadi marah-marah aku.sebab katanya dia nak terminate tetapi payah sebab celcom center dari rumahnya jauh.ohhh.salahkah aku?kalau aku boleh alihkan celcom center tu depan rumahnya.aku dah buat.senang.takyah marah2 aku.dia marah-marah cakap aku ni penipu.suka tipu orang.ohh.jadi kenapa kau kol penipu?terang-terang nanti aku akan menipu lagi kalau aku ni penipu.ahahaha.dia cakap lepasni dia dah taknak percaya aku.siapa suruh kau percaya aku.aku suruh kau sign up je.haha.aku sebenarnya kasihan dengan mereka.yalah.customer.mesti nak yang terbaik.tapi apa salah aku?huk3

pernah juga sorang customer ni kol aku sampai nak buat laporan polis.sama jua.katanya aku ni penipu.cakap lain.jadinya lain.hadoih.aku rasa sudah aku terang semuanya jelas2 tanpa berbelit.dia sendiri sign agreement lepas aku terangkan semua.ketika itu angguk2 saja.lepas beli.geleng tak berhenti.oh.lupa nak cakap.dia india.opss.tidak perkauman disini.hanya informasi.ahaha.opps lupa lagi nak bagitahu.customer yang kol td pon india gak.haha.

kerja ini banyak menambah kesabaran aku.aku still ingat ada sehari tu.aku rasa aku jawab 7 panggilan tak berhenti-henti.gila wehh.lepas satu.satu kol.lepas satu.satu kol.kena gak la layan.customer bukan tahu dia orang keberapa yang kol aku.janji masalah dia setel.bukan salah aku pon aktivation lambat.cis.sampai pada satu tahap aku fobia bila dengar lagu trouble is a friend.ahaha.memang tepat tol ringtone aku.

tapi disebalik aku asyik kena marah ngan customer,ada jugak akak2 dan juga abg2 yang baik.dorang hantar mesej bagi motivasi.buat kerja elok2.tapi aku lelaki.kalaulah aku ni si liyana tu.mesti dah byk orang topupkan aku.ahahaha.oh tiba2 aku rindu kerja ni.orang kat luar sana keji dan hina kerja ini.kata mereka kerja low class.aku tak salahkan mereka.typical malaysian.aku jua begitu dulu.tapi kalau korang dah kerja.korang tahu la best tak best.gaji pon lagi tinggi dari akak maybank yang kadang2 hidung tinggi lalu depan booth.eee.tension jep.

ouhh.tolong la jangan ada lagi nombor tak dikenali.ahaha.naseb baek dulu aku tak kena wakenabeb ngan member2 kerja yang berlakon jadi customer.muahaha.best weh.k la.lagi sebulan.ape nak buat???

p/s : gila best lawat SASER 2 hari lepas.SASER dalam kenangan.terima kasih diatas jasamu!ouh lupa plak aku gi skodeng KMS malam tu.yang aku nampak cuma new zealand lagi 6800km.ahaha

Friday, May 28, 2010

32 hari lagi.

salam alaik.

32 hari lagi.
bosan.
ada idea?
mari.
aku bosan.
oh.sekian.

p/s : Nur Amira Syazwani.goodluck dear! i know u can be a nurse,oneday.insya Allah.amin. =)

Tuesday, May 25, 2010

aku sumpah sedih gila.


salam alaik.

mungkin hati merah yang allah beri ini sudah lama tidak sedih dan melankolik sebegini.hari ini.ianya kembali,menyentap merentap boleh kata kegembiraan yang aku sambut seganjil hari.aku sedih.aku sedih.jika kau baca ini.sumpah aku tengah dalam kesedihan.

Sekolah Menengah Sains Seremban.tak ramai kenal sekolah baru ini.SASER?ape tu?sekolah agama seremban kah?ooo.bangunan SDAR lama.baru kenal.ingat lagi ketika membeli cendol di ampangan dimana abang cendol tanya aku dari skolah mana.SASER ni apo dek?sekolah mano ni?tak ponah dongar pulak.yiah.tidak mengapa.tidak perlu publisiti sana sini.tidak perlu nama gah orang kenal.cukup sekolah ini membuktikan dengan pencapaian.oh.guru-gurunya amat dedikasi.aku hanya berjumpa serupa itu di SASER.berkejar ke sekolah pukul 6.00 pagi.semata-mata mahu mengajar pada subuh hari.dan meninggalkan anak isteri suami di rumah pada malam hari hanya utk berkongsi seinfiniti ilmu.mengorbankan cuti hari minggu sabtu dan ahad untuk ke skolah.tanpa guru-guru yang tidak pernah kenal erti penat,tidak lahirlah apa yang ada pada SASER sekarang.tapi kini.tiada lagi sains seremban.

aku sedih.sekolah ini bakal ditukar nama.tidak lagi kedengaran agung sekolah menengah sains seremban yang digerunkan lawan.SASER mungkin tidak lagi kedengaran.sekarang ini sekolah menengah sains tuanku mukhriz pula.sedih sedih.kenapalah ditukar nama.penat guru dan pelajar mengerah keringat untuk menjadikan SASER apa yang orang kenali sekarang.tiba2 ditukar nama.

mungkin orang pelik kenapa pula aku harus bersedih.sekolah itu tetap sama.guru nya masih sama.bezanya penuntut yang silih berganti.dan nama sekolah yang ditukar.tipu aku tidak sedih.kenangan yang selama ini aku abadikan 2 tahun disana.hanya tinggal sejarah.10 tahun lagi.tiada lagi nama sains seremban.SASER yang gah di atas.aku tidak tahu bagaimana aku harus ekspresikan melankoli ini.tapi ternyata.aku sedih.

dalam kesedihan ini.aku bangga.generasi ke tujuh dimana teman dan taulan aku yang bersengkang mata selama ini akhirnya berjaya melonjakkan nama sekolah ini ke tempat teratas.akhirnya sains seremban itu berada di puncak.puncak antara semua.mungkin buat kali terakhir.tapi aku bangga.selepas ini tiada lagi sains seremban.tiada lagi SASER.kami yang terakhir.RAKSASER.

tidak mengapa.aku iringkan doa ini agar sains tuanku muhkriz ini serupa saser.dapat diulang kejayaan yang SASER ada.tapi biarlah SASER tetap SASER.tiada ganti.

AKU SAYANG KAU SASER.

in memory of saser.
2002-2010
8 years of victory.

SASER NAMAMU TERATAS.
TAKKAN SASER HILANG NAMA.
anas saifuddin.
ex saserian.
0809.

Monday, May 24, 2010

0.o"

salam alaik.

ramai yang dah masuk asasi.facebook tidak lagi semeriah dulu.myspace apatah lagi.lagi2 friendster.ahaha.oh ye .kolej mara seremban.eceh.lagi sebulan je pon nak masuk.bukan esok lusa.akan keluar dari mulut sesiapa sahaja bahawa masuk ke kolej ini memerlukan persiapan mental fizikal dan juga kasut sukan untuk beriadah.oleh itu, aku harap sangat aku takkan jadi macam2 gambar2 dibawah.

eww.aku tidak mahu pakai spek mata macam ini kerana terlalu lama study.dah mcm uglybetty da
aku akan cuba menghindarkan muka begini ketika exam.ahahaha

err.ahaha.aku harap aku tidak akan kehilangan gigi akibat terlalu khusyuk study sehingga lupa memberus gigi.

AHAHAHA.kata serak.A level tu mudah.soalan memang mudah kot.jawapan je susah.tidak mengapa.ramai mengeluh situ sini sana.ini tak kena.itu tak kena.aku taknak masuk sini.takbest.bla.bla.bla.hey!atleast kau kena bersyukur tuhan bagi kau peluang.ramai lagi kat luar sana yang berguling-guling kecewa kerana tidak dapat PELUANG ini.kau sudah ada digenggaman.gunakan sebaiknya.aku tidak mahu menuding jari sesiapa.kerana aku takut jari ini akan tertuding ke muka sendiri.yiah.aku juga begitu.aku tidak sempurna.tapi kini aku sedar.kata mereka.mereka mahu KMB.KMB terbaik.bla.bla.bla.oh kawan.fikirlah rezeki yang sebondong ini tuhan beri.retilah ucapkan alhamdulillah.jangan hanya mengeluh dan mengalah.

sekadar peringatan.sekian. :D

Friday, May 21, 2010

masak lomak lagi.

baru belajar snipping2 ni.jeles tgk sam asyik buat.ahaha.tengs afar!
salam alaik.

hey ho! alhamdulillah.tidak terhingga aku panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana memberikan peluang berharga ini kepada aku.penantian suatu penyeksaan.alhamdulillah.penantian yang membawa senyuman.

KOLEJ MARA SEREMBAN.
A-LEVEL ENGINEERING.
MARA SCHOLARSHIP.

aku baru je pegi buat akaun Bank Islam dan membunuh stem di pejabat hasil. jantung dah tak dapat menahan lagi. siyess. aku tak pernah rasa berdebar drebar macam aku tunggu result scholarship ni. gile laen feeling diaa. sesampai nye rumah , aku terus mengonlinekan diri dan menunggu dgn penuh sabar.kalo korang nak tahu setiap hari sebelum semayang subuh aku bukak web MARA dulu nak cek walaupon peluang untuk ada amat tipis.

akhirnya jam 1600 bak kata adam,penantian berakhir.dapat jugak aku tawaran ini.alhamdulillah.kepada semua yg dapat.tahniah kat korang! ada yg dapat 2 sekali macam mohamad hariri manor and nur liyana tu fikir la elok2 ok? ahaha.yg tak bernasib baik.jgn down.igt.Allah dah tetapkan yg terbaik untuk kita. rezeki ada dimana-mana.Insya allah.

weeee.masak lomak lagi la jawabnye.tambah lagi kepanasan 2 tahun aku di tanah Seremban.mmg berapi lagi la jawabnya sebelum aku dapat menghirup udara segar bugar New Zealand.ahahaha.dulu di Sains Seremban,kini di Kolej Mara Seremban.Alhamdulillah.

Nur Amira Syazwani,awk di Nilai.Saya di Seremban.weee.jodoh memang milik kita. =)

p/s : selamat berasasi kawan2 ku! aku doakan kejayaan kalian. ;)

Thursday, May 20, 2010

sayonara.

salam alaik.
tribute to all asasian and all outside there who will continue their wonderfull colourful journey.happy for all.may Allah bless you.budak asasi UIA dah masuk esok.yang lain plak ahad ni.yang macam tergantung tanpa tali ni termasuklah aku and beribu ribu lagi pemohon biasiswa.takpalah.ada rezeki adalah.gudluck for tommorow! result dah keluar nanti roger2 lah aku.huhuhu.
aku tak tahu asal aku post lirik ni.coz aku rase lirik ni mcm umpphh.ahahaha.layan je lah.

All my bags are packed I'm ready to go
I'm standin' here outside your door
I hate to wake you up to say goodbye
But the dawn is breakin' it's early morn
The taxi's waitin' he's blowin' his horn
Already I'm so lonesome I could die

So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh babe, I hate to go

There's so many times I've let you down
So many times I've played around
I tell you now, they don't mean a thing
Every place I go, I'll think of you
Every song I sing, I'll sing for you
When I come back, I'll bring your wedding ring

So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh babe, I hate to go

Now the time has come to leave you
One more time let me kiss you
Close your eyes I'll be on my way
Dream about the days to come
When I won't have to leave alone
About the times, I won't have to say

So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh baby, I hate to go

Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh babe, I hate to go
p/s : masa berlalu sepantas mungkin.semalam baru aku rasa abis paper 3 kimia kat SASER. Ahad ni nak masuk asasi dah.phewwwww.

Tuesday, May 18, 2010

aku mahu terbang,kata burung.

burung-burung ke stadium bukit jalil tgk piala thomas*
salam alaik.

-post ini bukan ditujukan kepada boyfriend ayu-

aku mahu terbang.aku mahu terbang.kata burung-burung tekukur dan juga murai di Kedai Burung Lin Dan ( bukan nama kedai sebenar ) . bercakaran mereka didalam kamar besi ciptaan manusia yang sesungguhnya berlaku kejam. mengapa kejam? kerana mereka melarikan burung-burung tersebut dari fitrahnya. nak terbang tak boleh. nak gerak sempit sangat. nak tidur bising . nak berak pon takda privacy.

aku ada sayap dan aku mahu terbang. tuhan berikan aku sepasang sayap untuk aku melayang bebas. bukan duduk lenguh kaki aku dalam sangkar besi karat jadah manusia hari ini. aku di jual .mereka untung .aku rugi . tapi mereka rugi jua. kerana guna air basuh tahi di sangkar aku . kau manusia! bayangkan fitrahmu dicabut dari haknya . sungguh cilaka! kata burung murai kepada manusia jika murai pandai berkata-kata.memang murai pandai pun.

biarkan mereka! lepaskan mereka menjajah awan hitam hari ini. kenapa kau kurung dan jual? kenapa kau ikat kaki mereka? apa kau dapat? tahi burung yang kau dapat. lepaskan.lepaskan semuanya. sudah nama terbang itu lambangnya bebas. kalau terkurung tidak bebas . jika tidak bebas dimana demokrasi?

tidak perlu rasanya meminta bantuan wonderpet untuk datang membantu bebaskan mereka.kepada penjual-penjual burung diluar sana.sudahlah.jualla ikan emas mahupun ikan guppy pula.kerana sudah fitrah ikan itu berenang dan dipelihara. kepada empunya burung-burung.lepaskanlah burung anda.maksud saya burung peliharaan anda.tiada guna dibiar dalam sangkar karat kau.lagi bahagia rasanya kau lihat mereka terbang. janji tak kena ngap ngan kucing. kucing aku pandai tangkap burung .tension aku.

post ini luahan hati aku sebagai pencinta flora dan fauna.ahaha.sedih weh tgk burung dalam sangkar masa pegi kedai haiwan tadi.hadoihhh.tak berperikebinatangan betul penjual burung itu. nak sgt jual burung jual la burung unta ka. abis cerita.last word babeyh!

FREE FOR THE BIRD!

p/s :aku tak lupa pengalaman kena taik burung masa balik sekolah.terima kasih.
p/s : kenapa burung dalam wonderpet tak terbang? naik kapal terbang.ahahaha


Monday, May 17, 2010

aku rindu jadi junior. :D

salam alaik.

bosan.ahhh.sudah dengan perkataan itu.sudah lali.ahaha.aku tengok semua budak dah excited nak masuk U.tak kurang yang dah masuk matrik berteriakan mengatakan matrik itu best.tak lebih juga mangsa-mangsa seperti aku yang masih berdendang sayang jantungnya menantikan keputusan scholarship MARA and JPA. gile ar kalau aku tak kesah dapat ke tak.mesti aku kesah. tapi kalau dak rezeki aku di Uitm.teruskan sahaja langkah.usah sesal.Allah dah bagi jalan.kita terima sahaja.

oh ya.pagi tadi aku bangun gembira.wakaka.tapi baru aku sedar.aku cuma bermimpi.boleh aku mimpi aku dapat scholarship pegi INDIA??ahahahaha.dah la course pelik je.pentadbiran awam.lebih memelikkan kat surat tawaran dan ada da jawatan aku lepas aku graduate.University aku terletak di HARAHA.penat aku googling.tak jumpa2 pon.tapi time dalam mimpi tu.aku terima dan melonjak dengan riangnya.ahahaha.hadoih.

bosan menguasai.facebook la menjadi tempat lepak.dulu aku tak reti main facebook ni.maklumlah.zaman myspace dah berlalu.dulu kala lagi lagi zaman friendster.testimoni.testimoni.hak3.tapi itulah kenangan.macam2 orang aku jumpa.ok.berbalik kepada facebook tadi.aku rasa best plak main facebook ni.gila ramai aku jumpa teman setadika and sekolah rendah di laman ini.

memang jejak kasih betul.tapi malam ini.aku rase sayu plak.bila aku jumpa sorang2 facebook senior aku.ahahahaha.dulu dorm aku paling kecik kat SASER.(mesti shin tak puas hati). dorm aku 9 orang ja.

senior - Serak , Meor , Chip , Aiman , Fathi
naib senior -Anas , Apeng , Mush , Acap

see.9 orang je.katil ada 5.hak3.aku rindu gila plak kat dorm aku.dorm aku bertentangan ngan dorm shin.oleh itu.kitorang saling berjiran.wakaka.tapi dorm shin burok.dorm plg teruk LEKIR ARAS 2.wakaka.walaupon aku plg rindu masa aku form 5.aku rasa aku lagi rindu suasana dorm masa aku form 4.senior2 aku baek duuhh.walaupon serak penah pau ayam kfc aku tanpa kebenaran.ahaha.tapi dorang sempoi gile r.dorang boleh diajak borak2.gurau2.gelak2.bbeza dengan masa aku jd senior.junior2 aku bapak skema.ahahaha.betul ni.senyap sunyi dorm aku masa aku form 5.tak caya tanya Apeng.ahahaha.

KOMPILASI KERINDUAN AKU.VERSI FORM 4.

Aku rindu aku bangun tido aku tgk serak ngah makan roti canai dengan rakusnya.baru balik fly.
Aku rindu tgk meor tekun gila baca buku dok bersengkang mata ja.
Aku rindu masa semua berkumpul makan ramai2.
Aku rindu masa esoknya SPM matematik dorang boleh bantai gelak2 dan berjenaka.
Aku rindu jadi junior bila pakai baju KAMI 7TH BATCH.senior pandang2 sleck.hak3.
Aku rindu nak baca serak punya diari bawah katil aku.
Aku rindu nak maen gitar kat dorm A205 ngan pesot.
Aku rindu baldi ngan selipar aku hilang.
Aku rindu kena beratur masa kat DM.
Aku rindu takda air.
Aku rindu Hari guru senior maen cak lempong.
Aku rindu nak dgr klik kelantan berborak.
Aku rindu nak tgk Form 5 marah2 ayam dorang kene rembat kat DM.ahaha.
Aku rindu hari first tido kat Saser.
Aku rindu kene pau maggie ngan senior.
Aku rindu kena kawad sampai kol 2 pagi masa berlatih hari sukan.
Aku rindu Icebreaking hari pertama kat dorm kembang.
Aku rindu hias dorm masa form 4.
Aku rindu sapu dorm.
Aku rindu kejut meor bangun yang mmg dia takkan bangun punya.
Aku rindu nak tgk Serak pulangkan meja aku lepas bbulan-bulan.ahaha.
Aku rindu masa bulan puasa Form 5 keluar dulu.
Aku rindu nak main futsal cam ramble time form 4.
Aku rindu batch aku kena marah ngan DOOM.
Aku rindu tgk champions league final
Aku rindu kantin lama.
Aku rindu blok kemahiran hidup SDAR.
Aku rindu pegi sembahyang jumaat jalan kaki.
Aku rindu masa Jaha jadi Imam.
Aku rindu WanBad ngan Maher bagi tazkirah.
Aku rindu kena tido kat surau cuz qiamulail.
Aku rindu orientasi.
Aku rindu makan wasabi satu suap.
Aku rindu jerit2 tgk TV dalam DM.
Aku rindu nyanyi lagu kediaman.
Aku rindu Andre pakai kot.
Aku rindu Koci kena bahan.
Aku rindu Aceh mengaku dia pau kepsi aku.
Aku rindu Fathi and Aiman maen mesej cover2.
Aku rindu Meor gaduh ngan Acap.
Aku rindu tandas Tuah.
Aku rindu Iron room.
Aku rindu semua itu.

zaman kita jadi junior maybe zaman kita mencarut dan merengek ketidakpuashatian dengan macam2 hal..itu tak kena.ini tak kena.tapi zaman jadi junior sangat best dihargai apabila kita dah jadi senior.ahahaha.apa aku merepek.aku amat menghargai senior2 aku.walaupon ade due tiga kerat yang leh kata palat.tapi mostly coool.

exA202.

Serak - bakal fly ke India.
Fathi - Alexandria , Mesir.
Chip - Utp , tronoh.
Aiman - UNITEN bangi.
Meor - UIA , nilai.

AKU RINDU SASER.
sumpah aku rindu.
sekian.ikhlas dan rindu.
-anas-

Sunday, May 16, 2010

kenapa mata anas berdenyut?

gambar hiasan*
salam alaik.

helo.post ini tercetus kerana rasa ingin tahu anas kepada perkara yg berlaku kepada dirinya.ahaha.korang pernah rasa tak bawah mata korang berdenyut?aku tak tahu sama ada benda ini biasa atau luar biasa berlaku.sebab aku kali pertama mengalaminya.

masuk hari ini da hari keempat bawah mata aku berdenyut.jauh dalam merah hati aku berpendapat bahawa ianya petanda dari yang diatas.sama ada gembira atau duka.tapi aku malas nak memikirkannya.bawah mata aku akan berdenyut-denyut.lagi2 kalau terkena air.atau baru bangun tido.aku ingat aku tak dapat nak tgk pergerakannya.tapi bila aku tgk kat cermin,aku dapat tgk bawah mata aku gerak2.huihh.ulat ke ape ntah bawah mata aku ni.ahaks.

oh ye.mata kanan.penat aku googling.aku cari denyutan mata.denyutan nikmat yang aku jumpa.ahahaha.siot tol.tapi ada gak aku jumpa web2 yang menyatakan ianya petanda buruk.sekali ada jesus2.ahaha.dah sah bertentangan dengan islam.dari laman web bebas pon ada. akan menangisi seseorang la.ada yang ckp dapat duit la.haduih.tapi tidaklah aku daya untuk percaya.kang khurafat jadinya.aku bertanya kat mak aku.n mak aku pon ckp ianya sesuatu petanda.tapi pesannya janganlah kita obses memikirkannya.petanda apakah? kenapa la tak henti berdenyut-denyut.hadoih.

googling terbaik untuk aku pakai datang dari iluvislam.com .tidak perlu untuk kita meletakkan diri dalam keresahan semata-mata memikirkan tanda itu baik atau buruk.kerana semuanya sudah ditentukan.terima sahaja dengan baik.

korang pernah kena? or memang benda ini normal?
kalau ianya petanda.moga2 ianya yang baik2.amiin.
respon please?

p/s : selamat hari guru kepada semua guru-guru tidak kira guru tadika,sekolah rendah,sekolah menengah, guru silat mahupon guru memandu.tanpa guru.kita ragu-ragu.hehe

Saturday, May 15, 2010

sumpah aku rindu nak berdikir!



salam alaik.

THE ARJUNAS.
sumpah aku rindu!.sumpah aku rindu!
sumpah aku nak kembali ke setiap malam dikir.
berdikir dan menggila dengan indahnya.
melepaskan peluh2 tension ke tepi.
tension hilang.hati girang.
tidak menghirau step salah ke betul.
janji enjoy.ahahaha.
aku nak berdikir lagi!.

lepas ni kalau korang ada peluang berdikir.
baik korang join.sumpah korang tak menyesal.
korang akan menjerit dengan rianya.
menepuk nepuk tangan keudara.
ahahaha.tolong lah.please.
aku mahu berdikir lagiii.
dorang kata aku over time berdikir.
wakaka.aku peduli apa.
hilang resah gelisah SPM time tuh beb.

oh arjuna.
aku akan rindukan saat bersama kalian.
berhavoc bersama-sama atas pentas tu.
teringat aku masa first time buat show.
pentas punye la kecikk.berhimpit2 sume.
wakakaka.pengalaman makan telur ayam kampung mentah.
sumpah sedap.walopon sedap.aku taknak lagi.ahaha.
zarip dengan marakasnye.
naif dengan gendang ibunya.
kong dengan gendang anak.
kerang dengan gongnya.
bob dengan dikirnya.
jambu dengan suara nyaringnya.
fuuff.
aku rindu.dan aku nak kembali..
SUMPAH!

oleh itu.lagu aku minggu ini.
lagu dikir.heeee.
with that.tq
wakaka.walopon lagu ini macam korang tak paham
korang dengar je lah!
klasik ni

Thursday, May 13, 2010

amani.amani.amani

mia sara @ amani.
salam alaik.

lihat baby diatas.oh maaf.bukan bayi.awek diatas.sgt chooomeeelll~~~ gila daring kot amani ni.ahahaha

sedih.sedih.sedih.adamaya dah tamat.ahahahahahahaha.apa nak buat weh pukul 6.30 sampai 7.30? haduih.tgk je la Malaysia lawan esok.kalau kalah tamat jugak lah jawabnya.eheheee.aku takmau tulis adamaya or lisa surihani sebagai title post ini kerana hati ini mengetahui , ribuan lagi blogger dengan tajuk yang sama.ahaaa.tats y aku letak gamba amani sebab aku tahu ade ribuan lagi letak gamba lisa.hehe

5 star and a huge clap la kat drama ini.walaupon aku sebenarnya tgk2 last2 episod je sebenarnya.wakakakaka.itu pon sebab dia suh tgk.ekekeke.tapi aku menghayatilah cerita ini.

*anas ketidakstabilan hormon*

btw.ada tak sesiapa tahu formula yang sesuai tuk mendapatkan anak macam amani??ahaha.sila bagi kat aku.V=IR ke. pai r square H ke.ahaha

gulp.
ok.papai.

p/s : yazid.aku da jd fan lisa surihani da skang.ahahahaha!

anas dah dpt L.korang ada ke?ahahaha.budus.

Tuesday, May 11, 2010

aku salute comedian malaysia.

salam alaik.

oh ya.aku masih disini.tidak kemana-mana.rakan matriks sudah pergi.tapi aku masih disini.bosan.5 abjad yang membentuk perkataan yang menyeksakan.aku mencari cari alternatif untuk menghilangkan 5 abjad ini.untuk smalam.aku sudah jumpa.

spontan!ahaha.sumpah kelakar.adoiiii.aku tak sangka malaysia ada rancangan macam ini.aku tidak melanggan Astro Warna.so aku tak tahu.selepas menekan2 butang search kat youtube.aku terjumpa berbondong bondong video lawak dari cerita spontan ni.sumpah aku mesti gelak.adoi.tak menahan aku.



layan :D
nak mutekan lagu?pegi ke bawaaahhhh skali. :D

Monday, May 10, 2010

parkia speciosa.

salam alaik.

parkia speciosa.parkia speciosa.
rebus.buang kulit.gentel2.cicah budu.telan.
rebus.buang kulit.gentel2.cicah budu.telan.

effect 5 minit.
kentut.kentut.
ahaha.tipu,itu dajalan.
tapi kadang mmg kentut pon makan parkia speciosa ni.
kalau dibuat sambal parkia specioasa pon leh gak.
ummphh.itu je reaksinya.

kata orang.parkia speciosa ni busuk.
makan je mulut berbau.
peduli apa.siapa suruh kau bau!
ahahaha.makan jela,yang pegi hidu buat apa.
parkia speciosa ni anti penuaan taw.
aku tak pasti siti letak ke tak parkia speciosan ni dalam simplysiti dia tu.
oh maaf.bukan tujuan promosi.

teringat aku kisah dalam cerpen form berapa ntah.
kantoi aku dah lupa.tapi aku ingat kisahnya.
seorang pelajar yang miskin hanya mampu memberi parkia speciosa kat gurunya.
ketika itu hari guru.hanya ditertawa pelajar lain.
tetapi kerana ikhlasnya dia.
parkia speciosa tu tak ternilai harganya.

hargailah parkia speciosa.
makanlah dia.
seperti anda mengunyah lobak merah dan sawi.
tak lupa kangkung dan timun.
kerana parkia speciosa ada kelebihannya.
:P

p/s : i love u so muccchhh. < 3

Sunday, May 9, 2010

terima kasih mr rowan atkinson,


salam alaik.

mr rowan atkinson,
terima kasih kerana sudah melarikan anas dari kem tahanan kebosanan.
dari pagi sampai malam anas meronta-ronta ingin keluar.
akhirnya encik rowan sampai.
semenjak aku berhenti kerja.hidup aku bosan.
aku dah jangka.dan seperti diduga.bosan.
nak menunggu tawaran MARA plak suatu penantian.
hope so.tapi aku taknak terlalu obses.

oh ya.yahoooo.
akhirnya anas dah tahu apa nak buat.
gila bohsan kot duduk rumah tanpa arah dan matlamat.
nak baca buku undang2?wakakaka.
itu je reaksi aku.sebenarnya aku tak teruja langsung nak amik lesen.
tak tahu kenapa.haih.

mr rowan,
kau selamatkan petang aku hari ini.
mr rowan tak paham apa saya tulis?
press the translate to english button.
ahahaha.

korang mesti kenal mr bean kan?kalo korang tak kenal maksudnya korang dibesarkan di Timor leste ataupun hutan hujan tropika.tp aku rasa orang asli pon kenal mr bean.Actually , hati ini amat tertarik menarik ngan encik rowan ni.walaupun lawak dia agak bodoh dan sgt kespastikan.tapi encik rowan sangat menggelakkan.penah korang tgk lawak dia korang tak gelak?maksudnya korang buat lawak.

disebalik lawak ayam belanda kat kepala ataupun gaya nak tiru kat exam dan macam2 lagi hal yang dia buat.aku sayang dia.aku sayang dia.walopon komedi dia dah lama tak klua kat tv yang tak abes lg menayangkan adamaya,u tube penyelamatnya.aku rasa mr rowan lg shweet dari adam or dani.tp lisa lg sweet.ok teruskan.

kini aku tidak lagi dipeluk kebosanan.oh.tengs encik rowan atkinson.aku boleh mengintai video-videomu.dengan ghairahnya.

tapi itu tuk harini.
hari esok?huaah.kembali bosan.seseorang.bantu.bantu.

SELAMAT HARI IBU MAK.
ANAS SAYANG MAK.
ANAS NAK BAGI MAK BAHAGIA.
SATU HARI NANTI.MAK DUDUK SENANG.
INSYA ALLAH.

p/s : dapat ke tak dapat.ke dapat ke tak dapat.

Friday, May 7, 2010

awas kepada peminat lisa surihani dan sooyoung.


salam alaik.

weh.weh.weh.teruja weh.teruja.
i want nobody nobody but you. *clap2*
i want nobody nobody but you. * clap2*
awww.

ahaha.
lupakan tajuk post kali ini.
ahahaha.
disaat Shin tak abes2 ngan Sooyoung.
disaat Sam tak abes2 ngan Yoona.
disaat Yazid dan berjuta lagi rakyat malaysia tak abes2 ngan Lisa Surihani.
aku jumpa awek diatas.
maaf.aku tak jumpa.jodoh menemukan kita.

namanya.
Ahn So Hee.
18.
wonder girl.wonder girl.
aku teruja ngan dia bukan sebab apa.
bukan sebab kakinya.oh.kaki dia hot.
memang r hot.
bukan sebab dia menari nari kiut giler tuh.
tp
tp
tp.

kami berdua berkongsi burfday yang sama.
OMG.OMG.OMG.
27 JUN 1992.
tarikh dan tahun yang sama.
sweet.wakakaka.
disaat aku menangis uweeekk uweekk keluar perut mak aku kat Kuala Terengganu.
dia kat korea selatan keluar perut mak dia dgn menjerit " i want nobody nobody but you".
ahahahaha.

terus aku teruja mendengar lagu wonder girl.
hidup wonder girl!
wakakaka.
bila la Malaysia nak ade girl band cam Korea.dulu2 ada elite.wakaka.

"aku bukanlah selemah yang kau sangka.aku tak rela diseksa.beranikah lagi bersemuka.rasakan kuasa.tamparan wanita."

=.= tak sweet langsung.tgk lagu korea."no body no body but you"
OMG.sweet.

p/s : teringat masa kat saser masa budak2 kat labcom pasang video girls generation.naik gila dak2 saser ni.

Thursday, May 6, 2010

wahai virus.

salam alaik.

punat papan kekunci ditekan-tekan.sungguh asyik.mungkin kerana sudah lama tidak berYM.hati ini ketagih.kawan-kawan dicari.sungguh asyik.tekan sana.tekan sini.say hi.say hee.say helo.

jeng3.

foto http://onlineImages.com/getimages.php.

mungkin kerana asyik menekan.dan akhirnya.tertekan.dan hasilnya.tak menahan.virus.virus.huaaaaaaaaa.sumpah aku tension.lagi aku tension sebab dah berpuluh kali scan tak jumpa2.apa punya antivirus ntah.oleh kerana lappy ini masih dara.tp tp tp.lappy ini ada antivirus.Avira namanya.
a
aku mula mencari cari virus dajal ini.tak jumpa.tak jumpa.bapak tension.aku try uninstall YM.then install balek.sama jugak.mangsanya?aku.

sekali dia keluar.amik ko.sepuluh tegur.tegur bukan sebab nak say hi say hello.buzz sebab tanya."anas,gamba apa tu?"gila kalo seratus 14 kali dia kua.seratus 15 kali aku kena explain.

virus benci betul la.kesian fira en?ahahaha.dia dah la pembawa.kena kat aku.aku jadi pembawa.amik ko.ramai member da kena.dajal punya virus.sebar la virus cinta ke.timbul gak kasih sayang.haduihh.

seseorang.tolong aku.aku tak tahu dah macammana nak cari.tak jumpa2 gak.macam main polis sentri pon ade gak.seseorang yang pernah kena.

tolong.
tolong.
tolong.
tolong.
tolong.

Wednesday, May 5, 2010

air jernih tuka jadi minyak hitam.

salam alaik.

luahan rasa ini muncul bukan kerana mahu mengheboh kepada satu dunia cerita aku.luahan rasa ini muncul bukan kerana mahu mengfire sesiapa.oh maaf.aku tidak berapi.

luahan ini muncul bukan kerana ada yang menang.ada yang kalah.betul ckp kau shin.luahan ini dari pihak aku.kau sedih tgk dua kawan baik bergaduh.apatah lagi aku yang menanggung menimpung perasaan tu.

aku tahu.
aku bukan kawan yang baik.
aku tahu.
aku pon bukan sempurna.
aku bodoh.betul ckp kau shin.

tapi aku manusia.sebodoh mana seorang manusia.dia ada perasaan.ok.perasaan.apabila seorang manusia cukup retak dan koyak.kadang-kadang dia tidak dapat menahan perasaan.namapun manusia.bukan haiwan.haiwan pon ada perasaan.kalau kau pijak seeokor semut pon.semut tu rasa.sebab semut tu ada perasaan.

ok.dalam situasi ini.keegoaan jadi raja.aku tak nafikan.aku langsung tak nafikan.tapi bagi aku.aku sangat-sangat kecewa.betul ckp kau shin,biarkan saja pemergiaannya.ahaha.aku langsung tidak menghalang.ada aku menghalang?kerana bagi aku.kita dianugerahkan otak.dan pada masa itu,kita boleh berfikir untuk diri kita dan orang lain.kau nak pergi?pergilah.

aku tak kisah langsung aku tak dpt duit 5 angka tu.mungkin kecewa.gila orang nak bagi kau lima ribu lagi semingguje lagi then tak dapat .kerana?dia pergi.kau tak kecewa.tipu.kau boleh beli satu kontena macbeth shin.tapi benda tu aku boleh abaikan.
aku tak kisah langsung aku tak dpt mara kehadapan.bukan target aku sekalipun.team leader termuda asia tenggara?siapa kisah.

yang aku kisahkan ialah CARA.
kita nak mintak sesuatu dengan orang pon ada cara.
bukan main redah belukar semak samun.

pemergiaannya macam tak ada apa-apa.
macam happy nak pergi.
macam tidak ada apa2 untuk dirugikan.
macam boleh pergi sesuka hati.
macam aku ini tidak ada apa untuk dikisahkan.
macam kalau dia ada or dia takda itu sama sahaja.

hati aku ketika itu retak sedikit.yelah.anak didiknya semua menjadi tanggungjawab aku.sedang aku pon ada orang untuk dijaga.dulu ke kerja bersama.naik kereta.aku tak byr minyak?ahahahahahahahahahaha.itu saja reaksi aku.ok teruskan.hati aku rabak sedikit.mungkin perjalanan aku sudah mula seorang.tidak ada dia.kau tak sedih kawan baik kau pergi shin?disaat kau sangat dan amat2 memerlukannya.yah.shin kata biarkanlah pemergiaanya.aku dah biarkan.aku biarkan pon.aku tak merayu pon suruh dia kekal.tapi cara dia pergi.

aku sedih.ada dia jumpa dengan aku dan menyatakan masalahnya?ada dia ckp elok2 dia nak pergi?oh yah.tup tup.berhenti.aku agak emosi ketika itu.tapi ketika itu hati aku boleh dijahit lagi.tapi tak lama lagi.rasanya tidak.

oh yah.objek dengar kurniaan tuhan ini masih berfungsi.apa yang didengari aku terus memancung.

aku takkan bagi anas naik atas.
aku takkan bagi anas naik atas.
aku takkan bagi anas naik atas.
aku takkan bagi anas naik atas.

fuh.aku terbau dengki.oh.sungguh.kawan.mungkin aku silap.dan aku totally bersalah.aku dengar dan tidak pula cuba mengesahkan.betul kan shin?

menyesal kawan baek ngan anas?
fuck sial.kawan baik ngan anas.
camna aku leh kawan baik ngan anas ha??
dia da la skema.ikut peraturan.

fuuh.tidak lah aku bodoh untuk terus percaya.oh sungguh.kawan.mungkin aku silap.dan aku totally bersalah.aku dengar.dan tidak pula cuba mengesahkan.betul kan shin?

tapi sebenarnya aku cuba.aku masih boleh kawal ego aku shin.aku boleh. aku anta mesej.ada dia reply shin???tidak.aku tegur kat ym.ada dia reply shin??dia reply.apa dia reply?

"=)) teruskan lagi nas.teruskan lagi.aku nak baca lagi.teruskan la nas.tak cukup lagi tu.teruskan."

nak tanya shin.selesaikah?aku ego.tapi atleast aku sebagai kawan cuba.cuba nak selesaikan.tapi?oh.sungguh kecewa.rasa annoyed penuh dalam dada.

oh shin.aku salah.mintak maaf.terukkan aku?asyik cerita dan cerita.cuba tempatkan kau ditempat aku.kau akan rasa.aku tahu silap aku masa ini.mendengar sahaja apa org cerita.tapi shin.kalau aku tak dgr semua tu pon aku rasa dah cukup retak dah kot.

air jernih tuka jadi minyak hitam?
kenapa aku mudah percaya kpd orang luar sedangkan tidak mendengarinya?aku cuba mendengari.tapi?kecewa.

hati aku lembut.
mudah memaafkan.
dan mudah meminta maaf.
aku tahu aku silap.
aku mintak maaf.
aku rasa nak nangis.
dan aku dah menangis pon.
aku bodoh macam kau kata.
tapi aku ada perasaan.

hari-hari aku berdoa.angkat tangan berdoa.moga ada lagi rasa nak berkawan.tapi aku nak luahkan.kalau dua statement merah diatas keluar dari wangi mulutnya.oh.nak tanya shin.kawankah dia?

kepada KAU.aku bukan ego sangat tuk ckp aku still nak jd kawan baek kau!

Tuesday, May 4, 2010

anas dan nescafe.



salam alaik.

post ini pendek.
sebelum anas lupa.
tapi anas tak sempat lupa.
sebab dia dah ingat.

kadang-kadang.
anas duduk diam.
tiba2 dupdap.
tiba2 rasa sedih.
tiba2 rasa nak lompat.
tiba2 rasa excited gila.
tiba2 rasa nak lompat balek.
tiba2 sayu.
sayu ok.bukan ayu.
ok teruskan.

kadang-kadang.
anas tak paham.
kenapa jadi macam ini.
bulan sudah datang?
anas maskulin.
anas bukan feminin.
tapi.
selepas diselidiki.
anas dapat jawapan.
nescafe.oh yes.

minuman ini.
sungguh memberahikan.
anas jadi tak duduk diam.
emosi naik turun.
jantung terus berdendang sayang.
anas akan jadi.
anas akan jadi.
hyper.
sungguh.
tak caya?
tak caya?

cuba belanja anas nescafe ais.
confirm.
tekak anas hilang dahaga.
dan experiment berjaya.

oh pendek bukan post ini?
heee.

p/s : kenapa orang suka minum milo tabur??

tiada lagi celcom broadband.

salam alaik.

anas dah berhenti kerja.
;D


Monday, May 3, 2010

girang riang.



salam alaik.

anas GIRANG.
anas RIANG.
kepala gila.
3 hari bersama OMEGA.
AWESOME!!

tak sangka dpt lepak 48 jam sekali.
fuuuh.terbaek lah OMEGA.
tengs for all the smile.
tengs FRIEND.

aku ditikam objek bulat besar gemok berpisau tumpul.
tapi korang ada disaat hati koyak rabak.

special congrates to MUHAMMAD HARIRI BIN MANOR.
ko jgn igt aku gay lak aku tulis ko ni.
aku just bangga gila ada kawan dpt gi Canada.
yayasan tenaga nasional.
jangan lupa gua bro.
saat manis menikmati maggie bersama.
saat manis belajar n bermesej bersama.
bukan aku mesej kau.
ahahaha.
maybe aku tak dapat fly cam ko.
tak dpt ikut ko gi sana.
tp takpe r.
aku kat sini.
UITM PUNCAK ALAM.
kejuruteraan kimia.

TERIMA KASIH DUNIA!
ajar aku erti sebenar KAWAN.
KAWAN bermaksud orang yang bersama kita susah dan senang.
KAWAN makan KAWAN bermaksud orang yang akan menikam guna pisau tumpul disaat kau memerlukan mereka susah dan senang.
pisau itu tidak fizikal.
tapi pisau itu amat sakit.
sakitnya hati bila kau ingat pisau tu akan tolong kau.
untuk potong masalah.

TERIMA KASIH OMEGA.
gudluck di luar sana.

apek , arie , azfar , max , kecik , fish , adl , mirza , numan , faqeh , nabil , hamzah ,mad , haziq , dafi , syed , muslim , syah , awe , husin , wakting

p/s : stay excited!