Tuesday, August 2, 2011

sebelum berbuka dan selepas berbuka.

zenit TTL.kepak ayam bazar tahun lepas.
fed 5B.air warna warni.

salam alaik.

sebelum berbuka dan selepas berbuka : ).

sebelum berbuka perut meronta , rasa perut seluas dunia.
selepas berbuka habis selera , perut kembung dah tak muat apa.

sebelum berbuka perut merana , ibarat makanan boleh di sumbat semua.
selepas berbuka terjumpa spagheti ,sorylah perut kata takda jalan masuk lagi.

sebelum berbuka perut terliur , tengok ayam golek pon boleh tergolek tergelupur.
selepas berbuka terdiam dan penat , tengok ayam golek buat badan tergolek tak larat.

sebelum berbuka semua tak kena , mulalah lemah badan dan tak bermaya.
selepas berbuka duduk depan newspaper , makin buncit badan.makin tak bermaya.

sebelum berbuka peluh menitis , tengok nasi briyani dua pinggan pun konfiden boleh habis.
selepas berbuka berjalan-jalan , tengok dua biji kuih koci pon tak konfiden boleh telan.

sebelum berbuka duit kaya raya , rasa nak terbang je kat semua benda.
selepas berbuka duit dah sengkek , rasa menyesal mulalah merengek.

sebelum berbuka  haus dan letih , tengok air kosong sejuk pon meleleh.
selepas berbuka badan dah dingin, tengok air batu campur pon dah tak hingin.

sebelum berbuka menunggu waktu , tidur macam koma seminggu.
selepas berbuka rasa selesa , tidur lagila tak ingat dunia.

sebelum berbuka gatal telinga , punyalah tahan belakang member.
selepas berbuka gatal telinga., korek sikit buang kat member.

sebelum berbuka ada tenaga , confident malam ni terawih dua puluh tiga.
selepas berbuka terlebih tenaga .terawih entah kemana.katil juga jadi mangsa.

p/s : selamat berpuasa semuaaaa. : )

2 comments: