salam alaik.
sedar tak?
kita boleh kol kawan dan orang teristimewa berjam-jam setiap hari , tanya diri berapa lama kita peruntukkan untuk ibu bapa kita?
sedar tak?
kita boleh ber-dota berjam-jam tak henti-henti pagi petang siang malam. tapi untuk spend dua minit berdoa dngan ikhlas kat tuhan pon kita nak cepat-cepatkan?
sedar tak?
kita boleh beli beg guci , baju padini 50% off , seluar levis dan baju raya,tapi kenapa kita susah nak sedekahkan doa yang tidak berharga se sen pon untuk orang-orang yang memerlukan?
sedar tak?
kita boleh meminta-minta dari ibubapa kita macam-macam perkara ketika mereka susah. tapi ibu bapa tak pernah meminta apa-apa dari kita ketika kita senang.
sedar tak?
kita boleh salahkan subjek susah dan tak cukup masa untuk study dan cikgu tak bagus sebagai punca result teruk.tapi pernah tak kita salahkan diri kita malas, lalai dan kuat main?
sedar tak?
kita boleh melalak , berjamming , karaoke sepuas hati dengan kawan dan member ,tapi nak baca al quran satu surah pendek pon kadang-kadang tak terbuat kan?
sedar tak?
kita boleh mentertawakan orang lain terhadap kekurangan dirinya , tapi kita lupa kita ini penuh kecacatan dan kekurangan yang lebih dari dia.
sedar tak?
kita boleh mengumpat orang lain dan kita cerita kelemahan dia , tapi kita marah bila diri kita di cakap belakang sedangkan kita melakukannya.
sedar tak?
kita boleh tutup aurat waktu menghadap tuhan dan waktu ada kematian. tapi bila keluar jalan-jalan dan riadah , kita singkat-singkatkan?
sedar tak?
kita boleh mengubah diri kita walaupun pernah buat silap.kerana jalan itu sentiasa ada.dan Allah selamanya ada. : )
p/s : tembak orang kena diri sendiri.memang pedih! semoga hati ini berubah.
No comments:
Post a Comment