Wednesday, August 24, 2011

sayonara WGE 3830

salam alaik.


in life , youll never appreciate things. until its gone.
"one day, i will buy my own car.i pimp it my style.and i will take care of it.and i will never sell it.to strangers.

balik cuti haritu.abah aku buat keputusan yang cukup buat aku rasa retak pecah koyak.dia kata dia nak jual kereta satria yang dah berzaman berkhidmat untuk keluarga aku.dan jadi tunggangan aku.untuk setahun yang lalu.aku terus jadi kaku.

betul.bila difikirkan.jual kereta je pun.bukan jual rumah.kata orang lain , abah kau jual kereta tu sebab dia nak beli kereta lain la tu. ko rileks je nas. tapi aku pon tak tahu kenapa aku sedih dan melankolik.yang dijual kereta. bukan benda hidup.tapi tapi tapi.bila benda yang tak bernyawa tu , ada kenangan dengan kau.seburuk mana pon rupa benda tu,kau mesti rasa kehilangannya.contohnya dulu waktu kecik kita main tamiya.tamiya kita pecut dengan lembabnya masuk longkang.kita akan sedih dan meratap betapa bongoknya kita tengok saja tamiya kita masuk longkang.ok.apa aku merepek.

ok.abah aku cakap dia nak jual kereta satria ni sebab kakak aku bakal beli satu lagi kereta.jadi dekat rumah aku sekarang ada perdana , satria ni dan kelisa.dan dia cakap.bila akak aku beli persona , tak cukup tempat dah nak letak kereta.alahai.satu alasan yang agak pelik.jadi bila aku tanya kenapa tak jual je kelisa tu? kan lagi baik simpan je satria yang lagi perform ni.ayah aku menjawab , kelisa brapa sangat la dapat kalau jual.

ia terus menjurus kepada satu kesimpulan.iaitu , ayah aku perlukan duit sebenarnya dan dia terpaksa jual.dia takkan nak bagi tahu  benda tu direct kat kepala aku.tapi sebagai seorang anak.aku harus tahu tanpa perlu dia bagitahu.haih.pahit betol ditelan.jadi.aku terpaksa la relakan kereta itu dijual demi kebaikan ayah aku.dan harini.dia tiada lagi.

jadi.ada apa dengan satria ni sampai sedih sangat dia kena jual?sebagai seorang remaja.satria ialah kereta paling ideal dan mantap.agak tidak manis utk seorang remaja bawak kereta auto dan perdana. lagi tidak manis kalau remaja bawak serena dan iswara.remaja hanya untuk satria.ok tak lupa.myvi.jadi bila satria idaman remaja menjadi panduan aku.agak susah untuk aku lepaskan lagi2 tahu yang dia dah kena jual.arghh.

* * *
satria ni ialah kereta pertama dan terakhir yang aku guna sejak aku ada lesen memandu.memang akan ada intermolecular force yang kuat antara aku dan dia.aku dah bawak dia kehulu kehilir.pergi sawah padi.balik seremban.tengok belon udara putrajaya.jam satu kuala lumpur.dan banyak sangat tempat.

*aku pernah rasa habis minyak sebanyak tiga kali guna kereta ni.sama ada meter minyak yang tak berapa betol dan aku yang tak betol.haha.ok.aku simpulkan yang kedua-duanya main peranan atas kejadian aku terpaksa melambai lambai atas fly over suruh kereta kekiri dan kenanan .malu seh.

*aku pernah rasa habis bateri sebanyak sekali depan wangsa walk.sama ada aku lupa tutup lampu atau bateri yang lupa nak tutupkan.aku simpulkan.kedua-duanya main peranan.buktinya lepas aku tuka bateri baru pon.kereta problem lagi.

*aku pernah tertinggal kunci dalam kereta a.k.a kereta terkunci dan kunci tertinggal kat dalam sebanyak dua kali.tapi aku cool.kereta burok sapa nak curi.haha.kepala kau cool.sekali depan central market satu lagi depan stadium lepas tengok malaysia menang lawan taiwan.pembaris dan pisau pemotong roti menyelamatkan hari aku.skill2 seorang pencuri satria terpaksa aku gunakan untuk bukak pintu balik.

*aku pernah hampir accident masuk gaung dalam Universiti Malaya waktu pusing2 cari masjid nak sembahyang jumaat.baru aku tahu rupanya masjid kat luar.dan haritu.aku miss sembahyang jumaat.teheee.

*aku pernah sanggup kepanasan satu hari dalam kereta dengan member-member cari kedai jamming waktu hari cuti umum sebab kipas aircond tak jalan.

jadi.bila satu perkataan iaitu kenangan hinggap dalam otak.kau akan susah melepaskan sesuatu.walaupun pada dasarnya agak bodoh untuk kau sedihkan.ok.enough of that.sebenarnya aku sedih sebab lepasni tak dapat lah aku meronggeng kl lagi dengan kereta sendiri.ini menandakan bermulanya semula era kemampatan ketiak-ketiak niger dalam ktm yg bakal aku harungi.

dan ini sebenarnya tanda Allah sayangkan aku.mungkin kalau kereta tu ada lagi.aku tak belajar dan akhirnya result aku makin teruk dan aku tak dapat fly.mungkin?

jadi.sayonara WGE 3830.jika anda nampak kereta satria burok ni melintas depan anda.sila tabik hormat.selamat tinggal satria.no more you in my life.

p/s : damn.pasal kereta pon nak sedih.aaaahhhhh.


klik untuk baca memori lejen bersama kereta ini : > siri gua pemandu hebat.

3 comments:

  1. mungkin ko tengah tacing2 sekarang tapi aku nak cakap, aku suka ayat ko..dari mula sampai habis..

    ReplyDelete
  2. Hihihi yang jalan jalan cari masjid sampai tak sembahyang tu aku tau hihi. Sorry Nas :P

    And jgn bersedih sgt bro. Patah tumbuh hilang berganti. Chill okay. Dah belajar pandai pandai kau beli mecidis

    ReplyDelete
  3. aku nak ucapkan takziah kat kau. takziah anas.

    ReplyDelete