Tuesday, August 16, 2011

aku atau topeng.

salam alaik.

aku atau topeng.

derap dalam hati debar-debar ,
nadi lari-lari tidak kemana-mana,
cuma makin deras di malam yang bisu.

adakah ini aku.
adakah ini topeng.
atau adakah ini muka baru.

sesimfoni peralihan bukannya senada dua,
perlukan sesaat yang lama dari seminggu.
dan bukan sedetik yang palsu.

adakah ini aku.
adakah ini topeng.
atau adakah ini baru.

tuhan tolong bujurkan aku.dalam jalanmu.
pintaskan gelap dengan terang.
benakkan senyum dalam suram.
aku merayu.

adakah ini aku.
adakah ini topeng.
atau adakah ini  muka baru.

jika sesaat yang benar ini palsu sebenarnya.
lambatkan sesaat itu oh tuhan.
agar mampu aku nikmati.
lagi dan lagi.
sebelum selepas sesaat baru aku sedar ia palsu.

adakah ini aku.
adakah ini topeng.
atau adakah ini muka baru.

moga alunan ini terbenam sedalamnya.
moga muka baru ini selamanya.
dan bukan kekal dalam nada yang palsu.

p/s : lama sudah tidak berpuisi.

No comments:

Post a Comment