Friday, August 12, 2011

siapa kata anak bongsu manja?

salam alaik.

ni awek-awek happy meal gua.

aku seorang bongsu.seorang bongsu yang langsung tidak manja.ok.sikit je.aku ada dua orang abang yang hensem dan kental.seorang doktor dan seorang leftenan tentera laut,dan juga dua orang kakak yang kekanak-kanakan walaupun dua-dua dah pun bekerja dan seorang dah bekeluarga.seorang pegawai bank dan seorang lagi cikgu pendidikan khas.see?biodiversity betol keluarga aku kan?dan aku keseorangan.sebagai pelajar keenjinan yang masih tersangkut dan kena repeat exam.

beza umur aku dengan kesemua mereka ialah kira-kira lima tahun.ketika baju mereka semuanya berpasangan macam baju izyan dan amira kat atas ni.aku keseorangan.takda pon pair dengan siapa2.sob.ini buktinya.

kacak walaupun keseorangan.

ketika dorang semua sekolah rendah.aku masih hisap puting dan lepastu masuk tadika.bila dorang semua dah masuk sekolah menengah.aku sorang yang tertinggal di sekolah rendah.bila mereka semua berada di universiti.aku tertinggal pulak di asrama.dan bila mereka semua dah bekerja dan bekeluarga.aku keseorangan di asrama sekolah mara seremban.

see? walaupun bongsu.tapi aku berdikari.buktinya? aku takda pairing macam abang dan kakak aku.kalau dulu dorang main PS1 pon boleh main multiplayer.aku apakan daya.main single player dan selalu kalah.aku paling takut dengan abang aku yang kedua.dari kecik,dia sangat garang.patutlah masuk tentera.dia punya garang sampaikan waktu aku keseorangan aku cuba gurau-gurau dengan dia dengan main-main kepalanya lalu dipatahkan tangan aku! HAHAHA.patah.betul.patah.patah betul-betul.dan waktu tu aku darjah satu.

segarang-garang abang gua.dia jambu bhai!

ok.ketika aku lima tahun.aku juga pernah dipedajalkan oleh kedua abang-abang aku yang ketika itu suruh aku melompat melepasi longkang yang agak besar.err.ok.memang besar.dorang dua support aku dari belakang dan kata yang aku boleh lepas longkang tu.terima kasih abang.memang aku lepas! lepas masuk dalam longkang.memang lah kan adik bongsu.aku meraung sampai semua jiran keluar rumah nak tengok budak comel mana yang meraung dalam longkang.ok.sebenarnya bukan sekali aku jatuh longkang yang sama.ada dalam tiga kali kot? teheee.

ok.sebagai adik bongsu kepada adik beradik aku.aku memang dah biasa dengan kerja lawat melawat ni.lawat melawat memang rutin aku sejak berumur enam tahun sampai lah aku tingkatan tiga.dari zaman sekolah asrama sampailah asasi dan universiti.see? aku adik yang baik.kan?dan sebab melawat dorang jugaklah aku inspired tok masuk asrama.dan kini kekal di asrama.sekolah mara seremban.

kadang-kadang aku duduk terdiam terbaring.pernah jugak aku fikir.eyh.kalaulah aku ada adik.best ke tak best ey?lagi-lagi adik perempuan.siapa yang nak nombor adik aku tu.ha bak mai datang abang dia dulu.kalau lagi hensem dari aku.aku tak bagi.sebab nanti dia sayang bf dia lebih dari dia sayang aku.ok.ini melalut.

ok.aku dilahirkan sebagai bongsu dan akan kekal sebagai bongsu.sulong dan bongsu tiada bezanya.kedua-duanya seorang anak kepada sepasang ibu bapa.yang harus membalas jasa mereka hingga ke akhirnya.

bongsu bukan manja.tapi kurang kasih sayang. 

kakak sulongku seorang pegawai bank,
abang pertamaku seorang leftenan tentera laut,
abang keduaku seorang doktor,
kakak keduaku guru pendidikan khas.
dan aku?

seorang bongsu. : )

ok.post tiada motif.daaaaa.

7 comments:

  1. jadi bongsu lagi perit bila hanya ada sulung dan bongsu. balik2 barang 2nd hand jugak dapat

    ReplyDelete
  2. same here as the youngest one.satu2nye yg masih d universiti.huhh

    ReplyDelete
  3. levis : bukan cute entry budak manja la . entry budak kiut yg tak manja. HAHAHA

    cik chopu: betol 3X!

    yaya : atleast kau dah U. aku ni mcm asrama lagi. T.T

    ReplyDelete
  4. gua cakap anak bongsu manja , tapi tak semua lah kan . anak bongsu apa nak semua dapat .

    ReplyDelete
  5. ahaha.anak sulong lagi mintak semua dapat.anak first. : P

    ReplyDelete
  6. Ehh,gua pun tk suka sgt anak sulung. sapa anak first ? eh

    ReplyDelete