Sunday, May 1, 2011

siri gua pemandu hebat bahagian tiga.

budak2 ni pernah pecahkan drum dekat bilik jamming.pernah ya.pernah.

salam alaik.

pemanduan harini membuktikan bahawa gua pemandu hebat.dalam dua post yang terdahulu.gua dah menceritakan pengalaman gua menghadapi saat-saat kesukaran seorang driver di jalan raya di situasi yang berbeza tapi kes yang sama.

(tekan sini untuk post terdahulu. tekan ini. dan ini juga . tekan ini. )

MATI ENJIN.MINYAK HABIS.

jadi hari ini.gua memang membuktikan gua pemandu hebat.
* * *

hari ini hari pekerja.selamat hari pekerja gua ucapkan.jadi hari ini hari yang berbahagia utk semua org.walaupon nama hari pekerja.pelajar macam gua pon dapat faedah.jadi gua cadangkan kerajaan buat hari pelajar supaya pekerja dapat cuti sama.hihi.

gua dan satria perkasa gua memang susah nak berpisah.hari ini.gua tunggang dia lagi.gua amik zul , abu dan mah. tiga maskulin ini kawan baik gua sejak tadika. tak percaya?


gua tetap kiut pegang ijazah tadika kemas.

gua yang paling comel dalam gambar ni.mah duduk kanan sekali di barisan bawah.mana zul?carilah budak mana paling pendek.dulu kini dan selamanya.keh3. abu? abu takda dalam gambar.dia terlalu hensem untuk bergambar di zaman tadika.tak percaya?nah.

selamat hari raya lagituh.

jadi gua harini memang berazam nak jamming dengan mereka.dah hampir dua tahun gua tidak merasai kegelapan bilik jamming.dentuman drum dan petikan gitar.dan kesumbangan vokal.gua admit.gua bukan hebat dalam main gitar.siapa kisah.yang penting fun.mereka2 ini kawan2 gua yang ada masa gua susah dan senang.

dekat kepong bukan banyak sangat kedai jamming.tambah2 lagi hari pekerja.jadi misi harini agak mencabar.

"sory. kedai jamming tutup.baru lepas kena samun."

mesej yang mah dapat lepas dia kontek kedai jamming dekat area selayang.tapi sebetulnya.gua dah ketuk pintu kedai jamming tu dulu.baru dapat mesej.wadefuf.kurang pendidikan seni betol orang yang mencuri waktu hari pekerja.jadi.gua memandu lagi satria gua ke area jusco kepong.memang dasar hari pekerja.semua kedai pun tutup.gua pon bangang jugak timbul nafsu jamming waktu hari ahad.

* * *
pendekkan cerita.gua dah menjelajah satu kepong cari kedai jamming.semua menghampakan.memang dah takda orang main gitar ke time hari pekerja kat kepong ni.perut gua jugak yang gembira kena sumbat dengan macam2.len chikang.teh ais.cendol.maggie sup.roti tisu.minyak kereta gua memang mantap..gua isi full pon lampu merah tetap on.jadi baik gua takyah isi full.secara fakta.gua tak isi pon.memang satria gua power.

tempat regular gua jamming pon tutup.gua cuba kol tempat tu.awek cina digi yang angkat cakap nombor yang anda dial tidak dapat dihubungi.sila dail sebentar lagi dalam bahasa cina.entah2 itu betul2 amoi kedai jamminng tu.ceh.
jadi.secara kesimpulannya.gua pulang hampa.gua hantar mah , abu dan zul.

* * *
kira2 500 meter dari rumah gua.gua dapat panggilan.

"halo?lu mahu order jamming ka? haiya.wa tadi makan ma.memang la tutup.lu mahu pkul berapa?"

dalam kegembiraan gua bila apek tu kol.tiba2.satria gua memberontak.itu malapetaka.tiba2 brek kereta jadi ketat dan masa gua meneruskan perbualan gua dengan apek tu.satria gua mati.bang! tapi gua rilek.gua layan je apek tu sambil biar kereta satria gua kehausan tepi jalan.

satria perkasa gua habis minyak lagi.
-,-
gua ulang.
gua habis minyak lagi.buat kali ketiga.
dalam siri pemanduan gua pemandu hebat.

dan kini.gua dirumah.terima kasih kepada abang gua yang menyelamatkan gua dari kehujanan tadi .nasib baik 500m je dari rumah.kalau 5000m.gua akan mendapat bebelan 8.9 skala ritcher buat kali ketiga.gua terus jalan kaki dengan bergaya.sambil tinggalkan satria gua.seperti biasa.

gua rasa.memang takdir gua dengan satria tu malang.gua lupa nak cerita yang air cond terus rosak sebaik saja gua start enjin.memang malapetaka.

tapi gua tetap akan jamming.
malam ni!
harharhar.


gambar ni bukan gambar kejadian.tapi sebab senarionya sama.jadi gua guna juga.keh3
jadi gua dah habis minyak tiga kali.lu orang bila lagi?

1 comment:

  1. kawan mu itu hensem... nak ngorat leh?? hahahah
    salam kenal dikk...

    ReplyDelete