11.1 engineering.kelas budak jambu.rindulah.
empat dah berlalu. empat lagi untuk dilalu. baca dah banyak. yang keluar tak macam yang di duga jugak. lumrah. lumrah. takpa. ada hikmah. usaha dah usaha. tawakkal juga jalannya.
aku mulakan AS dengan kegelabahan melampau.jarang aku gelabah macamni bila masuk dewan eksaminasi. tapi entah kenapa. aku jadi begitu. paper first ialah paper yang budak2 lain anggap paper scorer. P1 pure mathematics. paper ni boleh kata yang paling mudah bila dicomparekan dengan paper2 killer lain macam kimia dan fizik. tapi bila dah gelabah. apa pon tak boleh!
tangan ketar-ketar.buku jawapan macam tulisan budak pra sekolah. conteng sana sini. cakar sana sini. siyes. kegelabahan membunuh aku. paper kedua. kimia paper 3 . eksperiment dengan benda alahan kimia . kimia memang bukan target aku. tapi siapa yang nak repeat exam kan? dua sem satu pembaziran. yah. aku ingat aku dapat bunuh kegelabahan aku masa paper ni. tapi aku gagal lagi. meja bersepah macam haram. precipitate entah jadi warna apa. ya. gagal. aku admit.
kimia paper 2. halangan yang aku boleh umpamakan ibarat mario lawan final monster sebelum selamatkan puteri raja. ( macam betol je ) .masa buat past year.jawapan macam air keluar dari otak.takdelah air sangat. tapi atleast mengalir lah jugak. masa exam sebenar. aku dibeban dengan tekanan untuk cover up balik paper 3 aku yang lebur hancur tu. jadi tekanan sekali lagi membunuh nerve2 aku.aku keluar dengan frustasi. tapi. aku puas. mungkin itu yang aku usaha.dan itu yang aku dapat.
paper 3 physic.waktu trial. fizik penyelamat aku. math dan kimia dua2 lebur dengan gred teruk. tapi fizik waktu tu penyelamat. dan aku dapat rasakan. fizik la harapan terakhir aku untuk exam AS ni. paper 3? bila tak nampak ada alat elektrik atas meja eksperimen dah cukup buat aku happy .tapi perasaan terlalu senang lenang sangat memakan aku.aku bazirkan banyak masa menikmati aktiviti memotong kertas sampai masa memecut macam watson nyambek.ya.tapi paper ni taklah seteruk yang sebelum2 nya.
ya.aku tahu. repeat exam menanti aku tahun depan.bukan lah aku menyerah kalah.tapi diri yang memikul dan merasa.mestilah lebih mengetahui.apa2 pon.
worst start never stay too long. happy ending last forever.
op coz 4 4 exam uh susah .. fzk pper 3 jela sng siket.siket jela
ReplyDeleteuhuh.. result belom kuar ag kot.. lek2
ReplyDelete