hari ini bukan hari pekerja. hari pekerja boleh kata hari-hari. sebab mereka bekerja . hari ini hari sabtu. hari ini hari untuk orang malas pergi sekolah .dan kolej juga.malas bangun tido dan malas untuk tido.dan hari ini untuk mereka yang suka lepak mamak minum teh tarik tengok belo. ok. aku nak eja bola. tapi tereja belo. sebab aku manusia. dan manusia tak pernah henti buat silap.
* * *
kesilapan ialah guru besar manusia. mana ada orang tak pernah buat silap . kedai lahoma buat silap besar tak bukak lebih dari tiga hari buatkan budak KMS merajukelaparan.dan kate middleton buat silap bila dia pilih prince william dan bukan aku.dan begitu jugak aku. mengeja bola dengan belo. sebab aku manusia.
jadi.wajarkah aku ditertawakan dengan mengeja bola dengan belo tanpa menyakitkan hati sesiapa? orang kiri dan kanan. depan dan belakang. langsung tidak salah. dan aku boleh berubah. dan mungkin lepas ini orang kiri kanan aku pula yang mengeja bola dengan belo.
* * *
penting untuk manusia memaafkan dan bukannya mentertawadekahkan. kerana sesungguhnya. belo dan bola hanya contoh mudah. sebuah contoh kehidupan dunia. dimana hari ini hari kau. dan esok mungkin hari kau. tetapi lusa mungkin lagi hari kau. dan hari tulat tiada lagi kau.
* * *
malam ini jam 8 waktu kepong dan bukannya rusia.kawan baik aku jauh di hemisfera utara ajak aku untuk skype dengannya. antara kerja paling gila pernah aku buat ialah skype dengan kawan lelaki.lelaki berambut lurus.dan mukanya tidak jambu.
antara gambar paling gay pernah aku letak dalam belog.
syafiq rumzi .satu ketika dulu aku pernah bersekolah dengan dia.sebilik dan semestinya tidak sekatil.rajin orangnya.boleh kat hot setap.budak port dickson semua dia punya.sekarang dia di rusia. nama dia dah byk aku tulis dalam belog ini. budak dorm aku dulu yang suka telanjang dalam dorm sekarang dah kat rusia bawah yayasan terengganu.sekarang pakai baju tebal2 lah kan.qada' yang lama2.kah3kenapalah aku tak mohon walaupun aku tak pernah duduk terengganu tapi aku lahir dekat sana! haha.
dia skype aku dari rusia.antara benda yang paling gay pernah aku buat.tapi kawan mana pernah kisah.rupanya dia nak show off kamera kiev yang dia beli.aku dah agak dia memang beli utk aku.memang bertuah aku dapat budak dorm pergi rusia.
* * *
sekali kamera tu dia punya.tapi takpalah apeng.skype dengan kau walaupun agak gayish tapi buat aku rasa nak terbang jugak.tengok kawan2 kita di sana sini memang jadi tonik segera untuk kita jadi macam mereka. dan buatkan aku rasa aku nak tamatkan post ini lalu setadi semuka dua sebelum on balik sehari dua.
bon apetit!
No comments:
Post a Comment