Saturday, February 5, 2011

gua dah kata.sediakan payung sebelum hujan.sediakan minyak sebelum kontang.

subjek kurang bernasib baik,kiri.-
salam alaik.

lu orang kena baca cerita ni sampai habis.peringatan sempena musim raya cina.

"ni kalau takda minyak tengah2 hujan lebat atas felai over ni adventure jugak balik rumah ni."-hati anas.

gua harini berbangga.sebab gua dah pecahkan rekod abang gua.sebagai anak yang paling banyak habis minyak atas jalan.masuk kes harini dah dua kali gua habis minyak atas jalan.ini menunjukkan bahawa gua memang power buat ayah gua naik minyak memandangkan minyak pon dah naik rege.

petang tadi gua balik dari study grup dengan budak kolej gua,mimi kat mek D.eleh mimi.sukalah tu nama kau masuk.jangan risau.gua bukan buat kat tempat tertutup pon.jadi gua harap nama gua tak naik time mesyuarat lagi.kah3.ok.abaikan.petang makin larut.gua pon gerak dengan menaiki satria perkasa gua.hujan tadi memang ribut betul lah.memang haru jugak hujan dia.gua ada pengalaman dalam hujan ni.sebab gua test JPJ dulu pon time hujan.kekeke.

masa naik felai over.gua dah setart rasa satria perkasa gua macam semput. ni kes banyak sangat minum air hujan ni.gua try test power.gua tekan minyak dalam2.tapi tak naik jugak.disebabkan gua memang byk pengalaman habis minyak ni.gua rasa simptom2 habis minyak dah dekat.lagipon lampu amaran tu pon dah lama merah.gua abaikan je.hihi.haih.gua pon rasa tak sedap jantung dan paru-paru.makin tinggi naik felai over.makin semput.sampai mati.gua malas nak setart balik sebab bagi gua.dari habis terus.biar tinggal setitik.setitik minyak bersamaan setitik peluh abang tukang keluarkan minyak.

haishhh.gua dah agak dah.memang habis minyak lagi.gua malas nak try setart balik.nanti lagi meruntun hati remaja gua.jadi gua tengok henpon gua.cek kredit.tinggal 15 sen.kalo convert rupiah ada la dalam 200 rupiah kredit gua.bateri tinggal sepam dua nak habis.haishhh.nasib baik ada insan tersayang permata nilam gua tolong sharekan topup dia.mekaseh cik nurse.gua dah agak dah.kalo gua call ayah gua ni.mesti meletus gunung daik bercabang dua ni.tapi gua cool je.bila ayah gua angkat.ayah gua pon macam dah berpengalaman je dengar suara gua yang redup2 ni.

jadi gua pon tersadai lah atas felai over dalam hujan lebat.bateri henpon ciput.dupdap gua time tu.gua pon keluarlah dari satria perkasa lalu melalukan aktiviti regangan dengan melambai macam mamat bangla kerja JKR.gua pon tersipu menyuruh kereta ketepi.macam ada pengalaman je lah gua suruh kereta semua ketepi.lama jugak gua melambai-lambai mesra.gua makin cuak takut bateri henpon gua mampus.memang melambai lah gua sampai pagi takut2 bapak gua tak dapat kesan gua.

akhirnya.sang kelisa tiba.ayah gua muka sejibik macam haritu.harharhar.tapi yang gua pelik.dia suruh gua bawak kelisa.dia bawak satria.gua hairan.satria tu tengah nazak.macammana nak gerak.gua pon ikut arahan.gua pelik bila pulak ayah gua masukkan minyak? tiba2 satria perkasa gua gerak.haishh.gua memang rasa ajaib lah time tu.gua ingat dah mampus dah.maybe gua rasa dalam dua tiga meter lagi mampos lah tu.tapi tak mampos2 jugak! sampai kerumah akhirnya satria tu.

ayah gua bukak pintu sambil tersenyum comel.rupa-rupanya minyak gua tak habis pon. =.= .gua yang termatikan satria perkasa gua atas felai over.sungguh memalukan.boleh masuk muka gua dalam majalah mangga ruangan maskulin minggu ini.macamlah malunya rasa!

gua ada tips tuk lu orang bila nak mulakan perjalanan supaya tak jadi macam gua.

1)dalam kereta mesti ada payung.kalau tak lencun seksi macam gua.
2)bateri kasi cas sebelum jalan.henpon tu kasi ada kredit sikit der.
3)tangan mesti dah strectching dulu incase lu kena lambai2 macam gua.
4)jangan pakai makeup tebal2.nanti kena hujan cair jugak makeup2 lu orang.
5)jangan memandai-mandai nak mintak bukan2 ngan tuhan!.kang makbul baru tahu.
6)minyak kasi isi.

hihi.

p/s : gua sempat tangkap imej satria perkasa tengah2 melambai kat kereta2 tadi.nampak tak pengalaman gua? hihi

12 comments: