kes penjualan jersi kelantan yang sold out.
salam alaik.ok.kelantan menang semalam.satu hari raya buat rakyat kelantan dan die hard fan red warrior tidak mengira lokasi melonjak-lonjak ke udara macam dah menang kes royalti minyak hak rakyat kelantan je rasanya.dah la dapat cuti pulak tu.haha.aku cuma dirumah.tidak berkesempatan ke stadium.tiket abes.
menjadi asamjawa mana-mana team yang kalah fannya akan melankolik.tak lupa ada yang menyalahkan dan memberikan seratus puluh ribu alasan kenapa team dorang kalah dan lebih suka menghentam team lawan sebagai punca kekalahan.team lawan main kasar.team lawan pandai berlakon.team lawan main-main cinta dalam padang .jersi team lawan lagi lawa.team lawan guna bomoh.saje bagi team lawan menang takut stadium kena bakar.dan tak lupa tiang gol lawan lebih pendek dari tiang gol team sendiri.kah3.tak penah pula di salahkan kenapa team sendiri sepak tak kena.kenapa team sendiri bazirkan peluang depan gol.kenapa team sendiri lengah-lengahkan masa.kenapa team sendiri tak makan multivitamin.dan kenapa team sendiri tak score goal.
kadang2 aku pon dalam situasi di atas.kita semua mungkin pernah dalam situasi diatas.tapi aku rasa kita kena berubah jadi matang.aku cakap ni bukan kata aku tak buat.kira muhabasabah diri jugaklah.kita jangan bykkan potpet2 salahkah takdir tuhan dan lebihkan sokongan.kurangkan cemuhan dan lebihkan penghargaan.kerana sesungguhnya.kutukan tak kemana.sedap mulut je bau busuk.welldone kelantan.anda menang bergaya dengan ribuan ratusan penyokong dibelakang anda.kepada negeri sembilan.counter attack anda cun la jugak.cuma taktik defend yang anda guna memakan diri.apa-apapon.syabas.
ok.cukup untuk piala malaysia.semalam mercun byk jugak kan?botol2 air jadi mangsa balingan?common lah fan.jadi matang.tak die hard fan lah anda kalo buat cenggini.bikin malu fan2 lain je ok?yang buat status facebook kutuk2 kelantan and negeri sembilan sudah-sudahlah.menampakkan ketidakmatangan anda.kita semua seagama.gelak guling2 orang kafir kat luar sana tgk kita gaduh sesama sendiri tanpa perlu mereka gaduhkan.
GOMO KELATE GOMO? HOBIN JANG HOBIN? YOULL NEVER WALK ALONE. :)
ini baru the red warrior.ekeke.tribute to khairul anuar HOLGA 135BC