Friday, December 31, 2010

anas dan dua ribu sepuluh.

salam alaik.

GOODBYE DUA KOSONG SATU KOSONG.
secara jujur , aku rasa tahun dua ribu sepuluh banyak sangat cerita sinetron yang mengcrayonkan kanvas kehidupan aku. tahun ini sangat 2 mengubah hidup aku secara total dan brutal . sangat2 emotional melankolik mencurah-curah air mata tapi sangat2 bermakna ceria gembira wow wow. korang ada pengalaman korang.aku ada pengalaman aku.pengalaman kerja selama lima bulan jual broadband , result SPM , lesen kereta , interview MARA , masuk kolej cuti , lomography , dan perkahwinan adik beradik jadi tajuk besar dalam catitan peribadi seorang anas.

satu ayat untuk tahun ini. awesome . tahun pertama tanpa baju putih seluar slack hitam dan nyanyian lagu sekolah .tahun pertama berambut panjang sakai serabai .alhamdulillah , anugerah tuhan aku dapat apa yang aku inginkan .teriak suka gembira tgk A penuh di kanan slip SPM. sains seremban kekal terbaik kebangsaan , kerja banting tulang yang dapat tampung keinginan peribadi tanpa susahkan ibu bapa , lesen P dapat ronggeng tonggeng satu K.L tapi jalan fail habis , dapat biasiswa mara tuk teruskan pengajian keenjinan , ada seorang amira yang ada bersama waktu susah senang , dapat kenal pencinta seni lomo yang tegar segar bugar , abang aku bergelar doktor , kakak aku akhirnya berkahwin , abang aku sorang lagi bertunang , aku jeles , ,malaysia menang piala , kelantan pon sama , liverpool je kecewa sikit . hik3.

yaa. dua kosong satu kosong sangat menarik. awesome wow wow . terima kasih dua kosong satu kosong .kau pergi tak kembali. tapi memori kekal di hati.


merasa jugak gua masuk paper walopon kenit ja.ekeke.gua tak cukup jambu.


jual broadband dengan gaji rm1200 seminggu.ada berani?


lomo lover yang sangat cool dan sempoi buat aku ceria tahun ini.


abang gua yang pegawai tentera laut bertunang. nanti kahwin atas kapal.hik3


budak kolej yang gila hensem dan jambu serta ayu.

dua kosong satu kosong , aku gembira . sangat2.

azam tahun baru gua.
naikan berat badan ideal tanpa meminum jusmate 5.

p/s : dude , lagi dua kali tahun baru je kat malaysia.

Thursday, December 30, 2010

skuad lisa surihani benam skuad luna maya.

skuad lisa surihani angkat piala di bung karno.

salam alaik.

ya mas, gimana mao menang? abis di laserin semua player timnas indonesia. malaysia curang pakai laser. gawang juga ditaburi serbuk buat marcus gatal-gatalan.waduh.waduh.malaysia curang.guna pawang di luar stadion bukit jalil.malaysia memang negara maling.negara maling.gak bisa menang dengan adil.enggak sportivitas dalam kandang.

HAHAHAHAHAHAHA.aku sarankan supporter-supporter indonesia yang buat ayat macamni sila repeat UPSR anda.jangan nak bersinetron dongeng kuda terbang sangatlah ok?entah-entah sekolah pon tidak.tu yang buat statement yang jelik tambah pelik.ok.semua orang tahu malaysia menang wow wow.skuad lisa surihani angkat megah piala depan skuad tak bermaya luna maya di kandang lawan.tapi ramai lagi mulut-mulut busuk sesetengah orang indonesia yang masih tak puas hati dengan kejayaan malaysia.ya bung? kalo bisa dibaca ini belog.sila bacaan perlahan ya bung? kok bisa tutup lo orang punya mulut busuk ya?

kenapa indon tak puas hati :

1) malaysia menang guna laser.
waduh.waduh.waduh.berat bangat tuduhan lo orang? kalo lo orang ada internet.pegi youtube ya?lihat dulu siapa yang curang main laser.keeper malaysia dilaserin di bung karno pada awalnya.ngapain senyap saja?tidak diperlakukan seperti malaysia?karena lo orang cuma pandai cari kesalahan.

2) fan malaysia tak hormat lagu indonesia raya.
hahahaha.seperti ludah ke langit ya? apa kalian buat ketika negaraku di bung karno? kalian boo dan membaling botol ya? menjerit maling maling.malu bangat deh??

3) malaysia letak serbuk ajinamoto depan gol bagi marcus gatal.
katanya indonesia diteror dengan serbuk di depan gawang.ku kira marcus yang tak mandi sebab tu gatal.keeper vietnam tough je takda gatal2.enggak ada alasan lain ya nurdin kalid?

4) malaysia guna pawang dan bomoh hantu kak limah.
wakakakaka.siapa yang cakap.dia yang buat.tak gitu?? kalo malaysia pakai bomoh semua game dah menang.tak payah susah-susah lawan indon.blweekkk.

5) fan malaysia tidak sporting main laser.
katanya fan malaysia tidak sporting.waduh.waduh.kalo orang malaysia tidak sporting tak dapat la 15 000 tiket tuk fan indon wehh..siapa yang tidak sporting memprovokasi timnas malaysia ketika sesi latihan.busuk sungguh mulutmu.

6) malaysia guna player import dari india utara.
HAHAHAHA.geli hati aku baca media indonesia ni.ahahahaha.katanya S kunalan lahir di India dan menjadi player import .begitu juga mahali jasuli.kami masih ada maruah bukan seperti kalian guna player uruguay sebagai striker.bluweeekkk.

7) fan malaysia cuak tak cuak datang ke bung karno.
nak datang macammana.usahkan fan malaysia.fan negara sendiri pon mati sesak nafas nak beli tiket.apatah lagi orang luar yang dibaling batu dan botol.sportivitas ya bung?bagaimana layanan kalian?ada seperti kami?bluweekk

8) lisa surihani lagi cun dari luna maya.
fan indon tak dapat terima hakikat lisa surihani lagi cun daripada awek-awek yang tak abes2 kena candid dengan abg cameraman indon yang gatal.


bayi kelahiran uruguay yang diberi kerakyatan indonesia yang ada bau-bau bacang dengan christian gonzalez menangis tengok gonzalez kena lenyek dengan Muslim ahmad,defend malaysia.-kompas.com

CONGRATE MALAYSIA. WE LOVE YOU. WE DO.
kepada fan indonesia yang meroyan tu.alang2 meroyan rosakkan stadium apa kata runtuhkan terus.tak payah datang malaysia jadi buruh bina kat sini.bina negara sendiri dulu ok?no offence.

salam senusantara.gue post seperti ini untuk melawan segala kutukan terhadap timnas gue yang gue rasa kutukan kosong untuk tutup kesalahan timnas sendiri.bila di kalah mahu dibunuh di pukul player malaysia , fan malaysia.dimana peradabannya.gue tahu bukan semua.tapi gue rasa panas dengan yang segelintir itu.rasakan balasan tuhan terhadap keangkuhan kalian.

p/s : gua tetap dengar waliband.gua bukan racist macam sesetengah fan indon yang hanya tahu makan bakso lepas tu bising-bising.bluweekk.

ini baru indonesian yang bijak dan guna akal.

abe khairul fahmi che mat.keeper hot dan power muka ala2 super junior.nasib baik korea tak bagi dia kerakyatan jadi keeper macam indonesia buat.ekekeke.dia dah ade awek oi! like facebook sudah.takyah kacau.ahaha

Monday, December 27, 2010

plastik fantastik wow wow.

fantastik plastic colourfreak wow wow
salam alaik.

aku seorang peminat camera vintage.aku pon tak tahu macammana minat ni boleh hinggap menetap kat kepala aku.aku bukanlah obses dan tahu pasal semua benda.cuma ada la sikit2 knowledge tak seberapa dan rasa teruja wow wow bila tengok kamera antik fantastik ni.so aku terlibat sikitsikit dalam alam kamera film.setakat ni.aku pernah guna zenit TTL my lover , smena 8M dan beLOMO vilia .semuanya tahun 80an .KIEV60 dan FED5 masih lagi di test roll sehingga ke hari ini.

aku bukanlah tegar sangat. kewangan tidak mengizinkan. cuma minat itu ada dan kekal mengembang dalam jiwa. tapi alang-alang aku berkepompong dalam dunia kamera film wow wow ni.teringin juga aku menggentel kamera film dari dunia plastik fantastik macam holga dan diana.lomo smena yang aku guna pon plastik tapi antik punya.teringin juga guna yang baru kua dari kilang.holga.diana.tengok mereka2 di lomomatrix smalam makin teruja wow wow aku.hik3.

terima kasih ahmad muslim.bukan muslim ahmad defend malaysia gempak wow wow tu k?aku akan guna camera HOLGA 120CFN wow wow ko ni elok2.ada la sket2 pengetahuan pasal holga ni.leh test roll esok.yahoooo.cerita macam pernah guna je.plastik fantastik wow wow.

sedikit hasil yang tak berapa wow-wow dari kamera2 yang pernah aku guna.

half frame camera : golden half ,plastik lomo.
beLOMO vilia - belarus lomo tahun 80an.
lomo SMENA 8m -russian lomo tahun 80an jugak.
zenit TTL kesayangan aku. kamera film besi dari Rusia.

ape-apepon tak rugi aku terbangkan ringgit malaysia tiga puluh tengok malaysia bantai keegoan indonesia kat stadium sendiri.padan muka!wow wow!

Sunday, December 26, 2010

lomomatrix gempak , rantai-art segak , lepak-lepak , kereta tak gerak.

salam alaik.

blog ini masih lagi menjadi laman sesawang.tidak bersawang.aku sebenarnya mengurangkan kadar tulisan blog kerana aku lebih menghayati hirupan air coolblog yang lebih cool dari blog berkain sarong berprestasi tinggi ini.ekeke.

tapi semalam memang awesome.sumpah awesome.mereka semua terbaik.mereka semua sempoi.ada yang boroi.tapi semua sempoi.dari lomomatrix geng.rantai art event dan sesi melepak bersama temantaulan.memang awesome.aku kenal ramai orang.aku jumpa ramai orang.dan mereka semua awesome.sangat awesome.

aku tak tahu nak mula dari mana ni.atas ke bawah.kiri ke kanan.tapi mereka semua awesome.lomomatrix event sangat2 best.aku kenal ramai lomographer tegar.dengan kehujanan kamera vintage.lomo dan antik.mereka tidak peduli lali walaupon kadang2 ada sesetengah umat manusia hati busuk yang cakap lomo ni poser.lomo ni seni sampah.membazir duit.tapi mereka semua cintakan seni lomografi ini.dan mereka semua awesome.ahaha.


lomomatrix.
grup aku sampai lambat jugak dekat balai seni lukis.nasib baik still sempat nak lomomatrix dengan lomographer.
*zenit TTL rosak.
*ramai gila lomographer yang datang.wow.
*sempoi n fun.
*teruja gila tengok byk kamera antik.





rantai-art event
*agak kecewa.
*takda zine dan buku2 karya.
*still amazed dengan karya2 seni org tempatan.
*byk sangat booth jual cupcake oleh awek2 cun.
*aku nak zine!
*dekat atas balai seni lukis ada pameran seni yang memang mendalam maksudnya.
*aku tak paham ape yg dorang cuba sampaikan dari abstrak seni mereka.awesome.





kereta abes minyak!
*tengah-tengah jalan besar satria perkasa aku koma.
*minyak kering kontang degil sangat taknak isi.
*dah macam bangla duk lambai kat tengah jalan selama 2 jam tuk arahkan kereta kiri kanan.
*kredit abes.takleh kol rumah.nasib baik my nur amira ada membantu share topup.tengss syg!
*abah datang membantu dengan membawa minyak serta naik minyak.
*sambil melambai tangkap gamba.mmg awesome.

normally kalau aku gi rantai.aku akan membeli something untuk di buat pekasam.tapi ketiadaan zine membuatkan aku melankolik sebak sebak sebik.jadi aku hanya beli satu benda je semalam.

tada! : ) tengs to sipot , shin , aniq , momoe , muadz , acoi , juliet , belle , seha , dan semua lomographer yang beri tunjuk ajar semalam! one word.korang mmg awesome!

gambar ehsan sendiri.kawan2.juliet.seha.demang lolastar roflcam dan juga mohd akmal.

Monday, December 20, 2010

antik fantastik.

salam alaik.

pada tika dan detik ini.aku rasa aku mmg in love dengan barang-barang vintage lah tanpa aku sedari.mungkin taste aku lain kot dari taste2 maskulin era kebangkitan bola sepak malaysia ni.aku tak berapa nak ngam dengan muzik hiphop lompat2 ya aa aww ya aa aww.tak berapa nak teruja dgn inspira clon lancer.tak terangkat langsung aku tgk.tak berapa nak amik tahu dengan gadget2 canggih zaman ni.bukan kata aku taknak.kalo iphone 4 or ipad jatuh dari langit tepat kena kat aku.aku amik jugak.tapi barang-barang vintage ni buat aku teruja.perasaan dia lain macam.serupa perasaan bila dapat jerit bila abe safee skor dua gol lawan vietkong.tapi takda lah sampai obes.eh.obses.

aku minat kamera vintage.kamera antik tahun 80an guna film.kereta idaman aku yang aku nak sangat ialah kereta mini cooper mr bean yang comelmontel tu tapi asyik kena down ngan mak aku.katanya dalam workshop lama lama dari atas jalan raya.mmg la.barang rare mesti kasi jaga.takleh guna selalu.keh3.aku rasa teruja tgk motorvespa yang tak berapa nak laju tu pecut kereta satria aku.aku minat rambut2 vintage sikat tepi.aku minat spek bingkai hitam besar yang nampak antik tapi ada budak tu tak berapa suka aku pakai.aku suka nak bergaya ala2 antik walaupu aku tak reti nak bergaya.


kalo la aku dapat dua objek comelmontel di atas ni.mesti best berkonvoi pegi bukit jalil tengok indonesia kalah.keh3.hari ini abangku telah bermurah hati dan jantung tuk bagi lampu hijau nak bagi aku guna camera vintage dia.camera kali ini bukan setakat vintage.tapi dah sampai tahap antikfantastik dah aku rasa.ini dia camera nya.
KIEV 60.camera saiz anak gajah.yang berat kurang sikit dari seekor ayam.hoyeahhh.teruja gila.gila teruja.
*gambar sekadar hiasan.
aha.ini yang paling antikfantastik.gambar ala2 myspace dengan edit tak seberapa.

Saturday, December 18, 2010

maybe this is what they call democracy.

salam alaik.

maybe this is a meaning of democrasy.one malaysia style.


suspek peliwat seorang lelaki maskulin jambu , berotot sasa dan bertenaga berumur sekitar 20-an.suspek ini berumur 60an.beristeri.dan ber-anak.ini lah calon terbaik untuk seorang peliwat.

gambar hiasan.

Thursday, December 16, 2010

gua nak pegi vietnam pulak.







salam alaik.

rata-rata mereka pemain muda.
rata-rata mereka berumur 23 tahun kebawah.

negara ini tidak ada import eksport pemain.
bagi kerakyatan kepada pendatang untuk pastikan team menang.
macam gonzales dari uruguay di indonesia.
macam danial bennet , agu cashmir di singapura.

pasukan ini tidak ada pemain chelsea dan fulham macam filipina.
hanya dibarisi pemain tempatan tanah tumpah kual dal sambal.
tapi mereka dapat kalahkan team vietkong dengan jaringan yang sama.
2-0.
2-0.

gua puas hati semalam.
menjerit dari awal sampai habis.
port gua best gila betul2 belakang gendang.
gua tak beli ape2 alat menyokong.
gua cuma bawak suara garau gua.
dendang sayangkan lagu inilah barisan kita.
oh tak lupa.lilit kepala rm2 gua beli.

tapi gua dapat libas kain sarong ke udara bila malaysia gol.
puas hati.puas hati.puas hati.
lepas ni gua nak cadangkan semua orang bawak kain sarong pegi stadium.
boleh libas2 ke udara mcm helikopter.

gua rasa ada la dalam 60,000 menyerbu bukit jalil semalam.
tak sia=sia gua konvoi 3 kereta dari kepong semalam.
gua patriotik.hal apa ada?

Monday, December 13, 2010

gua nak berarak pergi bukit jalil.

salam alaik.

aku maskulin berkain sarong berprestasi tinggi yang dah hembus tarik nafas selama 18 tahun dekat bumi malaysia ini.dan tipu kalau aku kata sejak 18 yang lepas.hati aku tak terdidik langsung untuk patriotik dengan negara.everyday kat sekolah nyanyi lagu negaraku.mesti lah ada rasa sayang dekat tanah tumpah kari ayam dan dal sambal ni.tapi aku tak taksub dengan menyerang negara jiran yang provok negara aku ini yang akan menampakkan kebodohbebalan diri aku mengikut rentak bodohbebal segelintir mereka.diam-diam sudah.

ok.rabu ini.skuad terbang harimau malaya akan menyepak dan menendang bebola di bukit jalil.aku patriotik.aku akan pergi.ahaha.kalau dibuat kira-kira matematik pening kepala.agak merugikan aku pergi stadium rabu ini.minyak naik harga.gula pon sama.jalan jam.dan peluang nak menang pon entah ada ke tak.apa yang aku perhatikan.malaysia tidak bermain dengan cantik.hantaran lemah.kerap hilang arah kompas.dan selalu hilang bola.aku harap bola mereka masih ada.

tapi tak mengapa.aku tahu mereka mampu bangkit.aku harap mereka tahu.yang dibelakang mereka masih ada yang menyokong.seteruk-teruk fan yang kutukkritik mereka.mereka sebenarnya masih dondang sayang dengan kalian.tak putus-putus melengguk depan astroarena walopon kenkadang tgk biggest loser asia lagi berbaloi.cuma mengharap kalian main dengan lawa.kalah tak kisah.main kasi lawa.baru puas ringgit malaysia dua puluh yang terbang pergi stadium.

go malaysia go! aku menyeru rerakan yang bebosan duk rumah tu.moh la ke stadium bukit jalil.kalah takpa.korang duk rumah pon tambah lemakkolesterol je dalam badan.gi stadium leh jerit-jerit carut-carut.ahaha.go malaysia!

gua berkobar tgk video fan fanatik mudamudi malaysia buat chant.ada hal apa?
gua terkesima tgk mereka.tepuk.tepuk.tepuk.
A BIG CLAP TO ULTRAS MALAYA!

Sunday, December 12, 2010

mari sokong seni tempatan.


salam alaik.

sebelum post ini bermula.aku nak cetuskan ketidak puashatihairanan dengan hati kotor busuk manusia.baik dimana-manalah.yang di sini terpekik pegi mati indonesia.yang di sana terlolong malaysia bodoh.yang di sini menjerit indon pendatang.yang di sana terpekik malaysia perampas.kelakar.haha.bagi aku cukup kelakar.dua2 pihak kelakar.yang mengutuk itu seorang islam.yang dikutuk pon seorang islam.dipisahkan dengan sempadan buatan barat keparat zaman penjajah.dan masing-masing mempertahankan hujah pasal tanah air masing-masing.

kononnya malaysia lagi maju.indonesia miskin dan kebelakang.di balik sana pulak tidak habis-habis mempertahankan budaya.kononnya malaysia merompak khazanah mereka.sedarkah?sedarkah?kamu semua mempertahankan sempadan buatan penjajah?yang tak patut ada pon atas muka bumi ni?yang sepatutnya dibawah khalifah.aku bercakap soal agama kerana dua2 ini negara majoriti islam. sedarkah kamu sudah buat golongan kafir gelak berdekah-dekah guling-guling tengok kamu sebagai boneka mereka mengutuk satu sama lain padahal kamu semua dibawah panji yang sama?panji islam atau setidaknya senusantara.sebangsa.

bukaklah mata yang tuhan bagi.buta lagikah?.dan berfikirlah.sampai bila kamu akan berhenti kutuk mengutuk yang diseberang sini dan sana padahal kamu semua menyembah kearah kiblat yang sama.jika tidak dipihak seagama pun.serokok nusantara gudang garam.golongan pendek akal saja yang masih meneruskan aktiviti paranormal ini.ya.atas normal.maaf.kasar.tapi aku tak dapat menahan kekelakaran pasal apa yang berlaku.

sedarlah malaysia indonesia.tidak ada satu peratus kebaikan pun yang kamu dapat dari mengapi antara kedua.dan kau.kiri kau.dan kanan kau.aku harap kalian zip mulut dari termasuk dgn golongan pendek akal ini.

ok.cukup sekadar tu.tgk banner di atas.aku mendapat seruan untuk mempromosikan rantai art event yang sungguh comel dan montel ini. event ni dah jadi acara tahunan aku sejak dua tahun yang lepas.event ni buat aku jatuh cinta dengan kamera film.buat aku minat dengan penulisan penulis bebas dan zine.buat aku gila dengan handmade art.dan buat aku rasa menghargai seni letupan orang2 tempatan.so tahun ni tahun ketiga aku akan attend this cool event~ siyes tahi cool.aku tak tipu.aku baik.

bukti gua support event seni ni dalam post berikut :


korang gemarkan art? support this event please!


Friday, December 10, 2010

kak limah balik rumah hantu.

lagi best dari dua alam.gua tak tipu.
(gua belum tgk)
salam alaik.

gua seorang pemegang lesen P bertauliah.lesen P yang gua dapat bukan lesen terbang.gua lulus dengan cemerlang masa test JPJ.cuma gua terlanggar tiang masa nak parking dan lupa nak lepas handbreak sebelum masuk gear satu tapi abang JPJ tu baik.dia nampak gua senyum ceria konfiden.jadi dia lepaskan gua.oleh itu.gua takkan sia-siakan kepercayaan abang JPJ terhadap gua.

setakat ni gua rasa gua berpuas hati dengan pemanduan gua.maksud gua pemanduan manual.gua rasa clutch brek dan pedal minyak naik harga dah semakin sebati dengan kaki gua.enjin pon dah tak mati dah.cuba kadang-kadang dia pengsan jap.sebelum sempat gua bagi CPR manja.dia dah hidup balik.hebat kan pemanduan gaya manual gua?

gua jarang bawak malam.jadi gua jeles dengan orang yang dapat guna lampu.hari tu.gua amik kawan gua kat wangsa maju.gua tertaksengaja on lampu.bukan niat gua tuk show off yang gua ada lampu.jadi gua offkan balik.malam tu.gua lepak dekat wangsa walk ngan kawan-kawan gua.skali masa gua nak on the way balik kepong.gua on je kereta.kereta gua dah tido.shit.gua tahu mesti ada problem.

gua cek.rupanya bateri gua kong.tahi.gua dah beli jumper berharga rm20 dekat carefour pukul 10 malam.gua try jump satria gua dengan getz kereta import.tahi.satria patriotik gua tak mampu bernyawa.gua tido rumah kawan.esoknya gua beli bateri baru harga rm200.nasib baik bateri kereta tak naik harga macam minyak dan gula.dan lepas tu.gua dapat teruskan pemanduan berhemah gua.

nilai moral dalam kisah gua.jangan lupa tutup lampu lepas lu orang tutup enjin.kalo lu orang murah hati nak derma rm200 macam gua.boleh teruskan.minggu dpan gua ada trip nak bawak satria patriotik gua pegi tgk malaysia lawan vietnam.gua nak pacak bendera banyak2.kan yazid kan? kah3.

Tuesday, December 7, 2010

gua nak kurangkan membebel.

lets make it together.
salam alaik.

post ini hendaklah dibaca dengan nada pantun gunung daik bercabang empat belas untuk penghayatan dan penjiwaan serta pencahayaan.dan post ini tidak menyerang sesiapa.cuma beberapa. : D

satu malaysia sini.
satu malaysia sana.
harga minyak naik lagi.
gula gelak tumpang sama.

satu malaysia sana.
satu malaysia sini.
kelas bawah tengah menderita.
korporat keparat goyang kaki.

ketuanan melayu sini.
ketuanan melayu sana.
yang rompak harta bangsa sendiri.
senyap sunyi tak keluar berita.

perhimpunan aman katanya rusuhan.
disembur gas pedihkan mata.
sampai bila pon takkan ada jawapan.
lawaknya tarif air naik juga.

oh malaysia tanah tumpah.
aku harap kau tabah.
telan segala musibah.
yang tak malu singgah.

mungkin satu hari nanti kau akan berubah.
mungkin satu hari nanti kau akan tambah parah.
mungkin satu hari nanti semuanya cerah.
mungkin satu hari nanti semuanya barah.

aku bukan mahu menyuntik politik.
belum 21 dijadikan taktik.
menutup mulut jangan mengherdik.
duduk diam dan ikut polemik.

masing-masing punya akal
masing-masing punya otak
yang mana mahu disangkal
yang mana mahu ditegak

tepuk dada tanya selera.
tepuk tangan tiada guna.
pilihlah kalian yang mana suka.
asalkan islam ditegak jua.

bukan nak sisihkan bangsa.
tidak sama sekali.tidak seseduakali.
tapi kinabalukan bangsa tidak kemana.
islam jadi sepi dan sunyi.

tengoklah kiri kanan atas tepi.
apa sudah jadi?
apa sudah jadi?
yeay.merdeka.merdeka.merdeka.
yang merdeka luar.yang dalaman penjara.

oh.bukan niat nak jadi oposisi.
hihi.
: )

orang kata mereka perusuh.
aku kata mereka pejuang.
orang kata mereka calarkan imej negara.
calarkan apa yang patut dicalar.
apa ada hal?

gamba dari blog ini > klik.

Monday, December 6, 2010

gua tak sangka.siyes gua tak sangka.

salam alaik.

gua tak sangka rupanya kolej mara seremban tempat gua belajar kira-kira fizik dalam kimia in english tu tak sampai 500 meter pon dari salah satu dewan pergerakan freemason kat malaysia.

sejak dari awal-awal gu dah macam syak dengan satu tmpat ni.tapi kang nanti dorang akan buat ayat macamni."alah kau ni.semua benda freemason".bla.bla.bla.gua bukan taksub pon dengan pendedahan benda ni.tapi sebagai inisiatif tuk gua dekat dengan Islam balik.

memang kalo ari sabtu ahad gua akan passing by depan jalan nak masuk dewan tu cuz gua on the run ke gerai makanan Penghulu Cantik.dekat je dengan kolej gua.nama tempat yang agak misteri tu NS Lodge.ada signboard.tapi jalannya cuma jalan biasa.tak berturap.ada palang didepannya.memang takleh masuk.gua dengar cerita aritu kawan gua story dia nampak banyak kereta-kereta mewah masuk situ.hoho.ade birthday party la kot.




tengok yang negeri sembilan punya.

huih.apo nak buek ni jang oi? apo nak dikato layi.pergerakan pujo setan dah ado dokek malaysia.dokek nogori masak lomak cili api lagi tu ha. eden raso eden kono muhasabah diri dulu.eden pon insan yang lomah.byk buek silap ngan tuhan.sompono maal hijrah ni .eden nak ucapkan salam maal hijrah la tuk sahabat sekalian.semoga tahun baru ni kito akan lobih solat berjemaah di mano juo kito berado.

eden pening kenapo status facebook arini tak ramai yang greet maal hijrah.eden raso kalo new year tu sampai tak muek dah page fb tu.eden polik ni.eden polik tapi eden mmg tak suka profile facebook baru ni.eden raso burok bonar. camno lah designer facebook boleh dapek design macamtu.

sorry for the broken negeri sembilan.hehe.
gua tak sangka.siyes gua tak sangka.
kalo lu orang nak baca lagi. bukak blog ini. > pendedahan freemason di malaysia.

Sunday, December 5, 2010

aku tak bodoh.

salam alaik.

aku tak bodoh.
filem low bajet kurang publisiti separa wajib tonton tahun ini.

bila orang cerita pasal filem melayu.ramai akan melayukan diri.semua akan cakap tunggulah raya haji, raya korban raya cina or tunggulah minyak n air turun harga baru tgk filem-filem ni.gua tak nafikan.maksudnya filem2 melayu ni banyaknya kuantiti dari kualiti.banyaknya merepek dan penuh mesej yang pelik2.banyaknya hantu dan anak mami penang mari.tapi kadang2 gua rasa nak back up jugak sesetengah filem melayu yang bagi gua lagi gua salute dari filem orang putih yang korang agung-agungkan padahal hampeh nak mampos macam skyline.

gua salute filem-filem afdlin shauki.papadom.setem.baik punya cilok.karya yasmin ahmad.mukhsin.tak lupa paling gua suka anak halal.dan gua rasa.ada la filem ni leh masuk senarai filem melayu yang boleh dilayan di pawagam tanpa perlu was-was.AKU TAK BODOH.sebagai pengkeritik taraf gaya bebas.gua nak kasi komen-komen terbaik dari kepong untuk lu orang.

untuk konsep filem.gua bagi rating A.
gua rasa konsep dia cantek.cerita pasal nasib kanak-kanak pramatang dan remaja maskulin yang kekeringan kasih sayang ayah ibu yang duk kejar title wwf dan masalah rumah tangga yang buat anak-anak bosan.bila result periksa down.cikgu pulak bantai.mak bapak apetah lagi.bagus jugak konsep filem ini.

untuk jalan cerita.gua bagi A-
gua rasa jalan cerita dia menarik.ada konflik dan plot2 pusing-pusing rollercoaster yang boleh tahan kena dengan situasi.cuma part ending tu gua tak tahan gelak dengan makcik tua dan watak brader polis yang sumpah kelakar.gua puji.

untuk pilihan pelakon.gua bagi B.
filem ni menggunakan pelakon-pelakon kurang ternama yang bagi gua lagi best dari lakonan pelakon2 yang dah established dalam negara.gua taknak sebut nama..watak bebudak sekolah yang mungkin baru first time masuk filem dan nampak sangat kekok .gua rasa kalau latihan lakonan dibuat dengan Dr Rozmey gua rasa lagi mantop.kah3.gua perli.tapi lakonan namron gua suka.macam bapak yang garang gila.

untuk bahan kelakar.gua bagi B+.
filem ni bukan genre lawak pon tapi gua rasa ada la lawak2 dia yang buat usus kiri gua rasa nak menggeliat.lagi-lagi abang polis yang gua tak tahan betol.

untuk moral value dan teladan. gua bagi A+
wajib tonton tuk mak bapak yang selalu salahkan anak-anak dapat markah sikit tapi langsung tak reti jaga anak.

untuk skrip.gua bagi B.
kadang-kadang gua rasa pelik skrip dia skema gila dia saat-saat kritikal yang memerlukan lebih huh dan hah dan lebih kespontanan bahasa.tapi untuk part2 lain.skrip simple yang cukup sempoi tak perlu bunga2.

overall.
gua rasa filem ni biasa-biasa saja.tapi gua suka sebab gua rasa filem yang macamni lagi berbaloi tengok dari filem hantu malaysia jerit2 or filem skyline orang putih yang gua rasa nak datang bulan dek cerita dia yang hampeh nak mampos.gua ban skyline sampai bila2.

lu orang ada masa cuti sekolah pegi panggung try cerita ni.jangan takut.lu takkan rugi.percaya dekat gua ok?

filem pecah panggung abes.bukan pecah panggung.tapi penonton pecahkan panggung.aku dah tak sanggup nak mencarut lagi pasal filem omputih bajet smart ni.

p/s : nur amira syazwani.tengs for all the joy we had together today.tengs for all the moment.i will miss today so much. :) :)