Monday, December 20, 2010

antik fantastik.

salam alaik.

pada tika dan detik ini.aku rasa aku mmg in love dengan barang-barang vintage lah tanpa aku sedari.mungkin taste aku lain kot dari taste2 maskulin era kebangkitan bola sepak malaysia ni.aku tak berapa nak ngam dengan muzik hiphop lompat2 ya aa aww ya aa aww.tak berapa nak teruja dgn inspira clon lancer.tak terangkat langsung aku tgk.tak berapa nak amik tahu dengan gadget2 canggih zaman ni.bukan kata aku taknak.kalo iphone 4 or ipad jatuh dari langit tepat kena kat aku.aku amik jugak.tapi barang-barang vintage ni buat aku teruja.perasaan dia lain macam.serupa perasaan bila dapat jerit bila abe safee skor dua gol lawan vietkong.tapi takda lah sampai obes.eh.obses.

aku minat kamera vintage.kamera antik tahun 80an guna film.kereta idaman aku yang aku nak sangat ialah kereta mini cooper mr bean yang comelmontel tu tapi asyik kena down ngan mak aku.katanya dalam workshop lama lama dari atas jalan raya.mmg la.barang rare mesti kasi jaga.takleh guna selalu.keh3.aku rasa teruja tgk motorvespa yang tak berapa nak laju tu pecut kereta satria aku.aku minat rambut2 vintage sikat tepi.aku minat spek bingkai hitam besar yang nampak antik tapi ada budak tu tak berapa suka aku pakai.aku suka nak bergaya ala2 antik walaupu aku tak reti nak bergaya.


kalo la aku dapat dua objek comelmontel di atas ni.mesti best berkonvoi pegi bukit jalil tengok indonesia kalah.keh3.hari ini abangku telah bermurah hati dan jantung tuk bagi lampu hijau nak bagi aku guna camera vintage dia.camera kali ini bukan setakat vintage.tapi dah sampai tahap antikfantastik dah aku rasa.ini dia camera nya.
KIEV 60.camera saiz anak gajah.yang berat kurang sikit dari seekor ayam.hoyeahhh.teruja gila.gila teruja.
*gambar sekadar hiasan.
aha.ini yang paling antikfantastik.gambar ala2 myspace dengan edit tak seberapa.

2 comments:

  1. spek bingkai hitam ala2 tunku abd rahman tu kalau kene gayanya mmg smart! aku pun suka, haha orang cakap mcm nerd, alaa ape kesah, aku tgk lawa jaa! hoho

    ReplyDelete
  2. ko nk tau x anas
    ni kire org b'high taste tggi ni..
    skrg bnde antik ni..ko tau je la an hrganye
    blh tahan jugak~~haha
    tp bgs ar kalo ko blh ade sume tu
    ak tompang bgga..ekeke plus anak cucu cicit blh la tgk bnda2 ni dgn adanya org mcm ko.

    ReplyDelete